Siapalah yang buat kerja tidak cerdik yang maki hamun MP-MP yang angkat sumpah baru-baru ni? Korang kalau nak berjuang cara korang, berjuanglah dengan ikhlas rakyat pasti sokong, tapi kalau berjuang untuk tunjuk korang hebat sangat dengan memperlekehkan perjuangan orang lain, korang sebenarnya tidak hebat. Korang sebenarnya mahu dapat nama semata-mata.
Tidak semua. Hanya segelintir je yang berperangai seperti orang gila meroyan tidak tentu pasal di Parlimen baru-baru ni. Aku tahu lah korang sakit hati pasal korang mungkin kena belasah atau kena tangkap, tetapi bukankah itu semua risiko yang terpaksa korang hadapi dalam perjuangan korang? Tentu korang sudah bersedia dengan semua risiko tersebut. Tetapi bila korang dah rasa serik, korang nak lepaskan marah korang kat MP-MP dari PR tu mengapa?
Nasib baik tak semua yang berhimpun depan Parlimen tu bodoh macam korang. Kalau korang ni terdiri dari Mahasiswa, malang sungguh lah. Memang patut pun majoriti Mahasiswa di negara ini masih 'termakan' dengan Umno kerana korang sendiri gagal di dalam memimpin Mahasiswa. Jika untuk menarik mahasiswa pun korang gagal, usah bicaralah pasal nak jatuhkan kerajaan di jalanraya dan sebagainya.
Aku pun respek kepada yang berhimpun dan berkhemah di Padang Merbok. Aku juga sokong mereka berarak hingga ke Parlimen pada hari MP-MP angkat sumpah 24 Jun baru-baru ni. Tidak pula aku tahu ada di antara mereka yang berhimpun itu masih bodoh nak berfikir dengan matang. Lain yang dirancang, lain yang mereka buat.