Strategi pertama PR berjaya. Bila umum saja Anwar jadi calon di Dun Kajang dan dihebohkan pula Anwar bakal menggantikan TS Khalid sebagai MB Selangor, maka melompat meroyan Umno Selangor. Baca di SINI kenyataan pemimpin Umno Selangor.
Belum tentu Anwar boleh jadi MB Selangor kalau menang pun, katanya. Itu memang kita tahu, tapi mengapa gelabah sangat Umno Selangor? Bayangkan, Anwar, Azmin dan TS Khalid berada di dalam Dun Selangor. Umno tak dapat berketik lagi lepas ini. Noh Omar akan bertambah besar mulutnya menganga di dalam Dun nanti. Itu yang Umno takut sangat.
Paling mereka takut, spesis Umno akan ghuyub terus di bumi negeri terkaya itu. Jika ada kelemahan serba sedikit di bawah TS Khalid, akan ditampal oleh DS Anwar selepas ini. Jika perbalahan di antara TS Khalid dan Azmin selama ini agak kritikal, dengan kehadiran Anwar ianya mungkin berakhir, maka ini lah salah satu yang merungsingkan Umno. Apa akan jadi kepada Umno selepas ini? Itu igauan ngeri buat Umno Selangor. Harapan untuk menawan kembali Selangor semakin jauh.