JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 19 Mei 2010

HABIS MODAL, BLOGGER MEREKA CERITA PASAL PINGGAN ANWAR PULA

MEMANG sukar untuk menerima kekalahan apatah lagi telah banyak wang dikeluarkan. Bukan mudah untuk menghilangkan rasa malu apabila tewas walaupun semua jentera kerajaan digunakan. Maka, tidak hairanlah setelah tewas blog-blog pro Umno ini meroyan seperti hilang bini.

Mahu cari alasan apa untuk menyedapkan hati mereka? Undi pos? SPR? Media tidak bekerja keras berkempen untuki mereka? RTM ? TV3 Suku? Utusan Meloya dengan senyum kambing? Cari punya cari, terjumpalah gambar DS Anwar tengah menjamu selera di rumah panjang. Disiarkan pula gambar babi sedang dilapah. Maka, dikaitkan DS Anwar makan dengan menggunakan pinggan yang digunakan oleh penduduk rumah panjang tersebut. Kununnya untuk menunjukkan DS Anwar makan pinggan yang tidak disamak terlebih dahulu. Bodohkan blogger pro Umno itu kan? Memang patut pun mereka duduk menyokong Umno mungkin sampai ke liang lahad.

Nampak sangat jahilnya mereka di dalam agama. Setelah mereka gagal untuk buktikan DS Anwar makan rasuah, mereka terpaksa cipta cerita DS Anwar makan dengan menggunakan pinggan yang kununnya tidak bersamak. Tetapi apakan daya, cerita dongeng mereka tidak laku kerana tidak ramai di antara kita yang sejahil blogger berkenaan. Aku malas nak link kan blog budak jahil tersebut kerana aku tidak mahu mengaibkan blogger berkenaan. Biarlah hanya beberapa kerat di antara kita yang tahu tentang kejahilan blogger berkenaan. Nanti malu besar pula dia. Mungkin pada fikirannya, jika Najib pergi makan ke jamuan anjuran kaum Cina atau India mesti pinggan Najib atau cawannya pasti disamak terlebih dahulu. Atau blogger berkenaan memang jadi tukang samak pinggan, cawan atau punggung Najib kot./mandor.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Komen