JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 22 Mei 2010

`RAKYAT BOLEH MATI' JIKA PERCAYA TAIB MAHMUD LAGI

Friday, May 21, 2010

MAKA, Taib Mahmud KM Sarawak pun berkata bahawa dunia boleh terlingkup jika percaya kepada DAP. Bila baca kenyataannya di Bernama, terang lagi bersuluh bahawa KM yang sudah usang itu patut di `muzium'kan kerana pemikirannya amat tidak tenteram sekali. Mungkin juga akibat `virus' kekalahan Bn yang amat memalukan baru-baru ini di Sibu membuatkan KM uzur itu merepek tidak ketahuan.

Apa yang dizahirkan oleh kebanyakan rakyat di Sarawak sekarang adalah sebaliknya. Jika KM itu berkata, `dunia akan terlingkup' jika percaya kepada DAP, maka lebih dahsyat lagi `Rakyat akan mati katak' jika terus berada di bawah kuku Taib Mahmud. Tidakkah Taib Mahmud terasa sekarang rakyat amat membencinya sehinggakan rakyat tidak lagi termakan umpan duit yang ditaburkan? Siapa manusia tidak mahu duit, tetapi kerana teramat jijiknya mereka dengan Taib Mahmud maka duit yang ditaburkan pun mereka anggap seperti najis jalanan.

Sewajarnya, lebih tepat dan lebih bermoral jika Taib Mahmud berundur dan insaflah, kerana kekayaan yang beliau telah kumpulkan bersama keluarga tidak akan dapat dibawa ke mati. Rakyat akan mengingati dan mengasihi pemimpin yang berjiwa rakyat, bukan yang sombong dan riak dengan kemewahannya. Jika sampai ajal, rakyat akan mendoakan pemimpin yang disayangi bukan semata-mata bersedekah membaca Yaasin melalui hand set atau kaset dari jauh sahaja./wfauzdin.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Komen