JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 1 Mei 2010

BERAHIM ALI DERHAKA PADA SULTAN JUGA


IBRAHIM Ali atau raja katak nampaknya tidak habis-habis hendak mencari publisiti murahan. Setiap kali dia bercakap, ternampak pula kebodohannya. Patut pun dia jadi tok wakil di Pasir Mas adalah atas dasar sedekah orang. Sebelum ini dia merempat disepak terajang oleh Umno.

Beliau pernah mencadangkan agar sekatan dikenakan ke atas kaum Cina di Hulu Selangor kerana tidak sokong kerajaan Bn semasa Pilihanraya Kecil baru-baru ini. Kenyataan beliau itu menunjukkan betapa Berahim Ali ini patut tinggal dalam hutan atau terus berada di dalam tempurung. Semakin lama berpolitik bukan semakin cerdik tetapi semakin bodoh.

Terbaru pula, beliau mohon ampun pada Tuanku Sultan Selangor atas dasar beliau anak Kelantan. Kununnya Tuan Guru Nik Aziz menderhaka pada Tuanku Sultan Selangor atas isu politik di dalam masjid. Tuan Guru sendiri tidak mohon ampun kerana beliau tahu sekiranya beliau berkata politik dan agama itu berpisah, maka wajib baginya mohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT. Hakikatnya Tuan Guru tidak menderhaka pada Sultan, beliau cuma menjelaskan hukum.

Siapa yang menderhaka pada Tuanku Sultan? Tidak lain adalah Berahim Ali. Beliau telah memperlekehkan Tuanku Sultan dengan perbuatannya mohon ampun pada Tuanku Sultan hanya melalui media sahaja. Wajarkah sebagai rakyat lebih-lebih lagi sebagai seorang MP walaupun MP tumpang, Berahim mengambil ringan hal ini? Beliau sepatutnya mengadap Tuanku Sultan jika beliau ikhlas untuk memohon ampun. Jika beliau mohon ampun pun, beliau tidak boleh mendakwa sebagai wakil semua rakyat Kelantan kerana kerusi Parlimen beliau itu pun tidak diredhai oleh rakyat Kelantan. Jika tidak percaya, sila kosongkan dan adakan pilihanraya, Berahim Ali boleh pilih calon yang disukainya sebagai `proksi' beliau.

Majoriti rakyat Kelantan menganggap Tuan Guru Nik Aziz benar kerana kebenaran itu hanya boleh diambil dari Al-Quran dan Hadis. Tidak hairan orang seperti Berahim Ali ini menolak Al-Quran dan Hadis kerana dia sebenarnya berjiwa UmAPCO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan