JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 18 November 2013

SOKONG NIK AMAR SAMA SEPERTI SOKONG HASAN ALI?

Hasan Ali nak masuk PAS semula?  

Bersyarat katanya, iaitu golongan Ulamak mesti menang di dalam Muktamar PAS nanti.  Siapa kamu nak letak syarat?  Peduli apa dengan syarat kamu kerana PAS tidak pernah pun tawarkan untuk kamu masuk PAS.  Jangan buat kerja yang membodohkan diri sendiri dan memalukan itu.

Mudah difahami kemahuan Hasan Jati.  Beliau tentunya mahu Nik Amar menang sebagai Timbalan Presiden PAS kerana beliau tahu jika adanya orang seperti Mat Sabu di kerusi penting PAS itu, harapannya untuk diterima oleh PAS bolehlah dikatakan mustahil.  Tapi jika Nik Amar yang menang, kononnya beliau mudah masuk semula ke dalam PAS.  Betul ke PAS kemaruk sangat dengan Hasan Ali?  

PAS tidak kemaruk dengan makhluk sepertinya.  Hasan Ali sedikit pun tiada nilai buat PAS kerana terbukti beliau berada di dalam PAS pun hanya untuk kepentingan dirinya.  Buktinya, bila hilang jawatan penting di dalam PAS barulah mulut pandai memburukkan PKR dan DAP.  Sebelum itu, semua baik padanya.  

Apa pun kesan daripada kata-kata Hasan Ali ini boleh menjejaskan peluang Nik Amar sebenarnya.  Di dalam PAS ramai yang termuntah bila sebut nama Hasan Ali atau lebih popular disebut Hasan Jati.  Bila ramai yang tak suka Hasan Ali, dikhuatiri calon yang disokong oleh Hasan Ali akan menerima kesannya.  Kita bimbang perwakilan tidak mahu undi Nik Amar atas sebab Nik Amar disokong oleh Hasan Ali.

Perwakilan yang terlalu meluat dengan Hasan Ali akan membalasnya dengan cara mengundi musuh ketat Hasan Ali iaitu Mat Sabu.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini