JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 22 Oktober 2013

PAS RUGI JIKA GOLONGAN AKTIVIS/PROFESIONAL TIDAK PEGANG JAWATAN PENTING

Abang Mat Sabu, Husam, Us Tuan Ibrahim atau Nik Amar?  Itu adalah di antara nama popular yang disebut untuk dipilih sebagai Timb Presiden PAS pada Muktamar PAS tidak berapa lama lagi.  

Benarkah berlaku pertembungan golongan aktivis/profesional dengan golongan Ulamak bagi merebut jawatan tersebut.  Meskipun Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS sendiri sebut bahawa tiada istilah golongan 'Ulamak' di dalam PAS kerana kebanyakan ahli-ahli apatah lagi pemimpin-pemimpin PAS kesemuanya berjiwa Islam, mempunyai roh Islam dan sentiasa akur dengan dasar-dasar Islam, maka perlu apanya dilabel sedemikian rupa?  Cuba sebut, siapa dia pemimpin di dalam PAS tidak kira apa jua jawatannya yang sentiasa menentang dasar Islam PAS?  Jawapannya tiada.  Maka mereka ini semuanya layak untuk menjadi pemimpin di dalam PAS asalkan disokong oleh perwakilan di dalam Muktamar nanti.

Ertikata lain, samada abang Mat Sabu atau Us Tuan Ibrahim, kedua-duanya wajib patuh kepada dasar PAS yang meletakkan Majlis Syura sebagai badan tertinggi di dalam PAS.  Maka, PAS tidak akan musnah 'Islam'nya jika abang Mat Sabu atau Husam menang jawatan Timb Presiden, dan Islam di dalam PAS tentunya sama walaupun Us Tuan Ibrahim atau Nik Amar yang menang.

Secara peribadi, aku lebih suka abang Mat Sabu atau Husam yang menjadi Timb Presiden kerana Presiden telah pun diwakili oleh 'Ulamak'.  Majlis Syura tentunya kesemuanya diwakili golongan Ulamak.  Maka, amat rugi jika golongan aktivis/profesional tidak mendapat kedudukan penting di dalam PAS.