JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 29 Januari 2014

ANWAR BAKAL MB SELANGOR? MENGAPA AWAL SANGAT UMNO SELANGOR MEROYAN?

Strategi pertama PR berjaya.  Bila umum saja Anwar jadi calon di Dun Kajang dan dihebohkan pula Anwar bakal menggantikan TS Khalid sebagai MB Selangor, maka melompat meroyan Umno Selangor.  Baca di SINI kenyataan pemimpin Umno Selangor.  

Belum tentu Anwar boleh jadi MB Selangor kalau menang pun, katanya.  Itu memang kita tahu, tapi mengapa gelabah sangat Umno Selangor?  Bayangkan, Anwar, Azmin dan TS Khalid berada di dalam Dun Selangor.  Umno tak dapat berketik lagi lepas ini.  Noh Omar akan bertambah besar mulutnya menganga di dalam Dun nanti.  Itu yang Umno takut sangat.

Paling mereka takut, spesis Umno akan ghuyub terus di bumi negeri terkaya itu.  Jika ada kelemahan serba sedikit di bawah TS Khalid, akan ditampal oleh DS Anwar selepas ini.  Jika perbalahan di antara TS Khalid dan Azmin selama ini agak kritikal, dengan kehadiran Anwar ianya mungkin berakhir, maka ini lah salah satu yang merungsingkan Umno.  Apa akan jadi kepada Umno selepas ini?  Itu igauan ngeri buat Umno Selangor.  Harapan untuk menawan kembali Selangor semakin jauh.


Jumaat, 17 Januari 2014

LAUNGAN "1 KANGKUNG" DI STADIUM DARUL MAKMUR MALAM INI?

Kangkung benar-benar hebatlah.  Glamour kangkung dan popularitinya menenggelamkan cerita Bolasepak Piala Sumbangsih yang akan diadakan malam ini di Stadium Darul Makmur menemukan Pahang Darul Makmur menentang Lion XII.

Aku sendiri pun tak ingat malam ini ada bola.  Ini adalah kerana di alam maya, di media-media sosial masing-masing sedang mentertawakan PM kangkung kita.  Patut lah dengar khabarnya pencipta lagu "Najib kangkung" yang popular di Youtube sekarang ini dikatakan telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Itu menunjukkan keramatnya kangkung.  Keramat bola tewas dengan kangkung.    Mungkinkah di stadium nanti gamat dengan laungan "1 Kangkung"?

Khamis, 16 Januari 2014

MANA WANG SAGUHATI BEKAS POLIS RM3 RIBU JANJI TAHUN 2012?

Lupakah anda bahawa Kerajaan pernah berjanji untuk memberikan saguhati kepada bekas-bekas Polis sebanyak RM3,000.00 secara "One Off" setiap seorang bagi mengenang jasa-jasa mereka?  Bekas-bekas Polis yang layak adalah terdiri daripada bekas anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Squad,AC/Homeguard.

Peruntukan itu telah dimasukkan ke dalam Bajet 2012.  Sekarang sudah masuk tahun 2014.  Difahamkan masih ramai di kalangan mereka yang masih tidak menerima saguhati tersebut, malahan ada yang telah meninggal dunia dan waris mereka pun sudah naik bosan serta terus terlupa kepada janji-janji rejim ini.

Bayangkan, apakah jenis kerajaan yang sanggup berbuat demikian terhadap rakyat apatahlagi mereka ini adalah bekas-bekas perajurit/pahlawan negara.  Tidak masuk akal samasekali proses untuk menyerahkan saguhati ini mengambil masa setahun lebih sedangkan bukan ramai sangat pun yang layak menerimanya.  Adakah kerajaan sudah kehabisan wang?  Tidak mungkin, kerana anak dan bini pemimpin mewah sekali kita lihat.

Apakah kering kontang wang kerajaan walaupun  dinaikkan harga segala benda di muka bumi Malaysia ini?  Minyak naik, letrik naik, tol naik dengan berbagai cukai lagi yang dikutip, masakan tiada wang untuk menunaikan janji?

Simpati kepada mereka yang telah meninggal dunia tanpa dapat memegang walau sesaat wang saguhati yang layak buat mereka.  Semoga Ahli Parlimen dari PR terus mendesak perkara ini di dalam Parlimen nanti. 

Jumaat, 10 Januari 2014

TOK PETI DI SIASAT, ADAKAH TOK PETI BERSALAH DAN POLIS BERBOHONG?

Tok Peti disiasat Polis berkaitan 'fatwa Bughah" terhadap rakyat yang berhimpun di Dataran Merdeka 31 Dis tahun lalu bagi membantah kenaikan harga barang.  Sudah pasti Tok Peti akan membawa hujah beliau untuk mengiyakan 'fatwa'nya.  Persoalannya, adakah pihak Polis akan di'kuliah'kan oleh Tok Peti sepanjang siasatan?

Mungkin Tok Peti akan kata kepada Pegawai Polis yang menyiasat beliau, "Ana beri hukum Bughah kerana Ente (Polis) juga yang beritahu himpunan itu adalah untuk mengguling kerajaan".  "Ente juga beritahu rakyat bahawa ente jumpa parang, payung dan ente kata ada bom dipasang menjelang himpunan".  Maka, berpandukan kata-kata Ente dan alkitab Utusan Meloya dan TV3 suku, wajiblah bagi Ana memberi hukum "Bughah".  

Bila ini dihujahkan oleh Tok Peti, adakah pihak Polis akan menyatakan Tok Peti salah?  Jika Tok Peti salah, secara tidak langsung dakwaan Polis selama ini terhadap himpunan tersebut juga silap.  Mahukah Polis akui kesilapan itu?

Rakyat akan saksikan sandiwara ini dengan penuh rasa jijik dan meluat.


Sabtu, 4 Januari 2014

TOK PETI MENYOROK DALAM PETI AIS SETELAH BUAT FATWA KELAKAR

Teruk juga tok peti Harussanasini dibelasah di dalam media-media sosial.  Dr MAZA juga turut belasah beliau dengan hujah agama.  Sebenarnya tak perlu nas atau dalil yang tinggi sangat untuk menyanggah hujah bengap tok peti yang dakwa rakyat yang berhimpun secara aman tanpa senjata menyuarakan bantahan tentang kenaikan harga barang itu sebagai 'Bughah" atau penderhaka.

Apakah 'Bughah" ?  Mahu jadi Bughah pun ada syarat, bukan boleh terus jadi Bughah.  Aku yang jahil ini pun faham sedikit secara asasnya tentang 'Bughah' ini.  Mahu digelar "Bughah" anda mesti melawan 'Ulil Amri" atau pemerintah Islam yang adil, pemerintah yang telah melaksanakan hukum Allah.  Itu pun pihak pemerintah mesti mencari jalan untuk berdamai dengan puak ini dahulu, dengarkan permasalahan mereka, berhujah dan menerangkan kepada mereka agar mereka memahami, sebelum melabelkan mereka itu 'Bughah" yang mana 'halal' darah mereka untuk dibunuh.

Itu asas yang aku sendiri tahu.  Masakan tok peti tidak tahu asas ini?  Aku tak fikir tok peti ini tidak tahu melainkan tok peti ini sengaja sorokkan kepalanya ke dalam 'peti ais' dan hanya berkitabkan Utusan meloya atau media lidah syaitan iaitu TV3 suku.  Apabila Dewan Pemuda PAS Perak ingin bertemu dengannya untuk mengetahui lebih lanjut tentang 'fatwa'nya itu, beliau hilang telor dan menyorok dalam peti ais.  Alahaii...tok peti.

Jika itrulah kitab rujukannya untuk 'berfatwa', tidak pelik sampai ke mati beliau tidak akan menjadi cerdik.  Jangan hairan selagi dia hidup, selagi itulah beliau dijadikan bahan lawak jenaka dan cercaan orang ramai.
Terdapat ralat dalam alat ini