JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 31 Mac 2014

TIAN CHUA, SAIFUDDIN TIDAK MAHU KOMPROMI, AKU SOKONG AZMIN ALI

Mula-mula memang serik mahu sokong Azmin lagi sebagai Timbalan Presiden PKR.  Aku harap ada tokoh hebat seperti Saifuddin Nasution, Tian Chua atau sebagainya yang boleh aku pilih.  Malangnya kedua tokoh ini masuk juga serentak, jadi aku rasa kompom undi berpecah.

Aku tidak mahu mengundi kepada satu keputusan yang sia-sia.  Jika aku undi Tian Chua, ertinya aku nafikan kehebatan Saifuddin Nasution.  Begitulah sebaliknya.  Patutnya mereka berkompromi.

Oleh kerana mereka gagal untuk berkompromi, maka aku terpaksa ambil keputusan sokong Azmin Ali untuk jawatan ini.  Aku tidak akan rugi dengan pilihan ini.

Khamis, 27 Mac 2014

REFORMASI 2.0 DI PAHANG - PILIH PADANG ATAU BANDAR KUANTAN?

REFORMASI 2.0 hampir sampai ke Pantai Timur.  Kuantan, Pahang akan bergema dengan Reformasi pada 12 Apr ini bertempat di Padang Kemunting, Kuantan iaitu padang yang mencipta sejarah menghimpunkan lebih 20K sewaktu Himpunan Hijau sebelum PRU 13 yang lalu.
 
Kehadiran tokoh Reformasi, DS Anwar Ibrahim bersama dengan ayam sabung PAS, Tuan Hj Mat Sabu serta beberapa pimpinan muda seperti Chegu Bard pastinya menggamit kehadiran rakyat Pahang ke Padang Kemunting pada tarikh tersebut.  

Soalnya, beranikah Kerajaan Negeri merealisasikan hak demokrasi dan suara rakyat untuk berhimpun?  Apakah sikap penakut dengan suara rakyat akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri Pahang?  Apakah pihak Polis di Pahang telah berubah sikap untuk tidak menjadi pak turut kepada arahan politik?  Kita nantikan saat itu.

Apa yang pasti Suara Rakyat Suara Keramat.  Suara Rakyat tidak boleh disekat lagi.  Gagal berhimpun di Padang Kemunting, jangan marah jika rakyat berarak pula ke tengah bandar Kuantan.  Himpunan Hijau yang lalu membuktikan himpunan tetap aman jika diberikan ruang. 

Jumaat, 21 Mac 2014

REFORMASI 2.0 MALAM INI - KAJANG MULA LANGKAH !!

Waktu rehat dari keletihan yang diharungi dalam usaha menyelamatkan negara ini melalui Pilihan Raya Umum ke-13 pada tanggal 5 Mei tahun lalu telah sampai ke penghujungnya. Kini sudah tiba masanya rakyat Malaysia bersedia untuk aksi lebih besar.

Belum pun masuk setahun kemenangan Barisan Nasional dengan penuh penipuan pada PRU 13, mereka menunjukkan taring dengan menghukum bukan sahaja pemimpin politik lawannya, malah rakyat jelata turut menjadi mangsa kezaliman. Satu persatu pemimpin dan pejuang rakyat dalam rangka disumbat ke penjara, dalam masa sama juga satu persatu janji ‘Rakyat Didahulukan’ dicemari tanpa ehsan.

Justeru itu, ayuh kita tamatkan segera onar penderitaan rakyat dengan bersama melancarkan satu fasa gagasan perjuangan yang diperbaharui – #RakyatBangkit Reformasi 2.0 “Kembalikan Keadilan – Hentikan Kezaliman”.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai tuan rumah aksi kali ini menyeru kehadiran orang ramai pada malam ini, 21 Mac 2014 jam 8.30 malam di Stadium Kajang dalam aksi Pelancaran Jelajah #RakyatBangkit Reformasi 2.0. Ia sebuah himpunan permulaan, hadirlah dengan tema hitam sebagai lambang perlawanan, ini masanya rakyat menunjukkan kekuatan.

Penjelasan mengenai kecurangan sistem kehakiman dalam pengendalian rayuan kes Fitnah II ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes hasutan Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh akan dibarisi oleh Anwar dan Karpal sendiri selain Mat Sabu, Tian Chua, Anthony Loke, Dr Hatta Ramli, Chegu Bard dan Rafizi Ramli.

SAMM menggesa semua pihak bersatu, kerana rakyat yang bersatu tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana regim sekalipun. SAMM menjemput semua pihak bersama menjayakan hari besar titik mula perlawanan baru ini.

Siri himpunan #RakyatBangkit Reformasi 2.0 akan menjelajah ke seluruh negara sebelum hari kemuncaknya – bersama himpunan gergasi 1 Mei di medan jalan raya.

Kehadiran awal di sebelah petang amatlah digalakkan bagi memeriahkan program sebelumnya iaitu “Bersama Srikandi Masa Depan Negara” yang bermula jam 5 petang. Turut bersama dalam program 5 petang ialah YB Nurul Izzah Anwar, YB Rodziah Ismail, YB Kashturi Pato, YB Elizabeth Wong, Aishah, Aiman Athirah, Cikgu Mala, YB Fuziah Salleh, YB Dr Siti Mariah dan YB Hannah Yeoh.

Badrul Hisham Shaharin atau Che’GuBard
Pengasas SAMM

Isnin, 10 Mac 2014

NAJIB TAK BELAJAR KESILAPAN ORANG DARI KARALA DULU

Zalim.  Memang satu perbuatan zalim dan pengecut rejim untuk berdepan secara jantan dengan Anwar Ibrahim.  Ketua rejim takut untuk berdebat, begitu juga pencacai mereka yang sentiasa menjadi macai yang angguk sahaja dengan kebaculan bos mereka.  Mereka bukan tidak tahu mengapa takut sangat Najib untuk berdebat dengan Anwar di dalam isu kepentingan negara.  

Mana mungkin Najib mahu bicara soal kepentingan negara kerana beliau jadi Ketua Kerajaan 47% itu punh bukan kerana untuk menjaga kepentingan negara.  Mahu jaga pesawat sebiji pun beliau gagal.  Yang dijaga hanya bininya saja yang yang berlagak lebih dari Menteri.  Sebab itu pelik apanya Anwar dizalimi sedemikian rupa kerana Najib tiada kekuatan lagi untuk berdepan dengan Anwar secara anak jantan.

Beliau tidak pernah belajar dari kesilapan mamak Mahdey dulu yang menzalimi Anwar.  Adakah waktu itu rakyat menyokong mamak Kutty dari Karala berkenaan?  Tidak, bahkan akhirnya mamak Kutty ini mencampakkan dirinya sendiri dari Kerajaan dan kini bagaikan hantu raya mengamuk ke hulu ke hilir mengganggu keseronokan Najib yang jadi PM.  Itu membuktikan Mamak Kutty ini tidak puas lagi untuk menjadi diktator dan memperhambakan rakyat.  Najib pun bukan bodoh sangat, dia takkan mahu beri muka pada bekas diktator itu kerana Najib juga mahu menjadi diktator yang lebih hebat dari orang Karala ini.

Kita lihat sajalah nanti, Najib juga akan pasti menjadi seperti Mamak Kutty.  Jika tidak dia mencampakkan dirinya sendiri, rakyat lebih awal akan mencampakkannya.  Itu janji kita. 

Jumaat, 7 Mac 2014

LAGI BANYAK FAEKAH BERCAKAP LAGI TERCEMAR NAMA KHALID

Apa yang Faekah Hussin dok merepek?  Dia kata, bukankah Perjuangan PR adalah Demi Rakyat, maka dengan itu tindakan TS Khalid mengadakan MOu dengan Kerajaan Pusat secara tergesa-gesa tanpa memaklumkan kepada bosnya Anwar dan seluruh Exco Kerajaan Selangor itu adalah tepat, Demi Rakyat, katanya.

Jika betul TS Khalid bersikap Demi Rakyat seperti yang Faekah maksudkan itu, wajarlah Khalid berbincang atau memaklumkan tawaran serta merta dari Najib itu kepada para Exconya, bukankah Exco-Exco itu adalah Wakil Rakyat?  Wakil Rakyat yang membentuk Kerajaan, maka patutnya Wakil Rakyat mesti tahu apa yang Khalid mahu buat untuk rakyat.  Itu baru betul Demi Rakyat.

Demi Rakyat bukan bermakna Khalid boleh buat sesuka hatinya walaupun tindakannya itu baik pada pandangannya.  Selangor bukan Syarikat atau Sdn Bhd.  Kalau Syarikat pun segala keputusan penting akan di rujuk terlebih dahulu kepada Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Syatikat. 

Faekah tidak perlu cover Khalid berlebih-lebih.  Lagi banyak Faekah bercakap, lagi tercemar nama Khalid.

Selasa, 4 Mac 2014

NAJIB TIBA-TIBA BAIK SANGAT MENJELANG PRK KAJANG

TS Khalid kata menangkan Anwar di Kajang dulu baru boleh cerita pasal pemilihan dalam PKR.  Masalahnya dia yang umum awal kenapa?  Bila dah umum, tentulah ramai yang mahu bertanya.  Tak pasal-pasal Anwar pun ditanya, Wan Azizah ditanya dan Azmin pun ditanya.

Sebab itu aku kata, TS Khalid ini pentadbir yang baik tetapi dari segi politik 'Zero'.  Politik bukan bermakna menjaga kepentingan diri atau puak, politik seperti Azmin pun tiada gunanya juga.  Sebab itu, ramai yang tidak suka Azmin tetapi mereka tidak mahu Khalid jadi Timbalan Presiden PKR.  Mahu tak mahu, jika tiada yang tampil selain dari Azmin dan Khalid untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, aku pasti ahli-ahli PKR dengan berat hati terpaksa memilih Azmin juga.  Harapan mereka agar Azmin berubah sikap itu saja.

TS Khalid tidak boleh dibiarkan menjadi Timbalan Presiden kerana PKR tidak mampu untuk di'korporat'kan seperti Negeri Selangor semenjak tahun 2008.  Mahu buat rundingan MOu air Selangor dengan Kerajaan Pusat pun Khalid tidak tahu berbudi bahasa dengan rakan-rakan di dalam PR bahkan dengan bosnya di dalam parti pun beliau ke belakangkan.  Beliau rela agar Faekah saja menatap perjanjian yang 'latest' itu daripada ditunjukkan walau seminit untuk Anwar lihat dan teliti.

Sekarang lihatlah betapa ramai yang meragui kandungan MOu itu.  Terfikir oleh ramai orang mengapa tiba-tiba Najib begitu berlembut dengan isu air?  Kebetulan PRK Kajang?  Jika Najib benar-benar telah berubah, ayuh, kembalikan pula royalti buat Kelantan dan Terengganu.  Hapuskan wang ihsan yang tidak wujud sepatutnya itu.  Ini semua politik, dan Khalid tidak tahu strategi politik Najib.  Anwar mungkin sudah baca helah Najib, kita tunggu saja lah.
Terdapat ralat dalam alat ini