JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 9 November 2016

KALAU TAK SUKA PERANGAI LEBAI, AYUH TURUN !!


BERSIH pun puak ni tolak, walaupun satu dunia tahu sistem pilihanraya negara kita macam mana.  Puak-puak lebai tetap kata, tidak syarie BERSIH itu.  Syarienya waktu zaman arwah Tok Guru Nik Aziz ada saja.  Sekarang hukum tu dah tak terpakai.  BERSIH zaman arwah tok guru dulu, semua peserta BERSIH menutup aurat.  Sekarang, semuanya telanjang.  Maka, haram, kata lebai.

Bajet Najib baru2 ni pun lebai 'berkecuali'.  Ertinya, syurga pun tak mahu, Neraka pun takut nak masuk.  Walhal semua tahu Najib bentang Bajet dlm keadaan duit takde.  Hutang 1MDB tak terbayar, buat hutang baru kat China.  Peruntukan untuk kementerian banyak yg dipotong tertutamanya yang melibatkan kebajikan rakyat.  Mana peruntukan untuk kesihatan rakyat?  Jangan tanyalah lagi peruntukan untuk syiar Islam.  Tapi, lebai sanggup berkecuali.  Rakyat pilih dia duduk atas kerusi empuk dalam Parlimen itu hanyalah untuk isi perut lebai saja.  Mereka jadi pasu bunga atau CCTV dalam parlimen.

Maka, aku sokong gerakan dan kempen ini !!  Sesiapa yang meluat dengan lebai, jom beramai-ramai turun!!

Selasa, 20 September 2016

MB-MB PATUT TUKAR PM SEBELUM PM TUKAR MEREKA

Khabarnya Najib becadang mahu tukar 4 orang MB.  Pahang, N.Sembilan, Terengganu dan Kedah, kalau tak silap.  Sebab apa kena tukar?  Kalau Kedah, mungkin atas faktor kesihatan. Tapi bagaimana dengan yang lain?

Tentu ada sebab.  Di Tganu, mungkin untuk perkuatkan Umno Tganu atau untuk menguatkan kerajaan Umno/Bn di negeri tersebut kerana sekarang ini Umno di Tganu bagaikan telor dihujung tanduk .  Selepas Mat Said dicampak dari Kerusi MB Tganu, kerajaan Umno/Bn di Tganu semakin kritikal.  MB Negeri Sembilan dan Pahang jelas tidak begitu lantang bahkan hampir tidak bersuara untuk mempertahankan Najib di dalam isu 1MDB.  Samada mereka faham apa yang berlaku menyebab mereka tidak vokal membela Najib disaat PM diserang dari dalam dan luar negara.  

Najib kini perlukan sokongan padu, perlukan banyak orang untuk mempertahankannya.  Rosmah sudah tidak mampu mempertahankan suaminya kerana Rosmah juga menjadi liabiliti kepada Najib.  Beberapa Menteri telah mula mengampu dan mempertahankan Najib dan ini tidak cukup selagi terdapatnya MB yang dipilih oleh Najib tidak ikut serta mempertahankannya.  

Atas sebab ini aku rasa memang wajar Najib berkira-kira untuk menukar beberapa orang MB.  Najib semakin terdesak dan tertekan.  Sehubungan itu, jika MB-MB ini bijak, mereka harus tukar PM sebelum PM menukar mereka.  Bukankah begitu?

Selasa, 26 April 2016

PRN Sarawak: Pengerusi DAP S’wak gesa terus sokong calon KEADILAN

KUCHING 26 APRIL: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen mahu penyokong parti itu menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) khasnya di kawasan DAP tidak meletakkan calonnya.

 
 
Jelasnya ini kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini mempunyai misi untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbandinguntuk kepentingan parti semata-mata tetapi

“Ini (PRN) adalah pertarungan proksi untuk Najib. Ini kerana kerjaya dan masa depan politik beliau amat bergantung kepada keputusan pilihan raya Sarawak, tambahan ini adalah pilihan raya pertama selepas pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan),” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau mengemukakan borang penamaan calon untuk kerusi Kota Sentosa di pusat penamaan calon, Perpustakaan Awam Kota Sentosa dekat sini, semalam.

Chong, 45, bakal bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN) Wilfred Yap daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak PRN Ke-9 (2006).

Sementara itu, dalam perkembangan serupa, Pengerusi KEADILAN negeri, Baru Bian turut mahu rakyat negeri itu bersatu dalam usaha menyerang dan menumbangkan BN dengan terus meraih sokongan rakyat.

“Kami nyatakan sekali lagi bahawa musuh kita yang utama ialah Barisan Nasional.

“Kami gesa warga Sarawak untuk mengundi dengan bijak dan memilih calon yang telah bekerja keras selama ini dan mempunyai peluang lebih cerah untuk menang,” katanya dalam satu kenyataan media.
 
Sumber:  Keadilan Daily 

Rabu, 23 Mac 2016

HADI AWANG SUKA 'U-TURN"

Pelik ke kalau Hadi Awang kata, Guan Eng tak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah?  Mana nak pelik sebab itulah caranya yang sebenar.  Masalahnya, Hadi ikut cara itukah?

Kes fitnah calon Keadilan edar pil kuda tanpa disebut nama, mana bukti?  Tapi Hadi hebahkan juga kerana mahu Kerusi untuk bertanding.  Waktu itu, Hadi guna hukum mana?

Sebab itu aku tak pelik Hadi boleh 'U-Turn" dengan berbagai cara.  Ikut sedap dia saja.  Dulu kata, Hudud tak boleh tangguh dan Kelantan dah bersedia nak buat Hudud.  Baru-baru ini pula Hudud boleh tunda sebab mahu perkasakan dulu Mahkamah Syariah.  Eh, sudah sama pula dengan apa yang Keadilan sebut sebelum ini.  U-Turn lagi Hadi.
Terdapat ralat dalam alat ini