JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 30 Jun 2010

MEREKA ULAMAK SEKULAR - NIK AZIZ

Ulama sertai UMNO sebagai ‘ulama sekular’

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggelar 40 ulama yang menyertai UMNO sebagai ‘ulama sekular’ kerana mereka tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar dan menolak perjuangan Islam yang dibawa Pas.

Beliau berkata, di dalam al-Quran golongan ulama yang tidak berpegang kepada ajaran Islam dan orang yang menentang Rasulullah SAW dianggap sebagai golongan munafik.

“Munafik ini gelaran al-Quran. Al-Quran bahagikan manusia ini kepada tiga kumpulan iaitu mukmin, munafik dan kafir. Kalau nak gelar (ulama itu) munafik... saya tidak berapa suka.

“Ia boleh menimbulkan naik darah... tak payah gelar munafik, gelar sekular sudahlah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak merasa pelik dengan apa yang berlaku kerana sewaktu zaman Rasulullah juga perkara yang sama berlaku.

“Zaman nabi SAW sewaktu nabi masih hidup ada orang lawan nabi. Ini kita panggil munafik. Orang itu buat masjid, ‘masjid Birar’. Jadi kalau zaman nabi, nabi masih hidup, orang tengok wajah nabi dengar ucapan nabi pun ada yang melawan senyap-senyap. Pelik apa kalau sekarang yang dah sampai 2,000 tahun,” katanya.

Jumaat lalu, seramai 40 ulama muda profesional berkelulusan sarjana dan doktor falsafah yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Nik Aziz turut menyifatkan golongan terbabit sebagai mangsa bagi kempen kerana semasa di kampus mereka tidak dibenarkan berpolitik.

“Mereka ini mungkin jadi mangsa. Semasa di kampus tidak boleh berpolitik. Di Malaysia, kempen dalam kampus tak boleh. Tidak boleh terlibat dengan politik. Jadi pelajar-pelajar di dalam kampus ini buta politik.

“Bila habis kampus, pelajar keluar mereka meraba-raba kerana mereka tak biasa dengan politik. Boleh jadi mereka ini mangsa kempen jangan berpolitik dalam masa kampus. Ini semua bukan jadi pelik,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan ulama itu tertarik dengan nilai islam yang diterapkan UMNO, beliau enggan mengulas lanjut.

“Itu saya tak tahu. Itu kena tanya dia la. Yang tentunya itu bukan laluan nabi. Bukan laluan Siddiqin, Syuhadah dan solihin. Laluan nabi ialah tauhid kepada Allah,” katanya./Sinar

MULA BALIK DAH.....SPRM PANGGIL 2 ADUN PKR DI SELANGOR

Harakahdaily

SHAH ALAM, 30 Jun: Kerajaan negeri Selangor menyifatkan langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil dua Adun PKR Selangor untuk memberikan keterangan sebagai satu lagi serangan baru kepada mereka.

Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor yang baru dilantik, Badrul Amin Baharom dalam kenyataannya berkata, SPRM telah mengeluarkan notis pemeriksaan kepada dua orang ADUN Pakatan Rakyat Selangor untuk hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM, Putrajaya esok.

Surat dikeluarkan kepada ADUN Batu Caves Amirudin Shari dan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie pada Isnin lalu mengarahkan kedua-dua mereka untuk bantu siasat di bawah kesalahan 17(A) Akta SPRM.

"Kami yakin langkah SPRM ini ketika spekulasi berkenaan empat ADUN Parti Keadilan Rakyat akan meninggalkan parti baru-baru ini merupakan satu lagi serangan baru daripada siri percubaan untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Kami juga tidak menyangkal kemungkinan SPRM dipergunakan untuk menjayakan agenda Umno-Barisan Nasional merampas kuasa pentadbiran Selangor, sepertimana berlaku dalam insiden rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009.

"Kami menggesa SRPM professional dalam menjalankan tugas dengan turut menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Barisan Nasional yang terang-terang melakukan rasuah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Badrul, kedua-dua ADUN itu akan hadir bersama peguam masing-masing ke Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3 petang esok (1 Julai) untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak SPRM./Harakahdaily


NAJIB MASIH TERIKAT DENGAN PAK LAH ?

Dr M: Abdullah, bukan Najib tolak bina jambatan
Jun 30, 10


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil sebagai pelindung kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang menerima kritikan berhubung pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor.

Sokongan itu timbul ketika Najib berhadapan dengan label "perdana menteri flip-flop" berhubung kegagalannya meneruskan pembinaan jambatan berkenaan, serta tindakannya membatalkan pemberian lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Dr Mahathir sebaliknya menyalahkan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana menolak cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Dalam coretan di blognya hari ini, Dr Mahathir turut mengemukakan persoalan sama ada Najib terikat dengan janji yang dibuat oleh 'PM kelima' itu.

"Yang menolak pembinaan jambatan ini hanyalah perdana menteri kelima (Abdullah) yang mendakwa rakyat Johor tidak mahu jambatan ini.

"(Sedangkan) tiga hari sebelum kenyataan ini dibuat, timbalan perdana menteri ketika itu, iaitu perdana menteri ketika ini, telah mengesahkan bahawa jambatan berkenaan tetap akan dibina," katanya.

Mahathir juga berkata, persoalan ini ditimbulkannya memandangkan rakyat tertanya-tanya mengapakah “Najib yang penuh berkuasa tidak sanggup meneruskan pembinaan jambatan ini.”

"Apakah beliau terikat janji dengan perdana menteri kelima (Abdullah)? Apakah status janji ini?," soalnya.

Dr Mahathir juga mendakwa al-Marhum Sultan Johor Sultan Iskandar bersetuju supaya tambak berkenaan digantikan dan perkara itu disokong oleh seluruh rakyat Johor "kecuali seorang."

"Demikian juga saya tidak dengar bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap projek jambatan mengganti tambak Johor ini," katanya lagi.

Tambahnya, bekas perdana menteri Singapura Goh Chok Tong juga menyetujui cadangan itu, melalui satu surat yang diterbitkan dalam sebuah buku berjudul "Water Talks - If Only It Could."

"Goh tidak membantah pembinaan jambatan di perairan Malaysia jika itu dikehendaki oleh kerajaan Malaysia," tulisnya lagi./Malaysiakini

PAS Selangor alu-alukan Azmin Ali

Jun 29, 2010

PAS Selangor mengalu-alukan perlantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor yang baru. Perlantikan ini diyakini akan dapat memantapkan lagi jentera PKR Negeri Selangor selain menyumbang ke arah memperkasakan lagi jentera Pakatan Rakyat Negeri Selangor khasnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

PAS Selangor turut yakin Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Selangor akan dapat menumpukan lebih perhatian ke arah membangunkan Negeri Selangor dengan memberi fokus kepada agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) setelah melepaskan jawatan parti kepada Azmin Ali.

Sesungguhnya Azmin Ali (gambar kiri) memiliki pengalaman yang luas dalam bidang politik dan malah sudah pun menjalin hubungan kerja dengan PAS Selangor sejak beliau dan empat orang ADUN PAS diketuai Hasan Mohd Ali memenangi kerusi di DUN Selangor pada PRU tahun 1999 lalu. PAS Selangor akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada beliau selaku Ketua PKR Negeri.

Selain itu PAS Selangor akan mengaturkan pertemuan segera dengan beliau bagi menyelaraskan gerak kerja politik antara kedua-dua parti selain menantikan kehadiran beliau dalam mesyuarat Pakatan Rakyat peringkat Negeri Selangor.

Pertemuan dengan Khalid Ibrahim (gambar kanan) selaku Menteri Besar juga akan diaturkan dalam waktu terdekat bagi menyatakan sokongan dan keyakinan PAS Selangor terhadap kepimpinan beliau sebagai Ketua Pentdabir Negeri.

PAS Selangor terus komited untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat bukan hanya dalam mempertahankan Negeri Selangor dengan lebih mantap lagi malah menyumbang ke arah kejayaan untuk menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.

*Kenyataan media oleh Roslan Shahir bin Mohd Shahir, selaku Ketua Penerangan PAS Selangor, Badan Perhubungan PAS negeri Selangor./merdekareview

Selasa, 29 Jun 2010

Hakim jelaskan kenapa kerusi Tian Chua tidak lucut

Hafiz Yatim
Jun 29, 10


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen Batu.

Pada 17 Jun lalu, ketika menolak rayuan Chua tetapi mengurangkan hukumannya, Ghazali berkata keputusannya adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Agung 1993 kes Public Prosecutor lawan Leong Yin Ming yang hanya denda RM2,001 atau lebih yang akan meyebabkan perlucutan kerusi secara automatik.

Dalam penghakiman 18 dokumennya, hakim itu memetik sebahagian penghakiman hakim Mahkamah agung, Tan Sri Gunn Chit Tuan yang berkata “Tidak kurang dari” seharusnya membawa maksud "lebih daripada".

“Maka dengan berpegang kepada keputusan dalam kes Mahkamah Agung di atas, saya berpuas hati dan berpendapat bahawa denda RM2,000 itu tidak menjadikan perayu hilang kelayakan beliau secara automatik kerana denda untuk menjadikan beliau beliau hilang kelayakan adalah RM2,001 ke atas dan bukannya bermulka daripada RM2,000.

“Keputusan Mahkamah Agung ini mengikat mahkamah rendah. Ia adalah autoriti kukuh yang boleh diguna-pakai oleh mahkamah ini,” kata hakim Ghazali.

“Oleh itu, saya berkeyakinan bahawa hukuman denda tersebut tidak akan memberi implikasi kepada satu pilihan raya kecil di kawasan Batu; maka niat saya yang ikhlas itu telah dizahirkan melalui hukuman denda tersebut, selain memberikan suatu amaran keras kepada perayu supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa hadapan,” katanya.Keputusan hakim, Ghazali yang sebelum ini mengurangkan denda daripada RM3,000 dan enam bulan penjara kepada RM2,000 atau dua bulan penjara menimbulkan kontroversi sama ada ahli parlimen Batu itu telah hilang kelayakannya.

Tian Chua didapati bersalah kerana mengiggit seorang konstabel polis ketika ditahan di sebuah protes di bangunan parlimen, tiga tahun lalu.

Kontroversi timbul berikutan tafsiran Artikel 48, Perlembagaan Persekutuan berhubung istilah denda tidak kurang RM2,000 dan penjara tidak kurang setahun.

Peguam yang mewakili Tian Chua berhujah berdasarkan keputusan Mahkamah Agung pada 1993, tafsiran itu membawa maksud RM2001.

Bagaimanapun peguam kanan Karpal Singh, bersama bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Idid Syed Ahmad berpendapat tafsiran itu membawa maksud RM2,000./Malaysiakini

Awan berbentuk jenazah


BENTUK awan aneh menyerupai jenazah yang sempat dirakam di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi.

Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.

"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut.

"Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut.

ZAID `ANAK EMAS' ANWAR ? KJ PULA BAGAIMANA ?

Anwar nafi Zaid 'anak emas'

Jun 29, 10


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim diberi keistimewaan ataupun 'anak emas' di dalam parti itu.

Dakwaan itu timbul berikutan perlantikan Zaid yang tewas pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang lalu dilantik sebagai pengerusi PKR Wilayah Persekutuan pada permukiman parti itu di Shah Alam, Ahad lalu."Nurul Izzah adalah pewaris saya,” gurau ketua pembangkang itu, merujuk kepada anak sulungnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

Sebaliknya, menurut Anwar, perlantikan Zaid itu hanya sebagai memberi peranan khusus kepada tokoh-tokoh dalam PKR yang belum mempunyai tugas yang khusus.

"Ini isu Parti Keadilan Rakyat. Ada tokoh-tokoh yang belum ada tugas khusus kita bagi tugas.

"Ada yang jaga Pulau Pinang, ada yang jaga Wilayah, ada yang jaga Selangor. Tidak ada kaitan pun dengan apa-apa selain itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya wartawan pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

Anwar bagaimanapun diasak dengan soalan wartawan yang ingin tahu mengapa ada ahli yang lebih lama dalam PKR berbanding Zaid, namun tidak mendapat 'keistimewaan' sama.

Namun soalan itu ditepis apabila Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mencelah dengan melemparkan perumpamaan berikut kepada wartawan.

"Ketua Pemuda Umno pun tidak ada dalam kabinet," jelasnya sambil disambut gelak ketawa pihak media.

Hadir sama pada sidang media itu adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan kepimpinan ketiga-tiga parti yang lain.

Majlis pemukiman PKR hujung minggu lalu melantik Zaid sebagai pengerusi PKR Wilayah, manakala menggantikan Azmin Ali yang mengambil alih tugas Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai pengerusi PKR Selangor./Malaysiakini

100 ULAMAK TIDAK TERCAPAI, 40 PUN BERKURANG PULAK

Posted by Love Perak


Abdul Wahab Nafi Sertai UMNO

Aktivis Sunnah Wal Jamaah, Abdul Wahab Abdullah semalam, menafikan dirinya menjadi sebahagian daripada 40 ulama muda yang menyertai UMNO seperti yang dihebahkan media sebelum ini.

Dalam satu sidang media di sini semalam, Abdul Wahab berkata, tidak pernah mengisi sebarang borang untuk menyertai parti itu dan semuanya hanya tipu muslihat yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam UMNO yang dilihat cuba mencari publisiti untuk kepentingan politik mereka.

Menurutnya, tujuan sebenar beliau hadir ke majlis itu adalah mewakili Persatuan Al-Islah Perlis untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.




“Saya tidak tahu mengenai penyerahan borang menyertai UMNO itu, kerana saya pergi untuk tujuan lain iaitu bagi mendapatkan imej baik dalam Persatuan Islah, bukan untuk menyertai UMNO. Tetapi agenda itu disusun untuk tujuan lain.

“Perkara itu seperti cuba memerangkap golongan ulama untuk menyertai parti itu,” katanya dalam sidang media menafikan penyertaan beliau dalam UMNO, di Balai Islam sekolah Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), Jejawi, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis, Yaakub Abu Seman; Pegawai Perhubungan Awam Pas, Khairi Hassan dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Perlis, Khoo Yang Chong.

Sementara itu, Yaakub berkata, beliau kesal dengan kejadian itu kerana ada sebahagian daripada mereka yang berada di majlis itu terpedaya dengan mainan politik Shahidan.

Menurutnya, beberapa individu dari Perlis yang hadir dalam majlis itu mahu berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tujuan lain, sebaliknya terperangkap dengan mainan politik bekas Menteri Besar itu.

“Pengaruh Shahidan semakin menurun jadi dia perlu lakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang,” katanya.

“Sepatutnya, jika mahu berpolitik, berpolitiklah dengan cara baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, Abdul Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), salah sebuah sekolah kelolaan Pas Perlis. -SINARHARIAN

SIDANG MEDIA 'PENAFIAN SERTAI UMNO'

Penafian menyertai UMNO bersama 40 ulama muda

Ustaz Abdul Wahab Abdullah, seorang ustaz yang hadir dalam majlis penyertaan 40 ulama muda kedalam UMNO tampil membuat penafian berhubung penyertaannya kedalam UMNO dalam sidang media khas yang di adakan di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), semalam.
Beliau menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan tentang penganjuran majlis tersebut adalah untuk penyerahan borang penyertaan mereka kedalam UMNO. “Saya tidak tahu langsung tentang penganjuran majlis ini. Kedatangan kami adalah untuk membersihkan nama persatuan kami”, kata beliau.

Beliau menyatakan bahawa kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk membersihkan nama persatuannya yang membawa aliran fahaman Wahabi yang dikatakan terlibat dengan Jemaah Islamiah.

Beliau datang bersama beberapa orang rakannya daripada Perlis. Beliau dimaklumkan rombongan mereka ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk menjaga “survivor” persatuannya, Persatuan Al Islah Negeri Perlis kerana dikaitkan dengan JI.

“Saya tak pernah fikir untuk masuk UMNO dan akan diperlakukan sebegini”, kata beliau dengan nada kecewa.

Ustaz Abdul Wahab Abdullah adalah guru di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), sebuah sekolah kelolaan Badan Perhubungan PAS Perlis. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari Dewan Ulama PAS Perlis.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ustaz Saleh Adam, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Sdr. Hairy Hasyim, YDP PAS Kawasan Kangar,Ustaz Yaakob Abu Seman, Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis dan Cikgu Khoo Yang Chong, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis./Love Perak.blogspot

BETAPA FIRAUN BESAR KULIM INI MENCINTAI UMNO

SEKALI lagi TV3 suku malam tadi menampilkan MP dari Kulim Bandar Baru sebagai pengulas undangan tentang peristiwa politik PKR di Selangor. Maka, tanpa berlengah lagi `firaun besar' Kulim ini pun bercakap gaya seorang lawyer tapi ternampak seperti `loyar buruk' saja. Dia bercerita agak panjang juga sampai dua kali disiarkan wajah `firaun besar' ini dan mengulas benda yang sama.

Semakin lama dia mengulas, semakin nampak seorang `loyar buruk' yang seperti bukan seorang politikus tetapi seperti tikus. Memang beliau ni bersifat seperti tikus, berani menggigit apa saja jika tiada sesiapa di sekelilingnya. Apabila diajak berdebat oleh YB Khalid MP Shah Alam, terzahirlah sifat penikusnya. Di depan TV3 suku, beliau menunjukkan jantannya sehingga terjongket kopiah firaun besarnya itu.

MP Kulim Bandar Baru yang dipecat oleh PKR itu berkata depan TV 3 suku bahawa perlantikan YB Azmin sebagai pemimpin utama PKR di Selangor memberi gambaran MB Khalid tidak lagi diperlukan. Apa ertinya menjadi MB Selangor jika kuasa politik sudah tiada, tambah beliau. Jadi, MB Khalid mesti berundur katanya lagi. Maksudnya, YB Azmin tentunya lebih berkuasa dari MB Selangor dan ini menunjukkan DS Anwar mahu YB Azmin menjadi MB Selangor. Dan, Khalid mestilah sedar isyarat ini. Begitulah andaian si`loyar buruk' yang pernah ditolak oleh PAS itu.

Nampaknya komen dari firaun besar Kulim tersebut bercanggah pula dengan mantan MB Selangor iaitu anak Toyo. Anak Toyo berkata pula, walaupun YB Azmin dilantik mengetuai PKR di Selangor namun yang masih mempunyai kuasa adalah Khalid selaku MB Selangor. Jadi, Khalid masih boleh menentukan projek atau tender kepada kroni-kroninya, kata anak Toyo doktor gigi yang kaya raya itu. Beliau sangka, MB Khalid sama sepertinya yang memelihara kroni seperti memelihara babi apabila menjadi MB Selangor.

Nampaknya komen firaun besar dari Kulim dengan komen doktor gigi yang kaya itu sama sekali bercanggah, walaupun niat masing-masing sama untuk menjahanamkan PR di Selangor.

Kita jangan pelik kenapa firaun besar dari Kulim tidak mahu pula ulas perihal yang sama di Terengganu. Di Terengganu, MB nya adalah Said. Tetapi, siapa yang menerajui Umno di Terengganu? Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu adalah Hishamuddin, orang dari Johor. Jika ikut kata-kata bodoh dari firaun besar, tentulah MB Terengganu Said kena berundur kerana apa guna jadi MB jika kuasa politik di Terengganu dipegang oleh orang lain, bahkan orang itu luar dari Terengganu? Mengapa firaun besar berketayap putih itu tidak mahu ulas?

Jawapannya mudah, ia adalah kerana di Terengganu Umno yang berkuasa, jadi buat apa firaun besar mahu ganggu. Bukankah Umno itu pujaan hatiku?/mandor.blogspot.com

SETAKAT CABAR 48 JAM, HEBAT SANGATKAH KETUA PEMUDA UMNO?

KJ serah kepada rakyat?

Oleh: notan

"Assalamualikum,,..Dalam satu siaran berita dalam agenda daily, KJ menyatakan untuk menyerahkan kepada rakyat untuk menilai DSAI kerana gagal menyahut cabarannya dalam tempoh 48 jam untuk mendedahkan bukti MP yang lompat mendapat habuan RM2 juta. Baca disini

KJ bertindak macam crook filem Hindustan yang sentiasa menampilkan diri sebagai Hero.KJ nampaknya masih mahu rakyat percaya bahawa DSAI adalah seorang pembohong sementara dirinya dipihak yang benar.Kerana itu KJ cuba memerangkap DSAI dengan tempoh 48 jamnya tanpa perlu menyentuh soalan DSAI kepada wartawan RTM mengenai berbagai bagai pendedahan yang telah dibuat dan disahkan betul yang tidak diambil sebarang tindakan oleh kerajaan sehingga hari ini.

KJ sepatutnya menyebut kenapa VK Linggam dan 6 jahaman masih bebas sekalipun suruhanjaya diraja sudah mengesahkan ada kes yang perlukan pendakwaan.KJ juga patut menyebut mengenai PKFZ, mengenai komisyen kapal selam dan Altantuya dan beberapa siri pendedahan DSAI yang sudah disahkan benar.KJ memang patut memberikan justifikasi kenapa ikan ikan jerung boleh terlepas dari semua pendakwaan sebelum boleh menuduh DSAI seperti itu.

Tetapi KJ memilih untuk menjadi budak budak dengan cabaran 48 jamnya.KJ tidak mencerminkan dirinya sebagai lulusan Oxford langsung.KJ mahu rakyat menilai DSAI yang sudah terbukti kekentalannya,yang sudah terbukti dengan kebenaran pendedahan pendedahan sebelum ini.KJ lupa bahawa rakyat Malaysia yang tinggal di pendalaman sekalipun lebih cerdik dari dirinya walaupun tak pernah belajar di Oxford untuk melihat perkara sebenarnya.KJ lupa bahawa rakyat Malaysia sekalipun yang masih menyokong UMNO kerana agenda tertentu tahu bahawa DSAI tidak berbohong dalam soal ini.

Jadi kenapa KJ masih mahu mencabar DSAI dengan tempoh 48 jamnya?Cabaran kebudak budakan ini jelas menunjukkan KJ cuba menipu rakyat walaupun dia sendiri tahu bahawa DSAI tidak menipu malah bukti yang disebutnya bukan bukti jenayah itu ada dengan DSAI dan bakal keluar apabila tiba waktunya.Bilakah waktu itu?siapa tahu mungkin selepas PR mengambil alih Putra Jaya atau mungkin selepas VK Linggam diambil tindakan atau selepas ikan jerung PKFZ didakwa atau mungkin bila bila.

Oleh itu KJ sendiri perlu lebih proaktif dalam memastikan kesemua pendedahan sebelum ini diselesaikan kerajaan sebelum dakwaan upah melompat ini dikeluarkan DSAI dan sebelum KJ mahu rakyat menilai DSAI seperti dikehendakinya.

KJ menyatakan akan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan susulan tetapi apa yang nak dibincangkan sedangkan KJ sendiri mengaku tidak akan membuat lapuran polis mengenai dakwaan ini dan desakannya agar DSAI bertanggungjawab juga tidak perlu kerana DSAI sudah menyatakan dengan jelas bahawa bukti itu akan keluar apabila tiba masanya.KJ tak perlu mengelabah sebaliknya harus menunggu saat tersebut./Tranungkite

Isnin, 28 Jun 2010

PERJUMPAAN BLOGGER - REALITI DAN HAKIKAT

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA amat menghormati pandangan rakan Blogger yang mahu adakan perbincangan atau perjumpaan di kalangan Blogger Pro PR. Ini adalah berlanjutan daripada serang menyerang di antara beberapa Blogger penyokong PR berkaitan beberapa isu khususnya yang berkaitan dengan UG, Kumpulan Erdogan dan juga pro Ulamak. Sebenarnya ini isu lama dan semua telah maklum isu ini telah pun dapat diselesaikan oleh kepimpinan PAS sendiri.

Niat baik rakan saya yang mahu kepada perbincangan itu mendapat maklumbalas pro dan kontra dari rakan-rakan yang lain. Selaku salah seorang yang ingin melihat PAS berjaya bersama PR menuju ke Putrajaya, saya ingin juga menyuarakan pandangan saya dan tentunya juga akan mendapat maklum balas pro dan kontra juga. Itu biasa di dalam memberikan pandangan.

Saya berpendapat, tidak perlu diadakan perbincangan seperti yang dicadangkan oleh rakan saya itu. Bagi saya, PAS khususnya kini telah berada di landasan yang betul dan tepat lebih baik dari sebelumnya. Saya juga di antara pengkritik UG pada suatu ketika dan sering menuding jari kepada beberapa pimpinan yang saya rasa condong ke arah itu. Tetapi setelah pimpinan PAS bijak di dalam menghalusi semua pandangan beberapa pengkritik UG, maka Muktamar PAS mengambil keputusan menutup terus isu UG dan memberi jaminan bahawa PAS kekal bekerjasama dengan PR. Sekaligus bererti harapan mereka yang cintakan UG berkecai, namun kita lihat mereka kembali bersatu dan bersama-sama bersetuju dengan keputusan Muktamar iaitu menutup isu UG ini.

Seharusnya kita Blogger yang dahulunya begitu ekstrim menentang UG patut berbangga kerana diberi perhatian oleh pimpinan yang kita sokong. Isu ini kembali dimainkan kerana kita kadangkala terlalu mudah membuat tafsiran yang terburu-buru. Apabila Tuan Guru Presiden tidak mahu memberi jaminan sepanjang beliau memimpin tidak akan berlaku UG dengan Umno, maka kita beranggapan bahawa masih ada lagi hasrat di kalangan pimpinan PAS terhadap UG yang telah ditutup itu. Bagi saya, sebagai sebuah parti Islam, PAS menentang Umno selagi Umno menentang Islam. Apakah jaminan bahawa Umno akan selama-lamanya menentang Islam?

Memang benar, pada waktu ini dan saat ini wajib kita menentang Umno. Selagi Umno menentang PAS yang mahukan Islam didaulatkan, selagi itulah jangan disebut tentang UG. Sekiranya ada pemimpin PAS yang bercadang untuk menghidupkan kembali UG dikala Umno tetap menentang Islam, wajib kita Blogger kembali menyerang pemimpin berkenaan kerana mereka ternyata menentang keputusan Muktamar. Setakat ini, Alhamdulillah, pemimpin kita semakin bersatu samada di kalangan yang dikatakan Erdogan mahupun golongan Ulamak. Terbukti di dalam beberapa PRK sebelum ini PAS bersatu dengan begitu baik sekali dengan rakan-rakan di dalam PR dan terus menyerang Umno dengan begitu hebat. Bukankah ini yang kita mahukan?

Mungkin ada di kalangan pembaca yang berfikiran saya juga condong ke arah UG. Bagi saya tiada UG atau perpaduan selagi tidak meletakkan Islam sebagai asasnya. Mungkin pandangan saya ini terlalu dangkal jika hendak dibandingkan dengan penganalisa yang lain. Asas saya mempercayai kepimpinan PAS yang ada sekarang adalah kerana mereka telah buktikan bahawa PAS telah bekerjasama dengan baik bersama rakan-rakan mereka di dalam PR sejajar dengan keputusan Muktamar PAS sendiri.

Sehubungan itu, marilah kita Bloggers yang cintakan kepada perjuangan ini melihat kepada realiti dan kenyataan di depan mata. Cuba berfikir sejenak apabila timbul persepsi negatif terhadap pimpinan kita. Amat rugi buat kita yang `berperang' sesama kita sedangkan hakikatnya kita tiada sebab untuk berperang. /wfauzdin.blogspot.com

ISU SELANGOR - FIRAUN BESAR DAN ANAK TOYO BERI ULASAN BERCANGGAH

MASING-masing berebut hendak beri komen pasal perlantikan YB Azmin mengetuai PKR di Selangor, manakala MB Khalid kekal selaku MB di Selangor. Hakikatnya Umno dan mereka yang memusuhi PKR amat tidak senang dengan penyelesaian politik yang berlaku di Selangor. Mereka begitu mengharap agar YB Azmin dan `orang-orang'nya akan menjatuhkan MB Khalid.

Cuba kita lihat komen mantan MB Selangor yang kontroversi dengan isu rasuahnya di sini. Kemudian, kita bandingkan kenyataan seorang lagi firaun besar dari Kulim yang dipecat dari PKR itu melalui siran berita NTV 7 sebentar tadi. Kedua-duanya amat mengharap PKR di Selangor runtuh, tetapi otak kedua-duanya sama-sama beku. Maka, komen kedua-dua pencacai ini saling bercanggah lebih teruk lagi meleset sama sekali.

Khir Toyo menyebut, walaupun YB Azmin dilantik mengetuai PKR di Selangor, tetapi MB Khalid tetap berkuasa penuh kerana masih memegang jawatan MB Selangor. Khir Toyo menyebut bahawa MB Khalid masih boleh memberikan projek atau tender kepada krono-kroninya. Ingin kita bertanya, Khir Toyo dapat buktikah bahawa MB Khalid selama ini mempunyai kroni? Bahkan, selama ini terdapat penyokong-penyokong Umno di zaman Khir Toyo masih disuap oleh MB Khalid. Itukah kroni MB Khalid?

Kita lihat pula komen firaun besar dari Kulim Bandar Baru pula. MP yang dipecat dari PKR ini menyebut bahawa MB Khalid sebenarnya tiada kuasa apa-apa kerana kuasa politik di Selangor kini dipegang oleh YB Azmin. Beliau memberi contoh, beliau juga pernah alami benda yang sama. Eh, semenjak bila firaun besar Kulim ini pernah jadi MB? Jangan perasan lah. Kita ingin ingatkan beliau, beliau juga sekarang menjadi MP tanpa ada parti politik dan adakah ini bermakna beliau tidak boleh melaksanakan tugas sebagai MP? Jika begitu keadaannya, seperti yang beliau sarankan kepada MB Khalid, sedarlah, dan beliau kena berundur juga dari MP Kulim Bandar Baru.

Firaun besar ini terus menerus menfitnah DS Anwar, kununnya itulah mainan politik DS Anwar untuk menjatuhkan MB Khalid. Jika benar DS Anwar mahu sangat YB Azmin sebagai MB Selangor, mengapa DS Anwar tidak melantik terus YB Azmin sebagai MB Selangor sejurus PR menguasai Selangor selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu? Mengapa senget sangat otak firaun besar Kulim ini untuk memikir?

Hakikatnya, mereka ini teramat dukacita apabila isu di Selangor dapat diatasi satu persatu oleh PKR. Berbagai usaha telah mereka lakukan dengan bantuan media-media yang lapar bahan fitnah itu untuk menganggu kestabilan politik di Selangor. Akhirnya mereka gagal. Justeru itu, timbullah komen dan ulasan yang menampakkan kebodohan mereka. Sewajarnya mereka lebih cerdik untuk mengulas hal ehwal politik parti lain, sekurang-kurangnya biarlah nampak sama dan tidak bercanggah. Itulah kebodohan terlampau kedua-dua pencacai ini./mandor.blogspot.com

JANGAN BERANI BAKAR AKHBAR SAJA, JOM DEBAT !!

Aktivis FELDA cabar Ahmad Maslan debat
Abdul Rahim Sabri
Jun 28, 10


Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan kemerosotan rizab Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA).

"Sekiranya beliau (Ahmad) menganggap fakta beliau betul, dan kita memfitnah, kita boleh debat di mana-mana," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.

Ditemui Malaysiakini selepas sesi itu, Mazlan (kiri sekali) berkata cabaran beliau untuk berdebat diputuskan selepas Ahmad berhasrat untuk menyaman akhbar Suara Keadilan - yang melaporkan 'Felda Bankrap'.

Mazlan berkata tindakan undang-undang tersebut dilihat sebagai satu "cubaan untuk melindungi sesuatu".

"Kita akan dedahkan fakta sebenar yang berlaku di FELDA (dalam debat itu)," katanya.

Mazlan berkata, beliau bersedia bersemuka dengan Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian pada bila-bila masa.

ANAK sebelum ini turut dilaporkan membuat aduan polis berhubung kemerosotan rizab tunai FELDA itu.

Pada 16 Jun lalu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno dilapor dilaporkan berkata dalam Parlimen bahawa status kewangan FELDA merosot sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Susulan daripada pendedahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pelbagai kritikan, termasuk daripada penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim yang mendesaknya agar "melepaskan cengkamannya" terhadap agensi itu.

Jumaat lalu FELDA pula dilaporkan mahu menyaman Zaid, akhbar organ PKR Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan "fitnah yang berniat jahat" dan "keterlaluan".

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Umno Kota Raja semalam menunjukkan perasaan tidak puas hati dengan laporan itu dengan membakar (atas) selonggok Suara Keadilan pada mesyuarat bahagian itu di Klang./Malaysiakini

AZMIN - KHALID TETAP BAIK, UMNO TERUS KECEWA

Di sebalik pelbagai spekulasi media tempatan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menganggap hubungannya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai baik.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa juga tidak menganggap kritikannya terhadap Tan Sri Khalid sebagai cubaan menjatuhkan Menteri Besar itu, sebaliknya mainan segelintit media tempatan.

Azmin berkata demikian ketika sidang media sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Seremban.

Beliau sekaligus menolak andaian, kononnya peletakan jawatannya dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor kerana mahu menjatuhkan Tan Sri Khalid, menafi terlibat mendalangi Kumpulan 15.

Azmin sebelum ini disebut-sebut sebagai perancang konspirasi 15 ahli parlimen PKR yang kononnya mahu meminta Tan Sri Khalid meletak jawatan tetapi disangkal Ahli Parlimen Gombak ini.

"Itu tak betul. Letak jawatan dalam PKNS tiada kaitan dengan Kerajaan Selangor. Nama G-15 bukan kita cipta, dicipta oleh media. Pendirian ahli parlimen kami ialah memastikan delivery system bertambah baik.

"Tidak timbul soal jatuhkan Tan Sri khalid, tak timbul sama sekali. Kita mahu negeri Selangor jadi role model sebelum ke Putrajaya," katanya yang menjelaskan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid berlangsung dengan baik./TVSelangor

KUMPULAN 40 - SERAH BORANG TERUS KENA `KENCING'

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI diduga kemasukan 40 `ustaz muda' yang digelar oleh sekutu Apco sebagai `ulamak muda' ke dalam Umno akan dijadikan berita hangat di TV 3 suku dan media Utusan Meloya. Maka, Najib pun memulakan mainannya sebagai langkah pertama untuk memperbodohkan kumpulan 40 ustaz mentah tersebut. Najib memberitahu kemasukan mereka ke dalam Umno menandakan `Ulamak Muda' tersebut menyokong dasar Umno.

Kita diberitahu kununnya kemasukan kumpulan 40 itu ke dalam Umno adalah untuk berdakwah kepada Umno. Ini bererti Umno dilihat semakin teruk akidahnya, sehinggakan terpaksa kumpulan 40 orang ini menghumbankan diri masuk ke dalam kapal Umno. Jika begitu, mengapa pula Najib membuat kenyataan Kumpulan 40 ini menyokong dasar Umno yang dikatakan oleh Najib turut memperjuangkan Islam mengikut Al-Quran dan Hadith. Jika sudah betul jalannya, mengapa pula Kumpulan 40 ini mahu berdakwah kepada Umno? Belum apa-apa sudah kena `kencing' oleh Najib. Kesihan ustaz-ustaz muda tersebut yang tidak tahu sepak terajang di dalam Umno.

Benarkah kumpulan 40 yang berkelulusan agama itu menyokong dasar Umno sekarang? Mereka sokong kah lesen judi dikeluarkan dalam keadaan majoriti Non Muslim menolak judi? Mereka juga turut menyokong Akta zalim ISA yang menghukum orang tanpa bicara? Mereka juga menentang hudud untuk dilaksanakan? Itu belum dikira berbagai salah laku dan rasuah kepimpinan Umno yang ada. Bahkan, pemimpin yang terbukti melakukan rasuah tetap kekal sebagai Ketua Menteri dan ada yang menjadi Ketua Pemuda Umno. Ketua Pemuda Umno itu adalah juga bos kepada kumpulan 40 orang ini sebaik sahaja mereka menyembah Umno.

Betapa hina diri mereka apabila berada di dalam kelompok yang secara berterusan menentang syariat Islam. Betapa murah ilmu yang mereka miliki dijual sedemikian rupa. Kita lihat nanti setakat mana Umno akan menerima dakwah mereka, atau Umno akan mendakwah mereka kembali. Kita lihat berapa lama jubah labuh itu kekal ditubuh mereka. Jangan jadi seperti Us Firdaus sudah lah. Masuk Umno saja, sudah pandai sepak menyepak tong undi dan lebih selesa berbaju batik dan bersongkok hitam tinggi. Ke mana Us Firdaus sekarang? Jika mahu lihat beliau, tunggu sahaja ketika acara membaca doa atau tahlil./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 27 Jun 2010

Khir Toyo 'frust' & Khalid yang 'cool'

Oleh: cucupakkasim


"Khir Toya dengan Micheal Jackson tak ada beza, dua-dua tak boleh kena cahaya kepanasan yang berlebihan, cuma Khir Toya dia tak tidur dalam balang macam Michael Jackson.

Dia sendiri tidak menafikan yang Selangor di bawah PKR/Pakatan Rakyat dengan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar telah melakukan banyak perubahan dan perkara-perkara yang baik. Khir Toyo juga mengakui peluang untuk umno kembali semula ke Selangor dengan Menteri Besar yang baru dari umno terlalu sukar, 1/10. Sokongan kepada Khalid terlalu kuat dan cukup solid.

Lama menghilang dan lama tak dengar cerita Mamat ni, tau-tau keluar kalam yang lebih merupakan luahan 'frust'nya. Laporan mengatakan yang ada sekumpuan 15 orang Ahli-ahli Parlimen dari PKR sedang berkumpul dan membentuk satu geng untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim ada lah hanyalah merupakan satu spekulasi semata-mata.

Bermacam-macam cara dan jalan dicari untuk menunjukan ketidakupayaan Khalid memimpin Selangor dan PKR negeri termasuklah pada masa ini Khalid sedang diasak hebat berhubung dengan dakwaan kegiatan perlombongan pasir secara haram di negeri Selangor, namun ia langsung tidak menjadi kudis dan Khalid Ibrahim tetap 'cool'.

Khir Toyo pun cuba juga untuk mengucar-ngacirkan Khalid dan PKR Selangor dengan mengapi-apikan rakyat negeri Selangor bila dia kata yang PKR di Selangor sekarang sudah ada 2 kumpulan, 1 kumpulan yang menyokong Khalid dan 1 lagi kumpulan yang hendak menyingkirkan Khalid. Khir yang sangat-sangat kecewa sekarang juga cuba mengapi-apikan hubungan diantara Azmin Ali dengan Khalid dan juga pemimpin-pemimpin parti yang dibawah.

Kata lah, buat lah kenyataan apa pun, umno Selangor yang merupakan parti pembangkang disana sekarang ini tersangat lemah./Sumber: http://dollahyankee.blogspot.com

Sabtu, 26 Jun 2010

PROJEK `LANGGAR HADI' TUKAR KEPADA `LANGGAR KUMPULAN 40' ?

BILA melihat kepada peristiwa kumpulan 40 `ustaz' yang digelar `Ulamak Muda' tu masuk Umno, aku ingin mencadangkan sesuatu. Cadangan aku adalah apa kata kita hentikan projek `Langgar Hadi' yang tidak banyak kesannya untuk memartabatkan Islam. Kemudiannya, kita halakan muncung senjata kita ke arah satu projek baru iaitu `Langgar Kumpulan 40' pula.

Aku sebenarnya kurang senang dengan `projek langgar Hadi' yang aku faham apa objektif projek tersebut. Ianya ada kaitan dengan UG yang satu ketika dulu heboh diperkatakan. Aku pun teramat tidak setuju dengan UG, dan kemudiannya Alhamdulillah, kepimpinan PAS pun buat keputusan secara rasmi bahawa tiada lagi UG. Lebih dari itu, aku tidak mahu selam ke dalam hati para pemimpin yang mengaku secara terbuka tiada lagi UG dengan Umno itu. Berbaik sangka sajalah.

Pada aku, jika UG ini dibangkitkan semula pada saat Umno masih tidak berubah, aku pun akan tumpang untuk menyerang UG. Tetapi, jika Umno terbukti berubah dengan beberapa tindakannnya yang selari dengan tuntutan kita di dalam PR, apa masalahnya lagi dengan UG. Tetapi, Umno mesti buktikan dulu keikhlasannya dan jika mahu terima UG ini juga, pimpinan di dalam PR juga mesti mendapat restu dari rakan-rakan yang lain di dalam PR sendiri. Tiadalah nanti timbul kata-kata kawan tikam kawan.

Buat masa ini, tumpukan pada kerja kita untuk musnah Umno. Lupakan projek `langgar Hadi' dan berpahala juga kita sekiranya ditukar kepada `projek langgar kumpulan 40' pula. Kita bimbang, dengan wujudnya kumpulan 40 berilmu agama ini akan lebih menyesatkan Umno dan orang-orang Melayu yang masih jahil lagi.

Itu satu cadangan aku saja. Mungkin ada kawan-kawan yang tidak setuju dan masih bersemangat untuk meneruskan projek `langgar Hadi'nya itu. Terpulanglah pada mereka dan aku harap kita tidak salah mensasarkan muncung senjata kita. /mandor.blogspot.com

SIAPA PUN BOLEH JADI MB SELANGOR ASALKAN BUKAN DARI UMNO

TIDAK kira siapa mahu jadi MB di Selangor. Apa yang penting mesti kita tentukan adalah MB Selangor mestilah dari PR bukannya dari Umno. Lagi pun, isu yang dihebohkan oleh media pencacai sekarang ini bukan masalah besar sangat pun. Cuma, beberapa pihak yang tidak puas hati dengan pendekatan YB Khalid mentadbir Negeri Selangor. Itu sahaja.

Ini masalah `khilaf' bukan masalah pokok. Apa yang aku tidak berapa senang adalah sikap pemimpin kita yang masih mahu bercakap dengan media pencacai seperti dari TV 3 suku tu. YB Azmin pun bercakap dengan TV 3 suku begitu juga dengan YB Khalid. Kita sudah kenal stail dan cara media haprak itu memainkan isu, kita masih lagi mahu bercakap dengan lidah syaitan tersebut. Hasilnya, selepas mereka dapatkan kenyataan dari YB Azmin dan YB Khalid, yang memberi ulasan pula diberikan kepada firaun besar dari Kulim YB Zul si tukang putar belit untuk mengulas. Apa lagi, orang mengantuk disorong bantal lah jawabnya.

Kita sibuk minta rakyat boikot media haprak itu, tetapi pemimpin kita masih mahu percaya kepada puak mereka. Rugi sangatkah kita jika tidak bercakap dengan TV 3 suku atau Utusan Meloya? Nasib baik TV 3 suku tidak minta raja sesumpah Senatak Ezam untuk mengulas isu di Selangor. Jika tidak, sudah pasti raja sesumpah akan menyebut bahawa DS Anwar lah puncanya yang berlaku di Selangor. Bukankah Senatak Ezam itu tidak boleh bercakap jika tidak sebut nama DS Anwar?

YB Zul Kulim pun sebut nama DS Anwar juga. Dia kata apa yang berlaku di Selangor adalah kerja DS Anwar. Beliau juga sebut, bila kununnya krisis ini memuncak, DS Anwar lari ke luar negara. Bodohnya peguam seperti beliau ini, tidakkah beliau tahu DS Anwar akan hadir sewaktu pemukiman PKR yang dijadualkan hari ini di Selangor? Mengapa mahu kata DS Anwar melarikan diri? Di dalam kongres PKR di Kelantan baru-baru ini, DS Wan Azizah sendiri mahu YB Khalid kekal sebagai MB Selangor. Jadi, apa masalahnya untuk dikaitkan dengan DS Anwar? Adakah DS Wan Azizah juga bertentangan dengan DS Anwar?

DS Anwar berada di luar negara kerana beliau tahu sebenarnya bukan ada masalah besar yang berlaku di Selangor. Kununnya krisis besar berlaku di Selangor hanyalah cerita dari media haprak itu sahaja. Apa yang berlaku menunjukkan di dalam PR kesemua pemimpin boleh ditegur tidak seperti di dalam Umno. Pemimpin pula bersedia untuk ditegur seperti yang dikatakan oleh YB Khalid bahawa beliau bersedia menerima apa jua memorandum atau desakan jika ada dari mana-mana pihak di dalam PKR. Itu beza kita dengan Umno.

Apa yang penting, jika MB Selangor memang patut diganti maka ganti sahaja asalkan Selangor tidak dipimpin kembali oleh Umno. Jika YB Khalid patut dikekalkan, maka kekalkan sahaja. Pada saya, besar sangatkah salah YB Khalid sehingga patut diganti? Jika sekadar silap pendekatan, memadai ditegur dan YB Khalid perlu menukar pendekatan agar selari dengan dasar parti beliau. /mandor.blogspot.com

KUMPULAN 40 DIBERI TEMPOH BERPANTANG 40 HARI

MAKA, 40 orang (bukan 40 penyamun) budak-budak mengaji agama itu pun memilih untuk bersama dengan gerombolan sekutu Apco Yahudi Laknatullah. Mereka menggelar kumpulan mereka `40 Ulamak' tetapi tidak seekor pun dari mereka yang kita kenal atau popular selaku pendakwah seperti Us Harun Din, Ismail Kamus, Tuan Ibrahim Tuan Man dan paling tidak pun seperti Us Shahril Long mahupun Ustaz Azhar Idrus.

Mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan Ulamak-Ulamak terkenal yang kita sebutkan tadi. Tetapi, jauh juga untuk dibandingkan dengan orang seperti Hj Nakhaei Ahmad, Firdaus Ismail (bekas Imam Besar Masjid Negara) ataupun Mashitah Ibrahim yang terlebih dahulu mencium hangit dan tengitnya parti sekular yang bersekutu dengan Apco itu. Sekiranya Allah membalikkan hati Us Dr Mohd Asri untuk bersama kumpulan 40 ekor itu, mungkin itulah seorang yang boleh kita kenal dan dianggap popular. Tetapi, Alhamdulillah, setakat ini Us Dr Mohd Asri masih dilindungi Allah. Mudah-mudahan kekal begitu.

Sempena dengan kemasukan kumpulan 40 ekor itu ke dalam gerombolan sekutu Apco, maka diistiharkan tiada lesen judi sukan akan dikeluarkan. Itu mungkin pra syarat pertama kumpulan 40. Orang kata sekadar mengambil hati kalau pun tidak untuk memperbodohkan kumpulan 40 ekor itu. Kita jangan terperanjat jika di dalam Pilihanraya Umum akan datang nanti, kumpulan 40 ekor ini adalah bakal calon-calon sekutu Apco untuk menunjukkan bahawa sekutu Apco juga berminat dengan Islam.

Apa alasan kumpulan 40 (sebelum ini dikatakan 100 ekor) untuk bersama-sama `berjihad' dengan sekutu Apco? Alasannya sebiji sama dengan alasan beberapa orang yang berkelulusan agama yang lebih awal diperbodohkan seperti Nakhaei, Firdaus dan Mashitah dan terbaru Jamil Khir. Kesemua mereka ingin men`syahadah'kan parti sekular itu untuk kembali kepada Al-Quran. Hasilnya? Bertambah baikkah atau bertambah teruk? Disaat dua tiga ekor yang ternama itu berada di dalam, pemimpin mereka bercita-cita untuk meluluskan lesen judi sukan. Lesen judi yang lain telah lama ada malah pusat judi terbesar kekal tersergam indah di puncak gunung. Apa yang dua tiga ekor ternama di dalam bidang agama ini mampu buat? Jika yang sudah ternama seperti ini tidak mampu buat apa-apa melainkan cukup bulan makan gaji, adakah kumpulan 40 ekor budak ini boleh buat?

Kita tidak mahu bersangka buruk terhadap kumpulan 40 ekor ini. Kita beri masa kepada kumpulan 40 ini tempoh `berpantang' 40 hari juga. Selepas itu, dalam tempoh 100 hari kita mahu lihat apa perubahan yang berlaku di dalam parti sekular yang mereka sokong itu. Jika di dalam tempoh tersebut mereka gagal untuk menjadi lebih cerdik dari kebanyakan yang jahil di dalam parti yang baru mereka sertai itu, kita nasihatkan kepada mereka kembalilah semula ke pondok atau pengajian agama seandainya mereka masih segan untuk berjuang bersama kita.

Satu perkara yang sering disebut, jika mahu mencuci najis di dalam tong, jangan masuk ke dalam tong najis berkenaan kerana kelak tubuh kita dipenuhi najis. /mandor.blogspot.com

KEMENANGAN KITA - NAJIB AKHIRNYA AKUR, LESEN JUDI SUKAN TIADA

PM: K'jaan tidak akan keluar lesen judi sukan
Abdul Rahim Sabri
Jun 25, 10


Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini, dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.

Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan.

Ditanya mengenai parti-parti komponen BN yang menyokong pemberian lesen judi sukan itu, Najib berkata:

"Saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya."

Menjawab soalan, perdana menteri berkata, Ascot Sports Sdn Bhd telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Perdana menteri turut ditanya sama ada kerajaan perlu membayar sebarang pampasan ekoran keputusannya untuk tidak mengeluarkan lesen berkenaan.

Menurutnya, kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana mengikut akta, menteri kewangan ada kuasa untuk menarik balik pada bila-bila masa.

Ditanya sama ada keputusan itu dibuat kerana kesan sosial dan pertimbangan ekonomi, perdana menteri berkata ia dibuat atas pertimbangan dari segi agama dan kesan politik.

Perdana menteri mengumumkan keputusan tersebut dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Najib berkata, sebenarnya lesen tersebut telahpun bermula pada tahun 1989 tetapi syarikat berkenaan mengalami kerugiaan besar pada tahun 1990.

Sejak tarikh tersebut, katanya, syarikat berkenaan beberapa kali cuba untuk memperbaharui lesen itu.

Baru-baru ini, katanya, kerajaan telah mengeluarkan kelulusan pada dasarnya kepada Ascot Sports dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh syarikat berkenaan.

Selain itu, tegasnya lagi, kerajaan pada masa yang sama, turut mendapatkan pandangan umum sebelum lesen tersebut dikeluarkan.

"Ini kerana memandangkan masyarakat Malaysia berbilang kaum dan mempunyai pandangan mereka tersendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen tersebut dari sudut agama, ekonomi dan sosial," tambahnya.

Katanya, daripada tinjaun yang dilakukan, ada pihak yang menyokong dan menentangnya dan "kita ambil kira semua pandangan ini".

"Jelas pada kerajaan bahawa sebilangan besar mereka tidak bersetuju dengan pemberian lesen judi sukan kepada Ascot Sports.

"Oleh itu, kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen berkenaan tidak akan dikeluarkan kepada syarikat tersebut," tegas perdana menteri.

Menurut beliau, keputusan tersebut disokong penuh oleh MT dalam perbahasan dan perbincangan dalam mesyuarat malam ini kerana masing-masing telah mengambil kira pandangan masyarakat.

Selain pembangkang dan NGO, pemberian lesen judi sukan tersebut turut dibantah oleh Umno Johor, Kedah, Perak dan Pemuda Umno.

Malah, Gabungan Mansuhkan Judi (GMJ) akan mengadakan perhimpunan membantah pemberian lesen tersebut pada 3 Julai ini./Malaysiakini

Jumaat, 25 Jun 2010

MIMPI ANWAR MENAKUTKAN EZAM SESUMPAH

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHBAR Sinar semalam menyiarkan kenyataan Senatak Ezam sesumpah yang mengulas tentang rombakan yang bakal dilakukan terhadap pimpinan di dalam PKR. Ezam sesumpah menyatakan rombakan itu adalah helah DS Anwar untuk mengalih perhatian rakyat dari kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang dan juga terhadap isu lompat parti di kalangan Wakil Rakyat dari PKR.

Nampaknya Senatak Ezam tidak mudah untuk melupakan nama DS Anwar. Apa jua kaitan dengan parti di dalam PKR mahupun di dalam PR, bagi Ezam sesumpah kesemuanya adalah helah DS Anwar. Isu injin klip video Linggam, Altantuya, kehilangan injin pesawat, kapal salam, Apco, judi bola dan berbagai lagi yang DS Anwar berjaya dedahkan kesemuanya helah DS Anwar. Ezam tidak pernah mahu menjawab hujah bekas bosnya itu kerana kita tahu Ezam sesumpah bukan seperti Ezam yang kita kenal dulu. Ezam sesumpah kini telah dimakan sumpahnya sendiri. Dendam kesumat terhadap DS Anwar tidak akan padam selagi beliau tidak padam.

Bukan Ezam tidak tahu kredibiliti kesemua Wakil Rakyat dari PKR yang melompat itu. Dia tahu benar, kesemua mereka tidak akan menjadi katak sepertinya jika tiada apa-apa. Bukankah Ezam sesumpah pernah berkata, "mana ada orang yang masuk Umno itu ikhlas?". Sebab itu, Ezam sesumpah semenjak tidor sebantal dengan Umno, beliau sering bermimpi perkara-perkara yang menakutkannya terutamanya bayangan DS Anwar. Sewaktu beliau meninggalkan perjuangan menuntut reform, beliau menyangka pengikutnya seperti beliau yang amat lemah bila berhadapan dengan umpan keduniaan. Berapa orang yang mengikut Ezam waktu itu?

Tidak hairanlah sekarang, di mana jua Ezam sesumpah menyalak kita akan lihat kehadiran yang mendengar cerita karutnya hanyalah beberapa kerat orang sahaja. Jumlahnya jauh jika dibandingkan sewaktu beliau berjuang bersama rakyat dahulu. Ezam sesumpah menyedari betapa hinanya beliau di sisi rakyat sekarang, tetapi beliau tidak kisah kerana beliau dipandang mulia oleh Najib sehinggakan mendapat Senatak. Tetapi belum tentu beliau disukai oleh penyokong-penyokong Umno yang lain. Kita bakal melihat Ezam sesumpah akan bertarung pula sesama puak-puak mereka.

Kita berharap Ezam sesumpah akan menemui apa yang dicarinya di dalam Umno. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. /wfauzdin.blogspot.com

TIDAK PASAL-PASAL KENA `BODOH'

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar) menyifatkan Datuk Ahmad Maslan sebagai ‘bodoh’ kerana mahu menyamannya berhubung isu Felda.

Bagi Abdul Wahid, kenyataannya di Dewan Rakyat yang mendakwa Felda sebagai ‘peneroka tanah haram’ tidak boleh disaman sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang disiarkan Malaysiakini tengah hari tadi.

“Dia ini mungkin ‘bodoh’, macam mana nak saman saya. Saya buat kenyataan itu di Dewan Rakyat,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sekejap tadi.

Menurutnya, apa jua kenyataan dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, menurut undang-undang tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Tambahnya lagi, Ahmad sendiri pada Isnin lepas telahpun memberi respons apabila beliau mendakwa Felda sebagai peneroka tanah haram.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Ahmad supaya bertindak secara lebih bijak dengan merujuk kenyataanya itu pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kelak.

Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata, Ahmad mungkin menggelabah apabila beliau mendedahkan fakta di sebalik tindakan kerajaan Terengganu menolak bayaran premium yang ditawarkan oleh Felda ke atas sejumlah tanah yang telahpun dimajukan di negeri itu di Dewan Rakyat.

Puncanya, menurut beliau, ekoran keengganan Felda menempatkan lebih tiga ribu peneroka lagi di atas 14,791.23 hektar tanah yang dimajukan mereka.

Keengganan Felda itu, menurut beliau, disebabkan terlalu mementingkan keuntungan korporat hatta mengetepikan kepentingan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan di Dewan Rakyat tentang keluasan sebenar tanah yang dimajukan oleh Felda tanpa penyertaan peneroka serta jumlah premium yang belum dibayar kepada para peneroka terbabit.

Kalau Ahmad tidak menggelabah pun, katanya lagi, kenyataan timbalan menteri itu hari ini mungkin sekadar mahu menutup kelemahan dalam urus tadbir Felda apabila isu tersebut mulai menjadi perhatian umum.

“Sekarang ini, dia mungkin menggelabah apabila isu (Felda) ini timbul, dia menggelabah nampaknya, kalau tak, dia mungkin nak tutup kelemahan Felda,” ujar beliau dalam nada berseloroh.

Sehubungan itu, beliau mencabar Ahmad supaya segera bertindak menyamannya kerana membangkitkan isu yang kian menggamit sesitiviti para peneroka di Terengganu.

“Kalau dia nak saman, saman. Saman segera saya, dia lawan kita dan kita bersama rakyat akan lawan dia,” tegas beliau.

Selain Wahid, Malaysiakini melaporkan, Ahmad turut bercadang menyaman Datuk Zaid Ibrahim (Penyelaras Pakatan Rakyat), Tan Kee Kwong (Majlis Pimpinan Pusat PKR), Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR Pahang) serta Zaid Dzulkarnain Talib (Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan).

Dalam suatu kenyataan, Ahmad berkata, pihaknya bersama-sama Felda telahpun melantik peguam dan melalui dua kali sesi perbincangan.

Namun, Ahmad tidak pula memberitahu bilakah Felda mahu memfailkan saman terhadap mereka./Harakahdaily

ISU FELDA - ZAID TIDAK GENTAR DISAMAN

Pembangkang mahu bongkar lagi FELDA

Jun 25, 10


Walaupun bakal disaman oleh Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA), akhbar rasmi PKR Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang melihat tindakan itu sebagai "peluang besar membongkarkan segala penyelewengan yang berlaku".

Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim (kiri) - antara nama yang bakal diheret ke mahkamah - berkata beliau sekarang hanya menunggu saman daripada pihak FELDA, lapor Suara Keadilan versi internet.

"Saya tahu dan kita menunggu saman tersebut, apa yang pasti tindakan saman yang dikemukan oleh FELDA itu sebenarnya memberi peluang yang besar kepada kita untuk mendedahkan apa yang telah berlaku di dalam FELDA.

"Bagi saya ini tidak mengejutkan saya dan kita bersedia untuk menghadapi saman tersebut," beliau dipetik sebagai berkata.

Pagi tadi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mengumumkan, FELDA akan menyaman Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan "fitnah yang berniat jahat".

Ahmad (kiri) berkata, tuduhan yang dibuat dalam edisi terbaru akhbar itu, terutamanya di muka depannya dengan tajuk 'Felda Bankrap' adalah keterlaluan.

Selain Zaid, pemilik permit dan ketua pengarang Suara Keadilan, FELDA juga berhasrat menyaman wartawan-wartawan terbabit dan beberapa pemimpin pembangkang, iaitu ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Tan Kee Kwong dan Suhaimi Said serta wakil rakyat PAS Mohd Abdul Wahid Endut.

Sementara itu, Suara Keadilan juga melaporkan pendirian Zaid tersebut turut dikongsi bersama oleh Tan, Suhaimi dan Wahid./Malaysiakini

Khamis, 24 Jun 2010

LETAK JAWATAN - AZMIN TIDAK TAMAK

Azmin nafi cuba guling MB Selangor

Jun 24, 10


Naib presiden PKR Azmin Ali hari ini mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuatkuasa semalam.

Beliau bagaiamanapun menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khlaid Ibrahim.

Surat perletakkan jawatan itu saya serahkan tengah hari semalam,” katanya ketika ditemui wartawan di lobi parlimen hari ini.

Menurut Azmin, sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada tokoh lain memberi sumbangan kepada PKNS.

"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini.

"Saya merasakan setahun setengah berada dalam PKNS, saya memberi banyak sumbangan kepada perbadanan itu.

"Selain itu, saya juga amat gembira kerana prestasi PKNS juga sungguh cemerlang sehingga muncul sebagai anak syarikat kerajaan negeri yang terbaik," katanya.

Menurut Azmin, peluang juga perlu diberikan kepada orang lain untuk turut sama memberi sumbangan mereka dalam PKNS.

"Saya juga tidak memberi sebarang cadangan nama kepada Menteri Besar Selangor kerana adalah menjadi hak beliau untuk melantik sesiapa saja bagi mengisi kekosongan jawatan itu," katanya.

Diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid, Azmin menafikannya tetapi mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir./Malaysiakini

JUDI - MANA BETUL, CAKAP SAMI ATAU CAKAP MAHATHIR?

Hafiz Irwan

PASIR PUTEH, 24 Jun: Sami yang juga selaku ketua agama Buddha Wat Phutaksin, Semerak, dekat sini yang dikenali dengan Thannun (gambar) mengakui amalan judi tidak dibolehkan di dalam ajaran agama berkenaan.

Thannun berkata, mengikut ajaran Buddha amalan judi boleh mendatangkan kecelakaan selain hukuman serta balasan tuhan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan amalan tersebut.

“Hukuman atau balasan sebab dan akibat judi, di dalam agama Buddha kita panggil hukum karma. Hukuman itu akan dikenakan sama ada ketika di atas dunia ini lagi mahupun di hari esok (selepas mati).

“Sebenarnya kita di dalam Buddhapun punyai kepercayaan tentang adanya syurga dan neraka. Sesiapa beramalan baik akan masuk syurga dan jahat akan masuk neraka.

“Di dalam satu kitab Buddha ada menyebut bahawa terdapat beberapa pintu kecelakaan bagi orang yang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, salah satunya ialah judi,” katanya semasa ditemui di wat tersebut awal pagi ini.

Menurutnya lagi, di dalam kepercayaan Buddha juga judi boleh menyebabkan taraf kehidupan seseorang itu menjadi rendah dan hina malah tidak dihormati terutamanya di kalangan pemimpin.

“Macam raja, menteri apabila dikait dengan judi taraf mereka jatuh kerana dia akan dipandang rendah, rakyat tidak hormat, inilah maksud mendatangkan kecelakaan itu,” katanya./Harakahdaily

IBRAHIM AL KATAKI MEREPEK PASAL HAKIM PULA

TERBACA aku dalam akhbar Sinar semalam, betapa Ibrahim Al-kataki, MP Pasir Mas yang menenggek di atas kerusi yang dipinjamkan oleh PAS itu mencabar MP Batu YB Tian Chua agar kosongkan kerusinya. Ini adalah berlanjutan dari keputusan mahkamah yang menghukum YB Tian Chua dengan jumlah RM 2 ribu.

Ibahim Al-kataki merepek mempertikaikan hakim yang tidak mahu pilihanraya kecil diadakan. Beliau juga melalut menyebut YB Tian Chua tidak patut menggigit Polis yang menjaga keselamatan dan oleh itu YB Tian Chua tidak layak jadi MP, katanya. Tidak kedengaran pula kita Ibrahim Al-kataki menyebut KPN Musa Hassan tidak layak jadi KPN dan patut letak jawatan apabila beberapa kes pihak Polis menembak orang awam secara membati buta. Ini baru kes gigit jauh dibandingkan dengan tembak mati. Ibrahim Al-kataki diam je ke?

Yang hairannya bersungguh benar Ibrahim Al-kataki mahu diadakan pilihanraya kecil. Mungkin beliau seronok untuk melihat Najib dimalukan lagi jika diadakan pilihanraya. Beliau juga pertikai hakim kununnya halim mesti mengamalkan pengasingan kuasa antara undang-undang dan keputusan politik. Maksudnya hakim tiada hak untuk memperkatakan hal-hal politik. Bagaimana dengan keputusan hakim sebelum ini yang melibatkan kes YB Nizar dan Speaker Sivakumar di Perak? Bisu jugakah Ibrahim Al-kataki?

Itulah Ibrahim Al-kataki. Sebenarnya YB Tian Chua amat bermaruah sekali sebagai MP kerana beliau dilipih oleh rakyat yang mengundi di atas partinya. Ibrahim Al-kataki pula bagaimana? Adakah pengundi di Pasir Mas memilih beliau atas nama `katak' tidak kiralah samada katak puru atau katak emas. Bermaruahkah beliau selama berada di kerusi pinjam itu? Sahih dan jelas, Ibrahim Al-kataki lebih tidak bermaruah dan jenis yang tebal muka./mandor.blogspot.com

Rabu, 23 Jun 2010

Kerajaan Kelantan Cadang Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Red Carpet

Kerajaan negeri sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Red Carpet Sdn Bhd berhubung kenyataan syarikat itu yang menjejaskan nama baik kerajaan negeri dalam isu Kelantan Fiesta 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata kenyataan Red Carpet di dalam media yang didapati telah menjejaskan imej kerajaan negeri kerana memboikot acara Kelantan Fiesta itu.

"Hakikatnya menurut perjanjian yang dimeterai antara Red Cerpet dan kerajaan negeri pada 24 Ogos 2009 di Kuala Lumpur menetapkan agensi kerajaan negeri Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai penganjur manakala Red Carpet sebagai pengurus acara Fiesta Kelantan 2010," katanya semasa mengulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri penggal ketiga, di sini hari ini.

Beliau berkata disebabkan perasmian acara besar yang akan dirasmikan Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, maka kerajaan negeri membuat keputusan untuk mengambil alih acara itu daripada PMBK.

Beliau berkata pihak Red Carpet telah menolak permintaan kerajaan negeri supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat ucapan pada majlis perasmian acara itu dan tindakan itu bertentangan dengan perjanjian awal yang dimeterai kerana kerajaan negeri sebagai penganjur dan juga hos kepada acara itu.

Takiyuddin berkata semasa acara perasmian itu diteruskan pada 16 Jun, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, bekalan elektrik terputus di stadium menyebabkan acara itu tidak dapat dilangsungkan secara sempurna.

"Bagaimanapun setelah beberapa hari, pihak penganjur telah mengeluarkan kenyataan media bahawa kerajaan negeri telah sabotaj acara itu hasil daripada post-mortem mereka," katanya.

Beliau menjelaskan, laporan Jabatan Kerja Raya mendapati peralatan yang digunakan pada acara itu melebihi bekalan kuasa yang mampu ditanggung oleh stadium.

Katanya beliau turut menjelaskan kerajaan negeri tidak merampas kain rentang acara itu yang diletakkan di sekitar bandar Kota Baharu sebaliknya ia dikutip oleh majlis perbandaran Kota Baharu kerana ia terjatuh di atas tanah akibat ribut dan hujan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bio-Teknologi Negeri Che Abdullah Mat Nawi berkata Kelantan kini berhasrat untuk membangunkan sebuah makmal bagi penyelidikan bio-teknologi untuk pertanian bernilai RM300,000.

Katanya kerajaan negeri telah menjalankan kajian dengan sebuah universiti tempatan bagi menggunakan sisa buangan ladang dan menjadikan bahan buangan seperti hampas padi dan kelapa sawit sebagai baja organik.

"Baja organik ini merupakan elemen yang bersih daripada elemen kimia dan boleh dimajukan kepada tahap yang lebih untuk memberi manfaat kepada pendapatan kerajaan negeri dan sektor pertanian," katanya.

(Bernama)

Selasa, 22 Jun 2010

PARLIMEN BATU - JIKA UMNO/BN GENTAR, ORANG IBRAHIM AL-KATAKI BOLEH GANTI

MAKA, Ibrahim Al-kataki pun mengulas tentang isu MP Batu YB Tian Chua yang masih kontroversi samada kerusinya wajar dikosongkan atau tidak. Pelik juga aku kat negara kita ini undang-undang yang kita bikin sendiri pun susah nak kita faham. Habis tu, mengapa kita kadang-kadang cuba nak tunjuk pandai dan bijak mentafsir dan mengubah undang-undang atau hukum di dalam Al-Quran yang Allah cipta?

Sebenarnya kita masih malu nak sebut bahawa undang-undang di negara kita ini masih banyak kelemahannya. Sebab itu, berbagai kes dapat kita lihat yang keputusannya bercelaru. Berkaitan mahkamah dan kuasa speaker melibatkan perlembagaan sesebuah negeri pun bercelaru. Sekejap mahkamah ada kuasa, sekejap Speaker punya kuasa. Di dalam kes DS Anwar pula, lagi banyak kita lihat kepincangannya.

Berbalik isu MP Batu yang hangat diceritakan sekarang. Mahkamah kata mahu elakkan Pilihanraya Kecil, tetapi terdapat kes yang lain sebelum ini di mana kerusi terpaksa dikosongkan apabila denda dikenakan sebanyak RM 2 ribu. Mungkin sebab itulah maka raja katak yang masih menenggek di atas kerusi yang dipinjamkan oleh PAS itu mahukan pilihanraya diadakan di Parlimen Batu. Kita tidak pertikaikan tafsiran raja katak itu, malahan kita mungkin amat bersetuju jika diadakan pilihanraya di situ. Masalahnya, siapa yang paling kecut perut jika diadakan pilihanraya di kawasan tersebut?

Kita syorkan agar Ibrahim Al-kataki berjumpa Najib dan desak agar gunakan kuasanya seperti biasa untuk mempengaruhi pihak-pihak berkenaan untuk mengadakan pilihanraya di Parlimen Batu. Jika Umno/Bn takut untuk bertanding di situ, Ibrahim Al-kataki boleh meminta Najib untuk membenarkan wakil dari Perkosa, maksud aku Perkasa untuk bertanding di sana. Selepas itu barulah Ibrahim Al-kataki boleh menyalak sepanjang kempen dengan sebutan `hidup Melayu....hidup Melayu'!!/mandor.blogspot.com

ULAMAK TIDAK AKAN SERTAI UMNO YANG SEKULAR

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Ulama sebenar yang mencintai agama Islam tidak akan tergamak memilih Umno yang sekular sebagai wadah perjuangan mereka, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan at-Tantawi (gambar).

Sebaliknya beliau berkata, wadah sebenar untuk menyebarkan dakwah Islam adalah bersama dengan PAS yang secara jelas dasarnya adalah Islam.

"Medan ulama sebenar adalah bersama gerakan Islam. Sewajarnya ulama menyertai PAS, bukan menyertai Umno, parti yang sekular," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Mohd Asli dalam web Umno yang menyebut 100 ulama termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin akan menyertai Umno Jumaat depan.

Mengulas lanjut beliau berkata, sejarah pernah menunjukkan bagaimana satu ketika dahulu beberapa tokoh ulama besar negara menyertai Umno dan kemudiannya keluar kerana tidak sanggup bersekongkol melakukan kemungkaran.

"Dulu Ustaz Ahmad Fuad, Ustaz Ahmad Maliki dan Ustaz Ahmad Badawi pernah menyertai Umno sehingga tertubuhnya Biro Agama Umno.

"Kerana tidak berpuas hati dengan kemungkaran dilakukan Umno termasuk meluluskan lesen judi, mereka kemudiannya keluar Umno dan menubuhkan Persatuan Ulama Malaya sehingga akhirnya tertubuhlah Parti Islam Se-Malaysia (PAS)," katanya lagi.

Sehingga kini tegasnya, Umno belum mengubah dasar dan perjuangan mereka dan masih menghalalkan judi.

Biarpun waktu ini Umno mempunyai ualama mereka seperti Datuk Seri Jamil Khir, Datuk Masitah Ibrahim dan Ustaz Firdaus Ismail, namun kesemuany,a kata Nasruddin tidak mampu menentang kemungkaran dilakukan Umno.

Jika 100 ulama tersebut menyertai Umno, fungsi mereka juga, katanya akan terbatas.

"Bagaimana sebuah parti yang menghalalkan judi yang diharamkan oleh Allah, mendapat tempat di hati ulama.

"Secara peribadi, hati kecil saya berkata, jika mereka ulama hakiki, mereka tidak akan tergamak memilih Umno sebagai medan menyampaikan dakwah Islam," katanya./Harakahdaily

Syarikat Yahudi dilayan, hak rakyat Kelantan dinafi

Wartawan Kita

KOTA BHARU, 22 Jun: Cuba anda bayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sanggup membayar RM77 juta kepada warga Yahudi melalui syarikat APCO Worldwide, sedangkan hak rakyat Kelantan mendapat royalti RM2 bilion dinafikan.

Bayaran hampir RM80 juta itu hanya untuk tiga orang, sedangkan hak 1.4 juta rakyat Kelantan mendapat royalti petroleum diketepikan begitu sahaja.

Lebih dibimbangi lagi apabila banyak syarikat milik kerajaan mengalami kerugian besar seperti Sime Darby berjumlah RM1.6 bilion dan aliran tunai Felda pula susut sebanyak RM2.7 bilion dalam tempoh lima tahun.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, bayaran diberi kepada APCO sebanyak RM77 juta merupakan deposit dan tidak termasuk bayaran lain, sedangkan hak yang sepatutnya dinikmati rakyat Kelantan disisihkan.

Katanya, beliau juga bimbang wang ihsan yang diberi kerajaan pusat melalui jawtankuasa khas yang diwujudkan digunakan pula bagi mengurus Yayasan Darul Naim bagi mencapai matlamat politik Umno dan BN.

Menjawab soalan tambahan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dun hari ini katanya, tidak dapat ditolak kemungkinan wang ihsan yang diberi sebelum ini digunakan yayasan tersebut.

"Buat apa tubuh Yayasan Darul Naim, kita bimbang pengurusan wang ihsan itu boleh berlaku penyelewengan seperti dialami banyak syarikat milik kerajaan sebelum ini," katanya.

Sebelum itu berlaku perang mulut di antara Husam dan Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) apabila beliau mempertikai ungkapan Exco terbabit yang menyifatkan mahkamah di Malaysia seperti 'mahkamah kangaroo'.

Isu itu tumbul apabila Husam menjawab soalan Adun BN terbabit dengan mengatakan kerajaan negeri tidak tergesa-gesa membawa kes tuntutan royalti ke mahkamah kerana prosesnya seperti diketahui ramai seperti mahkamah kangaroo.

Ketika beliau memberi contoh seperti kes bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan kes pita video V.K Lingam biar pun ada suruhanjaya ditubuh kerajaan bagi menyiasat namun tiada tindakan lanjut diambil.

Adhan cuba mengemukakan peraturan deewan nombor 28 ketika Husam terus menghujah mengenai perjalanan mahkamah di negara ini.

Ketika itu berlaku perang mulut sehingga Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim campur tangan dan mengarahkan berkali-kali Adhan supaya duduk namun tidak dihiraukan pada awalnya.

Kemudian bangkit Hassan Mahmood (PAS-Tawang) yang meminta Speaker membenarkan Adhan membaca peraturan nombor 28, namun Timbalan Speaker meminta Adun terbabit membacanya.

Ketika Hassan membacanya tidak pun didapati kaitan peraturan dewan dengan apa yang dihujahkan Husam.

Ekoran itu Adun Tawang menyimpulkan Adhan sebagai pembohong kerana cuba menggelirukan dewan.

Husam juga meluahkan kebimbangan Petronas sebagai konglomerat besar milik kerajaan hilang wibawa apabila pecah kontrak dengan kerajaan Kelantan apabila menafikan hak ke atas royalti.

"Penjelasan Presiden Petronas kononnya Kelantan tidak berhak mendapat royalti 5 peratus kerana telaga carigali terletak lebih 3 batu nautika tidak boleh diterima kerana ia bertentangan dengan Akta Kemajuan Petronas 1974.

"Sedangkan Telaga Kikeh di Sarawak terletak 210 batu nautika, Tapis di Terengganu 230 batu nautika, dan Bumi Selatan di perairan Kelantan hanya 90 batu nautika. Mengapa Sarawak dan Terengganu dapat royalti, sedangkan Kelantan lebih dekat tidak.

"Kita bimbang tindakan kerajaan boleh merosakkan identiti Petronas ketika sedang berusaha keras melobi untuk meluaskan peluang perniagaan di luar negara," katanya.

Husam juga menjelaskan pasukan peguam yang dilantik sedang mengkaji kemungkinan untuk memfailkan kes yang sama di luar negara memandangkan operator carigali yang terlibat di perairan Kelantan milik syarikat asing. /Harakahdaily

Isnin, 21 Jun 2010

SEKUTU APCO MEMELIHARA KATAK, SEKARANG MENCARI ULAR DALAM SEMAK PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

MUSIM untuk `shopping' MP-MP dari PR telah berakhir atau mungkin ke penghujungnya. Kini, `Shopping' terarah kepada para `alim ulamak' yang bersikap seperti `ular dalam semak'. Ular dalam semak seperti ini adalah juga `Syaitan bisu' yang digambarkan di dalam kitab yang mana mereka itu arif tentang agama tetapi bisu tatkala berdepan dengan penguasa.

Setelah mereka menyedari bahawa tidak berbaloi wang jutaan ringgit dibelanjakan untuk `membeli' spesis katak yang kini ada beberapa ekor, mereka terpaksa beralih arah kepada mereka yang sering memakai `kopiah putih' atau `bersongkok hitam' serta memegang sijil/ijazah tinggi di dalam bidang agama. Sehingga ke tahap Phd mereka akan cuba pikat dengan umpannya sudah pastilah untuk menyelamatkan umat Melayu dan Islam. Kaedah itu sudah kita jangka kerana memang menjadi stail sekutu Apco ini akan melakukan apa jua agar cita-cita mereka tercapai. Cuma, mereka yang bijak dan pintar sahaja boleh membaca gerak tari sekutu Apco ini. Alim di dalam bidang ugama bukan bererti bebas dari godaan Syaitan.

Justeru itu, kita akan lihat nanti benarkah `shopping' ke atas ular dalam semak ini nanti berjaya mencapai ke tahap 100 orang atau mungkin lebih. Di saat kita dihidangkan di depan mata segala macam salah laku dan maksiat Penguasa, tidak terfikir oleh kita golongan agama ini terpedaya dengan tipu muslihat sekutu Apco. Memang benar, golongan Yahudi itu tidak kuat dan segagah mana tetapi mereka tersangat pintar untuk menipu. Jika tidak, masakan mereka masih menungkat langit di tanah umat Islam di Palestine.

Apa yang hendak dikisahkan jika ular dalam semak ini akan merayap ke dalam kem sekutu Apco. Bukankah sebelum ini mereka banyak membisu terhadap pemerintah? Kita tidak boleh melarang mereka untuk menjadi ular, kita hanya boleh mengingatkan sahaja. Kini, di pihak mereka sudah ada spesis `katak' dan tidak lama lagi ada pula spesis `ular'. Kita tunggu sahaja./wfauzdin.blogspot.com

`PENGKHIANAT' INI TERUS DIBURU RAKYAT

Keshvinder: DAP Perak kutip tandatangan pengundi
Humayun Kabir
Jun 21, 10


DAP Perak akan melancarkan kempen mengutip tandatangan dari rumah ke rumah di Malim Nawar "untuk menuntut peletakan jawatan segera" ADUN Keshvinder Singh, yang keluar parti itu minggu lalu untuk menjadi Bebas yang mesra BN.

Ini akan memberikan peluang kepada pengundi di Malim Nawar untuk menentukan masa depan politik ADUN mereka, tegas naib presiden DAP yang juga timbalan pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran (kiri).

"Kita akan kembali kepada para pengundi untuk mendapatkan keputusan mereka kerana mereka yang memilihnya atas tiket DAP dan merekalah yang harus memutuskan masa depan politiknya," katanya.

Kulasegaran menegaskan bahawa Keshvinder (kanan), yang tidak dikenali sebelum ini, memenangi kerusi tersebut bukan atas kekuatan personaliti politiknya, ketika bertanding kerusi tersebut pada Mac 2008.

Dengan demikian, katanya, Keshvinder harus meletak jawatan supaya pilihan raya kecil dapat diadakan bagi menguji populariti di kalangan pengundi.

Selepas keluar dari DAP, tambahnya, Keshvinder harus berani keluar berjumpa pengundi di kawasannya untuk melihat bagaimana reaksi mereka "pengkhianatannya" terhadap kepercayaan dan keyakinan mereka kepadanya.

Kulasegaran menegaskan di majlis anjuran parti itu di pasar basah Malim Nawar Sabtu lalu.

Beberapa pemimpin DAP negeri turut hadir untuk memperjelaskan mengenai "pengkhianatan" Keshvinder terhadap para pengundi.

ADUN Sungkai, A Sivanesan pula mencabar Keshvinder untuk menemuinya di bandar Malim Nawar pada jam 11 hari Sabtu atau hari Ahad untuk menjelaskan keputusannya kepada para pengundi, tetapi Keshvinder tidak tidak muncul./Malaysiakini

Terdapat ralat dalam alat ini