JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 14 Jun 2010

CABAR MUHYIDDIN BERDEBAT ? BUANG MASA JE

Harakahdaily

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mencabar Umno berdebat isu kelulusan lesen judi yang diluluskan kerajaan sempena bola sepak piala dunia.

Cabaran itu dutujukan khusus kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin agar menyatakan kesediaan menyahut cabaran debat tersebut.

"Hari ini saya mencabar Timbalan Presiden Umno untuk berdebat dalam isu judi," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan hari ini.

PAS jelasnya sentiasa bersedia menjelaskan kepada rakyat berhubung kenapa Islam melarang kerans amalan judi.

Selain itu beliau dalam ucapannya juga turut menyampaikan harapan daripada penduduk Gaza dan gerakan Islam Hamas di Palestin yang mahukan PAS mengetuai satu lagi misi khas kemanusiaan ke Gaza.

"Permintaan terbaru dari rakyat Gaza, dari Hamas dan dari gerakan Islam antarabangsa mahu Malaysia diketuai PAS, hantar satu kapal dengan ada bendera PAS, bersama-sama NGO lain bawa bantuan kemanusiaan," katanya lagi.

PAS diperingkat antarabangsa katanya memainkan peranan besar menyuarakan pandangan gerakan Islam Malaysia.

Menurutnya PAS juga sentiasa diajak berbincang apa sahaja isu antarabangsa oleh gerakan Islam seluruh dunia.

Sehubungan itu, pemimpin di semua peringkat tegasnya perlu bersedia untuk berada sebaris gerakan Islam antarabangsa lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini