JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 31 Ogos 2010

FIRAUN BESAR ZUL KULIM SEMAKIN MERAPU

Oleh: Mandor

MARAH benar nampaknya Firaun besar Kulim Bandar Baru Zul `Harbi' kepada pemimpin DAP yang digelarnya `kafir harbi'. Baca tulisan orang kecewa yang kena pecat dari PKR itu di sini. Simpatinya beliau terhadap anak bekas Mufti Perlis yang pernah didakwa kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah negeri yang diperintah oleh Bn itu.

Kata firaun besar ini, anak seorang bekas Mufti tidak dibenarkan memasuki masjid untuk bertazkirah, tetapi kafir harbi dibenarkan bertazkirah di ruang solat surau. Kita faham siapa yang firaun besar itu maksudkan. Masalahnya, siapa dia kafir harbi tersebut? Lojikkah kafir harbi melawat surau atau masjid untuk memberi bantuan membangunkan Rumah Allah itu? Kafir harbi itu bermaksud orang-orang kafir yang menentang Islam secara mutlak. Adakah pernah terjadi penentang Islam memberikan bantuan kepada Rumah Allah?

Firaun besar ini nampaknya semakin nyanyuk di dalam sebarang tulisannya semenjak dipecat dari PKR. Ilmu yang ada sedikit didadanya sedikit demi sedikit terjual akibat berkawan dengan puak-puak sekutu Apco, puak-puak yang menentang hukum Hudud dan yang menolak Islam itu. Harap kali ini tulisan firaun besar bukan `kelentong' lagi kerana beliau pernah mengaku beliau memang kaki kelentong sejak dahulu lagi.

Melucukan kita, yang mendakwa anak bekas Mufti Perlis itu kerana mengajar di masjid itu siapa? Negeri mana? Bukankah di negeri yang Bn dan Umno berkuasa? Maknanya firaun besar tahu Umno dan Bn itu zalim. /mandor.blogspot.com

CALON KETUA AMK - ADAKAH PROKSI ANWAR ?

"Saya bukan calon pilihan Anwar"

SHAH ALAM - Calon yang pernah meletak jawatan sebagai anggota Majlis pimpinan pusat (MPP) dan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 2004, Rafizi Ramli kembali menawarkan diri bertanding jawatan Ketua AMK Pusat.

Penawaran diri Rafizi itu bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya, Shamsul Iskandar Md Akin dan anggota MPP, Badrul Hisam Shaharin.

Tindakan beliau bertanding ini dilihat oleh beberapa pihak sebagai calon yang berpotensi untuk menang kerana dikatakan antara calon yang direstui oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun Rafizi yang dihubungi Sinar Harian menafikan dakwaan tersebut dan hanya beranggapan bahawa dakwaan tersebut timbul disebabkan beliau kini bekerja sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Menurutnya, beliau kurang senang sekiranya banyak pihak menganggap beliau kerana hakikatnya beliau mahu bertanding atas kemampuan diri sendiri.

“Saya bukanlah calon yang direstui Anwar, bukan begitu maksudnya. Orang salah anggap kerana saya kini merupakan staf bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Rafizi berkata, beliau menawarkan diri bertanding bagi memperkenalkan “model pendekatan baru” anak muda dan bukan bersandarkan ghairah dan semangat.

Rafizi berpendapat, AMK perlu pendekatan baru bagi menarik lebih banyak sokongan golongan anak ./Sinar

BANTUAN KHAS HARI RAYA - KELANTAN JUGA BERI RM 500

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 30 Ogos: Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas hari raya sebanyak RM500 kepada lebih 5,000 orang kakitangannya sebelum Aidilfitri ini.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikk Mat berkata, sumbangan yang melibatkan jumlah RM2.2 juta itu sebagai menghargai jasa kakitangan yang tekun membangunkan negeri.

Menurutnya, tarikh sebenar penyerahan bantuan khas itu belum diputuskan tetapi cek berkenaan telah siap diurus.

Tambahnya, kakitangan awam bermula dari gred 54 dan ke bawah layak menerima bantuan khas itu.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas solat sunat tarawih di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini malam ini.

Tuan Guru berkata, beliau seronok dengan pemberian berkenaan kerana dapat menghargai jasa kakitangan kerajaan negeri./Harakahdaily

ISU SURAU - JAIS AKAN DIPANGGIL BERTEMU DR HASSAN ALI

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 30 Ogos: Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan memanggil Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammad Khusrin Munawi dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian berhubung isu penyertaan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam majlis bantuan kewangan kerajan negeri di Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Kajang baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Bangunan SUK, dekat sini petang tadi, Dr Hasan berkata, usaha itu dilakukan untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil oleh Khusrin berhubung perkara itu.

“Dalam pertemuan itu nanti, banyak perkara boleh dikongsi bersama kerana saya telah mendapat banyak input dari kalangan masyarakat termasuk intelektual yang pakar dalam bidang berkaitan yang memerlukan perbincangan lanjut,” jelasnya.

Sebelum itu, Dr Hasan menegaskan perkara itu telah dieksploitasi oleh pihak-pihak yang ingin menangguk di air keruh lantas keadaan ini telah menimbulkan reaksi segera di pihak Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais.

“Sedangkan Teo memang dijemput sebagai tetamu atas sifat beliau sebagai Ahli Parlimen Serdang di mana beliau dijemput menyampaikan bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah parlimen itu.

“Beliau telah dijemput masuk ke dewan solat surau untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya menyampaikan ucapan ringkas. Ucapan beliau tertumpu kepada usaha-usaha kerajaan negeri dalam membantu pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi,” jelasnya.

Ekoran dari itu, Pengerusi serta Bendahari Surau dan Pembantu Khas Teo dipanggil memberi keterangan di hadapan Pengerusi Mais, Pengarah Jais dan wakil istana lalu keputusan diambil dengan membubarkan jawatankuasa surau dan Masi mengambil alih pentadbiran surau.

Dr Hasan kesal kerana ada akhbar melaporkan kejadian itu dengan begitu berat sebelah antaranya Teo dikatakan menyampaikan ‘tazkirah’ dan dalam majlis itu beliau disebutkan sebagai menyampaikan bantuan kewangan kepada ahli-ahli PAS.

“Berdasarkan rentetan kejadian di atas saya telah mengambil inisiatif berikut antaranya, cuba menasihatkan semua pihak termasuk ahli-ahli politik demi menjaga sensitiviti setiap golongan rakyat mereka dengan memaklumkan rancangan kehadiran mereka kepada pihak-pihak yang berwajib supaya tatacara penggunaan surau dan masjid dapat dipatuhi.

“Saya juga akan mencadangkan supaya digubal peraturan yang lebih detail dengan memperincikan langkah-langkah yang mesti diambil dan tatasusila yang mesti dipelihara bagi mereka yang berhajat menggunakan kemudahan surau dan masjid di Negeri Selangor,” tegasnya.

Menjawab satu pertanyaan tentang desakan Pemuda Umno agar beliau meletakkan jawatan ekoran peristiwa ini, Dr Hasan berseloroh, jika ikut desakan itu, setiap kali bukan Islam masuk masjid, sudah beribu kali beliau terpaksa meletakkan jawatan.

Persoalan di sini, jelasnya, adalah bagaimana peraturan sebenar dan bagaimana pula penguatkuasaannya, tidak timbul masalah Hasan Ali tetapi yang utama, isu ini segera diselesaikan./Harakahdaily

RAJA KATAK KATA NIK AZIZ KURANG TAKWA

Hebat betul Ibrahim Ali ni, selepas muncul juara lompat melompat kini cuba untuk mengambil alih tugas Majlis Fatwa. Semalam dalam majlis Berbuka Puasa di Kelab Sultan Sulaiman beliau berkata Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai seorang yang beriman tetapi kurang bertakwa apabila bertindak mempertahankan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lalu.

Kehebatan Presiden Perkasa ini begitu terserlah kerana dapat menilai tahap taqwa dalam diri seseorang. Cuma saya nak bertanya pada Ibrahim Ali siapa pemimpin Umno yang paling tinggi nilai taqwanya ? Rahim Tamby Chick, Ali Rustam atau Jamaludin Jarjis? Manakala di antara Dr. Mahathir dan Dato Seri Najib siapa yang paling tinggi taqwanya?

Saya juga mencadangkan agar Ibrahim Ali dilantik sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Melayu jika tewas selepas pilihanraya umum nanti supaya fatwa-fatwanya dapat digunakan oleh generasi akan datang khususnya dalam bab lompat melompat! Saya yakin Khairy Jamaludin turut bersetuju dengan pandangan saya.

Sumber: angkasanuri

ANAK MAIDIN BILA BERCAKAP NAMPAK KEBODOHANNYA

PAS tuntut Zainuddin Maidin mohon maaf
Ogos 30, 10

PAS berkata parti itu memandang serius fitnah yang didakwanya dilemparkan oleh bekas ketua penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin berhubung Tragedi 13 Mei 1969.

Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, Zainuddin telah memfitnah parti Islam itu apabila mengatakan semasa tragedi tersebut, PAS minta perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj 'merampas' harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya 'mengambil' Malaysia.

"Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat PAS" dalam Umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang Cina dan rakyat keseluruhannya.

"Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris berkata, PAS yakin Zainuddin (kanan) dan Umno kini terdesak untuk memburukkan PAS dan sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadan ini bagi menarik sokongan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.

"Tuduhan bahawa PAS menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi menunjukkan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan negara dan menjaga kepentingan rakyat," tegasnya.

Sehubungan PAS menuntut Zainuddin menarik balik "fitnah' yang diciptanya" itu dan memohon maaf dalam masa tiga hari.

"Sekiranya beliau enggan menarik balik fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan dewan-dewan untuk membuat laporan polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau," tegas Idris./Malaysiakini

Isnin, 30 Ogos 2010

MEDIA PENCACAI TERUS MENYERANG, KEBODOHAN MEREKA TERSERLAH

Kunjung masjid: William Leong pula jadi sasaran
Ogos 29, 10\


Utusan Malaysia meneruskan serangannya terhadap ahli parlimen pembangkang bukan Islam yang mengunjungi surau dan masjid dalam bulan Ramadan itu.

william leong in masjid 290810Selepas kunjungan kontroversi ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah surau di Kajang minggu lalu, kali ini ahli parlimen PKR, William Leong Jee Keen pula menjadi sasaran Utusan kerana mengunjungi Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Mingguan Malaysia - akhbar milik kerajaan itu - melaporkan bahawa ahli parlimen Selayang itu diberi kebebasan berada di saf paling hadapan dalam masjid berkenaan.

Di bawah tajuk "Kesucian masjid terus dinodai", akhbar itu memetik sebuah laman blog, yang menyebut, pihak yang bersekongkol membenarkan William memasuki ruang solat masjid tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam.

Akhbar itu menyebut, tindakan itu terbongkar "cuma sehari selepas umat Islam di negara ini dikejutkan dengan tindakan Teo 'bertaskirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat".

NONEDalam kenyataan semalam Teo menjelaskan bahawa beliau hanya berucap secara ringkas mengenai peluang pendidikan di bawah kerajaan Selangor apabila diminta menyampaikan sepatah dua kata.

Akhbar tersebut seterusnya memetik lamanweb berkenaan sebagai berkata Willaim menggunakan 'modal' yang sama, iaitu bantuan kepada masjid untuk memasuki ruang solat, seterusnya menyampaikan ceramah kepada umat Islam di masjid tersebut.

Perbuatan wakil rakyat PKR itu, lapor Utusan lagi, bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam.

Majlis sumbangan yang disampaikan oleh William tu disiarkan oleh sebuah akhbar semalam./Malaysiakini

Ahad, 29 Ogos 2010

AKHBAR BANGSAT MEMANG PATUT DISAMAN

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 29 Ogos: PAS sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia ekoran mengaitkan parti itu dengan insiden kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada mesyuarat mereka siang tadi.

"Utusan menyiarkan laporan bahawa beliau (Nie Ching) hadir untuk memberi sumbangan kepada Ahli PAS, sedangkan sumbangan tersebut untuk membaiki pagar surau.


"Kita akan ambil tindakan mahkamah, dan saya telah berbincang dengan pengerusi surau tersebut, kita akan saman mana-mana pihak yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengedarkan risalah keselamatan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Utusan dalam laporanya 27 Ogos lalu mendakwa Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada "ahli-ahli PAS".

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena begaimanapun mendakwa, laporan akhbar itu adalah bohong, berniat jahat dan cuba memburukkan imej PAS.

Beliau tidak menolak kemungkinan, akhbar terebut cuba mewujudkan persepsi bahawa kehadiran Nie Ching tersebut untuk berpolitik dalam masjid.

Sementara itu, beliau juga mendakwa Umno telah mendalangi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dengan memberi maklumat salah kepada Sultan Selangor sehingga Tuanku dudakwa murka.

Ini kerana, tiada sebarang tazkirah yang disampaikan Nie Ching seperti yang didakwa melainkan sekadar ucapan lima minit selepas dijemput berucap oleh jawatankuasa surau.

Selain itu, ucapan ahli parlimen Serdang itu juga jelasnya langsung tidak menyentuh soal politik kepartian melainkan menjelaskan program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya berani mengatakan bahawa, Mais telah didalangi Umno, menipu pihak Istana.


"Memang tidak ada tazkirah, tidak ada ucapan berkaitan politik dan bukan memberi sumbangan kepada ahli PAS," tegasnya.

Tambahnya, tindakan Umno tersebut telah merugikan Islam apabila masyarakat mungkin berpandangan mereka tidak boleh lagi memasuki masjid atau surau.

Sedangkan kata Mahfuz, itu merupakan salah satu cara dakwah kepada bukan Islam dan sememangnya dibolehkan seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu.

"Kalau tindakan itu salah, Mais bukan kena hantar surat amaran kepada ahli parlimen Serdang, tetapi kena hantar juga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya./Harakahdaily

ISU MP SERDANG MASUK SURAU - JAHIL JADI PUNCA, KATA NIK AZIZ

Nik Aziz pertahan anggota Parlimen Teo

KOTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah. — Bernama

ISU SURAU DI KAJANG - JADIKAN SATU PENGAJARAN

Oleh: WFAUZDIN NS
Justify Full
APA yang berlaku di sebuah madrasah di Kajang nampaknya menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor. Kehadiran MP Serdang Teo Nie Ching di madrasah berkenaan serta memberikan ucapan di dalam ruang ibadat madrasah tersebut menjadi punca kemurkaan Sultan. Berlanjutan peristiwa itu MAIS telah diarahkan untuk mengambil alih madrasah berkenaan. Baca sini.

Saya juga menjadi pelik dan hairan mengapa peristiwa ini boleh berlaku. Mengapa pihak pengurusan madrasah tersebut tidak sensitif dengan hal-hal sebegini. Memang tidak salah jika mana-mana Non Muslim mengunjungi tempat ibadah kita apatah lagi berniat untuk memberikan bantuan, tetapi mereka juga mempunyai batas-batas tertentu dengan adab-adab yang perlu mereka hormati.

Sekiranya MP Serdang yang berniat baik untuk hadir memberikan bantuan atau nasihat, adalah lebih baik dan sesuai acara itu diadakan di perkarangan madrasah dan bukannya di dalam madrasah. Apatah lagi di dalam situasi sekarang, di mana terdapat pihak-pihak yang sentiasa ingin mencari isu perkauman untuk kepentingan politik mereka. Oleh yang demikian, tindakan kita menimbulkan fitnah ini tentulah satu tindakan yang tidak bijak samasekali.

Kita tidak boleh menyalahkan MP Serdang yang tidak tahu batas-batas dan adab rumah ibadah kita. Menjadi tanggungjawab kita terutamanya pihak pengurusan rumah ibadah untuk memaklumkan kepadanya. Saya percaya MP berkenaan akan akur dengan nasihat yang kita berikan kepadanya.

Adalah diharapkan peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada semua. Sesiapa pun samada perseorangan atau pemimpin yang Non Muslim boleh berkunjung ke rumah ibadah kita dengan tujuan yang baik tetapi tentukan adab kesucian rumah ibadah ini dipelihara. /wfauzdin.blogspot.com

Sabtu, 28 Ogos 2010

PEMILIHAN PIMPINAN PKR - ULASAN DARI UMNO REFORM

CATATAN ANUAR MOHD NOR – bahang pemilihan PKR

Semakin hebat kempen PKR dalam pemilihan parti akan datang. Bahangnya semakin terasa. Dalam pada kerancakan itu ada SMS yang di terima mengatakan calon itu dan ini adalah calon pilihan Anwar Ibrahim. Dikatakan ini sebagai wahyu Anwar Ibrahim. Untuk memastikan satu-satu calon itu menang. Adakah ini WAHYU atau segelintir mereka menggunakan nama Anwat untuk meraih jawatan dalam parti.

SMS di terima – sesat dari mana tetapi meletakkan 5 resolusi yang melibatkan reformis yang sebelum ini merupakan penggerak kepada Parti Keadilan Rakyat. SMS itu memaklumkan :

Resolusi 1 - Menolak sebarang dakwaan WAHYU kononnya kumpulan ini adalah wakil dan telah mendapat sokongan dari Anwar Ibrahim

Resolusi 2 - Menolak sebarang bentuk “chai” kerana ini adalah tradisi UMNO yang tidak boleh dipakai bila mahu memantangkan demokrasi dalam rakyat. Serta mahukan pemilihan berdasarkan komitmen dan Integriti

Resolusi 3 - Membenarkan ahli membuat keputusan tersendiri tanpa pengaruh kepimpinan yang ada. Dengan cara itu ahli tidak akan terikat kepada calon yang mewakili pemimpin sedia ada.

Resolusi 4 - Setiap mereka yang mahu bertanding harus menyediakan manifesto untuk dimaklumkan kepada ahli dan bukan berkempen menghentam peribadi yang lain.

Resolusi 5 - Menyemarakkan semangat REFORMASI yang semakin di lacur oleh kumpulan kapitalis dalam parti

Sumber: Umno-reform2


Jumaat, 27 Ogos 2010

SEORANG LAGI TEMAN BUAT HARUSSANI ?

BUTAKAH MATA JAMIL KHIR ?
Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL Khir seorang menteri yang menjaga agama, dilantik melalui jawatan Senator di dalam kabinet Najib menyebut betapa berdosanya seseorang yang memburukkan nama negara sendiri. Kenyataan beliau adalah berhubung dengan wawancara Nurul Izzah Anwar di Indonesia yang menceritakan darihal apa yang tidak betul di dalam pentadbiran Najib menguruskan negara. Jamil Khir berkata, jika niat untuk menimbulkan kekacauan maka hukumnya berdosa.

Persoalannya, di mana kisah buruk yang boleh menimbulkan kekacauan yang disebut oleh Nurul Izzah itu? Jika tiada, maka tentulah hukumnya tidak berdosa. Apa yang penting, Jamil Khir mesti membuktikan Nurul Izzah mempunyai niat untuk menimbulkan kekacauan. Sudah semestinya niat itu Allah jua yang tahu.

Jika berniat sahaja untuk menimbulkan kekacauan itu berdosa, apa pula hukumnya membuat kekacauan? Tentulah terang lagi hukumnya berdosa. Jamil Khir sedar atau tidak, berapa banyak yang telah Umno lakukan yang telah menimbulkan kekacauan? Itu bukan niat lagi, malah telah pun berlaku. Isu perkauman yang dimainkan oleh Umno selama ini boleh menimbulkan kekacauan atau tidak? Fitnah ke atas PAS yang dikatakan sebuah parti ajaran sesat itu boleh menimbulkan kekacauan atau tidak? Akta zalim ISA yang terang-terang melanggar hukum Islam itu boleh menimbulkan kekacauan atau tidak? Amalan media yang sering menimbulkan isu berbentuk fitnah dan provokasi terhadap parti pembangkang boleh menimbulkan kekacauan atau tidak?

Terlalu banyak untuk kita bentangkan betapa Umno yang menjadi tunjang kerajaan sekarang telah menimbulkan kekacauan. Apabila fitnah yang telah dilakukan ke atas DS Anwar semenjak kes liwat pertamanya dahulu hingga kes yang sama untuk kali kedua, tidakkah menyebabkan kekacauan? Malah, isu ini lah yang menjadi kekacauan yang amat besar di dalam negara sehingga sekarang.

Jamil Khir tidak pernah mahu menyebut pemimpin di dalam Umno itu berdosa apabila melakukan kekacauan-kekacauan seperti yang dinyatakan tadi. Mengapa beliau mempertikaikan niat Nurul Izzah? Niat yang berada di dalam hati Nurul Izzah dijadikan modal besar Jamil Khir sedangkan yang terang-terang terjadi sejak turun temurun tidak dipedulikannya. Ikhlaskah Jamil Khir? Jika Jamil Khir sememangnya bersungguh tidak suka kepada orang yang melakukan kekacauan, sepatutnya Jamil Khir tidak berada di dalam Umno. Mungkinkah mata Jamil Khir menjadi `buta' selepas mendapat habuan di dunia ini?

Sebenarnya Jamil Khir semenjak berada di dalam ATM sewaktu memegang jawatan tinggi di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah gagal membentuk warga tentera yang cinta kepada Islam. Pengembangan Islam di dalam ketenteraan sewaktu era beliau tidak dapat dilihat. Tentera kita tidak disemaikan dengan semangat juang dan jihad berlandaskan agama. Maka tidak hairan jika kita melihat terlalu banyak kes salah laku dan moral melanda warga tentera kita./wfauzdin.blogspot.com

GURU KAFA SELANGOR DAPAT DUIT RAYA JUGA

Harakahdaily

SHAH ALAM, 26 Ogos: Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas hari raya sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Menteri Besar, Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas hari raya ini akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred JUSA ke atas.

Seramai 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat daripada keputusan ini yang melibatkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan pembayaran sebanyak RM1.3 juta.

Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru KAFA supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan.

Khamis, 26 Ogos 2010

NURUL IZZAH BERDOSA, AKU TIDAK - JAMIL KHIR

Jamil Khir anggap Nurul Izzah berdosa buruk negara
Ogos 26, 10

Mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan dianggap berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.

"Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru-hara," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian di majlis penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada pesakit di hospital-hospital di Wilayah Persekutuan hari ini.

Jamil Khir diminta mengulas laporan bahawa ahli parlimen Lembah Pantai daripada PKR, Nurul Izzah Anwar, yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temubual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.


Dalam temubual itu Nurul Izzah didakwa telah menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai dasar baru ekonomi serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada MAIWP berjumlah RM1.4 juta kepada Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Putrajaya, dan sumbangan RM20,000 kepada Hospital Nukleus di Labuan.

Katanya, sumbangan itu selain bagi membantu pihak hospital membeli peralatan perubatan, juga diagihkan kepada tabung kebajikan perubatan hospital bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri.

Tahun ini MAIWP membelanjakan RM1.32 juta mbagi membantu 519 orang daripada golongan asnaf yang menghidapi penyakit kronik.

- Bernama

APABILA KUASA HILANG, OTAK MENTERI JADI MERENG?

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA anda mahu melihat seorang menteri yang bercakap guna `lutut', anda boleh baca temubual bersama menteri itu di sini. Di dalam temubual tersebut, pemimpin Umno dari Selangor jelas menunjukkan kebodohan di tahap `gila babi' sekurang-kurangnya di dalam dua perkara yang dapat saya kesan dari temubual tersebut.

Pertama, apabila menteri tidak cedik itu bercakap mengapa Hudud tidak dilaksanakan di Kelantan sedangkan Enakmen hukum tersebut telah pun di luluskan di DUN Kelantan. Kerajaan Pusat tiada kuasa menghalang jika Kerajaan PAS Kelantan ingin laksanakan hukum hudud di Kelantan, katanya. Anda lihat sendiri betapa bahalolnya menteri ini. Mungkin ketika Kerajaan PAS Kelantan menerima surat amaran dari Kerajaan Pusat di bawah Mahathir agar Kelantan tidak laksanakan hukum hudud, di waktu itu menteri ini masih di dalam perut bonda beliau lagi agaknya. Sebab itu beliau tidak tahu apa cerita di Kelantan waktu itu.

Kedua, menteri ini menyebut mengapa Islam tidak ditegakkan sepenuhnya di Selangor, bahkan banyak tempat perhudian dan kilang arak masih ada di Selangor. Kata menteri dungu ini lagi, PAS pernah menyebut kilang arak terbesar di Selangor ini akan ditutup sebelum ayam berkokok jika PAS memerintah. Sekali lagi kebodohan terlampau dari menteri ini terserlah. Mengapa menteri ini tidak menyebut siapakah yang berkuasa mengeluarkan lesen kilang arak terbesar di Shah Alam itu? Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat?

Siapakah yang memerintah Pusat sekarang? PAS atau Umno? Semenjak bila kilang arak ditubuhkan, semenjak bila kesemua rumah urut dan kedai arak serta pusat hiburan di Selangor itu wujud? Di zaman MB bawah Umno atau di bawah PR ? Bahkan, usaha Kerajaan Negeri di bawah PR sekarang yang sentiasa berusaha menentukan kesemua gejala tidak sihat di Selangor dapat dikurangkan wajar dipuji. Tiada lagi kedai `7 E' di merata-rata tempat menjual arak seperti di zaman Umno memerintah Selangor. Semuanya dikawal dengan baik sekarang. Keberanian MB Selangor menjemput SPRM berada `sebelah' KKSB bagi mengawal pengurusan dari sebarang unsur rasuah tidak mampu dilakukan oleh MB dari Umno dahulu.

Akhir sekali, menteri ini perasan kununnya Selangor gementar bila diserang dari berbagai penjuru oleh `3 pencacai' iaitu Noh, Anak Toyo dan raja sesumpah. Sebenarnya apa yang mereka serang? Penjuru mana mereka serang? Apabila anak Toyo serang sebelah kiri, terkena batang hidung Noh Omar. Apabila Ezam pula serang, kedua-dua batang idung Noh dan anak Toyo terkena. Begitu juga bila Noh Omar yang serang penjuru kanan, batang hidung anak Toyo juga yang kena. Penutupnya, raja sesumpah akan bersumpah. Begitulah hakikat yang berlaku sepanjang kempen mereka `Selamatkan Selangor'./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 25 Ogos 2010

HUDUD TIDAK SESUAI - NIK NAZMI BERI PENJELASAN

Isu Syariah: Pendirian Jelas

Isnin lalu laporan New Straits Times memetik kata-kata saya menyatakan pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia adalah “tidak sesuai”.

Laporan ini kemudian dipetik pula oleh Bernama tanpa menghubungi saya.

Sebenarnya saya telah nyatakan ketika dihubungi NST bahawa tidak timbul persoalan bahawa saya menentang syariah kerana ia sebahagian daripada agama Islam.

Dalam 17 Perkara Dasar Keadilan, termaktub pendirian Keadilan dalam hal agama:

“Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan.”

Pendirian Pakatan Rakyat juga adalah jelas. Dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai Keadilan, PAS dan DAP pada Disember 2009 Pakatan memartabatkan peruntukan Perlembagaan termasuk kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia.

Pakatan juga komited untuk menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.

Dalam temubual saya Januari tahun ini dengan laman web the Nutgraph juga saya menegaskan adalah penting untuk semua menghormati mahkamah syariah (serta Perkara 121(1)(a)) dan memahami matlamat hakiki syariah (maqasid syariah) iaitu pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

Isu ini telah saya ulas dalam dua bab dalam buku saya, Mendepani Zaman iaitu Meraikan Warisan Wasatiyyah Kita – bagaimana kita boleh mengembangkan peranan Islam dalam masyarakat selari dengan tradisi kesederhanaan Islam di Nusantara dan Tiada Paksaan: Masyarakat Islam dan Bukan Islam di Malaysia – bagaimana mempertahankan muafakat Perlembagaan bahawa Mahkamah Syariah hanya tertakluk kepada umat Islam dan tidak kepada masyarakat bukan Islam.

Dalam aspek syariah kita harus lihat perlunya mengambilkira fiqh al awlawiyyat (fiqh keutamaan) dalam proses pelaksanaannya./Malaysia Waves

IMEJ NEGARA SUDAH LAMA TERCALAR BUKAN KERANA NURUL IZZAH

Oleh: WFAUZDIN NS

BETAPA Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin begitu gusar apabila negara luar semakin memandang serong negara ini. Bagi menyembunyikan kegusarannya, menteri tersebut menuding jari ke arah Pembangkang yang kununnya banya mendedahkan keburukan negara ini ke pihak luar. Tuduhan ke atas YB Nurul Izzah jelas menampakkan kegusaran pemimpin Umno. Artikel ini merujuk kepada laporan Bernama di sini.

Persoalannya, apakah sebelum YB Nurul Izzah mendedahkan beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam negara ini imej negara kita berada di tahap yang terbaik? Sebenarnya sudah berpuluh tahun khususnya selepas berlaku konspirasi terhadap DS Anwar, imej negara ini begitu merudum sekali. Bukan sedikit negara luar yang melahirkan rasa simpati ke atas nasib yang menimpa ke atas DS Anwar tokoh ternama Asia dan dunia itu. Keganjilan yang berlaku di dalam sistem kehakiman negara benar-benar menarik perhatian mereka.

Kes pembunuhan Altantuya juga menarik minat negara luar kerana korbannya adalah rakyat asing yang dibunuh `tanpa ada sebab atau motif''. Mereka mengetahui kisah ini bukan dari mulut YB Nurul Izzah kerana pemimpin dunia luar lebih cerdik dari pemimpin negara kita.

Pemimpin negara kita tidak kurang hebatnya bercerita tentang keburukan Pembangkang di luar negara. DS Anwar sering diperkatakan sebagai `peliwat' oleh pemimpin negara dan kisahnya dijaja ke merata negara. Namun, negara luar bukannya mudah untuk diperbodohkan. Oleh itu, pemimpin Umno mulai merasa tertekan dengan segala bentuk persoalan yang dikemukakan oleh pihak luar.

Imej negara kita kini sememangnya terjejas akibat salah pemimpin kita sendiri. Di dalam dunia tanpa sempadan sekarang, kita tidak lagi boleh menyembunyikan apa jua dari diketahui pihak luar. Apakah kita mahu negara luar memandang tinggi pemimpin negara kita sedangkan rakyat sendiri semakin menolak mereka? /wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 24 Ogos 2010

UMNO, NGO PRO PR BERLUMPA BUAT PAHALA

Umno, pembangkang berlumba bersihkan surau

Jimadie Shah Othman
Ogos 24, 10

Sempena Ramadan yang mulia, mungkin inilah yang semua orang harapkan, pemimpin Umno dan pembangkang berlumba-lumba membersihkan surau yang menjadi mangsa perbuatan khianat semalam.

Namun, peranan awal mungkin dimulakan oleh Pemuda Umno apabila pihaknya dikatakan sudah berada di tempat kejadian pagi ini.

"Saya telah mengarahkan Pemuda (Umno) Negeri Sembilan untuk bergotong-royong memperbaiki surau yang dicemar.

"Mereka sudah berada di surau," kata ketua Pemuda pergerakan itu Khairy Jamaluddin (kiri) di laman Twitter kira-kira sejam lalu.

Manakala anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawah) - yang menentang Khairy di parlimen Rembau dalam pilihan raya umum lalu - berkata pihaknya pagi ini telah menemui jawatankuasa surau berkenaan.

Badrul bersama NGO yang diasaskannya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu menawarkan bantuan bagi membaiki semua kerosakan akibat disimbah cat dan dibaling botol arak itu.

"Pada dasarnya mereka (jawantakuasa surau) bersetuju. Sekarang kita cuma tunggu kebenaran daripada pihak polis. Polis kata OK, kita mulakan kerja," katanya kepada Malaysiakini.

"Sekeliling surau itu, termasuk pagar perlukan cat baru."

Awal pagi semalam, sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban disimbah cat merah dan dibaling botol arak.

Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail dilaporkan berkata kejadian itu disedari oleh jemaah semasa solat subuh.

Beliau menjangkakan perbuatan khianat itu berlaku antara jam 3.30 hingga 4 pagi./Malaysiakini

CHEGU BARD BAKAL KETUA AMK YANG BARU ?

Oleh: Mandor

PEMILIHAN jawatan tertinggi di dalam PKR akan berlangsung tidak lama lagi. Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden sudah pasti sengit. Calon popular yang dikatakan akan bertanding adalah seperti YB Azmin Ali, Dato Zaid Ibrahim dan juga Mustafa Kamil Ayub. Pertandingan mungkin diadakan sekiranya Timbalan Presiden sekarang Dr Syed Hussin tidak bertanding.

Pemilihan jawatan Ketua AMK juga menjadi topik hangat waktu ini. Mungkinkah penyandang sekarang Shamsul Iskandar melepaskan jawatannya? Jika ini terjadi, mungkin pertandingan bakal menyaksikan tidak banyak calon, dijangka satu sama satu. Atau, ada calon yang menang tanpa bertanding.

Calon Ketua AMK yang popular diwaktu ini adalah Chegu Bard, seorang tokoh muda yang berani dan telah lali dengan berbagai ujian. Anak muda berasal dari Rembau ini amat popular bahkan ada yang menyebut beliau lebih menonjol dari Sdr Shamsul Iskandar. Sekiranya Chegu Bard dipilih sebagai Ketua AMK, pastinya PKR akan disuntik dengan tenaga baru yang lebih berani.

Jika ada calon lain yang berminat untuk bertanding sebagai Ketua AMK, mereka mestilah dilihat berwibawa dan berani ke hadapan. Samada calon tersebut pernah lahir di zaman reformasi atau tidak, itu tidak penting. Yang penting, beliau mestilah berwibawa, berani dan ikhlas dalam perjuangan. Semua ahli di dalam PKR akan menilai siapakah yang layak untuk menerajui Ketua AMK yang akan berada di saf hadapan apabila bertemu dengan musuh.

Paling menggembirakan, sehingga kini tiada budaya melobi dan mengampu di kalangan calon yang disebutkan di atas. Rasuah atau politik wang seperti amalan Umno jauh sekali. Sesiapa pun yang dipilih, bahu mereka akan dibebankan dengan amanah dan tanggungjawab yang amat berat. /mandor.blogspot.com

ZAMAN UMNO DULU ADA MACAM INI KE ?

PAS: 'Hero pasir' - Noh Omar tak berani kokok lagi
Ogos 24, 10

Penubuhan pasukan khas antirasuah pasir oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) didakwa menyebabkan timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar kini tidak berani 'berkokok' lagi menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (kiri) berkata, perkara itu juga disebabkan permohonan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri dalam negeri dan ketua polis negara supaya menangkap pencuri pasir.

"Keputusan yang bijak ini telah mematikan isu pasir di Selangor, kononnya berlaku penyelewengan (seperti didakwa) oleh hero pasir Datuk Noh Omar dan (bekas menteri besar) Datuk Seri Khir Toyo.

"Kita mengharapkan kalau boleh SPRM boleh buka balik fail-fail projek pasir yang dikendalikan oleh kerajaan BN dahulu, supaya rakyat tahu siapakah perompak pasir di Selangor," katanya.

Pada 21 Ogos lalu, Khalid mengumumkan SPRM dan KSSB bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas - dianggotai wakil kedua-dua pihak - bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di negeri itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor kerana mengambil pendekatan itu "supaya SPRM lebih bebas memantau operasi KSSB" dan mengesan sekiranya ada prosedur yang membuka ruang kepada rasuah.

"PAS berpandangan tindakan ini menunjukan betapa serius kerajaan Pakatan yang hendak memastikan khazanah bumi Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum.

"Selama ini industri pasir merupakan lubuk emas untuk kroni Umno. Kesannya yang kaya (hanyalah) kroni, manakala negeri dan rakyat makan lumpur," katanya.

Menurut Idris lagi, apabila industri pasir distruktur semula selepas Pakatan memerintah, kutipan royalti semasa jauh mengatasi zaman pemerintahan BN sebelum ini./Malaysiakini

AKIDAH NIK NAZMI BOLEH DIPERTIKAIKAN ?

Oleh: Mandor

BENARKAH Ketua Penerangan PKR Nik Nazmi menyebut bahawa `hudud tidak sesuai' dilaksanakan? Jika berita yang disampaikan oleh Karpal Singh itu benar, maka saya amat sedih dan kecewa dengan kenyataan YB dari PKR yang berbangsa Melayu dan berugama Islam itu.

Sebagai seorang Islam, Nik Nazmi sewajibnya percaya dan yakin bahawa hukum Islam itu sesuai pada setiap waktu. ketika dan di mana jua. Hukum Hudud bukan perjuangan PAS bersendirian, ianya menjadi kewajipan kepada semua yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasulnya. Soal bila waktu boleh dilaksanakan boleh diperdebatkan tetapi hukum tersebut tetap wajib dilaksanakan.

Memang benar, PKR bukan parti seperti PAS yang menjadikan Islam sebagai dasarnya. PKR adalah parti yang mendokong hak asasi dan keadilan dan keahlian di dalam parti tersebut dari berbagai bangsa dan ugama. Namun, hak dan kewajipan setiap Muslim di dalam PKR wajib dilaksanakan. Hukum Hudud terasnya adalah keadilan yang selaras dengan dasar yang terdapat di dalam PKR. Sehubungan itu, tidak menjadi masalah untuk PKR khususnya yang berugama Islam menyokong cita-cita PAS tersebut.

Samada benar atau tidak laporan yang dipetik dari Bernama hanya YB Nik Nazmi sahaja yang tahu. Cuma, jika benar seperti kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh tersebut, YB Nik Nazmi wajib memberi penjelasan agar kita tidak mempersoalkan akidahnya. /wfauzdin.blogspot.com

RAJA SESUMPAH BAWA BUKTI DAN SAKSI DULU, JANGAN SIBUK MAHU BERSUMPAH SAJA

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA merasa gembira apabila raja sesumpah Ezam bersedia untuk hadir ke Mahkamah Syariah bagi menghadapi kes Qazaf yang difailkan oleh AMK. Kes Qazaf tersebut adalah berkaitan dengan tuduhan raja sesumpah terhadap DS Anwar yang mana melibatkan juga DS Wan Azizah.

Cuma, usah raja sesumpah sibuk untuk menunjukkan kemahirannya untuk bersumpah di dalam Mahkamah Syariah nanti. Raja sesumpah perlu membawa hujah, fakta, bukti dan saksi untuk menguatkan tuduhannya, bukan hanya bergantung kepada sumpah-sumpah yang lazim beliau lakukan dari dulu, kini dan selamanya.

Andainya beratus kali beliau bersumpah sekali pun, kita sudah kenal siapa mamat Ezam ini. Beliau sanggup berbuat apa sahaja asalkan DS Anwar diaibkan dan Najib diangkat. Mengapa tiada cabaran dari raja sesumpah untuk Saiful agar Saiful juga bersumpah menafikan hubungan intimnya dengan wanita itu? Mengapa raja sesumpah juga tidak mencabar rakannya Zahid Md Arip yang mengaitkan Ghani Harun tentang hubungan bersama isteri raja sesumpah sewaktu raja sesumpah di dalam penjara. Anda boleh baca kisah ini di dalam blog Chegubard. /wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 23 Ogos 2010

`BAPA PENGECUT' DI SELANGOR

Hudud: Noh Omar pengecut!
Oleh: WDOnline

"Tak habis-habis juak Umno sorang ni cakap pasal isu agama. Sebelum ini dengan lantang mencabar PAS menutup pusat maksiat di bulan Ramadhan. Namun sikap hipokrit Noh Omar tu telah ditempelak kembali oleh pemimpin PAS.Mungkin tiada perancangan, Noh main hentam aje. Apa tidaknya, cabarannya terhadap PAS Selangor menampakkan kebodohan dan tembelangnya selama ini yang tidak mengerti agama.

Tiba Ramadhan baru sibuk nak suruh tutup pusat maksiat, padahal maksiat bukan sahaja diharamkan di bulan Ramadhan sahaja. Pulak tu, pusat maksiat yang diminta tutup tu pun adalah ‘tahi-tahi’ Umno ketika memerintah sebelum ini. Selepas dicabar balik oleh PAS supaya tutup dulu pusat maksiat di negeri Umno-BN termasuk Genting yang menjadi pusat judi terbesar di Asia Tenggara. Waktu tu barulah Noh merasa bodoh sebab tersilap cabar PAS sehingga terdiam seribu bahasa (tak berani nak tegur negeri Umno yang lain).Konon nak tunjuk hero sebab beliau adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Jadi kena ada satu planning nak bagi bos atasnya nampak dia buat kerja. Walaupun sejak akhir-akhir ini namanya terperosok ke bawah kerana cubaan seorang lagi pesaingnya, Khir Toyo untuk jadi glamour.

Riuh kedengaran pula, kehadiran pembelot PKR, Ezam dalam program ‘selamatkan selangor’ telah menenggelamkan nama Noh Omar.

Noh merasa kedudukannya dicabar, maka mulalah musuh politiknya, PAS dinista habisan.

Namun Noh dilihat tidak serik dan tidak mahu belajar dari pengalaman lepas.

Semalam beliau telah menuduh PAS pengecut dengan DAP berkaitan pelaksanaan hukum Hudud.

Dalam Sinar Harian, Noh Omar cuba memperbodohkan dirinya lagi apabila mendakwa Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersandiwara berhubung isu hukum hudud dan meminta menghentikannya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia kerana Pas hanya berani bersuara mengenai isu tersebut tetapi tidak berani melaksanakannya kerana takutkan sekutunya, DAP.

“Dulu, semasa Pas sendirian tanpa PKR dan DAP pun tidak mampu melaksanakan hukum hudud apatah lagi apabila bergabung dengan DAP dan PKR. Sebenarnya Pas takut dengan DAP, tidak berani hendak bercakap,” katanya.

Sah!, memang Noh Omar bodoh.

Hang tak ingat ke buat-buat tak ingat yang menyekat pelaksanaan Hudud di Kelantan tu sape? DAP ke Umno?

Hang yang mengaku beragama Islam tapi bersekongkol dengan parti yang menyekat pelaksanaan hukum Allah (Hudud). Bermakna hangpa lebih jahat daripada DAP.

PAS Kelantan sudah membentang pelaksanaan enakmen hukum Hudud dan sudah pun diluluskan oleh Sultan, tetapi disekat pelaksanaannya oleh kerajaan pusat. Sape kerajaan pusat tu Noh!. Umno yang hang duk cari makan tulah yang halangnya.

Sekarang pandai pulak hang kata PAS tak berani laksana Hudud sebab takut dengan DAP.

Padahal Umnolah yang takut dengan MCA. Terpaksa ikut cakap MCA dan biarkan MCA bermaharajalela sesuka hati.

Umno terpaksa beri lesen baru kepada pengusaha kelab-kelab malam hasil tekanan MCA. Baca kat sini.

Pusat hiburan dan maksiat tumbuh bagai cendawan selepas hujan, pusat judi terbesar di Gentang semakin gah. Sape yang bagi lesen tu hah? PAS ke?

Oi Noh!, hang tak berani ke tegur kerajaan BN agar tutup pusat maksiat dan judi tu semua? Ke hang takut dengan MCA?

Sementara itu, seorang lagi yang turut jejak langkah Noh Omar iaitu Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus. Beliau berkata hasrat Pas melaksanakan hudud tidak akan berlaku.

Katanya, hukum hudud hanyalah sandiwara Nik Abdul Aziz untuk meraih sokongan rakyat.

“Lihat sahaja di negeri ini (Selangor), Pas terpaksa bersekongkol dengan DAP untuk menghalalkan penjualan arak, rumah urut, pusat judi dan sebagainya,” kata Shukur.

Woi!, arak, rumah urut, pusat judi kat Selangor tu sape yang dirikan? Hang baru tersedar dari tidur ke ape. Penjualan arak, pusat judi, rumah urut tu semua bukan ada ketika PR memerintahlah. Asal bodoh sangat hangpa?

Bahkan siapa yang benarkan kilang arak (Carlsberg) tu beroperasi di Selangor kalau tak Umno-BN. Dah berapa lama dah kerajaan BN makan hasil cukai arak.

Hang berak tepi jalan pastu tuduh orang lain berak. Tapi silapnya hangpa sebab tak sempat nak basuh berak. Jadi busuk tahi masih lagi lagi melekat kat hangpa. Macamana hang nak tuduh orang lain berak padahal tahi ada kat punggung hang. Bodoh tahap cipan. -WarkahDaily

Ahad, 22 Ogos 2010

SERAGAM HARGA AIR DAN CUKAI TANAH - TOLAK CADANGAN MEREKA

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Kerajaan Pusat bercadang untuk menyeragamkan kenaikan air dan cukai tanah pada semua negeri, seharusnya negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat membuat kajian yang mendalam sebeum menerima pakai cadangan tersebut. Ini bukan soal politik tetapi ini soal dasar sesebuah negeri yang dipilih oleh rakyat. Apatah lagi negeri-negeri di bawah PR yang manifestonya sewaktu Pilihanraya Umum yang lalu ingin mewujudkan Negara/Negeri berkebajikan.

Pengajaran yang berlaku di Selangor seharusnya dijadikan panduan sebelum Negeri di bawah PR membuat keputusan. Kerajaan Negeri Selangor yang ingin merakyatkan Selangor dengan menunaikan janji air percuma, awal-awal lagi diganggu dengan berbagai cara untuk menggagalkan usaha tersebut. Begitu juga dengan cukai-cukai tanah yang nampaknya Kerajaan Negeri di bawah PR lebih telus dan baik menguruskan hal tersebut daripada negeri-negeri lain. Ini yang menimbulkan rasa resah gelisah mereka kerana mereka bimbang rakyat lebih yakin dengan pentadbiran di bawah PR.

Secara peribadinya, saya tidak bersetuju jika negeri-negeri di bawah PR terpengaruh dengan cadangan Kerajaan Pusat itu. Implikasinya amat besar kerana rakyat kini yakin bahawa hanya PR sahaja yang boleh mengurus dan mentadbir semua itu dengan baik tanpa membebankan rakyat. Justeru itu, jangan mudah terpedaya dengan strategi mereka untuk merosakkan kepercayaan rakyat terhadap PR.

Apabila kesemuanya itu dikawal oleh Kerajaan Pusat, maka Kerajaan Negeri tiada hak lagi dan jika berlaku sesuatu yang membebankan rakyat, maka nama baik Kerajaan Negeri akan terjejas. Sudah terlalu banyak dasar Kerajaan Pusat yang menyusahkan Kerajaan Negeri untuk merealisasikan kebajikan kepada rakyat. /wfauzdin.blogspot.com

ISU HUDUD - KARPAL TIDAK DAPAT PENERANGAN

Nik Aziz: Suara sumbang tolak hudud pendapat peribadi
Ogos 21, 10

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadi pemimpin parti pembangkang itu.

Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di Kota Baharu hari ini.

Nik Abdul Aziz (kiri) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau pada Khamis lepas bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," kata Karpal.

Mursyidul Am PAS itu berkata beliau yakin Karpal menentang hukum hudud kerana tidak mendapat penerangan yang jelas mengenainya.

"Kebanyakan pemimpin DAP adalah terdiri daripada golongan berpelajaran, mereka sepatutnya mendapat penerangan mengenai perkara itu (hudud) daripada mereka yang arif di peringkat pusat," katanya dan menurutnya beliau sedia memberikan penerangan mengenai hukum hudud kepada Karpal.

Ketika ditanya apakah tindakan PAS untuk mengelak wujudnya suara-suara sumbang daripada rakan politiknya berhubung isu hukum hudud itu, Nik Abdul Aziz berkata ia adalah sesuatu yang sukar.

"Nak mengelak tu memang tak boleh...tugas kita ialah memberi, menerangkan kepada manusia jalan ke arah kebaikan," katanya.

--Bernama

KARPAL SINGH HINA ISLAM ATAU UMNO ?

Oleh: WFAUZDIN NS

KARPAL Singh sekali lagi tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Nik Aziz yang menyebut bahawa hukum hudud boleh mengatasi masalah zina dan membuang bayi. Baca di sini. Kenyataan Karpal Singh itu tidak memeranjatkan bahkan tidak memberi kesan langsung ke atas kemuliaan hukum Islam kerana Islam wajib ditegakkan oleh umat-umat Islam sendiri bukannya berpandukan kepada penganut ugama lain.

Seandainya Karpal Singh seorang Muslim, sudah tentu kenyataannya itu boleh merosakkan akidah sepertimana terdapat beberapa pemimpin Melayu berugama Islam yang sejak dari dulu tidak bersetuju hudud dilaksanakan. Karpal berhujah dengan berpandukan Perlembagaan sekarang yang diasaskan oleh Lord Reid dan tentunya hujah Karpal Singh itu ada benarnya selagi Perlembagaan tidak berubah. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam samada dari PAS mahu pun Umno dan kesemuanya untuk memilih parti yang boleh menegakkan Islam di negara ini dengan mengubah Perlembagaan yang berasaskan sekular kepada Perlembagaan berasaskan Al-Quran dan Hadith.

Dalam aspek ini, parti manakah yang boleh diharap untuk berbuat demikian? Umno sudah semestinya tidak mampu melakukannya kerana sudah 50 tahun Umno berkuasa, Perlembagaan masih lagi tidak berubah bahkan tidak pernah diusulkan di dalam Parlimen untuk mengubahnya. Sekiranya Perlembagaan berubah kepada yang berasaskan Al-Quran dan Hadith, mungkin suara Karpal Singh tidak seperti sekarang. Ini adalah kerana beliau menentang hudud bukan kerana hukum hudud itu tidak praktikal tetapi adalah kerana perlaksanaannya tidak boleh dilakukan mengikut Perlembagaan yang sedia ada sekarang.

Karpal Singh hanya tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Nik Aziz dan beliau tidak boleh dianggap menghina Islam. Mereka yang menghina Islam itu adalah mereka yang berugama Islam dan mempunyai kuasa eksekutif tetapi tidak berbuat demikian. Siapakah yang sedang berkuasa penuh sekarang? Mereka ini berkuasa kerana ada yang menyokongnya dan yang menyokong puak-puak ini mempunyai saham besar di dalam menggagalkan perlaksanaan hukum Islam di negara ini.

Tidak pelik jika Umno akan menggunakan kenyataan Karpal Singh ini untuk menunjukkan betapa PAS tidak boleh berbaik dengan DAP. Apakah jika PAS berbaik dengan Umno maka ada jaminan Islam akan ditegakkan secara syumul di negara ini? Jawapannya sudah pasti tidak, kerana Islam bukanlah cita-cita Umno sejak `azali' lagi. /wfauzdin.blogspot.com

Sabtu, 21 Ogos 2010

MCA, UMNO sama sahaja: Anwar


DAMANSARA – Pakatan Rakyat (PR) membidas tindakan MCA yang disifatkan untuk menjaga kepentingan entiti perniagaan kaum Cina dengan mempersoalkan ekuiti Bumiputera baru-baru ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MCA dilihat bersikap seperti UMNO kerana menjaga kepentingan kekayaan segelintir pihak sahaja.

“Mereka ini tidak boleh lari dari kerangka pemikiran UMNO kerana hanya memikirkan peratus untuk jaga kepentingan masing-masing.

“Dalam perdebatan MCA tersebut, isu peratus hanya untuk peniaga-peniaga besar Cina bukan majoriti,” katanya dalam sidang media di ibu Pejabat Parti Keadikan Rakyat di sini, semalam.

Menurutnya, berbanding dengan PR yang menitiberatkan kepentingan majoriti rakyat kerana isu peratus ekuiti Bumiputera tidak mampu menyelesaikan masalah asas rakyat.

Beliau turut mengulas berhubung penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di Kelantan sebagai alternatif kepada kekuatan ekonomi iaitu ‘tangible assets’.

“Dinar emas memberikan satu alternatif iaitu transaksi melalui dinar ada kekuatannya tersendiri yang mana harus diberi ruang untuk sokongan.

“Namun apakah ia untuk seluruh sistem sudah tentu tidak, tetapi ia merupakan satu permulaan yang realistik kerana ada satu hujah yang cukup kukuh untuk mempertahankannya,” katanya.

Menurutnya, penggunaannya perlu di berikan secara bertahap dengan Kelantan memperkenalkannya terlebih dahulu sebelum diperkenalkan secara menyeluruh./Sinar

ADUAN TERHADAP KETUA HAKIM NEGARA

Karpal fail aduan terhadap ketua hakim negara
Ogos 20, 10

Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini memfailkan aduan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi - kes pertama di bawah Akta Kod Etika Hakim 2009 dan Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2009 yang mula berkuatkuasa Mac lalu.

Dalam aduan yang dihantar melalui tangan ke pejabat Ketua Hakim Negara di Putrajaya hari ini, Karpal kata kenyataan Zaki berkaitan dengan rasuah pada 11 Jun lalu, menunjukkan "kecacatan watak' yang mmbolehkan tindakan disiplin diambil mengikut akta berkenaan.

Katanya, di majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang Mahkamah Persekutuan, Zaki telah berkata: "Saya tidak akan bersimpati dengan mereka yang terlibat dalam rasuah, baik dalam bentuk keuntungan kewangan atau telefon bimbit, tiket kapal terbang, baucer hotel atau atau apapun.

"Ada yang mengatakan jika tidak ada pemberi, tidak akan ada rasuah lain tapi saya mengatakan jika tidak ada penerima, tidak akan ada pemberi."

Aduan tersebut merupakan lanjutan kepada usaha Karpal untuk memecat ketua hakim negara, yang bermula dengan satu laporan polis pada 2008, diikuti dengan pengakuan Zaki yang beliau telah menyuap pegawai mahkamah ketika dia menjadi peguam pada 1987.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Karpal menyifatkannya sebagai satu sikap hipokrit dan kecacatan watak.

Katanya, Zaki sepatutnya menjadi orang terakhir memberi amaran mengenai rasuah kerana Karpal mendakwa Zaki sendiri korup./Malaysiakini

MUSIM PENGETUA `MEROYAN'

Pengetua di Sg Petani pula buat kenyataan perkauman

Muhamad Abdul Qayyum
Ogos 20, 10

Beberapa hari selepas pengetua sebuah sekolah menengah di Johor dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, kejadian yang sama turut berlaku di sebuah sekolah di Sungai Petani.

Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dalam majlis perhimpunan rasmi di sebuah sekolah luar bandar di Sungai Petani, Ahad lalu.

Kata-kata itu diluahkan di depan lebih 500 murid tingkatan satu hingga lima serta kira-kira 45 guru pelbagai kaum semasa membuat teguran terhadap pelajar bukan Islam agar menghormati pelajar Islam yang berpuasa di bulan Ramadan.

Antara frasa yang mencetuskan kontroversi itu ialah "pindah ke negeri lain" dan "balik ke China."

Menurut sumber, pengetua yang berasal dari negeri Johor itu dikatakan telah mengingatkan pelajar bukan Islam di sekolah berkenaan yang mempunyai tiga kaum minoriti iaitu Cina, India dan Siam supaya menghormati rakan-rakan beragama Islam yang sedang berpuasa agar tidak makan di depan mereka.

Sumber itu berkata, pengetua berusia awal 50-an itu menegur perbuatan yang tidak wajar dilakukan oleh pelajar bukan Islam iaitu makan di depan pelajar Islam dan jika mereka tidak mahu menghormatinya, mereka boleh "pindah ke negeri lain" atau "balik ke China."

"Para pelajar dan guru yang berada di dewan terbuka sekolah itu dapat mendengar dengan jelas kata-kata berbaur rasis itu.

"Selaku pentadbir organisasi, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menjarakkan hubungan etnik sekolah itu yang agak unik," kata sumber itu.

Menurutnya, komposisi kaum di sekolah itu yang rata-rata dari kalangan pelajar berlatarbelakangkan taraf sosioekonomi yang rendah agak menarik kerana memiliki empat kaum iaitu Melayu/Islam, Cina/Buddha, India/Hindu dan Siam/Buddha.

"Sejak sekolah itu wujud di kawasan yang di kelilingi estet getah, kelapa sawit, kebun sayur dan kampung pada 1980-an, belum ada peristiwa buruk melibatkan etnik terbabit berlaku di situ," katanya sambil menambah pelajar di situ amat akrab antara satu kaum dengan yang lain.

Malahan. beberapa pengetua yang bersilih ganti di situ juga tidak pernah menimbulkan kontroversi.

"Hubungan murid, ibu bapa dan guru amat baik. Malah, beberapa siri pertemuan bersama,waris seperti mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta hari Konferensi Waris mendapat respon yang baik daripada ibu bapa dan waris," katanya.

Pengetua lelaki itu dikatakan pernah berkhidmat di daerah pendidikan Kulim/Bandar Bharu sebelum memulakan perkhidmatan di sekolah luar bandar yang terletak di pekan kecil Bukit Selambau, kira-kira 26 km dari Sungai Petani itu mulai awal 2009./Malaysiakini

LIM GUAN ENG HINA ISLAM ?

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH nama Lim Guan Eng disebut di dalam Khutbah Jumaat di P.Pinang? Jika benar, siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan Khatib berbuat demikian? Dan, adakah kesemua masjid di P.Pinang melakukan perkara yang sama? Ini persoalan yang masih belum terjawab.

Amat menghairankan, jika perbuatan seperti ini diarahkan oleh Kerajaan Negeri P.Pinang, mengapa tidak semua masjid melakukan perkara yang sama? Kita sangsi dengan berita yang dilaporkan seolah-olah menunjukkan Kerajaan Negeri P.Pinang tidak lagi sensitif dengan Islam. Tetapi kita jangan lupa, tidak mustahil satu perbuatan sabotaj mungkin dirancang untuk memburukkan Kerajaan PR di P.Pinang. Majlis Agama P.Pinang wajib menyiasat perkara ini.

Akhbar Kosmo yang melaporkan berita ini turut menyebut bahawa Zahid Hamidi kesal kerana KM P.Pinang Lim Guan Eng turut hadir sewaktu penyerahan wang zakat. Adakah KM P.Pinang tidak boleh hadir di dalam majlis yang baik seumpama itu? Adakah Lim Guan Eng telah melakukan satu perbuatan yang boleh membatalkan syarat sah pemberian zakat? Apakah Islam menjadi hina semata-mata Lim Guan Eng hadir di dalam majlis pemberian wang zakat? Dalam laporan tersebut, tidak disebut Lim Guan Eng melakukan penyerahan wang kutipan zakat itu tetapi disebut beliau hanya hadir sahaja.

Apa pun, kita semua perlu menunggu hasil siasatan ke atas segala dakwaan ini. Isu sepanduk yang mempamirkan Sultan Johor yang kununnya dilakukan oleh PKR Johor mengajar kita terhadap semua perancangan musuh-musuh yang semakin iri hati dan dengki dengan PR. Jika terbukti Khatib dengan sengaja melakukan perbuatan yang bercanggah dengan hukum Islam, maka tindakan tegas mestilah diambil./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 20 Ogos 2010

Kisah sedih Saudara Ezam

Oleh Nathaniel Tan

Bukan setiap hari saya dipanggil “bangsat” oleh seorang senator — pengalamannya amat unik.Izinkan saya beberapa baris sahaja untuk menggulas.

YB Ezam Md Nor berkata demikian pada 16 Ogos di Twitter; beliau seterusnya mempertahankan penggunaan perkataan tersebut dengan mengatakan “sy pertahan penggunaan bangsat.memang wajar utk stgh orang yg menepati maksud yg dinyatakan dalam kamus agung dewan bahasa pustaka”.

Beliau juga berhujah bahawa tiada masalah mengguna perkataan ini kerana ia digunakan dalam dokumen makhamah dan akuan sumpah.

Kalau begitu, saya agak pelik dan keliru mengapa saudara Ezam tidak sering mengguna perkataan tersebut dalam Dewan Negara, televisyen, dan sebagainya.

Beliau turut kata “isu bangsat utk pertahan maruah”. Saya tidak begitu jelas orang bermaruah mana yang sering mencarut, tetapi tidak mengapa.

Pada keseluruhannya, tiada sebab untuk saya mengambil hati, dan kita harus menggiatkan amalan maaf di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tujuan sebenar artikel

Tujuan sebenar saya untuk menulis artikel ini adalah untuk meneliti sejarah YB Ezam; mungkin pengalamannya boleh menjadi amanat kepada orang muda yang berminat menceburi bidang politik.

Saya amat mengkagumi penglibatan awal saudara Ezam, terutamanya ketika Anwar Ibrahim dipecat. Beliau dengan taat setia mempertahankan bosnya dan melawan kerajaan BN tanpa mengenal lelah.

Saya juga menghormati ketabahan YB Ezam dalam menghadapi percubaan dalam bentuk dua tahun di penjara. Walaupun saya, seperti beliau, disiasat di bawah OSA, saya tidak terpaksa mengalami keperitan beliau.

Masalahnya nampak bermula tidak lama selepas 2004, selepas kedua-dua individu dilepas dari penjara.

Sedikit demi sedikit, kerjaya politik Ezam dinampak mundur. Ada yang kata kerana bertengkar dengan Azmin, ada yang kata kerana tidak cukup peluang kewangan, ada yang kata macam-macam.

Saya sendiri tidak tahu butir-butir apa yang berlaku. Pokoknya, pada 2007, Ezam membuat keputusan bahawa PKR tidak lagi sesuai untuknya.

Di Malaysia, tindakan keluar parti ini cukup biasa. Saya menghormati hak setiap individu untuk memilih landasan yang paling sesuai untuknya.

Keluar parti: Berhemah vs Khianat

Ada yang tinggalkan parti dengan berhemah — seperti saudara Abdul Rahman Othman yang pernah hampir bertanding jawatan Presiden PKR. Sehingga hari ini, beliau tidak pernah mengucap satu kata pun yang bersifat dendam. Ramai lagi yang pernah meninggalkan atau menjauhkan diri dari parti dengan senyap atas sebab-sebab sendiri. Kita hormat keputusan mereka.

Malangnya, kebanyakkan yang isytihar keluar parti tiba-tiba pula menyerang parti dan Anwar bertubi-tubi — Ezam, Chandra Muzaffar, Nallakaruppan, Zulkifli Nordin, Wee Choo Keong, Zahrain Hashim, dan sebagainya.

Kita kadang-kala agak hairan sedikit dengan perangai individu-indvidu ini. Satu hari mereka penyokong paling kuat PKR dan Anwar, besok pula “Anwar peliwat”, “Anwar diktator lemah” dan sebagainya. Apakah prinsip boleh berubah dengan begitu mudah?

Di Twitter juga, saudara @Aisehman bertanya dengan ikhlas satu soalan mudah kepada YB Ezam: “Bila dan bagaimana anda sedar Anwar itu peliwat?”

Sedihnya, sampai hari ini tiada penjelasan terperinci dari saudara Ezam.

Obsesi YB Ezam dengan menyerang seorang isteri, ibu dan nenek yang tidak terhad sifat penyayangnya, Datuk Seri Wan Azizah, turut amat mengecewakan.

Berpaling tadah

Apabila sesiapa sahaja berpaling tadah sampai begitu drastik, kita terpaksa bertanya-tanya: apakah benar-benar pengetahuan dan persepsi individu tersebut betul-betul direformasi, atau adakah sebab lain mereka melompat begitu jauh?

Saya rasa satu aspek penting dalam hikayat riwayat saudara Ezam adalah bahawa beliau adalah seorang politikus 100 peratus. Maknanya, beliau hampir tiada apa-apa selain politik — terutamanya dari segi kerjaya.

Mungkin beliau ingin menonjolkan diri sebagai pejuang anti-rasuah, tetapi jeritan ini agak kosong apabila kita lihat keengganan beliau untuk “melawan” dalam kes Scorpene, jet Sukhoi dan sebagainya. Nampaknya “perang” rasuah, tetapi hanya rasuah yang tidak melibatkan bos-bos barunya.

Beliau sering dibanding dengan Azmin, yang dikatakan diberi semua peluang yang sama, tetapi kini mampu berdikari dengan adanya sebuah perniagaan menjual kereta yang cukup berjaya.

Apabila seseorang yang tiada jalan lain selain politik berdepan dengan jalan buntu dalam satu kem, maka beliau terpaksa mencari kem baru (atau balik ke kem lama) untuk teruskan kerjayanya — walaupun kadangkala ini mengakibatkan persepsi pengorbanan prinsip.

Saya mengaku, amat menyedihkan apabila melihat insan terpaksa berdepan dengan pilihan ini. Amanat yang saya rasa orang muda dan baru belajar seperti saya harus ambil adalah supaya jangan pada bila-bila masa bergantung 100 peratus kepada politik. Ini bahkan sebuah perangkap.

Situasi sebegini juga memberi peluang kepada kita untuk merenungkan sedikit wadah politik negara yang semakin menghampiri sistem dwi-parti.

Walaupun sistem dua parti adalah jauh lebih baik dari sistem satu parti, dalam jangka masa panjang, mungkin ini pun tidak cukup untuk mencerminkan realiti politik moden. Salah satu akibat sistem ini adalah kekurangan pilihan — bagi rakyat ataupun ahli politik.

Sesetengah orang akan selalu terperangkap antara dua parti, seperti bola ping pong. Keadaan ini tidak menguntungkan siapa-siapa. Mungkin masa untuk memikirkan sistem yang lebih inklusif dan kurang bersifat “zero sum” sudah tiba.

Jalan reformasi ini memang panjang — bukan semua yang boleh mendahulukan prinsip sepanjang jalan. Satu hari, setiap di antara kita akan diuji, dan kita hanya boleh harap kita tidak akan jual diri kita atau hilang komitmen kita kepada kebenaran.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Sumber:MalaysiaInsider

DAP OK, KEADILAN PULA TAK OK

Oleh: WFAUZDIN NS

DI SEBALIK kita berbangga apabila permit akhbar Roket kepunyaan DAP telah diluluskan oleh KDN, kita meragui mengapa permit akhbar Suara Keadilan amat liat untuk diluluskan. Sebelum ini akhbar Harakah juga telah diberi kelulusan permit dan ini kununnya menunjukkan betapa KDN mengamalkan sikap `adil'.

Nampaknya mereka amat takut dan bimbang dengan akhbar Suara Keadilan dan kita memahami mengapa jadi begitu. Pendedahan demi pendedahan yang penuh dengan fakta tentang salahguna dan penyelewengan pemerintah oleh Suara Keadilan begitu membimbangkan mereka. Meskipun ada ketikanya Suara Keadilan terkhilaf di dalam beberapa laporannya, namun sikap Suara Keadilan yang tidak malu dan segan memohon maaf menunjukkan akhbar ini bersikap profesional. Sikap ini jauh sekali jika dibandingkan dengan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia atau Berita Harian. Oleh itu, mengapa Suara Keadilan mahu disekat sedemikian rupa?

Selagi mereka menyekat akhbar yang semakin laris ini, jelas membuktikan betapa ada banyak penyelewengan oleh pemerintah yang mahu disembunyikan dari pengetahuan umum. Suara Keadilan dilihat amat berani di dalam hal ini. Syabas buat Suara Keadilan yang terus mencari alternatif lain selama akhbar ini digantung tidak bertali./wfauzdin.blogspot.com

ANAK PEREMPUAN ANWAR SUDAH CUKUP UNTUK `BELASAH' ZAHID

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: “Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih?” tanya Nurul Izzah Anwar.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menjelaskan kenyataannya dalam temubual bersama Kompas adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal.

“Justeru, saya sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara itu yang dianggap sebagai penderhaka.

Menyebut tentang imej dan keselamatan negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataannya, beliau ingin membangkitkan kenyataan menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegitu juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia.

“Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan negara?” soalnya.

Pada hematnya, kenyataan yang menggugat keselamatan negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk ‘Kapal selam sertai latihan’ terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.

Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, soalnya apakah mungkin reaksi musuh-musuh negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan itu merangkumi latihan yang mencukupi.

“Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali.

“Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan,” ujarnya.

Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, beliau mendesak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khususnya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.

Katanya, kalau benar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu./Harakahdaily

Terdapat ralat dalam alat ini