JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 12 Ogos 2010

Muhyiddin Kaki Laga, PKR & Istana Jadi Sasaran

Selepas gagal memisahkan Pas dari Pakatan Rakyat dengan melaga-lagakan dengan DAP, pimpinan Umno kini cuba melaga-lagakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan institusi istana.

Bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, semua ini didalangi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi meraih sokongan rakyat melalui usaha memburuk-burukkan PKR dengan membawa fitnah.

Umno dipercayai terlibat mendalangi penyebaran kain rentang yang memaparkan gambar Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bagi melagakan-laga PKR dan istana.

Baik Chua mahupun PKR Johor sudah membuat penafian terlibat dalam mencetak kain rentang ini dan menyifatkan usaha berkenaan sebagai strategi jahat Umno yang gerun dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

“Sepertimana yang saya pernah cakap dulu, Mahyuddin memang batu api. Sekarang sekali lagi dia tunjukkan kemahiran dia mahu laga-lagakan Chua dan PKR dengan Sultan.

"Dia (Umno) tak boleh menang pilihan raya atas dasar pemerintahan BN, dia hanya akan menang dalam pilihan raya sekiranya dia menjadi juara batu api di kawasan nusantara,” katanya.

Peranan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai batu api semakin terdedah apabila Timbalan Perdana Menteri itu begitu galak menggesa Pakatan Rakyat memohon ampun kepada Sultan Johor berikutan isu berkenaan.

“Sepatutnya selidik dulu adakah benar atau tidak ia dilakukan oleh PKR. Ia jelas mainan politik BN untuk melagakan PKR dengan istana,” katanya.

Kebelakangan ini ceramah Anwar di pelusuk Johor mendapat sambutan menggalakkan dari segenap lapisan rakyat sekalipun johor selama ini dianggap kebal dari pembangkang.

Dalam hal ini, Chua memainkan peranan penting bagi menembusi Johor. ini menjadikan beliau sebagai sasaran fitnah juak-juak Umno.

“Walaupun Chua adalah Pengerusi PKR Johor, tidak semestinya kalau dia menang pilihan raya, akan jadi MB kerana perkara ini jelas dari segi amalan kita di Perak dulu dan di Selangor.

"Seperti Azmin jadi ketua PKR negeri tapi Khalid jadi MB. Jadi, ini sengaja dimainkan oleh Umno untuk melaga-lagakan Umno - mahu timbulkan perkauman apabila orang Cina jadi MB.

"Ini politik jahat. Ini kerja Umno. Kita tak sebodoh itu untuk kaitkan Sultan dengan Chua dengan jawatan MB Johor dan sebagainya,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada TV Selangor./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan