JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 13 Ogos 2010

KESILAPAN DS WAN AZIZAH APABILA MELAYANI RAJA SESUMPAH

Dua tokoh yang sentiasa menjadi mangsa fitnah raja sesumpah Ezam

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU kesilapan walaupun tidak besar apabila Presiden PKR, DS Wan Azizah menjawab tuduhan sampah dan fitnah dari raja sesumpah Ezam yang kini mungkin sedang `bermimpi' untuk menjadi MB Selangor itu. Apabila membaca kenyataan akhbar oleh DS Wan Azizah berkenaan fitnah besar oleh raja sesumpah itu di sini, maka tertunailah hajat raja sesumpah untuk mendapat publisiti murahan.

Sememangnya raja sesumpah mahu DS Wan Azizah melayaninya kerana ini akan menampakkan beliau hebat. Saya telah menjangka, apabila DS Wan Azizah menjawab tuduhan fitnah yang dilemparkannya maka akhir sekali raja sesumpah akan melakukan stail lamanya iaitu mencabar DS Wan Azizah `bersumpah laknat'. Aktiviti sumpah ini memang menjadi `trademark' raja sesumpah sejak dahulu lagi walaupun beliau sendiri telah melanggar `sumpah keramat'nya. Jika boleh beliau mahu semua orang bertukar menjadi `sesumpah' sepertinya.

Kadangkala kita pelik memikirkan bagaimana Umno boleh mengharapkan raja sesumpah ini untuk memusnahkan personaliti DS Anwar dan isterinya seterusnya untuk memusnahkan PKR parti yang menjulang namanya dahulu? Apa hebatnya raja sesumpah setelah melutut dengan Umno? Sehingga kini tiada satu pun bukti yang dibawa oleh raja sesumpah atas apa jua tuduhan yang telah beliau hadapkan ke atas DS Anwar dan juga DS Wan Azizah. Yang ada, cuma tuduhan demi tuduhan dan sumpah demi sumpah. Sewaktu raja sesumpah berada di dalam PKR, setiap kali beliau menghentam Umno dan Najib, pasti disebutkan fakta dan bukti bahkan sanggup ke setiap Balai Polis untuk membawa bukti yang disebutkannya. Itu dulu, sewaktu beliau berada di dalam saf perjuangan rakyat.

Tetapi kini, berapa banyak raja sesumpah membawa bukti dan fakta terhadap setiap tuduhannya? Bukti rasuah pemimpin Umno usah diharaplah kerana untuk menyebutnya saja raja sesumpah tidak berani. Beliau hanya berani menuduh, kemudiannya minta orang yang dituduhnya itu bersumpah untuk menafikan tuduhannya. Ini cara kuno dan tidak bertamaddun oleh raja sesumpah. Kita tuduh seseorang itu mencuri, kita tidak buktikan atau lapor Polis sebaliknya minta orang yang kita tuduh itu bersumpah. Inilah stail raja sesumpah untuk cari makan sehingga dapat Senatak.

Saya berharap selepas ini DS Anwar, DS Wan Azizah atau sesiapa sahaja yang menjadi mangsa fitnah orang kemaruk ini agar tidak lagi memperdulikan raja sesumpah. Biarkan dia perasan sendiri kerana rakyat kini sudah kenal siapa beliau. Tidak hairan lah jika di mana jua raja sesumpah menyalak, berapa kerat sahaja yang bodoh-bodoh datang mendengar./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Harap2 DSWA tidak layan Ezam sentak sebab bersumpah junjung Quran yang suci bagi dia dan pemimpin Umco macam junjung buku panduan talipon ingat apa sumpah ezam sentak di berapit. Orang tua2 kata lidah tak bertulang. Ingat Allah Taala Bayar cash. DSWA sabar banyak2 di bulan berkah ini bermunajat kepada Allah Lebih Baik dpd melayan org gila ini..

    BalasPadam