JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 16 Ogos 2010

500 Keluarga Taman Permata Selangor Mohon Kerajaan Negeri Selamatkan Mereka Dari Kezaliman BN

Penduduk Rumah Pangsa Taman Permata, Dengkil, meminta campurtangan Menteri Besar Selangor dalam isu perumahan yang membebankan mereka sejak pemerintahan Umno bn lagi.

Exco Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar menerima memorandum "Selamatkan Kami Dari Remove Formatting from selectionMalapetaka BN" dari Jawatankuasa Penduduk Rumah Pangsa Taman Permata.

Pada 1998, penduduk Kampung Ladang Perang Besar, Medingley, Gollayway dan Sedgley dipindah ke rumah pangsa transit selepas tanah mereka diambil untuk pembinaan bandar pintar Putrajaya.

Menurut penyelaras Jeritan Rakyat Tertindas, 592 keluarga dari 4 ladang itu digertak oleh askar dan diusir secara tergesa-gesa bagi memastikan penduduk akur kepada tuntutan kerajaan.

Permodalan Negeri Selangor Berhad dipertanggungjawabkan untuk membina rumah pangsa transit di Taman Permata dan rumah teres di Jenderam sebagai ganti tanah yang dirampas.

Namun selepas sedekad berlalu, penduduk masih tidak tahu di mana rumah teres yang dijanjikan.

"kerajaan negeri selangor memang prihatin dengan situasi yang berlaku,kita pun telah diberitahu tentang kedudukan masalah sebenar pangsapuri ini dan saya pun telah melawat pangsapuri ini sebanyak 3 kali.Saya pun telah mintak pemaju dan majlis perbandaran sepang untuk buat kajian tentang rumah pangasapuri yang ada. Hal ini adalah janji antara kerajaan persekutuan,Pemilik Ladang dengan NUPW," kata Xavier Jayakumar

Kerajaan Negeri melahirkan rasa terkejut dengan sikap berlepas tangan kerajaan Umno-BN. Xavier berjanji mereka akan menyiasat isu ini dan memastikan mendapat apa yang dijanjikan kepada mereka.

Kerajaan Negeri juga akan melihat masalah keretakan rumah pangsa,sistem perparitan dan kumbahan yang tidak cekap,lubang-lubang di bawah blok rumah pangsa dan isu cf yang menjadi satu misteri sehingga hari ini.

"jadi ini adalah tangungjawab kerajaan persekutuan,bawah pimpinan Najib Razak sebagai perdana Menteri, pada masa itu dia juga merupakan menteri dalam kabinet yang mengambil tindakkan.Putrajaya holding adalah satu anak syarikat kerjaan yang diberi tangungjawab untuk majukan purajaya," kata Xavier Jayakumar

"kalau mereka manyatakan 1 malaysia,tunjuklah cara mereka 1 malaysia. Dalam keadaan ini saya ingin katakan MIC juga bertangungjawab,orang india selama ini telah bagi kepercayaan kepada MIC tetapi MIC gagal menjaga orang india khususnya pekerja ladang,saya Exco Pekerja Ladang dan saya sangat memahami masalah mereka sekarang," kata Xavier Jayakumar./TVSelangor

1 ulasan:

  1. website Gereja Grace BM Shah Alam bertajuk "Kenapa Kita Berada Di Shah Alam". Isi kandungan kata-katanya boleh anda baca dibawah ini dan sedikit sebanyak ianya juga boleh menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh saudara saya darulehsantoday.blogspot.com "Kenapa Di Shah Alam?"...bacalah..dan fikirkanlah dengan sewajarnya...


    "KENAPA KITA BERADA DISHAH ALAM?


    Oleh: Pastor Joseph Marcose


    Sepanjang minggu lalu, satu hal yang renungkan ialah kenapa Tuhan letakkan kita di Shah Alam? Yang pasti ianya bukan secara kebetulan mahupun kerana keinginan sendiri. Tentunya adalah satu rencana Tuhan untuk kita semua.


    Saya sedar bahawa Tuhan meletakkan hal ini dalam hati saya supaya saya dan para pemimpin menyediakan satu penyataan atau statement tentang tujuan kewujudan kita di Shah Alam. Nah, apabila saya mula berfikir kearah itu dengan serta merta saya menerima jawapan bagi persoalan ini.


    Adanya Sidang BM Gereja Grace di Shah Alam adalah:-


    Untuk menjadi Gereja yang melaksanakan Amanat Agung dengan MEMBERITAKAN Injil KEPADA SETIAP BANGSA yang ada disekitar kita,


    Untuk menjadi Jemaat yang bertumbuh secara rohani DIUBAH dan diberi kuasa oleh Roh Kudus serta menjadi PEMBACA DAN PELAKU firmannya,


    Untuk menjadi Gereja yang berdoa sehingga SETIAP KUBU SETAN diruntuhkan dan SHAH ALAM serta kawasan sekitarnya menjalani LAWATAN TUHAN yang DASYAT, dan,


    Untuk menjadi Kristian yang saling mengasihi sesama kita, mengasihi jiran serta masyarakat disekeliling kita.


    Saudaraku, GEREJA KITA MEMPUNYAI SATU PANGGILAN KHUSUS DI KOTA SHAH ALAM ini.


    Bagi manusia sesuatu itu mungkin mustahil tetapi bagi Tuhan tidak ada yang mustahil. Saya percaya dan yakin IKLIM KEROHANIAN di SHAH ALAM akan BERUBAH dalam sedikit waktu lagi.


    Sementara menunggu marilah kita tekun berdoa, rajin membaca firman dan menjadi saksi mengenai kebesaran. Saudaraku, cara hidup kita juga satu kesaktian.


    Selamat beribadah dan Tuhan memberkati.


    Pastor Joseph Marcose"

    BalasPadam