JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 31 Mac 2010

NAJIB BANKRAP IDEA MENJADI PM ?

Anwar: BN 'curi' idea agenda ekonomi Pakatan
Salhan K Ahmad
Mac 31, 10


Pakatan Rakyat mempertikaikan tindakan kerajaan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) semalam, yang didakwa 'dicedok' daripada kandungan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan.

Ia juga didakwa diumumkan dengan membelakangkan kepentingan parlimen, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pakatan rakyat mengemukakan agenda ekonomi Malaysia dan melihat bahawa banyak pandangan yang kita kemukakan dicedok dalam NEM, hinggakan ayat-ayat dan frasa pun ada persamaan," katanya.

Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum.

"Model Ekonomi Baru yang Datuk Seri Najib umumkan hampir sama," katanya lagi.

Je
lasnya, Pakatan tidak mempertikai frasa atau ayat yang digunakan dalam laporan berkenaan.

"Tapi persoalannya ialah bahawa persamaan kenyataan itu hanya pada kenyataan, tidak pada program yang konkrit, tidak ada perubahan besar dasar.

"Tidak ada komitmen untuk mengubah fasiliti awam, tidak disentuh usaha membanteras rasuah yang menyebabkan kehilangan puluhan juta ringgit, iaitu musuh ekonomi negara," katanya.

Lim Kit Siang pula berkata pengumuman berkenaan menunjukkan perdana menteri tidak menghormati institusi parlimen.

"Saya fikir perdana menteri tidak menunjukkan hormat kepada parlimen," katanya

Tambahnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan wakil rakyat melalui penubuhan jawatankuasa khas pilihan parlimen untuk meneliti dasar berkenaan, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat.

"(Untuk) menunjukkan kerajaan serius dengan kedudukan parlimen dan pengasingan kuasa, (perdana menteri) perlu bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa pilihan khas tentang NEM, untuk dapatkan maklumbalas rakyat dan rundingan," katanya.

Pandangan ini dipersetujui presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendirian bahawa tindakan tersebut bercanggah dengan slogan "rakyat didahulukan" yang dicanang oleh kerajaan.

"Ini bercanggah dengan slogan rakyat diutamakan. Kami adalah wakil rakyat dan ini sangat berkait dengan kepentingan rakyat,"/Malaysiakini

APCO: Perjanjian dibuat sebelum konsep 1Malaysia dilancarkan

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Isreal, APCO Inc, sebelum konsep 1Malaysia diperkenalkan.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara APCO dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan APCO ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Kedua-dua perjanjian ini menghasilkan konsep 1Malaysia dan One Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan APCO ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.


"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. Ia disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk Sharifuddin Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan APCO Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu membuat penjelasan demikian di dewan rakyat hari ini sebagai menjawab perkara yang dibangkitkan Datuk Abd Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di bawah perkara 37(1) yang dibacakan sekali dengan perkara 36(12) peraturan mesyuarat minggu lalu.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.

APCO DI KUALA LUMPUR

Menurut Anwar, sebelum APCO beroperasi sepenuhnya di Kuala Lumpur, tokoh-tokoh pentingnya sudah bertugas untuk kerajaan Malaysia di bawah syarikat Mindteam Sdn Bhd.

Paul Stadlen yang menjadi pengarah Mindteam kini adalah CEO kepada APCO di Kuala Lumpur manakala Margaret Kraus adalah CEO APCO Worldwide.

“Sekarang CEO APCO adalah individu yang banyak terlibat dalam banyak urusan di Israel,” kata Anwar.

Anwar mendedahkan syarikat APCO Worldwide merupakan sebuah firma pelobi yang ditugaskan untuk membaiki imej pemimpin yang rasuah dan buruk dari segi hak asasi.

"Apa fungsi firma pelobi di Washington? Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

"Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik," katanya.

Tambahnya , khidmat APCO juga digunakan oleh Israel pada 1992 oleh perdana menterinya Ehud Barak bagi menjayakan 'One Israel'.

Manakala Malaysia pula menggunakan khidmat APCO bermula 4 Ogos 2009 dengan bayaran kira-kira 20 juta ringgit.

BAGAIMANA APCO MASUK

Beliau juga membawa satu laporan portal berita yang mendakwa APCO diperkenal kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh penasihat Najib, Omar Mustapha melalui sebuah syarikat perunding Ethos & Consultancy.

"Seorang penasihat APCO ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak awal Perdana Menteri ambil alih jawatan.

"APCO juga didakwa terlibat secara langsung dalam menentukan pentadbiran 100 hari Najib seperti gagasan 1Malaysia," katanya lagi.

Menurut Anwar, sehingga kini Najib belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaannya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

Apa yang dibimbangi jelasnya kenyataan APCO sendiri yang menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat.

"Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO," katanya lagi.

Beliau juga mendedahkan tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein di mana ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.

Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel (Israel Security Agency).

Itamar Rabinovich adalah Duta Israel ke Amerika Syarikat, dan Shimon Stein adalah bekas duta Israel ke Jerman.

Menurut Anwar kedua-duanya adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan tersebut.

MODUS OPERANDI APCO

Selain mendedahkan modus operandi APCO, Anwar juga memberitahu APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.

Sebab itulah jelasnya, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia.

Mengulas lanjut, Anwar seterusnya mendedahkan APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (associates) di seluruh dunia seperti Asero dan Global Political Strategies.

"Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral.

"Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO," tambahnya lagi.

Sehubungan itu jelasnya, kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata.

Kerajaan katanya boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

Beliau mengemukakan contoh negara Israel, yang mana lantikan dibuat melalui Asero Worldwide.

Kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International.

Namun jelasnya apabila diteliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

"Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO?

Perdana Menteri juga jelasnya perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.

"Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia.

"Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel", jelasnya lagi.

Rekod APCO katanya menunjukkan hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

APCO katanya lagi, banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing.

Tambahnya lagi, akhbar The Times of India menulis APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya .

Rencana tersebut menyenaraikan antaranya Adolf Hitler, Narendra Modi, Sani Abacha, Nursultan Abishuly Nazarbayev dan Mikhail Khodorkovsky yang didakwa ada kaitan dengan mafia.

"Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?

"Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?" soalnya lagi./Harakahdaily

Selasa, 30 Mac 2010

CALON PR DI HULU SELANGOR - JANGAN LETAKKAN `BERUDU' SEBAGAI CALON

Aku sanggup melutut padamu kerana aku adalah Pendekar Silat Pulut....maka calonlah aku!!

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah umumkan awal-awal lagi, blog saya ini menyokong Us Dr Badrul Amin sebagai calon PKR mewakili PR di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor tidak lama lagi. Setakat ini pengunjung-pengunjung blog saya meletakkan Us Dr Badrul Amin sebagai pilihan utama mereka, dan saya juga mendapati pilihan yang sama telah dibuat oleh pengunjung-pengunjung website Tranungkite.net. Kita tidak tahu samada pimpinan di dalam PKR mengambil kira sokongan yang kita telah berikan ini. Namun demikian, kita serahkan saja perkara ini kepada pimpinan PKR dan PR untuk menentukannya. Apa yang penting, kita tidak mahu lagi pimpinan meletakkan `berudu' sebagai calon yang bila-bila masa akan menjadi `katak'.

Kita rela kalah di dalam perebutan kerusi ini daripada kita menang kemudiannya kerusi tersebut di`lacur'kan. Rakyat Hulu Selangor ingin memilih pemimpin yang sanggup berjuang, susah dan senang bersama rakyat bukannya seorang `pelacur' murahan seperti yang telah ada beberapa ekor sekarang ini. Rakyat di negeri Selangor bukan seperti kebanyakan rakyat di Melaka yang masih senang serta selesa berada di bawah KM yang pernah terlibat di dalam `rasuah politik'. Kecerdikan rakyat Selangor menilai pemimpin itulah yang menyebabkan Khir Toyo `disapu' oleh `penyapu'nya sendiri.

Apakah selepas pilihanraya ini nanti DS Anwar terpaksa memohon maaf lagi kepada pengundi kerana tersilap memilih calon? Perkara yang lepas biarlah lepas, dan kita sedar ketika itu DS Anwar dan pimpinan masih belum belajar mengenali kawan dan lawan. Jika Tuan Guru Nik Aziz pun terkhilaf apabila merestui raja katak sebagai calon di Pasir Mas, apa lagi lah DS Anwar. Itu semua sejarah yang banyak mengajar kita. Kadangkala terlalu berbaik sangka memakan diri juga. Jadi, siapakah calon yang terbaik untuk kita letakkan berdepan dengan Umno nanti? Saya berani berkata bahawa Umno adalah lawan yang akan berdepan dengan kita kerana kita arif sangat dengan Umno ini. Umno tidak akan menghormati kawannya lagi bila kawannya sudah lemah. MIC sudah lemah dan pastinya Umno tidak akan berharap lagi dengan parti Samy Vellu itu.

PKR mestilah meletakkan calon yang telah terbukti berjuang dan bersusah payah begitu lama demi parti. Calon tersebut mestilah telah diuji dengan berbagai kesusahan dan penderitaan bukannya yang masuk tanpa merasai perit dan jerihnya menaikkan nama parti. Kita mahukan calon tersebut dikenali ramai pengundi di Hulu Selangor dan mempunyai rekod yang baik. Majoriti pengundi di Hulu Selangor adalah Melayu Islam, dan tentunya ramai pengundi di situ adalah terdiri dari penyokong-penyokong PAS yang sebelum ini membantu kemenangan calon PKR yang telah pun kembali ke Rahmatullah. Oleh yang demikian, calon yang bakal dipilih oleh pimpinan PKR nanti mestilah mempunyai akhlak dan nilai-nilai agama yang tinggi.

Mari kita singkap siapakah pula bakal calon dari Umno? Jika saya orang Umno, saya pasti akan melobi untuk mencalonkan Ezam sesumpah sebagai calon. Kerana apa? Ini adalah kerana kita telah melihat bagaimana susah dan peritnya Ezam sesumpah ini berjuang mempertahankan parti pimpinan Najib sekarang. Segala ilmu pembohong, penipu, lawak termasuk sumpah-sumpahnya telah habis dikeluarkan dari dadanya semata-semata untuk memburukkan DS Anwar termasuk Tuan Guru Nik Aziz demi kerana Najib. Hinggakan modal YB Zulkifli Noordin pun Ezam sesumpah curi bila dia berkata dia pun pernah disuruh DS Anwar buat akuan bersumpah untuk libatkan Najib dalam kes Altantuya. Tidakkah bersungguh mamat sesumpah itu?

Lagi pun, Ezam sesumpah anak Selangor dan baru-baru ini baru sahaja mendapat gelaran `pendekar silat' setelah `melutut' depan Muhyiddin. Walaupun `pendekar silat pulut' pengantin, Ezam tetap pendekar buat Umno. Tanpa diminta, bukankah Ezam sesumpah ini sanggup berikan keterangan kepada pihak Polis untuk membantu YB Zul? Besar pengorbanan Ezam ini walaupun tidak sebesar banglonya atau banglo Khir Toyo. Tidak kesihankah orang-orang Umno melihat pendekar sesumpah ini tiada jawatan apa-apa dalam politik? Sekurang-kurangnya naikkan lah darjat Ezam ini lebih sedikit dari kawan-kawannya seperti Zahid Md Arip atau Roslan Kassim yang berterusan menjadi pencacai sampai ke mati itu.

Sama-samalah kita melobi Umno agar mencalonkan Ezam sesumpah agar beliau boleh menyalak dengan lebih nyaring lagi. Tetapi, jika Umno masih juga berharap pada MIC, ini menandakan Umno sebenarnya sudah pupus di Selangor. Tidak dapat dibayangkan betapa amarahnya Presiden Perkosa Berahim katak jika Melayu Umno tidak berani bertanding di Hulu Selangor. Kali ini yang pasti mesti ada calon bebas akan ditaja untuk memberi nyawa kepada calon pilihan Najib. Paling menyeronokkan nanti apakah kita bakal menyaksikan Umno berkempen dengan memungut sisa-sisa bangkai yang keluar dari mulut `pelacur politik' yang ada beberapa ekor itu kerana Umno sebenarnya tiada modal lagi./wfauzdin.blogspot.com

PENDEDAHAN ANWAR MENJADIKAN PENDEDAHAN YB ZAHRAIN DAN YB ZUL BAHAN LELONGAN

Dokumen kaitkan Apco-Israel-1Malaysia dikemukakan
Salhan K Ahmad
Mac 30, 10


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

"Sehingga kini perdana menteri belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan," katanya

Kerajaan sebelum ini mengesahkan melantik Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa.

Apco juga mengeluarkan kenyataan berkaitan penglibatan mereka, dengan menyatakan bahawa mereka menyediakan sokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi kerajaan.

Penjelasan yang dibuat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat sebelum ini, juga dibacakan semula oleh Anwar.

"Penafian yang dibuat oleh Apco itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran perdana menteri sekarang.

"Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, atau Dato' Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya," kata Anwar seterusnya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.

Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel

"Bolehkah perdana menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco?

"Perdana menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.

"Paul Stadlen yang kini mengetuai Apco di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO Apco dan invdividu penting yang terlibat dengan akaun di Israel," tambanya.

Anwar menamakan individu berkenaan dalam menjelaskan bentuk hubungan dan modus operandi Apco dalam membentuk pertalian dengan kerajaan yang melantik syarikat itu melalui firma bersekutu

"Apco dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin "associates") di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

"Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada Apco

"Jadi kontrak-kontrak yang melantik Apco tidak semestinya di antara Apco dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu Apco tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari Apco.

"Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International.

"Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO Apco," katanya.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak Malaysia dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan hari ini bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat./Malaysiakini

SAMBUTAN RAKYAT TERHADAP EZAM SESUMPAH MENGATASI ANWAR DI BKT MERTAJAM

Ezam sedang menjual `minyak sesumpahnya'...

Bukti jelas dan nyata, puluhan ribu hadir dengar ceramah Ezam sesumpah...Pak cik sorang tu sibuk main SMS bila Ezam sedang menyalak atas pentas....

Siri road-show `jual minyak sesumpah' oleh `saudagar minyak dan kotak ' Ezam, menjelajah pula ke negeri Lim Guan Eng . Tempat `jualan minyak sesumpah' itu dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bkt Mertajam di Kampung Bukit Kecil ( berhampiran sekolah High School BM ) .

Ezam sesumpah silap tempat maaa.......Sian budak muda ni..

Isnin, 29 Mac 2010

ANWAR SINDIR SPEAKER KERANA DENGAR CAKAP SETIAUSAHA

KUALA LUMPUR 29 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Speaker Dewan Rakyat yang tidak konsisten dalam menentukan tarikh untuk Ketua Pembangkang itu membuat penjelasan mengenai peranan Apco Worldwide dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Anwar bersedia penjelasan bila-bila masa tetapi kesal kerana keputusan mereka saling bercanggah dan member gambaran wujud satu peraturan khas apabila sesuatu isu melibatkan beliau.

Tarikh itu menjadi pertikaian apabila Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar membatal keputusan timbalannya Ronald Kiandee yang menetapkan Anwar untuk membuat penjelasan esok.

Sebaliknya, Dr Wan Junaidi meminta semua pihak menunggu keputusan beliau yang bersangkut paut kandungan Peraturan 34 (1) pada Rabu ini, sekali gus bermakna penjelasan Anwar yang dijadual esok perlu ditunda.

Bagaimanapun, Dr Wan Junaidi selepas didatangi Setiausaha Dewan Rakyat yang memaklumkan sesuatu tiba-tiba menukar keputusan dengan menyatakan Anwar perlu memberi penjelasan esok sebagaimana keputusan yang ditetapkan Ronald Kiandee.

Dolak dalik dan percanggahan mengenai keputusan berkenaan mendorong Anwar membuat teguran.

“Janganlah ada peraturan khas untuk Permatang Pauh. Saya tidak keberatan memberi penjelasan tapi Speaker kenalah teliti keputusan dan adil,” katanya pada sidang Dewan Rakyat yang turut disokong Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Dr Wan Junaidi kemudian menetapkan penjelasan itu perlu dibuat pada Selasa, itu pun selepas dua kali setiausaha dewan rakyat mendatangi Dr Wan Junaidi hingga gelagat itu disindir Anwar dan Kit Siang.

“Jangan sampai orang kata speaker ikut cakap setiausaha,” kata Ketua Umum Keadilan dengan nada sedikit sinis.

Speaker Dewan Rakyat itu kemudian memberi penjelasan panjang lebar terhadap keputusannya itu tetapi ia masih mengelirukan sehingga Anwar sekali lagi bangun dan terpaksa membetulkan fakta.

Enggan menjawab Anwar, Dr Wan Junaidi sebaliknya dilihat cuba mengelak isu itu berpanjangan dengan berkata demikian dan meminta hal itu dibincangkan kemudian.

Apco Worldwide adalah firma perunding antarabangsa yang dilantik bagi menasihati kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib./TVSelangor

KELEBIHAN UMNO/BN - LETAK NEGARA ANTARA 10 TERTINGGI PENGAMBILAN ARAK DI DUNIA ?

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3./Harakahdaily

UCAPAN MAHATHIR `DIJIJIKKAN' OLEH GERAKAN

Gerakan: Ucapan Mahathir 'jijik'
Mac 29, 10 4:58pm

Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Dal
am kenyataannya hari ini Teng juga membidas negarawan itu yang menyampaikan ucapan yang didakwanya bersifat perkauman dan 'menjijikan'.

Teng berkata Mahathir juga menggunakan peluang berucapa di perhimpunan NGO pelampau kanan Melayu untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konsep 1Malaysia yang diperjuangkannya.

“Perkasa mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama. Ia jelas bertentangan dengan idea tolak ansur, berniat baik serta konsep harmoni sosial yang cuba diterapkan dalam 1Malaysia,” kata Teng.

Pemimpin Gerakan itu merujuk kepada AGM Perkasa Sabtu lalu yang antara lain menyaksikan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada masyarkat Cina agar tidak memeras ugut orang Melayu.

Mahathir adalah antara segelintir pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang menghadiri mesyuarat itu. Yang lain termasuk anaknya, Datuk Mukhriz yang juga timbalan menteri perdanganan antarabangsa dan industri serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin./Malaysiakini

AGENDA DAILY HENTAM SAMY DAN MIC PASAL NAK REBUT KERUSI HULU SELANGOR

Hulu Selangor: Samy Vellu harus angkat bendera putih...



Elok lupakan sekejap fasal Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden MIC yang sejak dulu lagi memang banyak cakap tak kira masa dalam Kabinet ataupun dah di luar.

Sudah berputar dan berpusing cakapnya nak lepas jawatan Presiden parti tetapi hingga sekarang, habuk pun tarak.

Senang saja beliau nak minta supaya timbalannya Datuk G.Palanivel bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor selepas penyandangnya, ahli parlimen PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia, Khamis.

Beliau sepatutnya angkat bendera putih berpijak di bumi nyata dan mengakui hakikat yang terbentang di depan mata berdasarkan keputusan pilihanraya umum lalu di mana Palanivel kantoi habis memang susah nak ‘ jual ‘ lagi beliau di Hulu Selangor.

Sorry la Mr Samy...jangan hanya kerana alasan kouta MIC di situ…orang lain perlu menanggung risiko dan beban tidak tentu fasal.

Cuba kira tengok lebih 5,000 undi yang lari bukan kerana pengundi tempatan tidak suka BN tetapi mereka tidak boleh terima Palanivel.

Kedudukan Barisan Nasional sekarang bukan macam sepuluh atau lima belas tahun dahulu.

Masa itu ada yang buat lawak, kalau letak tunggul kayu bertanding atas lambing dacing BN, gerenti menang

Begitulah gahnya BN sebelum tsunami politik pada Mac 2008.

MIC sendiri hampir karam kerana di peringkat parlimen, parti itu hanya menang tiga kerusi sahaja berbanding sembilan yang diperuntukkan kepada parti tersebut.

Justru itu, eloklah Samy sedar diri dan jangan berangan-angan supaya wakil parti itu diberikan ruang bertanding di Hulu Selangor nanti.

Senang cakap sewajarnya kerusi parlimen itu dikembalikan kepada UMNO dengan ambil kira hampir 54 peratus pengundi di kawasan itu adalah orang Melayu sedangkan pengundi India cuma kira-kira 20 peratus sahaja.

Memang BN selama ini mengamalkan dasar kongsi kuasa tetapi senario politik sekarang menunjukkan dasar itu tidak bermakna tanpa kemenangan dalam pilihan raya.

Politik mutktahir di negara ini yang berubah sejak pilihanraya ke 12 memerlukan dasar ini turut berubah kerana selain MIC, komponen lain termasuk MCA dan Gerakan gagal menyumbang kemenangan menyebabkan BN hilang majoriti dua pertiga.

Sebab itulah, di Hulu Selangor, kemenangan perlu diutamakan bukan soal kongsi kuasa lagi.

Lagipun,BN berpeluang mengulangi kejayaan besar pilihanraya kecil Bagan Pinang tahun lalu dengan meletakkan calon yang benar-benar dikehendaki pengundi di kawsan tersebut.

Di Hulu Selangor, antara tokoh yang dilihat boleh mengalas cabaran ini adalah Datuk Zainal Abidin Sakom, bekas ahli Dewan Undangan (Adun) Batang Kali yang kini pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor.

Mesra dengan panggilan.Ustaz Zainal, beliau dikatakan boleh menggalas cabaran bagi memastikan BN menang besar di Hulu Selangor.

Walaupun ada ura-ura kononnya Tan Sri Muhamad Muhd Taib turut tersenarai sebagai calon, bekas Menteri Besar Selangor itu kemungkinan besar akan menolak.

Ini kerana sejak tidak tersenarai dalam Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak pada April tahun lalu, bekas menteri itu ‘menyepi’ tanpa sebarang berita.

Sungguhpun heboh desas-desus beliau ada berjumpa Menteri Besar Selangor kerajaan pakatan rakyat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Muhammad diwar-warkan akan bertanding mewakili PKR di Hulu Selangor, berita itu nampaknya hanya sekadar mainan politik pembangkang.

Mengenali ‘Mike Tyson’ Malaysia itu, beliau dilihat sebagai pejuang Melayu sejati dan sukar digugat pendiriannya walaupun pernah jatuh dalam persada politik sebelum dibawa kembali dalam Kabinet era Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya, Ustaz Zainal dicalonkan, Muhammad dijangka memberi sokongan padu kepada bekas Setiausaha Politik beliau semasa Menteri Besar Selangor dulu.

Jika ini jadi kenyataan, bermakna ada kemungkinan besar Ustaz Zainal akan menggantikan Dr. Zainal di Hulu Selangor.

Bagi PKR pula, antara nama mungkin diturunkan ke dalam gelanggang adalah ahli Majlis Perwakilan Tertinggi Datuk Zaid Ibrahim, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar ataupun seorang daripada pemimpin AMK, Abdul Rahman Hakeem.

Mereka ini adalah calon payung terjun berbanding Ustaz Zainal, anak tempatan yang makin dikenali sejak isu pengambilan semula tanah YBK oleh kerajaan Selangor.

Apapun selain calon, tumpuan kini terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan bermesyuarat pada Selasa ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian. Mengambilkira sidang parlimen yang dijangka berakhir pada 22 April, besar kemungkinan tarikh pengundian pada 1 Mei depan,-27/3/2010

Sumber: Agenda Daily

Ahad, 28 Mac 2010

MENGAPA MEREKA MASUK UMNO ? BARU AKU TAU....

Akulah raja!! raja apa? raja sesumpah....aku berani, hatta menyembah Muhyiddin...

Jawabnya mudah...saya kata mana ada orang masuk umno ikhlas berjuang...

Siapa kata...Ezam raja sesumpah yang kata...bukan saya yang kata..
Buktinya apa? Cuba anda tonton Video ini.



Zahid Md Arip mantan cucu Ghafar Baba pernah berpantun...

" Kapal layar belayar sudah...
Tertulis dalam lipatan sejarah...
umno dulu haram sudah...
umno kini haram jadah...

Maknanya Zahid, Ezam, Lokman Nor Adam, Roslan Kassim, Hanapiah Man, Ghani Haron, Nazmi, Sd Johari, Hamdan Taha termasuk yang terbaru Fairus semuanya haram jadah rupanya..bukan saya kata, tetapi Zahid Md Arip yang kata../chegubard.blogspot

MENGAPA DIA CIUM KERIS TAK CIUM KATAK ?

Jommm...kita cium katak nihhh...

Tersebutlah kisah PERKOSA punya pertubuhan bersidang. Katanya berjuta orang Melayu yang `me-layu-layuan' telah hadir persidangan tersebut. Ada yang kata pertubuhan tersebut asalnya ingin diberi nama `Pertubuhan Katak-Katak Se Malaysia' atau rengkasnya P.E.R.K.A.S.A., tapi tidak diluluskan kerana jijik benar namanya walaupun Presiden pertubuhan tersebut memang lama dilihat jijik. Maka, arakian dijemputlah seorang tua bekas kaki fitnah datang untuk merasmikan PERKOSA.

Gegak gempita dalam dewan persidangan hari tu dengan bunyi-bunyian berbagai irama dari spesis katak dan orang Me`layu' yang kelayu-layuan di situ. Persidangan tersebut buat usul, di antaranya;

- Kekalkan akta zalim ISA.
- Pertahankan Islam.

Aduhh...dua usul yang saling bercanggah. Akta ISA yang hukum orang tanpa bicara nak sokong juga, dalam masa yang sama hendak pertahankan Islam. Betul ke tak betul otak mereka yang bersidang tu? Semenjak bila Islam boleh menghukum orang tanpa bicara? Biarkan je lah, spesis katak mana tahu hukum.

Lepas tu, hasut pula orang jangan percaya sangat kat media Malaysiakini. Sokonglah Utusan Meloya !! Lagi nampak tak betul otak puak-puak ni. Lagi melucukan, suruh orang jangan percaya Malaysiakini dan gelar salah seorang penulis Malaysiakini sebagai `dajal', tapi dalam akhbar edisi pertama PERKOSA dipetik pula beberapa artikel dari Malaysiakini termasuk penulis `dajal' itu. Sahih, memang tak betul otak puak-puak ni.

Muka tak malu Presiden PERKOSA ni mula perasan dah kuat. Dia kata, kalau nak menang pilihanraya jangan bermusuh dengan PERKOSA. Wah!!! hebat PERKOSA ni. Ingat tu Umno amaran dari raja katak Presiden PERKOSA tu. Taatlah kamu wahai Umno kepada PERKOSA sebagaimana taatnya kamu kepada kedua orang tuamu!! Tak ada rasa malu ke raja katak tu berkata demikian? Sedangkan kerusi wakil rakyat yang dia duduk itu pun orang sedekah kat dia semasa dia tengah `fakir' dulu selepas kena sepak dari Umno dalam keadaan mengaibkan. Tiba-tiba pulak kata nak menang pilihanraya jangan bermusuh dengan PERKOSA!! Kerusi dia tu nanti berapa lama je boleh tahan, tengoklah rakyat Kelantan kurung kat mana katak ni nanti.

Akhir sekali apa tindakan penting yang dibuat oleh PERKOSA selepas bersidang? Berpakatlah beberapa ekor katak bodoh ni pergi melawat ke balai-balai Polis buat laporan terhadap Anwar. Itulah yang sebenarnya perjuangan PERKOSA. Tak libatkan Anwar tak nampak pulak berani dan gagah puak-puak tu. Sebelum buat laporan Polis ke atas Anwar, raja katak berselindang ini pun mencium keris telanjang berkali-kali. Aku ingatkan dia mencium katak sebagai simbol perjuangan Pertubuhan Katak-Katak Se Malaysia. Kesihan....masih ada lagi Melayu yang Me`layu' zaman sekarang ni kan. /mandor.blogspot.com

Sabtu, 27 Mac 2010

`MAKANAN' YB ZUL PUN EZAM SESUMPAH HENDAK TUMPANG ?

Saturday, March 27, 2010

Oleh: WFAUZDIN NS

MEDIA pro kerajaan dewasa ini dilihat cuba mempopularkan beberapa MP dari PR yang melompat atau dipecat demi untuk menyambung nyawa Umno yang semakin nazak itu. Tokoh di antara mereka yang begitu diangkat oleh media pencacai ini adalah YB Zul MP dari Kulim Bandar Baru. Kehebatan YB Zul terserlah sehinggakan mendapat perhatian dari Najib sendiri yang sanggup menerima kehadiran MP Bebas tersebut. YB Zul memang berhajat sangat untuk berjumpa tokoh pujaannya itu di samping untuk `memohon maaf'' kalau pun tidak untuk mengucup kedua tangan Najib atau Rosmah.

`Kehebatan' YB Zul mecuri perhatian media dan juga Najib, tentunya menghilangkan kehebatan Ezam raja sesumpah yang selama ini begitu bekerja kuat untuk mempertahankan Najib dan Umno. Nama YB Zul menjadi popular setelah beliau memperdengarkan `hikayat Altantuya' di Parlimen dengan cerita betapa beliau cuba disogok dengan imbuhan lumayan sehingga menggugat keimanannya agar membuat Akuan Bersumpah mengaitkan Najib dan Rosmah di dalam kes Altantuya. Seperti biasa, walaupun cerita dongeng dari YB Zul itu tiada fakta atau bukti langsung, bahkan YB Zul tidak menyebut sama sekali pihak yang cuba menyogoknya, media tetap menganggapnya sebagai satu berita yang amat berharga mengalahkan kisah injin jet pesawat hilang, kisah kapal selam tidak dapat menyelam, kisah komisyen kapal selam 500 juta dan berbagai kisah lagi. Itulah nilai berita yang ingin disuapkan kepada rakyat agar rakyat di negara ini menjadi bodoh ke tahap `gaban'.

Tiba-tiba Ezam raja sesumpah muncul di tengah-tengah YB Zul sedang hanyut dibuai `glamour' media pencacai. Siapa tidak sakit jiwa, Ezam dahulu orang paling rapat dengan DS Anwar sanggup keluar parti untuk bersama Umno dan ke hulu ke hilir membodek Najib dan menghentam DS Anwar luar dan dalam termasuk keluarganya, tiba-tiba nama YB Zul pula naik? Sungguh Ezam tidak sangka, hanya beberapa hari sahaja YB Zul dibuang dari PKR, nama beliau hampir setiap hari muncul di kaca TV malah Najib punyai masa untuk berjumpa MP Bebas ini. Sedangkan, Ezam ini bertahun-tahun melutut dengan Umno namanya hampir tenggelam malahan orang-orang Umno sendiri tidak mahu mengangkatnya.

Maka, Ezam sesumpah pun cuba `meniru' taktik YB Zul. Tanpa rasa malu, Ezam pun tampil di kaca TV menyatakan beliau juga mengalami peristiwa yang sama seperti YB Zul. Beliau juga pernah disuruh buat Akuan Bersumpah tetapi beliau enggan. Seperti biasa, siapa lagi kalau tidak DS Anwar sebagai sasaran Ezam. Lepas ini percayalah, kita akan saksikan Ezam akan bersumpah dan mencabar DS Anwar juga untuk menjadi `binatang sesumpah' sepertinya. Dia sudah biasa buat kerja bodoh seperti itu, tuduh orang dan cabar orang itu bersumpah. Itu kerja Ezam sesumpah. Peliknya, bertahun kes Altantuya ini baru sekarang Ezam dedahkan. Jika sewaktu di dalam KeADILan dulu mungkin dia mahu menjaga nama baik DS Anwar sebab itu dia tidak mahu dedahkan, tetapi kita pelik mengapa setelah dia keluar dari KeADILan dan berada di dalam GERAK sebuah NGO bebas, Ezam tidak bercerita pun kisah ini?

Sewaktu beliau berkempen di dalam PRK Parlimen Permatang Pauh di mana musuh nombor Wahid nya itu bertanding, semua yang buruk tentang DS Anwar beliau dedahkan. Mengapa cerita yang beliau baru dedahkan ini tidak didedahkan waktu itu? Bukankah waktu itu adalah saat terbaiknya untuk mendedahkan cerita sogokan ini kerana waktu itu isu Altantuya begitu hangat dimainkan oleh PKR di situ? Mengapa beliau biarkan Najib bergelut berseorangan menepis isu Altantuya sehingga Najib terpaksa `bersumpah' tidak mengenal wanita Mongolia ini (Najib hanya sebut wanita Mongolia, bukan Altantuya). Mengapa tidak timbul cerita ini sewaktu beliau berkempen di beberapa PRK selepas Permatang Pauh? Mungkin masa itu, otaknya tidak terfikir untuk mengarang cerita sedemikian. Apabila YB Zul dapat idea, beliau hanya menumpang tuah dan meniru sahaja.

Jelas kepada kita, Ezam kini tiada idea lagi untuk membongkar keburukan DS Anwar khususnya. Beliau akan terus mencari dan mencari umpama anjing mencari makan di lorong-lorong pelacuran. Beliau akan kutip apa jua makanan walaupun itu makanan itu dijumpai oleh orang lain. YB Zul yang dapat makanan itu, Ezam terhegeh-hegeh hendak tumpang sekaki./wfauzdin.blogspot.com

APA SEBENARNYA PERJUANGAN PERKASA ? MISI BALAS DENDAM BERAHIM KATAK TERHADAP ANWAR

Perkasa dirasmikan, 13 laporan polis dibuat

Hazlan Zakaria & Jimadie Shah Othman
Mac 27, 10

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang pertama meskipun sebelum ini menerima beberapa tamparan terhadap imej NGO itu.

Minggu lalu, tetamu kehormat yang diundang ke AGM Perkasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menolak jemputan berkenaan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.

Tindakan yang sama diambil oleh beberapa Ketua Pegawai Eksekutif daripada syarikat yang berkepentingan kerajaan (GLC) selang beberapa hari kemudian.

Namun semua itu, tidak mematahkan semangat presidennya, datuk Ibrahim Ali daripada meneruskan agenda perjuangan Melayu dengan kehadiran tidak kurang 4,000 ahli dan tetamu hari ini.

Sebagai ganti, bekas Perdana Menteri diundang khas merasmikan AGM Perkasa dan kemudiannya dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama.

Selepas majlis perasmian, Perkasa kemudiannya membuat 13 laporan polis terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu “16 September” yangdidakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan sokongan politik.

Kira-kira 50 anggota pertubuhan itu sebelumnya berarak daripada PWTC di ibu negara ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul.

Menurut ketua Wiranya Arman Azhar, 13 laporan itu dibuat terhadap ketua umum PKR itu secara berasingan oleh wakil Perkasa daripada 13 negeri di seluruh negara.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut tengah hari tadi, Arman berkata, mereka membuat laporan tersebut bagi “mempertahankan institusi raja-raja Melayu.”

Beliau juga mempersoalkan kenapakah polis tidak mengambil tindakan terhadap bekas timbalan perdana menteri itu sedangkan telah banyak laporan dibuat terhadapnya.

“Apa beza antara Anwar dan rakyat Malaysia yang lain?” soalnya yang berpakaian Melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok.

Bekas ahli parlimen PKR Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebelum ini dilaporkan berkata Anwar menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan pasukan tentera dalam usaha membentuk kerajaaan Pakatan Rakyat.

Arman berkata, dalam laporan yang sama juga, Perkasa juga membuat laporan terhadap penyebaran VCD ulama terkenal Dr Yusof Qardawi yang mengulas isu tuduhan liwat terhadap Anwar.

Laporan itu turut meminta polis menyiasat penyebaran surat yang ditandatangai oleh setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan tuduhan terhadap Anwar adalah fitnah.

Menurut Arman, tindakan tersebut mengganggu proses mahkamah yang masih berlangsung./Malaysiakini

Anwar Dedah Tembelang Umno BN Kepada Rakyat Hulu Selangor





KUALA KUBU BHARU 27 MAC: Rakyat Hulu Selangor malam semalam didedahkan dengan pelbagai penyelewengan yang selama ini dicuba diselindung pentadbiran kerajaan Umno Barisan Nasional.

Bertempat di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu yang dihadiri hampir 10,000 orang, satu persatu tembelang Umno BN dibongkar pimpinan Pakatan Rakyat termasuk tokoh utama, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pimpinan Pakatan Rakyat menyentuh pelbagai isu kepentingan negara, antaranya kehilangan enjin pesawat TUDM, penyelewengan kontrak kapal selam Scorpene, gejala rasuah dan sebagainya.

“Saya, kalau saudara tengok sudah 12 tahun yang dicerca. Sebulan dua ini, panas balik sebab Umno tidak mampu berdepan dengan rakyat. Saya diaib, ditelanjangkan, dipukul, dipenjara, dituduh berbagai-bagai.

"...Khianat negara, pecah belah, guna Agong, guna tentera, semua.. sebut satu kesalahan, Anwar Ibrahim!” cabar Anwar pada ceramahnya kepada pimpinan Umno BN.

Beliau turut memberi gambaran perkembangan politik di negara ini termasuk suasana sebenar yang berlaku dalam sidang Parlimen yang menjadikan beliau sebagai objek sasaran tohmahan.

“Titah di-Raja Yang di-Pertuan Agong, dibahaskan tetapi tidak jadi bahas titah di-Raja. Yang dibahaskan ialah pidato Anwar Ibrahim di Parlimen minggu ini.

"Hari-hari bangun tidur sahaja, orang Umno tidak ada lain, Anwar Ibrahim tidak bagus. Eh, saya kata, tajuk ini titah Agong ke apa? Punya elerginya dia,” Anwar menyindir.

Meskipun Anwar dituduh sebagai ejen Yahudi dan ejen Hindu, ironinya kerajaan UMNO-BN yang mengaku memperjuangkan Malaysia sebagai negara Islam sebaliknya menggalakkan perjuadian.

“Islam agama rasmi tapi lesen judi tambah, tak malukah kita? Di Parlimen, ahli-ahli parlimen yang Melayu, Islam, Keadilan, PAS bangkit. Kita menentang Najib tambah lesen judi, Umno diam.

"Yang sokong kita siapa? Cina, termasuk Cina DAP, Anthony Loke. DAP dan Pakatan Rakyat tidak bersetuju beri banyak lesen judi. Dunia sekarang sudah terbalik,” hujah Anwar lagi./TV Selangor

AKHBAR PERKASA SIAR JUGA TULISAN PENULIS `DAJAL' GELARAN IBRAHIM ALI

Walaupun Ibrahim dalam ucapannya hari ini menyatakan perasaan tidak senang dengan Malaysiakini, akhbar rasminya sendiri memuatkan semula tiga tulisan daripada akhbar web itu, antaranya laporan dan sedutan wawancara Malaysiakini dengannya yang disiarkan pada awal bulan ini.

Tulisan ter
sebut berjudul 'Pasaran bebas ancam Melayu, kata Ibrahim Ali' (disiarkan pada 8 Mac) dan 'Perkasa dilindungi Perlembagaan' (9 Mac).

Salah satu daripadanya ditulis wartawan Salhan K Ahmad yang disifatkan Ibrahim sebagai 'dajal' Rabu lalu kerana melaporkan dakwaan negatif Setiausaha Saifuddin Nasution Ismail terhadapnya.

Laporan hasil wawancara dengan Khairy berjudul 'Perkasa bukan kenderaan Umno' jugu disiarkan kembali.

Ditemui pemberita ketika mesyuarat tersebut berhenti rehat tengah hari tadi, Ibrahim berkata, edisi khas akhbarnya dicetak sebanyak 20,000 khas sempena mesyuarat sulungnya hari ini.

Ia dijangkan diterbitkan dua kali seminggu mulai 1 Mei ini dan akan dijual dengan harga RM1.20, tambahnya./Petikan dari Malaysiakini

LOYAR BURUK NAK JAWAB HUJAH YB `LOYAR ' BURUK

Oleh: WFAUZDIN NS

YB ZULKIFLI NOORDIN telah membuat penjelasan berlanjutan pendedahan beliau di Parlimen baru-baru ini. Penjelasan beliau boleh di baca di dalam blognya di sini. Di dalam penjelasannya kali ini, beliau cuba mempamirkan betapa beliau seorang yang `berjurus' dan ikhlas setelah tindakannya di Parlimen baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi. Sekali baca, ternampak ada benarnya kata-kata YB Zul ini tetapi jika dibandingkan dengan apa yang beliau lakukan di Parlimen baru-baru ini terbukti YB Zul sememangnya kaki `putar belit' dan penipu besar.

Di dalam tulisannya di bawah tajuk `The Truth', saya petik perenggan berikut untuk kita nilai siapa YB Zul ini;

"Tidak ada pada mana-mana waktu saya menyebut nama sesiapa pun. Kerana tujuan saya bukan untuk mengaibkan sesiapa, atau mendedahkan keburukan sesiapa. Ini dilarang samasekali oleh Islam. Saya hanya menyebut kes-kes fitnah terhadap mereka-mereka itu untuk menjadi tauladan dan iktibar kepada kita semua supaya menginsafi teguran dan pandangan Baginda YDP Agong. Itu sahaja.

"Saya tidak ada pada mana-mana peringkat menyebut nama sesiapa pun; samada nama Tun Abdullah, Tun Mahathir, Dato Seri Anwar, atau nama lain-lain ! Saya sekali lagi menafikan saya ada menyebut atau merujuk kepada nama sesiapa pun dengan tujuan untuk diaibkan atau dimalukan!" (The Truth)

Memang benar YB Zul tidak menyebut nama sesiapa sewaktu pendedahan terhadap kes Altantuya. Tetapi beliau ada menyebut bahawa ada `pihak' yang menawarkan dengan habuan yang boleh menggugat imannya untuk membuat Akuan Sumpah bagi membabitkan Najib dan Rosmah di dalam kes pembunuhan Altantuya. Bukankah ini juga suatu fitnah yang ditimbulkan oleh YB Zul yang boleh menyebabkan keraguan serta persoalan masyarakat umum? Persoalannya, siapakah pihak yang cuba menyogok beliau itu? Mengapa beliau tidak mahu dedahkan sedangkan beliau seorang Peguam mesti faham bahawa undang-undang boleh dikenakan ke atas beliau sekiranya tidak mahu membuat laporan tentang kejadian sogokan ini? Masakan seorang Peguam yang kununnya `Ustaz' sanggup menyembunyikan `rasuah' berupa sogokan besar yang boleh mengugat keimanannya itu? Adakah ini bermakna `ustaz' ini redha dengan perlakuan keji itu?

Beliau boleh menceritakan tentang keburukan fitnah secara umum tetapi apabila beliau berkata beliau telah cuba disogok, ini bermakna adanya perlakuan rasuah dan beliau wajib melaporkannya. Mengapa beliau tidak melaporkannya? Mengapa perlu orang lain yang terpaksa membuat laporan di atas kejadian yang dikatakan berlaku ke atasnya? Ini yang kita persoalkan, bukan kita mahu persoalkan tentang `dakwah' beliau untuk memberi ingatan tentang keburukan fitnah. Itu bukan dakwah, itu adalah tuduhan yang YB Zul gagal buktikan malahan gagal membuat aduan. Jelas, YB Zul tidak punyai kekuatan dan keberanian. Beliau hanya berani buka cerita tetapi tidak sanggup untuk menghabiskan ceritanya. Mengapa?

Tidakkah YB Zul sedar dengan membuat cerita separuh jalan itu akan menyebabkan fitnah yang lebih dahsyat? Tanpa diketahui siapakah orangnya yang cuba menyogok YB Zul itu, rakyat akan mula membuat tafsiran sendiri dan ini akan memulakan kerja fitnah yang besar akibat mulut YB Zul. Tidak salah jika kita menganggap YB Zul adalah punca kepada segala fitnah selepas ini. Sepatutnya YB Zul berfikir panjang dahulu sebelum mengambil tindakan untuk menunjukkan `hero'nya di Parlimen. Dosa orang yang membuat fitnah hasil daripada ceritanya itu akan beliau kongsi bersama. Apakah dosa-dosa mereka ini terampun dengan hanya YB Zul berjumpa Najib dan Rosmah dan mengucup tangan keduanya? /wfauzdin.blogspot.com

BEKAS PRESIDEN UMNO SENDIRI HILANG KEYAKINAN PADA UMNO

Dr M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis
Jimadie Shah Othman
Mac 27, 10


Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurut Mahathir, prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.

“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.
Jangan biadap

“Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi jangan la biadap ,” kata Mahathir.


Beliau berkata tuntutan dan desakan pada zaman itu tidaklah sebiadap seperti hari ini.

“Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu.nak aman,hidup rukun dan damai.negara dapat dibangunkan. hampir 50 tahun tak ada masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987. Tak ada tuntutan yang bukan bukan dari mana-mana pihak..

“Zaman Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak, (Tun) Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka, negara kita unik, penduduk pelbagai kaum, negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang,orang lain melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan,” kata Mahtahir.

Katanya, orang Melayu amat bermurah hati dan sanggup berkongsi negara ini hampir tanpa sebarang syarat yang ketat.
Umno lemah

Bagaimanpun akibat kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno adalah lemah, maka golongan berkenaan mula berani menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan ia ditambah burukkan lagi dengan bantuan parti pembangkang yang memuatr-belitkan perkara itu.

“10 peratus anak Melayu yang berada di universiti, anak Melayu yang melanjutkan pengajian ke luar negeri, pun tak ramai. Kita boleh buat banci,,siapa yang lebih ramai?


“Ramai penuntut Melayu dapat biasiswa.kita beri sebab tak ada duit atau duit tak cukup. Yuran setahun RM60 ribu, mana ibu bapa Melayu yang mampu. Zalimkah kita bagi biasiswa untuk tambah Melayu berpelajaran?” soal Mahathir lagi.

Selain itu, menurut Mahathir, bukan Melayu juga tidak seharusnya mempertikaikan kedudukan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan.

“Keris ialah simbol bangsa kita. Kita hargai. nak guna simbol kita pun tak kan nak kena minta maaf? Hanya kerana satu kaum nak hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara?” soalnya.

Justeru, kerana keadaan sedemikian orang Melayu, kata Mahathir memerlukan NGO seperti Perkasa bagi memperjuangkan hak mereka.

Rintihan rakyat

Kata beliau lagi, tanpa menamakan pihak yang bertanggungjawab: “Kita taklah tuntut banyak banyak..dia dah pergi, biarlah dia pergi.”

Mahathir bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya perlu mendengar pandangan dan rintihan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum. Ini kerana, katanya, sebagai sebuah negara yang demokratik, membentuk sebuah kerajaan bergantung kepada sokongan undi.

“Oleh itu, penting bagi kerajaan dengar rintihan rakyat, di samping cuba mengambil kira pandangan mereka (rakyat). Bukan daripada satu kaum tetapi daripada semua kaum.


“Orang Melayu perlu mengambil kira orang India serta Cina dan di Sabah atau Sarawak,” katanya.

Beliau berkata walaupun jumlah mereka tidak ramai dan tidak dapat menentukan siapa yang akan memerintah, namun orang Melayu perlu beringat bahawa kemenangan bukan bergantung kepada ratusan ribu undi tetapi kelebihan satu undi sahaja,

“Satu undi itulah yang akan menentukan menang atau kalah seseorang atau sesebuah parti.
Hendak menang atau kalah bukan kerana ribuan undi, dua tiga undi pun boleh menentukan menang atau kalah.

"Kalau mereka ada rintihan dan perasaan tidak puas hati, harus dengar. Kalau tutup telinga atau desakan mereka tidak didengar, dalam pilihan raya, akan kalah," katanya.

Media Cina, India diberi amaran

Pada ucapannya itu, Mahathir turut meminta media bahasa Cina dan India supaya melapor dengan benar.

“Tolong buat laporan yang benar. jangan putar belit kenyataan saya. Saya harus prihatin kepada nasib orang Melayu. Saya yakin ahli perkasa bukan berniat tidak adil terhadap bukan Melayu tapi tuntut hak mereka. Tuntut hak adalah tindakan yang adil,” katanya.

Beliau juga mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya jangan melupakan rintihan dan tuntuan orang Melayu.

“Nak negara berada dalam keadaan aman, adil, saksama sesama kaum, nak keadilan dalam pengagihan kekayanaan dalam negara kita. Bukan kita nak rebut tapi jangan ambil yang sedikit yang kita ada untuk diberi kepada mereka yang dah ada,” katanya lagi.


Mahathir mengakhiri ucapannya dengan meminta Perkasa supaya berperanan secara bijak, dan bukan untuk mendabik dada.

Selesai ucapannya, Mahathir dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama oleh presiden NGO itu.

Ia diikuti dengan laungan “Hidup Tun” sebanyak tiga kali./Malaysiakini

KISAH MENARIK DALAM SATU CERAMAH PR

Oleh: talikasutkayu

Aku tertarik satu cerita yang dipaparkan oleh seorang sahabat di alam maya disebuah laman forum Selatan Online atau dulunya dikenali TKODaily. Diatas persetujuan beliau aku paparkan dilaman blog ini. Ceritanya agak menarik untuk dijadikan teladan berpanjangan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Terima kasih sedara Jeragang (nickname di Selatan Online). Kisahnya begini

Malam tadi, aku pergi dengar ceramah Pakatan Rakyat di Flat PKNS kat Bandar Sunway. Kawasan ini termasuk dlm DUN Seri Setia dalam Parlimen Kelana Jaya…. Dlm PRU12, PR sapu bersih dua kerusi Dun dan satu Parlimen. (nota : Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya ialah Mat Taib @ Mike Tyson... ex-MB Selangor yg tak reti bahasa orang putih, yg pernah kena tahan di Australia kerana bawak duit berkilo-kilo)

Aku saksikan semangat setiakawan, kerjasama, dan perpaduan di antara pemimpin2 Pakatan Rakyat di kawasan ini cukup erat. Yang menyampaikan ucapan ada 4 orang.... semua best... dan, semuanya hensem2 belaka.

1. Sdr Halimey abu Bakar... AMK PKR K.Jaya / Ahli Majlis MPPJ.
2. YB Nik Nazmi Nik Ahmad.... ADUN Seri Setia
3. YB Gobind Singh Deo.... Ahli Parlimen Puchong.
4. YB Ir Nizar Jamaludin.... MP B.Gantang (MB Perak yang sah).

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Pemuda PAS Seri Setia. Turut hadir termasuk YDP PAS Kelana Jaya, Timbalan YDP PAS, dan Ahli Parlimen Kelana Jaya (aku tak reti nak sebut namanya, tapi dialah yg tukang rakam video Lingam correct correct correct dulu). Itulah pertama kali aku dengar pidato YB Gobind Singh Deo. Dia memang klaasss...! Kalau bapanya Karpal Singh agak tidak lancar bila berucap, terutama bila cakap Melayu agak tergagap-gagap.... tetapi anak dia Gobind Singh mampu berucap dengan fasih, suara yg jelas, dan cukup meyakinkan sekali.

Satu lagi kan... Gobind Singh ni memang macho... walaupun perawakannya nampak tegas, tapi sebenarnya dia kelakar... Aku sempat berjabat tangan dgn dia semalam, fuuuh... rasa mcm bersalam dgn Sunjay Dutt pulak... aku teringat masa geng Pemuda UMNO pakat kepung ayah dia, Karpal Singh di luar dewan Parlimen dulu.... lepas Poh Kuan (MP Batu Gajah) call, dia terus hungga keluar dari dalam dewan, singsing lengan baju cabar balik puak Pemuda Umno sial tu....! Yeaaah... hero sudah mari....! tu dia... sebijik macam Anil Kapooor, wa cakap lu....!!

Bayangkanlah.... hero mana yg tak marah...! Karpal Singh tu bapak dia sendiri.... dahlah tua, uzur pulak tu... tak boleh berjalan, pakai kerusi roda je.... yg mengiringi Karpal Singh masa tu cuma YB perempuan... yang mengepung bapak dia pemuda Umno... ramai pulak tu....! ishhhh...!
Kalau ada orang kepung bapak aku macam tu, dah tentu aku pun mengamuk.... mentelah pulak yg mengepung tu balaci Umno yg bangang.... haiiish, ini anak jantan dia Arjun Rapal sudah mari....!! “Nehi babuje..! Mujhako tum dil mein chhupaana..!! tum ho meri har khushi heir...!” Anjing biasa berani kacau anak kucing saja... Ini bapak rimau siapa berani kacau....???? Korang langkah mayat Altantuya dulu sebelum sentuh bapak aku....!!!

Berbalik kpd ceramah malam tadi.... di antara ucapan Gobind Singh yg aku ingat....

“Saya cakap terus-terang... Saya dari DAP... tetapi kami dari DAP sudah sepakat berjanji akan berjuang habis-habisan utk menghancurkan BN dan mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia akan datang....!! dalam politik, idola saya nombor satu bukan ayahanda saya, bukan pemimpin DAP.... idola saya ialah Menteri Besar Kelantan, tok guru Nik Aziz...!!! Itu hari Umno ada buat lapuran polis pasal tok guru... ada ura-ura mahu tahan tok guru, mahu dakwa tok guru... heey Umno BN....! kalau you mahu kacau Nik Aziz, saya berani cakap... saya letak saya punya diri depan tok guru laaah...!!! kalau you berani usik tok guru Nik Aziz, ini saya ni... saya janji akan pertahankan tok guru dgn tubuh saya..!!!!! (sambil tangan menepuk dada)......

”Patutlah Pakatan Rakyat menang besar di kawasan ini... Tak hairan....! Aku kagum dgn semangat setiakawan dan persefahaman yg ditunjukkan oleh para pemimpin parti2 komponen PR.... sporting habis....! Nampak keikhlasan dan keakraban hubungan sesama pemimpin parti begitu terserlah... tidak ada dengki, tidak ada politiking, mereka saling mengenal dan amat mesra sekali... PAS tidak bertanding pun, samada DUN atau Parlimen, tapi semua orang kuat PAS datang...

YDP Pas ialah Ir Izham Hashim... bukan koman-koman punya orang woi...! Seorang Engineer lulusan United Kingdom.... satu Universiti dgn DS Nizar Jamaludin, tapi Izham junior 2 tahun..... Dia pun datang, tapi agak lewat sedikit kerana ada mesyuarat exco bersama Datuk Hasan Ali... Lepas mesyuarat exco, terus bergegas ke tempat ceramah... Padahal bukan dia pun penceramah, tapi dia datang semata-mata utk meraikan rakan2 lain (PKR & DAP) yg berceramah di kawasannya..... terharu sungguh aku tengok keikhlasan dia orang bersatu utk melawan UMNO.... dahlah hensem giler orangnya...! Sungguh..! Rupa-rupanya... punyalah sporting sang Jurutera YDP Pas ni.... Masa majlis mengumumkan calon sebelum PRU12 dulu, yg bertanding ialah Nik Nazmi Nik Ahmad – PKR.... tapi, dengan rela hati dan niat suci, majlis pengumuman calon itu dibuat di rumah Ir Izham, YDP Pas....! Hei kena ingat! Masa tu Pakatan Rakyat belum dibentuk lagi secara rasmi..... Semuanya atas dasar persefahaman semata-mata, tidak ada dengki-mengki langsung...!

Yang pasti, aku tengok Dun Seri Setia ni terlebih orang yg berkebolehan dan berkemampuan utk jadi wakil rakyat.... ramai yg layak utk jadi YB... Alhamdulillah, mereka orang baik, orang cerdik, dan tidak berebut2 utk jadi calon.... Semuanya akur dgn keputusan yg ditetapkan oleh parti masing-masing... Ya lah, Kelana Jaya ni kawasan bandar... pemikiran dia orang pun agak menengah lah sikit.... Kalau kawasan kampung pedalaman hulu pueh seperti Kuala Lipis ke, Kuala Berang ke, Raub ke, Tanah Merah ke..... aku ingat ada yg jadi mayat sbb berebut nak jadi calon kot....! Tapi kalau UMNO lah.... hehehe...! Itu belum kira Ketua AMK Kelana Jaya merangkap Ahli Majlis MPPJ, sdr Halimey Abu Bakar.... yang inipun salah seorang yg lebih dari layak utk jadi YB....Gobind Singh kabo, kalau masuk dewan parlimen.... nampak ketara perbezaan antara YB PR dgn YB BN.... senang sangat nak kenal yg mana PR yang mana BN.... tak payah tengok lain, tengok kasut pun dah boleh tahu..... YB PR semua pakai kasut biasa sangat... Kasut YB BN semua shining-mining....!

Sebelum ni. dia kena gantung setahun, tak boleh masuk dewan, gaji pun tak dapat.... sbb bangkitkan kes Altantuya Mongolia dlm dewan.... Bila tempoh pergantungan tamat, dia masuk parlimen balik masa persidangan baru ni, ada YB PR bagitahu... “Singh, ini hari you kasi hentam itu Bayan Baru (Zahrain)...!” Gobind Singh jawab.. “no problem... mau kasi hentam itu kodok, takde masalah lah...! Pekan (Najib) pun I tak takut nak hentam...!” Rupa2nya, si Zahrain ni, sepanjang dua tahun jadi YB.... dialah satu-satunya YB PR yg tak pernah berbunyi mulut sepatah haram pun dlm parlimen selama ni... betul2 jadi tunggul kayu mati.... tiba2 Gobind diberitahu, Bayan Baru akan buat ucapan hari ni... Zahrain akan buat satu pendedahan besar yg mungkin akan melingkupkan terus PKR.... Gobind cakap, kami pun tunggu lah, nak dengar juga apa yg dia nak kelentong.... Bila sebut pendedahan besar ni, kita mesti ingat rasuah besar2 lah....

“Kita ingat nak expose pasal corruption... rupa2nya dia duk cerita hal 16 September 2008 dari awal sampai akhir.... satu kes rasuah pun tak ada sebut.... Saya cakap sama YB PR, apa ini...? Ini mcm punya wakil rakyat, you mau suruh I hentam ka...? Buang masa saja laaah...!” hahahaha...!

Lepas tu dia cerita pasal isu Musa Hasan kata ada pihak ketiga dlm PDRM... ini isu besar... saya tanya Menteri (Hishamudin) mohon penjelasan... ada ka patut, Hisahamudin jawab itu kes tak ada hal lah, esok dia pergi jumpa, peluk cium Musa Hasan, selesai lah masalah...!!!

Tengah syok ceramah, tiba2 trek..! trek tek tek..! trek tek tek tek tek...! h/phone dlm poket Gobind berbunyi... dgn selamba dia cakap, alamak, Menteri Dalam Negeri telefon... semua hadirin diam, Gobind terus matikan ringing (reject call) sambil berkata ‘nanti call balik lah...!’ Lepas tu dia pandang ke arah orang ramai.... “bini aku lah...!!!” (hahahaha...!)

Lepas tu dia cerita kes saman Kerajaan Malaysia terhadap Karpal Singh yg didakwa membuat kenyataan bahawa “Karpal berpendapat, satu saman haruslah difailkan terhadap kerajaan haram Perak dan Sultan Perak perlu dimasukkan sebagai salah seorang defendan..” Gobind Singh sendiri yg ambik kes itu sebagai peguambela bapak dia... saksi terakhir pihak pendakwa ialah anggota polis yg menjadi pegawai penyiasat kes itu....
Gobind Singh soal Pegawai penyiasat tu... “Adakah anda setuju bahawa yg dituduh tidak melakukan apa-apa kesalahan....?” Polis itu menjawab dgn yakin.... “ya, setuju...!” Haaaah...? Hakim pun terperanjat. Hakim minta Gobind ulang sekali lagi soalan itu. Dia pun ulang sekali lagi, jawapan saksi tetap sama.... “Ya, saya setuju...!” Habis nak bicara apa lagi...? Tak ada kes lah...! Pegawai yg menyiasat pun mengesahkan tidak ada kes, tapi Ghani Patail yg sedang cari enjin jet hilang di Venezuela kata ada kes...!!!

Satu lagi kan... tengok gaya Gobind Singh bila jumpa DS Nizar, cara dia bersembang dan gelak2.... nampak mcm kamceng habis dia dua orang tu....

Orang pertama yg berucap semalam ialah sdr Halimey Abu Bakar... orangnya masih muda, hensem, tinggi, berkulit cerah, bertubuh sasa, dan perawakannya sangat menyenangkan hati... aku pernah jumpa dia sebulan yg lalu ketika gotong royong membasmi denggi di apartment tempat aku... sebagai seorang Ahli Majlis MPPJ, dia datang ke bandar Sunway semata2 utk bersama penduduk menjayakan gotong royong tersebut, walaupun dia tinggal kat Subang Airport. First time tengok dia, aku terfikir... fuh, bagusnya dia ni... kalau jadi wakil rakyat pun okey...! Masa dia mula2 sampai, bersalam dan bertegur sapa dgn semua orang.... memang tak nampak kekok langsung... lepas tu dia berucap sekejap sebagai merasmikan gotong royong tersebut.... Aku respect cara dia bergaul dgn para penduduk.... betul2 macam seorang kawan atau jiran je... bukan sebagai ‘orang besar’ yg datang jumpa rakyat marhein mcm puak2 UMNO duk amalkan tu... bukan langsung...! Hehehe...! Teringat pulak masa PRK K.Terengganu dulu.... masa kempen, calon Pas Wahid Endut... bila nampak budak kecik, dia terus dukung... spontan je... tak nampak kekok langsung... sebab, itulah sikap dia yg sebenar, bukan buat-buat... calon BN, Wan Farid...? hahaha...! dia buat2 gosok kepala budak pun, menangis selok budak tu... budak kecik pun tahu dia tak ikhlas...!!

Macam tu lah dgn sdr Halimey... aku duk ingat, dia cuma datang sekejap utk tunjuk muka dan rasmikan gotong royong je... Rupa-rupanya dia buat kerja sekali, kutip semua sampah2 ke serata blok... sampai berpeluh2, dan dia tak balik sehingga gotong royong tu selesai... Sebelum start, dia pun makan karipap dan kuih seri muka sama ngan kita orang, minum air teh dan teh o sama-sama.... lepas gotong royong, diapun makan mehoon goreng dgn air mineral mcm kita orang... Masa kitorang bersurai barulah dia pun bersurai (balik) sama....

Masa ceramah semalam, Halimey cerita.... dua tiga minggu sebelum Zahrain keluar parti, anak Zahrain menelefon dia bertalu-talu... nak jumpa Halimey sebagai Ahli Majlis berkenaan dgn permohonannya nak buat satu projek besar.... Cadangan projek tu sudah ditolak oleh MPPJ kerana tak sesuai dan bersebelahan dgn sekolah... Jadi, nak jumpa buat apa lagi...? Mungkin nakk cerita dlm selimut lah, mcm yg puak2 UMNO duk amalkan selama 52 tahun tu.... Alhamdulillah, kami mempunyai seorang Ahli Majlis yg cerdik dan ada maruah... Halimey mengelak, mengelak, mengelak, dgn memberi seribu alasan....

Tup tup.... bapak dia (Zahrain) umum keluar PKR.... ambik nak...! Nasib baik Halimey tak layan anak bapak yg berkepala UMNO tu.... lepas Zahrain keluar, anak dia terus senyap, tak telefon terus dah..... Selamaaat...!

Halimey cerita jugak berkenaan PIBG SK Kg Lindungan jemput dia utk lepaskan budak merentas desa di sekolah.... jemputan bukan atas dasar dia pemimpin PKR, tetapi atas kapasitinya sebagai Ahli Majlis MPPJ yg mempunyai hubungan yg rapat dgn semua penduduk di situ... Itu saja...! Lepaskan pelajar lumba lari di luar pagar sekolah... bukan dlm sekolah pun... tak ada bendera parti langsung pun...! Tapi, last minute, gurubesar sekolah tu cakap... “saya tak berani lah encik Halimey, sebab saya baru di sini...!” Ek eleh, baik tak payah jadi gurubesar...! PIBG dah jemput Halimey, nak takut apa...? Ini mcm punya cikgu besar pun masih ada lagi ka...! Yang lebih menampakkkan kecerdikan guru besar itu ialah... dua minggu lepas tu, umno masuk ke sekolah tu buat program juara rakyat, guru besar bukan main berani pulak....! Siap masuk dalam kawasan sekolah.... siap tarok banner lambang umno dlm sekolah...! Ish berani betul guru besar tu.... kalaulah aku ni incredible hulk, kes2 mcm ni lah yg buat aku marah dan bertukar jadi hijau ni..... "Mr Macggie...! Please don't make me angry.... You don't like if I'am angry........"!!! Grrrrrrr...!!!

YB Nik Nazmi... orang kedua berucap... masih sangat muda belia, tubuh pun kecik molek... tapi smart, nampak cute je...! Mula2 tengok dia, dlm hati aku kata, pengundi Seri Setia memang orang cerdik... dia orang tak pandang tu semua... Pengundi kawasan ni kenal siapa Nik Nazmi... Rupanya dia seorang lawyer... bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim... Sekarang dia juga menjadi setiausaha politik Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.... Aku rasa, kalau Nik Nazmi bertanding di kawasan kampung di Jerantut ke, Rompin ke, Segamat ke.... tobat tak menang..! Pengundi di kampung, pemikiran dia orang agak sekolah rendah sikit.... tak berapa reti nak nilai ketokohan orang.... yang dia orang tahu, calon BN baik sebab bagi duit 100 inggit...!

Masa Nik Nazmi berucap, baru terserlah ketokohannya.... nampak kematangan dan kemachoannya...! Yang sempat saya ingat, Nik Nazmi sebut pasal kes Saiful yg diliwat 8 kali tapi doktor sahkan masih dara tu...! “Saya jawab senang je.... Saiful kerja bancuh kopi di pejabat PKR tak sampai 6 bulan pun... Saya jadi setiausaha sulit DS Anwar selama 2 tahun...! Saya lagi hensem dari Saiful...! Tubuh saya lagi kiut...! Tak ada apa pun...! Pintu belakang saya tak pernah kena usik pun...! Saiful tu tegak, dekat 6 kaki, masuk akal ke kena liwat sampai lapan kali, oleh orang tua yg sakit belakang...?”

Penceramah terakhir ialah DS Nizar.... berapi-api....! Memang sedap.... masa dia cerita kejadian sebenar tragedi Dun Perak masa BN bentang dan luluskan bajet dlm masa 20 minit, semua pakat diam.... sedih dan geram...! Rasa nak lempang je muka Zamry botol kicap tu tauw...!!! Nizar sebut sikit pasal kes tuduhan liwat Anwar.... Katanya, Najib memang jahat sejahat-jahatnya... Kalau tak caya, cuba suruh Najib jadi Imam solat sekali.... mampuih dia tak berani....! Nak pimpin orang solat ni berat tau.... Kejahatan dan dosa besar yg dilakukan oleh seseorang menyebabkan dia tak akan berani jadi Imam solat jemaah.... Sebab tu, mana ada pemimpin UMNO yg sanggup jadi Imam? Semua terbabit dgn kerja jahat dan dosa besar, sebab tu semua tak berani jadi Imam..... DS Anwar no problem... pergi mana2, dlm negeri luar negeri, dia selalu diminta jadi Imam.... Apa masalah...? Eh kaki nombor ekor pun tak sanggup jadi Imam, you ingat kalau Anwar kaki liwat, dia berani ke naik mimbar masjid baca khutbah, lepas tu memimpin solat....? Lepas dengar ceramah semalam, aku dapat semangat baru..... Mari kita kuburkan UMNO di bumi Malaysia...! Kita pakat tanam BN hidup-hidup masa PRU13 nanti...! Allahuakbar...!!
http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com/Sumber: Tranungkite

JUMPA NAJIB, TERCAPAI JUGA HAJAT YB ZUL

Najib sedia jumpa Zulkifli Noordin
Abdul Rahim Sabri
Mac 27, 10


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sedia menemui ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Zulkifli yang telah dipecat oleh PKR dan kini menjadi wakil rakyat Bebas membuat dakwaan tersebut semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong sidang Dewan Rakyat pada 24 Mac lalu.

Menurut Zulkifli, ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman, tetapi beliau bersyukur kerana dilindungi Allah melindungi daripada terlibat dalam fitnah tersebut.

Zulkifli mengambil kesempatan dalam ucapannya itu untuk memohon maaf kepada mereka yang menurutnya menjadi mangsa kepada percaturan politik kotor ini.

Berikutan itu, kata ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu, beliau berjanji akan berjumpa dengan mereka secara peribadi bagi memperbetulkan keadaan.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen pada hari yang sama selepas membuat pendedahan tersebut, Zulkifli berkata beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu, termasuk perdana menteri.

Mengulas mengenai hasrat Zulkifli tersebut, perdana menteri berkata: "Saya suka untuk bertemu beliau. Saya mahu mencari kebenaran kerana saya percaya kebenaran akan muncul juga akhirnya."

Najib yang juga presiden Umno memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara malam tadi.

Ditanya mengenai siasatan pihak polis terhadap dakwaan Zulkifli itu, perdana menteri berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk menyiasatnya.

"Saya akan biarkannya kepada polis. Saya tidak mengarahkan polis dalam perkara seperti ini. Biarkan sahaja kepada
pihak polis," katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan mengambil keterangan Zulkifli berhubung dakwaannya di Dewan Rakyat itu.

Musa dilaporkan berkata, disebabkan ia satu maklumat terbaru yang diterima polis, maka siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan sama ada pendedahan oleh wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu itu benar atau tidak.

Menurutnya, sebagai prosedur siasatan satu-satu kes, pihak polis akan memanggil mereka yang bertanggungjawab mendedahkan perkara itu bagi membantu siasatan./Malaysiakini

US BADRUL AMIN CALON PKR DI HULU SELANGOR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ALFATIHAH. Saya secara peribadi mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad, MP Hulu Selangor yang telah kembali ke Rahmatullah malam tadi di rumahnya di Kajang akibat barah otak. Marilah kita bersama mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang yang Soleh. Dari seorang pejuang Melayu yang berada di dalam parti Umno, akhir hayatnya disudahi dengan perjuangan membela keadilan bersama PKR yang bersekutu dengan parti yang memperjuangkan Islam iaitu PAS. Alhamdulillah.

Mungkin beberapa jam lagi jenazah Allahyarham akan disemadikan. Maka, suka atau tidak, berani atau takut, kita terpaksa berdepan dengan Pilihanraya Kecil tidak beberapa lama lagi. Tidak dapat dinafikan Parlimen Hulu Selangor bukanlah kawasan yang selesa buat PR. Kemenangan Allahyarham di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu hanya sekadar mendapat majoriti 198 undi menentang calon dari MIC. Mungkinkah pencapaian itu akan dapat dikekalkan, menurun atau pun meningkat. InsyaAllah, kemenangan pasti kita perolehi walaupun ada yang mengatakan PKR kini bermasalah akibat beberapa Adun/MP yang menjadi `katak'.

Siapakah calon yang paling layak untuk menggalas harapan pengundi-pengundi di Hulu Selangor? Buat Bn, tentunya kerusi tersebut akan menjadi rebutan di antara MIC dan Umno. MIC telah diberi peluang tetapi tewas, maka Umno pastinya punyai kelebihan untuk meletakkan calon mereka di situ. Siapa pula calon dari PR ? Jika mengikut persefahaman yang dijalin bersama, kerusi di Hulu Selangor itu tentunya menjadi milik PKR. Tetapi, siapakah calon yang paling layak untuk berdepan dengan Bn kelak?

Saya secara peribadi mencadangkan agar PKR meletakkan Ustaz Badrul Amin Baharom bertanding di Parlimen Hulu Selangor. Ini adalah kerana beliau pernah bertanding di kawasan Selangor sebelum ini walaupun tewas agak tipis. Faktor yang lain, PKR seharusnya lebih berhati-hati untuk memilih calon dibimbangi sejarah berulang kembali. Kita tidak mahu ada lagi Zahrain kedua mahupun Zulkifli Nordin nombor dua. Ustaz Badrul Amin tidak sedikit pun meragukan kita malahan beliau dilihat bukan sahaja seorang yang berilmu dan wara', malahan seorang reformis tulen. Beliau banyak berkorban tenaga, jiwa dan raga untuk perjuangan ini semenjak dari era reformasi. Beliau tidak undur walau setapak dari perjuangan walaupun beliau tidak mendapat apa-apa habuan atau kedudukan.

Sudah tiba masanya kita membayar segala usahanya selama ini walaupun mencalonkan beliau sebenarnya tidak mampu untuk membayar semangat perjuangannya selama ini. Tetapi sekurang-kurangnya kita menunjukkan penghargaan terhadap beliau. Saya yakin Ustaz Badrul Amin adalah seorang tokoh ugama yang dihormati pihak lawan dan kawan. Suara beliau patut bergema di Parlimen senada dengan suara rakan-rakan dari PAS terutamanya. Kita tidak mahu lagi suara sumbang seperti `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru. Adakah anda bersetuju dengan cadangan saya? Sila berikan komen anda. /wfauzdin.blogspot.com