JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 27 Mac 2010

`MAKANAN' YB ZUL PUN EZAM SESUMPAH HENDAK TUMPANG ?

Saturday, March 27, 2010

Oleh: WFAUZDIN NS

MEDIA pro kerajaan dewasa ini dilihat cuba mempopularkan beberapa MP dari PR yang melompat atau dipecat demi untuk menyambung nyawa Umno yang semakin nazak itu. Tokoh di antara mereka yang begitu diangkat oleh media pencacai ini adalah YB Zul MP dari Kulim Bandar Baru. Kehebatan YB Zul terserlah sehinggakan mendapat perhatian dari Najib sendiri yang sanggup menerima kehadiran MP Bebas tersebut. YB Zul memang berhajat sangat untuk berjumpa tokoh pujaannya itu di samping untuk `memohon maaf'' kalau pun tidak untuk mengucup kedua tangan Najib atau Rosmah.

`Kehebatan' YB Zul mecuri perhatian media dan juga Najib, tentunya menghilangkan kehebatan Ezam raja sesumpah yang selama ini begitu bekerja kuat untuk mempertahankan Najib dan Umno. Nama YB Zul menjadi popular setelah beliau memperdengarkan `hikayat Altantuya' di Parlimen dengan cerita betapa beliau cuba disogok dengan imbuhan lumayan sehingga menggugat keimanannya agar membuat Akuan Bersumpah mengaitkan Najib dan Rosmah di dalam kes Altantuya. Seperti biasa, walaupun cerita dongeng dari YB Zul itu tiada fakta atau bukti langsung, bahkan YB Zul tidak menyebut sama sekali pihak yang cuba menyogoknya, media tetap menganggapnya sebagai satu berita yang amat berharga mengalahkan kisah injin jet pesawat hilang, kisah kapal selam tidak dapat menyelam, kisah komisyen kapal selam 500 juta dan berbagai kisah lagi. Itulah nilai berita yang ingin disuapkan kepada rakyat agar rakyat di negara ini menjadi bodoh ke tahap `gaban'.

Tiba-tiba Ezam raja sesumpah muncul di tengah-tengah YB Zul sedang hanyut dibuai `glamour' media pencacai. Siapa tidak sakit jiwa, Ezam dahulu orang paling rapat dengan DS Anwar sanggup keluar parti untuk bersama Umno dan ke hulu ke hilir membodek Najib dan menghentam DS Anwar luar dan dalam termasuk keluarganya, tiba-tiba nama YB Zul pula naik? Sungguh Ezam tidak sangka, hanya beberapa hari sahaja YB Zul dibuang dari PKR, nama beliau hampir setiap hari muncul di kaca TV malah Najib punyai masa untuk berjumpa MP Bebas ini. Sedangkan, Ezam ini bertahun-tahun melutut dengan Umno namanya hampir tenggelam malahan orang-orang Umno sendiri tidak mahu mengangkatnya.

Maka, Ezam sesumpah pun cuba `meniru' taktik YB Zul. Tanpa rasa malu, Ezam pun tampil di kaca TV menyatakan beliau juga mengalami peristiwa yang sama seperti YB Zul. Beliau juga pernah disuruh buat Akuan Bersumpah tetapi beliau enggan. Seperti biasa, siapa lagi kalau tidak DS Anwar sebagai sasaran Ezam. Lepas ini percayalah, kita akan saksikan Ezam akan bersumpah dan mencabar DS Anwar juga untuk menjadi `binatang sesumpah' sepertinya. Dia sudah biasa buat kerja bodoh seperti itu, tuduh orang dan cabar orang itu bersumpah. Itu kerja Ezam sesumpah. Peliknya, bertahun kes Altantuya ini baru sekarang Ezam dedahkan. Jika sewaktu di dalam KeADILan dulu mungkin dia mahu menjaga nama baik DS Anwar sebab itu dia tidak mahu dedahkan, tetapi kita pelik mengapa setelah dia keluar dari KeADILan dan berada di dalam GERAK sebuah NGO bebas, Ezam tidak bercerita pun kisah ini?

Sewaktu beliau berkempen di dalam PRK Parlimen Permatang Pauh di mana musuh nombor Wahid nya itu bertanding, semua yang buruk tentang DS Anwar beliau dedahkan. Mengapa cerita yang beliau baru dedahkan ini tidak didedahkan waktu itu? Bukankah waktu itu adalah saat terbaiknya untuk mendedahkan cerita sogokan ini kerana waktu itu isu Altantuya begitu hangat dimainkan oleh PKR di situ? Mengapa beliau biarkan Najib bergelut berseorangan menepis isu Altantuya sehingga Najib terpaksa `bersumpah' tidak mengenal wanita Mongolia ini (Najib hanya sebut wanita Mongolia, bukan Altantuya). Mengapa tidak timbul cerita ini sewaktu beliau berkempen di beberapa PRK selepas Permatang Pauh? Mungkin masa itu, otaknya tidak terfikir untuk mengarang cerita sedemikian. Apabila YB Zul dapat idea, beliau hanya menumpang tuah dan meniru sahaja.

Jelas kepada kita, Ezam kini tiada idea lagi untuk membongkar keburukan DS Anwar khususnya. Beliau akan terus mencari dan mencari umpama anjing mencari makan di lorong-lorong pelacuran. Beliau akan kutip apa jua makanan walaupun itu makanan itu dijumpai oleh orang lain. YB Zul yang dapat makanan itu, Ezam terhegeh-hegeh hendak tumpang sekaki./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan