JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 27 Mac 2010

LOYAR BURUK NAK JAWAB HUJAH YB `LOYAR ' BURUK

Oleh: WFAUZDIN NS

YB ZULKIFLI NOORDIN telah membuat penjelasan berlanjutan pendedahan beliau di Parlimen baru-baru ini. Penjelasan beliau boleh di baca di dalam blognya di sini. Di dalam penjelasannya kali ini, beliau cuba mempamirkan betapa beliau seorang yang `berjurus' dan ikhlas setelah tindakannya di Parlimen baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi. Sekali baca, ternampak ada benarnya kata-kata YB Zul ini tetapi jika dibandingkan dengan apa yang beliau lakukan di Parlimen baru-baru ini terbukti YB Zul sememangnya kaki `putar belit' dan penipu besar.

Di dalam tulisannya di bawah tajuk `The Truth', saya petik perenggan berikut untuk kita nilai siapa YB Zul ini;

"Tidak ada pada mana-mana waktu saya menyebut nama sesiapa pun. Kerana tujuan saya bukan untuk mengaibkan sesiapa, atau mendedahkan keburukan sesiapa. Ini dilarang samasekali oleh Islam. Saya hanya menyebut kes-kes fitnah terhadap mereka-mereka itu untuk menjadi tauladan dan iktibar kepada kita semua supaya menginsafi teguran dan pandangan Baginda YDP Agong. Itu sahaja.

"Saya tidak ada pada mana-mana peringkat menyebut nama sesiapa pun; samada nama Tun Abdullah, Tun Mahathir, Dato Seri Anwar, atau nama lain-lain ! Saya sekali lagi menafikan saya ada menyebut atau merujuk kepada nama sesiapa pun dengan tujuan untuk diaibkan atau dimalukan!" (The Truth)

Memang benar YB Zul tidak menyebut nama sesiapa sewaktu pendedahan terhadap kes Altantuya. Tetapi beliau ada menyebut bahawa ada `pihak' yang menawarkan dengan habuan yang boleh menggugat imannya untuk membuat Akuan Sumpah bagi membabitkan Najib dan Rosmah di dalam kes pembunuhan Altantuya. Bukankah ini juga suatu fitnah yang ditimbulkan oleh YB Zul yang boleh menyebabkan keraguan serta persoalan masyarakat umum? Persoalannya, siapakah pihak yang cuba menyogok beliau itu? Mengapa beliau tidak mahu dedahkan sedangkan beliau seorang Peguam mesti faham bahawa undang-undang boleh dikenakan ke atas beliau sekiranya tidak mahu membuat laporan tentang kejadian sogokan ini? Masakan seorang Peguam yang kununnya `Ustaz' sanggup menyembunyikan `rasuah' berupa sogokan besar yang boleh mengugat keimanannya itu? Adakah ini bermakna `ustaz' ini redha dengan perlakuan keji itu?

Beliau boleh menceritakan tentang keburukan fitnah secara umum tetapi apabila beliau berkata beliau telah cuba disogok, ini bermakna adanya perlakuan rasuah dan beliau wajib melaporkannya. Mengapa beliau tidak melaporkannya? Mengapa perlu orang lain yang terpaksa membuat laporan di atas kejadian yang dikatakan berlaku ke atasnya? Ini yang kita persoalkan, bukan kita mahu persoalkan tentang `dakwah' beliau untuk memberi ingatan tentang keburukan fitnah. Itu bukan dakwah, itu adalah tuduhan yang YB Zul gagal buktikan malahan gagal membuat aduan. Jelas, YB Zul tidak punyai kekuatan dan keberanian. Beliau hanya berani buka cerita tetapi tidak sanggup untuk menghabiskan ceritanya. Mengapa?

Tidakkah YB Zul sedar dengan membuat cerita separuh jalan itu akan menyebabkan fitnah yang lebih dahsyat? Tanpa diketahui siapakah orangnya yang cuba menyogok YB Zul itu, rakyat akan mula membuat tafsiran sendiri dan ini akan memulakan kerja fitnah yang besar akibat mulut YB Zul. Tidak salah jika kita menganggap YB Zul adalah punca kepada segala fitnah selepas ini. Sepatutnya YB Zul berfikir panjang dahulu sebelum mengambil tindakan untuk menunjukkan `hero'nya di Parlimen. Dosa orang yang membuat fitnah hasil daripada ceritanya itu akan beliau kongsi bersama. Apakah dosa-dosa mereka ini terampun dengan hanya YB Zul berjumpa Najib dan Rosmah dan mengucup tangan keduanya? /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan