JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 10 Mac 2010

TOLAK PILIHANRAYA TEMPATAN, NAJIB DIBIDAS KOMPONEN BN

Praya Tempatan: Gerakan Bidas Najib

Keengganan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bersetuju dengan usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan pilihanraya tempatan mengundang bantahan dari parti komponen BN.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata tanggapan pilihanraya tempatan mengundang politiking adalah kurang tepat kerana manfaat pilihanraya tempatan lebih besar berbanding penolakannya.

Beliau menjelaskan pilihanraya tempatan adalah mekanisma perlu untuk mengimbangi dasar dan tindak-tanduk pentadbir di Pihak Berkuasa Tempatan, yang majoritinya penjawat awam.

Tan juga menjelaskan pretasi ahli majlis juga dapat dinilai secara langsung oleh penduduk setempat, dan mana-mana yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan pastinya tidak akan dipilih dalam pilihanraya itu nanti.

Gerakan menggesa Kerajaan Persekutuan membantu Pakatan Rakyat menganjurkan pilihanraya tempatan, termasuk meminda undang-undang berkaitan.

Gerakan menerima kekalahan teruk dalam pilihanraya umum 2008, menyaksikan kehilangan 8 dari 10 kerusi Parlimen.

Selepas 39 tahun dibawah Gerakan, Pulau Pinang kini ditadbir Pakatan Rakyat./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan