Usul bahas 'pihak ketiga' dalam PDRM ditolak | ||
|
Ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali kesal dengan keputusan timbalan yang di-Pertua Dewan Rakyat yang tidak membenarkan mesyuarat ditangguhkan untuk membincangkan usul mengenai campurtangan pihak ketiga dalam urusan Polis Diraja Malaysia.
Timbalan yang dipertua Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata usul tersebut tidak perlu dikemukakan dengan alasan ia telah dibincangkan di dalam dewan.Usul itu juga telah ditolak selepas Dr Lo' Lo' yang mengemukakan usul tersebut di kamar pada 23 Mac.
Ketika diminta untuk menjelaskan sebab penolakan usul itu, Wan Junaidi berkata perkara tersebut telahpun dibahaskan di dalam dewan pada hari berkenaan.
Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memberi penjelasan dalam semasa menjawab soalan lisan kelmarin, katanya lagi.
Timbalan yang dipertua bagaimanapun mengekalkan keputusannya untuk tidak membenarkan usul tersebut dibentangkan.
Bercakap kepada media selepas itu, Dr Lo' Lo' berkata isu tersebut sangat penting untuk dibahaskan kerana ketua polis negara biasanya tidak akan membuat kenyataan yang bersifat eksplosif seperti itu kepada media.
Semboyan "distress"
Jelasnya, pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Musa Hassan dalam satu wawancara dengan akhbar Mingguan Malaysia itu juga menunjukkan Musa mengeluarkan semboyan "distress."
Menurut usul tersebut, Dr Lo' Lo' berkata perkara tersebut melibatkan kepentingan ramai dan keselamatan negara.
"Kenyataan tersebut memberi gambaran bahawa pihak polis boleh diperkotak-katikkan dalam mengambil tindakan selaras dengan hasrat pihak ketiga.
"Bagaimana rakyat akan merasa selamat berada di dalam negara di mana pihak yang menjaga keselamatan mereka iaitu Polis Diraja Malaysia boleh diarahkan oleh pihak ketiga yang tidak diketahui asal-usul dan tidak diketahui kepentingan mereka," katanya.
Tambahnya lagi di dalam usul tersebut, "pihak ketiga" yang dimaksudkan oleh Musa juga tidak diketahui dengan jelas.
"Ini boleh menyebabkan spekulasi di kalangan rakyat mengenai status pihak ketiga tersebut. Siapa pihak ketiga itu, adakah mereka orang politik parti pemerintah? Adakah mereka ini kumpulan yang terlibat dengan kongsi gelap atau kumpulan jenayah? Siapa mereka?" soalnya./Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan