JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 28 April 2014

JANGAN ADA 'KARPET BURUK" LAGI DI TROPICANA

Sekarang masih hangat dengan pemilihan Parti PKR.  Kempen semakin hangat, berbagai aduan telah diterima dan tentunya bagi YB Johari Abdul selaku Pengerusi JPP teramat sibuk dan tertekan dengan berbagai aduan yang telah dibuat beserta dengan bukti-bukti yang telah dikemukakan.

Apakah Johari Abdul berani mengambil tindakan sekiranya memang benar dan terbukti salah laku wujud sepanjang pemilihan kali ini?  Apakah Johari Abdul mampu mengambil tindakan jika Azmin Ali, TS Khalid mahu pun Saifuddin terbukti melanggar peraturan pertandingan?  Hanya beliau yang boleh beri jawapan, dan semua ahli berharap JPP memang benar-benar boleh diharap bukan hanya sekadar 'lakonan' semata-mata.  Johari Abdul mesti berani atau dilihat berani.  Jika dilihat takut, tentunya memang beliau penakut.

YB Johari Abdul - Pengerusi JPP
Bukan masalah kita menantang Azmin, Khalid mahupun Saifuddin maka kita mahu JPP bertindak ke atas aduan terhadap mereka.  Kita mahu lihat parti ini bersih setidak-tidaknya dilihat bersih.  Kita mahu, hatta Presiden sekalipun jika bersalah beliau mesti dihukum.  Ini kehendak ahli akar umbi dan sebab itulah mereka menyokong dan menjadi ahli PKR bukannya Umno.  Umno memang kita maklum amat sinonim dengan semua yang negatif itu.

Kita bukan mahu wujudkan parti "Malaikat" yang seratus peratus suci.  Kita hanya mahu lihat PKR wujud sebagai parti yang tidak boleh diragui akan ketelusannya.  Kesilapan atau kelemahan memang ada dan ianya mesti diperbaiki, tetapi jika melibatkan salah laku atau penyelewengan di dalam soal pengundian, itu bukan kelemahan tetapi ianya merupakan jenayah besar dalam parti politik.  Jenayah ini bukan cukup sekadar diperbetulkan malah si pelakunya mesti dikenakan tindakan tegas.  Ada beza kelemahan dan salah laku.

JPP mesti peka dengan permasalahan ini.  Memang benar, tidak semua aduan itu boleh dianggap betul.  JPP perlu berani menyiasat dengan adil berpandukan bukti-bukti atau fakta yang dikemukakan.  Kita berharap di Tropicana tiada lagi 'karpet buruk' untuk menyimpan aduan di bawahnya.  Ini ujian terbesar kepada JPP yang diketuai oleh Johari Abdul.  Kita percaya dan yakin Johari Abdul ada keberanian itu.

Isnin, 21 April 2014

TIMBALAN PRESIDEN - SAIFUDDIN BUKAN WAKIL RAKYAT ATAU MB, BELIAU BOLEH TUMPU KEPADA TUGAS

Dengar khabarnya malam ini (Isnin-21/4/2014), Tim dari TS Khalid Ibrahim, MB Selangor yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR akan hadir ke Kuantan iaitu di sebuah hotel di dalam Majlis Makan Malam.  Tentunya ini bukan lawatan kerja atau lawatan rasmi, tetapi kunjungan untuk berkempen di dalam pemilihan parti tidak beberapa lama lagi.

Tidak seperti Saifuddin Nasution yang hanya bertemu ahli-ahli akar umbi di program-program ceramah atau di warung-warung mahupun di rumah seseorang sahaja.  Tidak juga seperti Azmin, penyandang jawatan ini yang gemar mengumpulkan penyokongnya dengan baju seragam bergambar beliau, banner dan ada pengangkutan untuk memunggah para penyokong.
 
Saifuddin Nasution - Pilihan terbaik
Itu semua tidak menyalahi peraturan kempen selagi tiada unsur rasuah atau tawaran kepada ahli-ahli.  Bergantung kepada kemampuan jentera kempen mereka yang bertanding.  Tentunya Saifuddin dilihat paling lekeh di dalam mendekati para penyokongnya.  Maklumlah, beliau bukan Wakil Rakyat, jauh sekali sebagai MB.  Beliau hanya Setiausaha Agung parti saja.
 
Terpulang kepada semua ahli untuk menilai siapa yang patut berada di Kerusi Nombor Dua di dalam PKR.  Ada yang berkata TS Khalid bertanding Timbalan Presiden hanya kerana mahu 'membalas dendam' kepada Azmin yang sering mengganggunya di Selangor.  Azmin pula terpaksa pertahankan jawatannya kerana hasrat beliau untuk bertanding Presiden tidak tercapai kerana kehadiran DS Anwar secara tiba-tiba walaupun dijangka Anwar tidak bertanding lantaran hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah terhadapnya.  Cita-cita Azmin awalnya dikhabarkan adalah untuk menentang DS Wan Azizah.  
 
 
Kini, saingan sengit terpaksa dilalui oleh Azmin,  Pencabar yang paling mengancam beliau adalah Saifuddin bukan TS Khalid.  TS Khalid tidak bersungguh untuk menjadi Timbalan cuma mahu 'mengajar' Azmin sahaja.  Uji pengaruh.  
 
Mengapa Saifuddin dilihat semakin ke hadapan sekarang?  Ini adalah kerana Saifuddin tiada musuh di dalam parti.  Saifuddin tiada kroni.  Saifuddin bukan orang kaya seperti dua tokoh tersebut.  Beliau orang biasa, beliau juga setia dengan parti dan beliau intim dengan PAS, sekutu PKR.  Intim dengan PAS amat baik buat PKR.  Azmin ada sedikit kontroversi dulunya dengan PAS.  Paling teruk, Azmin dikhabarkan penyebab beberapa masalah Kerusi di dalam PRU 13 dulu tidak selesai sehinggakan ada negeri yang di malam penamaan calon pun masih gagal menamakan calon.  Ini kegagalan Azmin paling besar selaku Pengarah JPP.
Sebenarnya masalah Kerusi boleh selesai jika Azmin tidak campurtangan terlalu banyak sehingga mengguris hati beberapa pemimpin di Cabang malahan ada Pengerusi Negeri yang terguris hati dengan Azmin.
 
TS Khalid hadir ke Kuantan malam ini boleh dikatakan sekadar datang makan bersama beberapa ahli di sini.  Tidak lebih dari itu.  TS Khalid amat sukar dapat undi di Pahang kerana ahli-ahli tahu jika tiada pemilihan, memang sukar TS Khalid mahu berkunjung ke sini.  Namun, ahli-ahli ada hak buat keputusan.
 
Bagi aku, pilih Saifuddin adalah yang terbaik.  Beliau bukan Wakil Rakyat dan MB.  Beliau boleh tumpukan tugas beliau sepenuh masa sebagai Timbalan Presiden PKR jika beliau terpilih nanti.  
  

Isnin, 14 April 2014

SAIFUDDIN TIMBALAN PRESIDEN, AZMIN LAYAK MENJADI MB SELANGOR

Sebelum ini aku tulis elok pilih Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden PKR.  Kali ini aku nak ulangi memang baik Saifuddin jadi Timbalan Presiden PKR, tetapi aku mahu Azmin terus diberi tempat yang baik iaitu sebagai MB Selangor menggantikan TS Khalid.

Saifuddin boleh bersikap adil dan beliau pakar strategi, berganding pula dengan Rafizi pasti membuatkan PKR lebih berbisa apabila berdepan dengan Umno.  Saifuddin juga lebih intim dengan PAS berbanding Azmin.  Pemimpin utama di dalam PKR mesti intim dengan PAS kerana PAS adalah rakan paling rapat dengan PKR.  Saifuddin tidak dilihat "elit" berbanding Azmin.

Azmin pula boleh dicuba untuk mentadbir Selangor.  PKR akan menjadi lebih kuat di Selangor jika Azmin menjadi MB.  Bukan TS Khalid tidak bagus, tetapi kita mahu Selangor ditadbir oleh orang politik bukan orang bersikap atau banyak bercakap seperti orang korporat.  Sikap kedekut orang Korporat tidak baik untuk parti.  

Aku harap ianya boleh berlaku.  Saifuddin menjadi Timbalan Presiden manakala Azmin menjadi MB Selangor.  Jika Azmin gagal menjadi sekurang-kurangnya sama atau Azmin lebih teruk dari TS Khalid, maka gugurkan saja Azmin.  Mengapa tidak dicuba? 

Jumaat, 4 April 2014

PILIHLAH SAIFUDIN NASUTION UNTUK TIMBALAN PRESIDEN

SAIFUDIN NASUTION untuk Timbalan Presiden.  Aku harap Tian Chua tarik diri bukan kerana beliau tidak bagus tetapi wajar diberi peluang Saifudin dulu.  Tian Chua memang jadi pilihan jika hanya beliau dan Azmin saja yang bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Bagaimana dengan TS Khalid?  Oh...tidak, MB Selangor ini boleh teruskan kerja beliau menjadi MB.  Kita mahu lihat TS Khalid berubah agar tidak menjadikan Selangor seolah-olah syarikat miliknya walaupun untung bertahun-tahun.  Beliau kena sedar beliau naik atas tangga politik dan sokongan politik.  Maka, jadilah MB Selangor sebagai seorang yang bersih, telus, amanah dan ada roh politik.  Jika beliau boleh ubah sikapnya itu, akan datang layaklah TS Khalid diangkat sebagai pemimpin utama di dalam PKR.



Adakah Azmin ini teruk sangat?  Tidak.  Azmin memang setia dengan parti.  Namun kesetiaannya di dalam parti belum tentu boleh menarik sokongan ahli kepadanya.  Ahli-ahli terutamanya di akar umbi bukan hanya mahu melihat pemimpin itu setia kepada parti saja, tetapi mereka mahu lihat pemimpin itu tidak begitu 'setia' dengan kawan-kawan rapatnya saja.  Tidak salah tolong kawan yang layak, tetapi jangan sampai 'import' kawan dari tempat lain masuk ke tempat lain.  Ini menyusahkan orang tempatan.  Calon payung terjun masih ada dalam PKR, dan Azmin ada peranan di situ.

Sikap inilah yang menjatuhkan markah Azmin.  Jika tidak, Azmin tiada masalah untuk jadi Presiden sekalipun.  Kali ini kita cuba Saifudin Nasution.  Saifudin seorang yang tahu membaca politik sekeliling terutamanya taktikal musuh iaitu Umno.  Beliau lama di dalam Umno.  Kentut Umno pun Saifudin boleh kenal.  Orang seperti ini baik untuk diangkat agar lagi cepat Umno masuk lahad.

Mohon undi Saifudin Nasution.

Terdapat ralat dalam alat ini