JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 21 April 2014

TIMBALAN PRESIDEN - SAIFUDDIN BUKAN WAKIL RAKYAT ATAU MB, BELIAU BOLEH TUMPU KEPADA TUGAS

Dengar khabarnya malam ini (Isnin-21/4/2014), Tim dari TS Khalid Ibrahim, MB Selangor yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR akan hadir ke Kuantan iaitu di sebuah hotel di dalam Majlis Makan Malam.  Tentunya ini bukan lawatan kerja atau lawatan rasmi, tetapi kunjungan untuk berkempen di dalam pemilihan parti tidak beberapa lama lagi.

Tidak seperti Saifuddin Nasution yang hanya bertemu ahli-ahli akar umbi di program-program ceramah atau di warung-warung mahupun di rumah seseorang sahaja.  Tidak juga seperti Azmin, penyandang jawatan ini yang gemar mengumpulkan penyokongnya dengan baju seragam bergambar beliau, banner dan ada pengangkutan untuk memunggah para penyokong.
 
Saifuddin Nasution - Pilihan terbaik
Itu semua tidak menyalahi peraturan kempen selagi tiada unsur rasuah atau tawaran kepada ahli-ahli.  Bergantung kepada kemampuan jentera kempen mereka yang bertanding.  Tentunya Saifuddin dilihat paling lekeh di dalam mendekati para penyokongnya.  Maklumlah, beliau bukan Wakil Rakyat, jauh sekali sebagai MB.  Beliau hanya Setiausaha Agung parti saja.
 
Terpulang kepada semua ahli untuk menilai siapa yang patut berada di Kerusi Nombor Dua di dalam PKR.  Ada yang berkata TS Khalid bertanding Timbalan Presiden hanya kerana mahu 'membalas dendam' kepada Azmin yang sering mengganggunya di Selangor.  Azmin pula terpaksa pertahankan jawatannya kerana hasrat beliau untuk bertanding Presiden tidak tercapai kerana kehadiran DS Anwar secara tiba-tiba walaupun dijangka Anwar tidak bertanding lantaran hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah terhadapnya.  Cita-cita Azmin awalnya dikhabarkan adalah untuk menentang DS Wan Azizah.  
 
 
Kini, saingan sengit terpaksa dilalui oleh Azmin,  Pencabar yang paling mengancam beliau adalah Saifuddin bukan TS Khalid.  TS Khalid tidak bersungguh untuk menjadi Timbalan cuma mahu 'mengajar' Azmin sahaja.  Uji pengaruh.  
 
Mengapa Saifuddin dilihat semakin ke hadapan sekarang?  Ini adalah kerana Saifuddin tiada musuh di dalam parti.  Saifuddin tiada kroni.  Saifuddin bukan orang kaya seperti dua tokoh tersebut.  Beliau orang biasa, beliau juga setia dengan parti dan beliau intim dengan PAS, sekutu PKR.  Intim dengan PAS amat baik buat PKR.  Azmin ada sedikit kontroversi dulunya dengan PAS.  Paling teruk, Azmin dikhabarkan penyebab beberapa masalah Kerusi di dalam PRU 13 dulu tidak selesai sehinggakan ada negeri yang di malam penamaan calon pun masih gagal menamakan calon.  Ini kegagalan Azmin paling besar selaku Pengarah JPP.
Sebenarnya masalah Kerusi boleh selesai jika Azmin tidak campurtangan terlalu banyak sehingga mengguris hati beberapa pemimpin di Cabang malahan ada Pengerusi Negeri yang terguris hati dengan Azmin.
 
TS Khalid hadir ke Kuantan malam ini boleh dikatakan sekadar datang makan bersama beberapa ahli di sini.  Tidak lebih dari itu.  TS Khalid amat sukar dapat undi di Pahang kerana ahli-ahli tahu jika tiada pemilihan, memang sukar TS Khalid mahu berkunjung ke sini.  Namun, ahli-ahli ada hak buat keputusan.
 
Bagi aku, pilih Saifuddin adalah yang terbaik.  Beliau bukan Wakil Rakyat dan MB.  Beliau boleh tumpukan tugas beliau sepenuh masa sebagai Timbalan Presiden PKR jika beliau terpilih nanti.  
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan