JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 30 Jun 2009

BLOG SIASAHDAILY LEMBAB?

AKU rasa dan berapa hari nak masuk minggu dah aku dok klik kat Siasahdaily.blogspot kot-kot ada berita terbaru yang dikemaskinikan. Malang sungguh, setiap kali aku klik tajuk dia pasal perlantikan Mat Sabu sebagai Timbalan Pesuruhjaya P.Pinang. Kita dok sibuk bicara pasal pilihanraya kecil Manek Urai, pasal debat dan bermacam-macam isu lagi yang penting untuk rakyat ketahui, tetapi Siasahdaily edisi internet ni ketinggalan jauh.

Yang aku peliknya semasa kempen pemilihan Muktamar Pas baru-baru ni, bukan main lagi Siasahdaily punya berita. Siap berkempen lagi tak habis-habis. Aku tak tahu lah siapa orang kuat kat Siasahdaily ni. Tapi, sebagai orang yang selalu setia dengan Siasahdaily termasuk akhbar Siasah, aku rasa kecewa dengan `kelembapan' yang berlaku. Samada disengajakan atau tidak aku tak tahu. Mustahil tiada berita baru yang boleh disiarkan. Aku cuma nak tegur je kerana sekarang ni terlalu banyak website dan blog-blog bersaing untuk menyampaikan berita terbaik dan terkini. Takkan Siasahdaily mahu ketinggalan kot. /mandor.blogspot.com

MENTERI WANITA NAK TIPU WANITA KELANTAN

Oleh: Mandor Spg Dian

SEORANG Menteri wanita yang kalah di dalam Pilihanraya di tangan `budak mentah' dari PKR di Lembah Pantai bernama Shahrizat datang ke Kelantan untuk berkempen di Manek Urai. Selama ini aku lihat dia seorang tokoh politik yang kurang menyerang membuta tuli parti pembangkang, tetapi semenjak beliau ditabalkan menjadi Ketua Pergerakan Wanita Umno dan dipilih pula menganggotai kabinet Najib walaupun tewas dalam pilihanraya, sikap Shahrizat sudah berubah. Mahu tidak mahu terpaksa mengampu juga Najib kerana mungkin terhutang budi.

Di Kelantan beliau hadir nak bagitau orang-orang Kelantan terutamanya golongan wanita bahawa kaum wanita yang termiskin di negara ini adalah kaum wanita di Kelantan. Masuk akal ke dakwaan Shahrizat ini? Aku tak tahu mengapa Shahrizat berkata demikian. Sudahkah beliau membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang tak masuk akal itu? Paling membuatkan aku rasa Shahrizat ni semakin tidak cerdik ialah apabila dia membandingkan peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Pusat kepada golongan wanita dengan peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada golongan tersebut. Di mana kewajaran perbandingan tersebut dibuat? Samakah perbandingan jika dibuat jumlah pinjaman yang boleh diperolehi daripada bank dengan jumlah yang boleh diperolehi daripada ceti atau Along? Mana boleh disamakan samasekali. Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri sudah tentu mempunyai perbezaan kerana hasil pendapatan antara kedua-duanya pun jauh berbeza. Jadi, kenyataan Shahrizat itu menunjukkan beliau seorang menteri yang kini sedang belajar untuk menipu sebagaimana pemimpin-pemimpin jantan dalam Umno yang lain.

Tahukah saudara, jumlah wanita yang paling suka bekerja terutamanya berniaga dari golongan wanita dan di negara ini adalah wanita Kelantan? Adakah kerana ramainya wanita Kelantan yang berniaga kain, pasar, kedai emas, restoren, warung kopi dan berbagai lagi maka dianggap mereka itu miskin? Jika itu dijadikan ukuran oleh Shahrizat, memang sahih beliau cetek akal. Orang yang miskin adalah mereka yang tidak mempunyai peluang pekerjaan, atau pendapatan tidak mencukupi untuk menanggung keperluan makan, minum dan pakaian sekeluarga. Adakah ini berlaku di kalangan wanita di Kelantan sehingga menjadi wanita termiskin di negara ini? Shahrizat tidak pernah melawat Sabah dan Sarawak kah? Cuba jenguk di kedua-dua negeri tersebut, banci kehidupan wanita-wanita atau keluarga di sana sebelum membuat kenyataan bodoh seperti itu.

Jika hendak berkempen pun jangan sampai menghina wanita di Kelantan. Sekiranya terdapat beberapa orang yang miskin sewajarnya dibantu apatah lagi beliau menteri dari golongan wanita. Bukan datang ke Kelantan untuk memburukkan imej wanita Kelantan. Pada pandangan mata kasar saya, wanita yang paling ramai memiliki banyak barang kemas adalah wanita Kelantan dan jika kita lihat di bandar-bandar besar kebanyakan kedai emas dimiliki oleh anak jati Kelantan yang ramai juga di kalangan wanita. Jika sekadar menganggap wanita Kuala Lumpur, Johor atau Melaka yang bekerja di kota raya sebagai GRO, pelacur atau kerja kilang sudah dianggap kaya, maka Shahrizat sebenarnya terlalu bodoh sebagai menteri.

Apakah Shahrizat sedia berdebat dengan mana-mana pemimpin wanita dari pembangkang tentang isu ini? Sudah tentu tidakkan? Biasalah, Umno hanya berani bercakap dan menuduh tetapi untuk berdepan secara hujah, kecut semuanya. Kalau benar seperti yang Shahrizat katakan bahawa wanita termiskin di negara ini paling ramai adalah di Kelantan, bodoh sangat wanita Kelantan terus memilih Pas untuk memerintah Kelantan sejak beberapa penggal. Ini menunjukkan bahawa wanita di Kelantan cukup terpelihara baik dirinya dan akhlaknya oleh kerajaan Pas Kelantan. Jika ada wanita yang masih tidak terpelihara moral dan akhlaknya, itu adalah kehendak dan pilihan mereka sendiri. Wanita di Kelantan dijaga oleh kerajaan negeri sepenuhnya tidak seperti Shahrizat menjaga rambutnya dengan tudung tetapi tersembul sedikit jambul rambut di hadapan. /mandor.blogspot.com

Isnin, 29 Jun 2009

JANGAN PERCAYA NIK AZIZ - EZAM RAJA SESUMPAH

Oleh: Mandor Spg Dian

AKU lepak kat kedai kopi tadi. Belek paper tajuk besar Jangan Percaya Nik Aziz. Aku tak rasa apa pun pasal aku tau paper jenis apa yang aku belek tadi. Yang aku nak komen ni pasal Ezam raja sesumpah yang telah melutut pada Umno tu. Dulu raja sesumpah ni tak sentuh sangat Pas, beliau sering puji Pas sampaikan beliau pernah kata lebih baik Pas jadi MB di Selangor bukan PKR. Kononnya beliau nak cuba suntik jarum jahatnya tu agar Pas dan PKR berpecah. Tapi, beliau silap. Beliau ingat pemimpin Pas dan PKR macam dia, kemaruk nak cari makan.
Justify Full
Cuba kita perhatikan, semenjak raja sesumpah ni masuk Umno, sasaran utamanya adalah DS Anwar. Semenjak bermula di Permatang Pauh, bukan main lagi beliau memfitnah dan memburukkan DS Anwar bekas tokoh pujaannya dulu. Salakan dan lolongan Ezam di Permatang Pauh jadi bahan ketawa masyarakat di sana dan Ezam terkedu di Permatang Pauh bersama Dato' Nalla. Hati mana tak panas, lepas tu beralih pula ke K.Terengganu. Yang bertanding di K.Terengganu adalah wakil Pas iaitu YB Wahid Endut. Tapi, siang malam Ezam berkempen di sana mengeji DS Anwar. Bukankah bodoh namanya politik sedemikian? Sehinggakan Ezam bersumpah untuk membongkarkan rahsia besar teramat besar DS Anwar. Maka kita pun tunggu apa agaknya rahsia besar tu. Mungkin kita ingat Ezam nak buat pengakuan DS Anwar pernah meliwatnya berkali-kali dengan Dato' Nalla. Tapi, bila saat yang dinantikan, Ezam bawa sehelai dua kertas yang bertulis tangan DS Anwar. Maka, Ezam dengan yakinnya membaca isi kertas tersebut. Amat melucukan, semasa beliau membaca isi kandungan kertas usang tersebut, tiada respon pun dari pendengar. Bahkan mereka pelik, apa rahsianya?
Sekali lagi Ezam terkedu akibat bermain politik dengan DS Anwar. Itu belum DS Anwar melawan lagi. Bukti yang Ezam ada sudah cukup memakan tuan dan memalukan Ezam.

Berlaku pula pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kita ingatkan kot-kot ada pendedahan terbaru dari Ezam. Rupa-rupanya tak ada kerana dah serik kot. Tapi, beliau tetap berkempen atas isu ketuanan Melayu, asas Melayu dan semuanya Melayu. Macamlah dia ingat dia sorang je Melayu dalam dunia ni. Terjelepuk sekali lagi Ezam di kedua-dua tempat tersebut, kecuali di Batang Air yang kita pun memang dah jangka di negeri tersebut memang tempat Umno/Bn bergantung nyawa. Setelah segala usaha untuk memburukkan DS Anwar dan PKR tidak berjaya, kini Ezam beralih arah pula untuk menghentam Pas. Cari penyakit lah Ezam kalau nak bermain senjata dengan Pas. Ibrahim Katak yang lebih berpengalaman dari Ezam tu pun meleleh air hidung bermain dengan Pas ni. Inikan pula budak suruhan Umno.

Ezam kata, jangan percaya cakap Nik Aziz. Betapa takutnya Ezam kalau benar-benar terjadi debat antara Tuan Guru Nik Aziz dengan pemimpin kesayangan dia Najib tu. Dia pun tahu sebenarnya, akan telanjang bulatlah Umno jika berdepan dengan Pas terutamanya membincangkan soal agama. Tiba-tiba saja Ezam kata tiada faedah debat diadakan, sedangkan semasa dia di dalam KeAdilan dulu, hampir setiap ceramahnya dia mencabar pemimpin Umno untuk berdebat. Bila dah masuk Umno, lembik segala sendi yang ada pada Ezam. Lebih melucukan lagi, dia siap tawarkan diri sanggup masuk Pas kalau Pas mendominasi PR. Ada ulasan kat blog tentang hal ini. Baca sini. Wah, memilih masuk parti bila parti dah kuat je ke? Maknanya Ezam ni masuk Umno tak ikhlas kerana Pas tak kuat lagi. Kalau Pas dah kuat, dia sanggup masuk Pas pula. Orang cam ini pun Umno sanggup terima. Biasalah, tiada air kertas tisu pun boleh dibuat mengelap najis kat punggung.

Mahyudin kata buat apa debat. Tengku Adnan Mansor pun kata camtu. Mahathir lagi la, memang terkenal dengan penakutnya. Rais pun sama, kata debat tak berfaedah sedangkan dia pernah ajak Zaid Ibrahim berdebat, tapi bila Zaid kata ok, Rais menyorok bawah ketiak Najib. Kini, Ezam pula kata tak perlu percaya pada Nik Aziz. Maka, 2 x 5 lah puak-puak tu yang sudah tidak ada `jantan' lagi. Kena ingat, kalau dah takut berdebat janganlah gatal mulut kata orang bukan-bukan.

MAHYUDIN HINA PENIAGA IKAN DI MANEK URAI?

Oleh: Mandor Spg Dian

UMNO telah pun mengumumkan calon pilihan mereka untuk di`korban'kan di Manek Urai. Tuan Aziz Tuan Mat seorang CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd adalah `mangsa' seterusnya selepas ini. Difahamkan pada hari pengumuman calon Umno tersebut, suasana amat lembab dan langsung tidak bersemangat seolah-olah Umno bertanding kerana `terpaksa' menunaikan hajat Najib yang telah berjanji Umno/Bn tetap akan bertanding di dalam pilihanraya kecuali atas sebab seperti di Penanti.

Ketika ucapan TPM pada hari pengumuman tersebut, TPM yang juga merupakan Timbalan Presiden Umno yang diharapkan oleh semua lapisan masyarakat terdiri daripada yang kaya, miskin, petani, nelayan termasuk penjaja dan peniaga untuk membela nasib mereka awal-awal lagi `biadap' terhadap rakyat bawahan. Saya amat terasa apabila Mahyudin mengungkapkan kata-kata berikut yang menghina golongan peniaga ikan. “Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi.“

Saya tidak mahu komen banyak, cukup saya hendak memberitahu Mahyudin yang ego dan sombong itu, peniaga ikan yang menjadi calon Pas ini lebih jauh bermaruah dari Ketua Menteri Melaka dan juga Ketua Pemuda Umno yang rasuah itu. Peniaga ikan ini jauh lebih baik dari mereka yang terlibat di dalam pembunuhan Altantuya. Peniaga ikan ini tidak pernah menggadai maruah diri, bangsa, agama, jauh sekali dari menggadai negeri tidak seperti pemimpin Umno Johor yang melihat terkebil-kebil Pulau Batu Putih hilang dirampas Singapura. Bahkan, jika sudi dan berani, ayuh, ke hadapan pemimpin Umno yang cerdik atau CEO itu untuk berdebat dengan peniaga ikan ini. Sudah tentu mereka takut kerana Presiden mereka sendiri kecut perut bila disebut soal berdebat.

Apapun kutukan dan penghinaan Umno terhadap calon Pas seorang peniaga ikan ini, pengundi-pengundi di Manek Urai sudah memasang niat awal-awal lagi untuk `mengkapan'kan Umno untuk kali entah ke berapa. Gunakanlah apa jua jentera yang kamu ada samada sekolah, jabatan-jabatan kerajaan, Polis, tentera dan semua media yang kamu kuasai, nescaya semua itu tidak akan dapat mengalahkan keimanan rakyat Kelantan. Hanya mereka yang rendah moral dan sanggup jadi balaci akan menyokong Umno di Manek Urai. Selamat terkorban, wahai Umno.

Ahad, 28 Jun 2009

MENTERI UMNO KATA JANGAN PERCAYA PADA NIK AZIZ

Oleh: Mandor Spg Dian

BETAPA gentarnya Umno untuk menghadapi Pas secara terbuka. Menteri Umno iaitu ayah kepada peserta AF Dafi, iaitu Sabri Ismail minta agar Najib tidak perlu melayan cabaran Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat. Beliau berkata Mursyidul Am itu tidak boleh dipercayai dan suka putar belit. Melucukan juga bila semua puak-puak pengampu Najib ni nak pertahankan bos mereka. Maklumlah, jika diadakan debat nanti, tidak dapat dibayangkan bagaimana wajah Najib yang putih berbibir merah itu. Tentu bertambah-tambah merah nanti.

Aku tabik kat Sabri kerana beliau prihatin akan nasib yang bakal menimpa atas bosnya itu jika debat diadakan. Jika dahulu DS Anwar cabar Pak Lah dan Najib untuk berdebat dengan beliau seorang tentang isu minyak, kedua-dua pemimpin ini kecut perut. Maka, dihantarnya seorang pak yek yang kebudak-budakan untuk menghadapi Ds Anwar. Seperti dijangka, setiap round pak yek tersebut meleleh air liur di hentam oleh DS Anwar. Takkan kali ini tergamak mereka nak korbankan bos mereka pulak. Saya cuma bimbang, kalau-kalau Najib mewakilkan pula Sabri ni untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz sepertimana yang telah dilakukan kepada Shabery Chik dahulu. Kalau begitu, simpati juga kita pada orang tua artis AF ni.

Aku pun harap-harap tak jadilah Umno untuk sahut cabaran debat tu. Tidak tergamak rasanya asyik melihat Umno dimalukan di khalayak ramai. Sudahlah dalam pilihanraya berkali-kali termalu, takkan dalam debat pun Umno nak kena juga. Harap-harap tak jadilah debat tu.

SI JAHIL MINTA ULAMAK BERTAUBAT

Oleh: Mandor Spg Dian

TERBACA aku di dalam berita tadi yang melaporkan kenyataan TPM Mahyudin Yasin yang minta MB Kelantan Tuan Guru Hj Nik Aziz `minta maaf'' dengan Tuhan. Maksudnya tu dia minta Tuan Guru bertaubatlah tu di atas beberapa kenyataan Tuan Guru sebelum ini. Tuan Guru yang juga Mursyidul Am Pas sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan tentang kesesatan Umno dan ini menyebabkan beberapa pemimpin Umno `terluka' termasuk `kaki jilat' kaki Umno pun melebih-lebih pulak terasa macam Harussani tu.

Sebagai pemimpin nombor dua dalam parti, adalah menjadi kewajipan kepada Mahyudin untuk membela Umno kerana jika tidak, siapa lagi nak membela parti reput itu? Sekali lagi saya ulangi betapa Umno berani setakat itu sahaja sedangkan cabaran untuk berdebat yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz terhadap Najib sampai sekarang tidak berjawab. Tidak cukup dengan Mahyudin, MB Perak yang tidak diiktiraf majoriti ranyat Perak itu pun tidak malu bersuara dengan memohon agar rakyat tidak memperlecehkan Mufti kesayangannya Harussani kerana Harussani bukan orang politik. Tengok, betapa jelas Umno membezakan politik dan agama.

Jika benar Umno ingin mengasingkan agama dengan politik, mengapa pulak dibiarkan Harussani merepek tidak tentu hala tentang isu yang sepatutnya ditangani oleh orang-orang politik? Kalau sudah rasa beliau tu benar, tawarkan saja diri untuk mewakili Umno untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz. Berani ? Tidak usah haraplah sesiapa pun di dalam Umno yang berani berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz kerana Umno sejak dahulu tidak pernah mempamirkan keberanian secara terbuka. Kalau `debat olok-olok' tu adalah Umno buat, itu pun Umno tewas.

Sabtu, 27 Jun 2009

JOM BERTARUH KALAU NAJIB BERANI BERDEBAT

Oleh: Mandor Spg Dian

AKU sikit pun tak percaya bahawa Najib akan berani sahut cabaran Najib untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz. Macamlah citer orang kampong aku si Rais Yatim tu. Dulu bukan main bersungguh-sungguh cabar Zaid Ibrahim debat pasal bagus tak bagusnya Najib jadi PM, tapi bila Zaid sahut cabarannya, si Rais pun sepi dan menyorok kat Bukit Beras kat Jelebu tu.

Inilah standard yang ada pada pemimpin Umno. Mereka berani cakap berdegar-degar kat depan TV dan akhbar saja pasal siapa berani sanggah cakap mereka? Wartawan nak sanggah? Ceh, nak tanya soalan yang panas-panas sikit pun wartawan tu kena pikir 100 kali. Cuba pikirlah, kalau dah menteri yang jaga bahagian penerangan pun takut nak berdebat, PM pun takut nak berdebat, apa lagi lah nak diharapkan dengan Umno ni? Kalau ada yang berani berdebat macam KJ tu, terlibat dengan rasuah politik wang pulak.

Nak tak nak, Umno kena guna juga raja katak yang menumpang teduh di bawah rumah Pas kat Pasir Mas tu. Sebab tu lah aku tengok, seminggu dua ni laku betul raja katak kat TV. Ye lah, cam raja katak selalu sebut, apa nak heran tukar-tukar parti ni kerana parti ni bukan agama. Dia bukan tukar agama, katanya. Gitulah orang kalau dah asingkan politik dengan agama. Nak wat camne, orang jahil. Buat malu orang Serambi Mekah je. Patutnya orang cam raja katak tu tinggal kat Sabah atau Sarawak je baru sesuai.

Kita tunggu je lah, agak-agak Umno ni ada tak lagi tokoh yang betul-betul jantan untuk berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz. Payah-payah sangat suruh je Mufti Perak tu wakili Umno untuk berdebat. Tak pun, suruh la ana-mana pemimpin Wanita Umno atau Puteri Umno untuk wakili jantan-jantan yang ada dalam Umno tu.

UMNO BOLEH MENANG KE?

Tengah sedap aku melepak kat kedai kopi, datang la sorang pak cik tu dok kat aku. Aku pun pelawa dia minum, dia kata ok je. Aku tau dah pak cik ni memang kuat Umno pasal dulu dia pernah ngaku dia ni kuat Umno. Aku masa tu tanya dia, nape tak berubah pilih lain? Dia jawab, nak mampus pilih pembangkang!!

Tu lah sampai sekarang aku cop dah yang dia ni kuat Umno. Puas gak aku kempen kat dia macam-macam tapi dia susah lah main ngan orang tua tak tau mende ni. Balik pada kisah tadi, sambil minum dia senyum kat aku yang tengah belek akhbar Suara Keadilan yang baru aku beli tadi. Dia tanya aku, " Awak rasa Pas boleh menang ke kat Manek Urai?". Aku sambil belek surat khabar tadi aku pun jawab,"Bukan rasa dah pak cik, Pas memang bleh menang punya". Dia senyum kat aku sambil capai rokok suria aku atas meja. Memang jenis orang tua ni mana reti nak mintak izin kat orang, main capai je. "Kenapa awak rasa Pas boleh menang?" dia tanya aku lagi sambil pasang api rokok dari lighter dia. Dalam hati aku berkata," huh...orang tua ni..lighter ada, rokok tak pernahnyer ada..cehh". Aku letak surat khabar tadi dan ambil rokok aku sebatang dan terus pasang api rokok. "Pak Cik, Umno la ni kat mana-mana pun akan kalah.." Itu je aku jawab rengkas sambil belek lagi surat khabar. " Awak jangan cakap besar.." dia cakap perlahan. Aku buat tak dengar je.

Dia hirup air sambil berkata," Aku pelik la nape Nik Aziz tak mahu bersatu dengan Umno? Dia tu Ulamak tapi tolak perpaduan sesama Melayu..." katanya. Aku pandang pandang muka orang tua yang gigi tinggal tiga batang tu. " Memang Tok Guru tak mahu bersatu ngan Melayu jer.., Islam suruh bersatu ngan semua". Jawabku rengkas. Orang tua yang ku panggil Pak Hasan tu menunjukkan muka macam tak puas hati je kat jawapan aku. Aku peduli apa. " Awak tahu tak, kat Malaysia ni Melayu boleh dikatakan semua Islam". Dia berhujah. Aku senyum sket kat dia sambil buang puntung rokok kat tepi longkang kedai kopi tu. "Jadi, Umno nak bersatu dengan Melayu sajalah yer?, soalku untuk menguji dia. Dia angguk kepala sambil berkata," Yer lah, dah Melayu itu Islam", jawabnya. "Jadi, Pak Cik tak tahu ke dah ramai orang bukan Melayu dah masuk Islam sekarang ni? Umno tak mahu bersatu dengan merekah?", tanyaku. " Memang la, tapi bila dia dah masuk Islam tu kira masuk Melayu lah tu...", jawabnya. Aku menggeleng-geleng kepala mendengar jawapan orang tua tersebut. "Patut la yang sokong Umno ni banyak dari orang-orang tua bangang macam Pak Hasan ni", fikirku.

Aku pun mula dah nak naik angin bila orang tua bodoh cam tu berlagak pandai. " Ok lah, aku malas nak citer politik ngan budak-budak hingus cam awak ni, nak beza orang-orang Islam ngan bukan Islam pun tak tahu", katanya sambil bangun menuju ke basikal caboknya. "Patutlah Tok Guru awak cam Nik Aziz tu bercakap menyesatkan orang, ok lah...aku nak balik ni", katanya sambil melemparkan not seringgit kat aku untuk bayar air dia tadi kot. Aku terpinga-pinga je tengok dia blah laju je ngan basikal buruk dia tu. Hatiku terfikir, agak-agaknya susah jugak Pas nak memerintah negara ni kalau majoriti orang-orang Melayu yang tua cam Pak Hasan ni masih hidup. Malas aku nak fikir, aku bangun pergi bayar duit air aku ngan orang tua bodoh tu tadi. Kenalah aku tambah 50 sen lagi pasal air orang tua tu minum dah RM1.50. Tapi takpe, fikirku. InsyaAllah dapat pahala jugak bersedekah kat orang tua walaupun dia bodoh dan jahil.

Jumaat, 26 Jun 2009

SORRY

HARAP MAAF....BLOG DALAM PEMBIKINAN...
Terdapat ralat dalam alat ini