JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 29 Jun 2009

JANGAN PERCAYA NIK AZIZ - EZAM RAJA SESUMPAH

Oleh: Mandor Spg Dian

AKU lepak kat kedai kopi tadi. Belek paper tajuk besar Jangan Percaya Nik Aziz. Aku tak rasa apa pun pasal aku tau paper jenis apa yang aku belek tadi. Yang aku nak komen ni pasal Ezam raja sesumpah yang telah melutut pada Umno tu. Dulu raja sesumpah ni tak sentuh sangat Pas, beliau sering puji Pas sampaikan beliau pernah kata lebih baik Pas jadi MB di Selangor bukan PKR. Kononnya beliau nak cuba suntik jarum jahatnya tu agar Pas dan PKR berpecah. Tapi, beliau silap. Beliau ingat pemimpin Pas dan PKR macam dia, kemaruk nak cari makan.
Justify Full
Cuba kita perhatikan, semenjak raja sesumpah ni masuk Umno, sasaran utamanya adalah DS Anwar. Semenjak bermula di Permatang Pauh, bukan main lagi beliau memfitnah dan memburukkan DS Anwar bekas tokoh pujaannya dulu. Salakan dan lolongan Ezam di Permatang Pauh jadi bahan ketawa masyarakat di sana dan Ezam terkedu di Permatang Pauh bersama Dato' Nalla. Hati mana tak panas, lepas tu beralih pula ke K.Terengganu. Yang bertanding di K.Terengganu adalah wakil Pas iaitu YB Wahid Endut. Tapi, siang malam Ezam berkempen di sana mengeji DS Anwar. Bukankah bodoh namanya politik sedemikian? Sehinggakan Ezam bersumpah untuk membongkarkan rahsia besar teramat besar DS Anwar. Maka kita pun tunggu apa agaknya rahsia besar tu. Mungkin kita ingat Ezam nak buat pengakuan DS Anwar pernah meliwatnya berkali-kali dengan Dato' Nalla. Tapi, bila saat yang dinantikan, Ezam bawa sehelai dua kertas yang bertulis tangan DS Anwar. Maka, Ezam dengan yakinnya membaca isi kertas tersebut. Amat melucukan, semasa beliau membaca isi kandungan kertas usang tersebut, tiada respon pun dari pendengar. Bahkan mereka pelik, apa rahsianya?
Sekali lagi Ezam terkedu akibat bermain politik dengan DS Anwar. Itu belum DS Anwar melawan lagi. Bukti yang Ezam ada sudah cukup memakan tuan dan memalukan Ezam.

Berlaku pula pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kita ingatkan kot-kot ada pendedahan terbaru dari Ezam. Rupa-rupanya tak ada kerana dah serik kot. Tapi, beliau tetap berkempen atas isu ketuanan Melayu, asas Melayu dan semuanya Melayu. Macamlah dia ingat dia sorang je Melayu dalam dunia ni. Terjelepuk sekali lagi Ezam di kedua-dua tempat tersebut, kecuali di Batang Air yang kita pun memang dah jangka di negeri tersebut memang tempat Umno/Bn bergantung nyawa. Setelah segala usaha untuk memburukkan DS Anwar dan PKR tidak berjaya, kini Ezam beralih arah pula untuk menghentam Pas. Cari penyakit lah Ezam kalau nak bermain senjata dengan Pas. Ibrahim Katak yang lebih berpengalaman dari Ezam tu pun meleleh air hidung bermain dengan Pas ni. Inikan pula budak suruhan Umno.

Ezam kata, jangan percaya cakap Nik Aziz. Betapa takutnya Ezam kalau benar-benar terjadi debat antara Tuan Guru Nik Aziz dengan pemimpin kesayangan dia Najib tu. Dia pun tahu sebenarnya, akan telanjang bulatlah Umno jika berdepan dengan Pas terutamanya membincangkan soal agama. Tiba-tiba saja Ezam kata tiada faedah debat diadakan, sedangkan semasa dia di dalam KeAdilan dulu, hampir setiap ceramahnya dia mencabar pemimpin Umno untuk berdebat. Bila dah masuk Umno, lembik segala sendi yang ada pada Ezam. Lebih melucukan lagi, dia siap tawarkan diri sanggup masuk Pas kalau Pas mendominasi PR. Ada ulasan kat blog tentang hal ini. Baca sini. Wah, memilih masuk parti bila parti dah kuat je ke? Maknanya Ezam ni masuk Umno tak ikhlas kerana Pas tak kuat lagi. Kalau Pas dah kuat, dia sanggup masuk Pas pula. Orang cam ini pun Umno sanggup terima. Biasalah, tiada air kertas tisu pun boleh dibuat mengelap najis kat punggung.

Mahyudin kata buat apa debat. Tengku Adnan Mansor pun kata camtu. Mahathir lagi la, memang terkenal dengan penakutnya. Rais pun sama, kata debat tak berfaedah sedangkan dia pernah ajak Zaid Ibrahim berdebat, tapi bila Zaid kata ok, Rais menyorok bawah ketiak Najib. Kini, Ezam pula kata tak perlu percaya pada Nik Aziz. Maka, 2 x 5 lah puak-puak tu yang sudah tidak ada `jantan' lagi. Kena ingat, kalau dah takut berdebat janganlah gatal mulut kata orang bukan-bukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan