JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 31 Oktober 2009

UMNO SUDAH KUAT, TUNGGU APA LAGI, LETAK LAH JAWATAN

Friday, October 30, 2009

Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak agar ADUN Pelabuhan Klang,YB Badrul Hisham Abdullah untuk meletakkan jawatannya sebagai ADUN dengan kadar segera. Ini adalah untuk membolehkan seorang wakil rakyat baru dipilih setelah beliau gagal melaksanakan tugas dan amanah yang diberi rakyat dengan baik, demikian menurut satu kenyataan media daripada Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut.

Menurut kenyataan itu lagi, AMK Selangor amat menghargai ketegasan Dato’ Menteri Besar Selangor,Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dalam isu YB Badrul Hisham di mana ADUN Pelabuhan Klang ini telah gagal menjalankan amanah rakyat yang diberi dan pelbagai masalah dan kerenah yang ditimbulkannya. Tindakan dan ketegasan Menteri Besar Selangor ini jelas mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat adalah amat penting dan terutama daripada kepentingan politik semata-mata.AMK Selangor membuat desakan kuat ini agar ADUN Pelabuhan Klang yang menang dalam Pilihanraya Umum ke-12 menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat apabila mengistiharkan dirinya keluar daripada PKR perlu melepaskan jawatan ADUN tersebut segera. Tindakan beliau tidak melepaskan jawatan ADUN tersebut dan menyokong pembangkang Barisan Nasional di Selangor seolah-olah beliau sudah tidak mempunyai harga dan maruah yang tinggi lagi.

AMK Selangor merasakan tindakan beliau semasa mengistiharkan keluar daripada PKR dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas dengan menyerang kepimpinan tinggi PKR dan kerajaan Selangor, jelas membuktikan agenda perancangan busuk dan keji pihak tertentu untuk menjejaskan keutuhan dan kekuatan Pakatan Rakyat di Selangor. Malahan tindakan beliau seperti ‘kacang lupakan kulit’ yang sebelum ini memenangi jawatan ADUN Pelabuhan Klang menggunakan platform Parti Keadilan Rakyat.

Rakyat keseluruhannya dan pengundi di DUN Pelabuhan Klang sendiri sudah mengetahui segala-galanya berkenaan kegagalan total YB Badrul Hisham dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberi rakyat sejak sekian lama. Malahan kepimpinan parti dan juga negeri sudah beberapa kali memberikan teguran dan nasihat agar melaksanakan tugas dengan baik namun beliau sehingga kini gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat seperti yang diharap-harapkan.

AMK Selangor berpandangan pemimpin yang mendatangkan terlalu banyak bermasalah,karenah dan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan pengundi dalam melaksanakan tugas dan amanah perlu dihumban jauh-jauh daripada menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan. Dengan keluarnya YB Badrul Hisham daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuktikan bahawa Pakatan Rakyat amat mementingkan dan mutu kerja yang cemerlang,bertanggungjawab dan bersih. Tindakan beliau keluar dan menyokong UMNO/BN membuktikan dan menjelaskan lagi itulah wadah politik yang amat sesuai dengan imej kini UMNO/BN yang penuh dan terpalit dengan pelbagai skandal,penyelewengan,rasuah dan jenayah politik.

AMK Selangor yakin bahawa imej positif Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat mendadak pada pandangan rakyat yang berharap pemimpin yang menerajui Selangor adalah kalangan yang bersih,bertanggungjawab dan melaksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan penuh berhemah dan komitmen. Isu ini juga sebenarnya memberikan gambaran bahawa menjelang PRU-13 ini,Pakatan Rakyat akan diwakili oleh pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mempunyai rasa amanah dan integriti yang amat tinggi kepada rakyat untuk memimpin arus perubahan besar negara kelak.

AMK Selangor berpandangan pemimpin yang berhak memimpin perubahan perlu mempunyai jatidiri,integriti dan komitmen yang kuat untuk memimpin rakyat dan perubahan. Pemimpin yang lemah,rasuah,mempunyai pelbagai masalah serta kerenah, tidak mempunyai jatidiri dan perjuangan yang kuat sepatutnya tidak layak untuk bersama-sama dengan arus perjuangan rakyat semuanya.

AMK Selangor melihat pelbagai ‘kemelut politik kecil’ yang disensasikan oleh media yang melanda khususnya Parti Keadilan Rakyat akan mematangkan lagi proses pengalaman politik PKR yang baru berusia 10 tahun. Sebuah parti yang langsung tidak diberi harapan langsung dalam PRU-12 tetapi membuat kejutan dan tsunami politik besar bersama-sama rakan Pakatan Rakyat daripada PAS dan DAP atas semangat dan kesedaran memuncak rakyat.

AMK Selangor berharap agar rakyat terus memberikan keyakinan dan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk terus memimpin dan membawa perubahan. Kejayaan parti baru sepertiDemocratic Parti of Japan (DPJ) yang menumbangkan seteru kuat politik daripada Liberal Democratic Parti (LDP) yang memerintah selama 50 tahun di Jepun membakar semangat dan iltizam baru seluruh rakyat dan pendukung Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya dalam PRU-13 ini.

AMK Selangor menaruh harapan yang amat tinggi bahawa semangat dan dokongan rakyat di Selangor akan terus meningkat kerana terbukti kini bahawa Pakatan Rakyat amat mementingkan individu pemimpin yang mampu menjalankan tugas, amanah, mempunyai integriti dan jatidiri unggul untuk memimpin arus perubahan dan kepimpinan negeri.

Ini jelas berbeza dengan dasar pemilihan kepimpinan UMNO/BN yang akan terus mendambakan pemimpin yang rasuah, menyeleweng kuasa dan penuh dengan pelbagai skandal keji dan jijik. Memang layak YB Badrul Hisham untuk menghuni parti seperti ini yang hanya menunggu masa sahaja untuk karam dan pupus daripada kamus politik negara.

Akhirnya,AMK Selangor mengulangi pendirian tegas mencabar YB Badrul Hisham jika masih mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi untuk segera melepaskan jawatan ADUN Pelabuhan Klang dan bertanding semula atas tiket sendiri dalam pilihanraya kecil yang diadakan kelak.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Nik Aziz puas hati perjalanan mesyuarat

BACHOK - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan Mesyuarat Khas kelmarin walaupun jawatankuasa memutuskan tidak akan mengadakan Muktamar Khas (EGM) seperti yang dicadangkan beliau baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, dengan luahan pendapatnya serta dengan keputusan yang diambil Jawatankuasa Pas Pusat itu, segala gangguan fikiran dan masalah ditimbulkan dari artikel Profesor Dr Abdul Aziz Bari dapat diselesaikan dengan baik.

“Puas hati dah... Mana ada pandangan semua orang terima, ada masa orang terima, ada masa orang tolak, sebab itu dalam artikel saya sebut Nabi Muhammad ditegur oleh Allah.

“Kalau Nabi ditegur jadi pelik apa orang tolak EGM tetapi tukar alternatif dengan menganjurkan seminar,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Bakti Siswa Mesir 2009 di Masjid Kampung Bakong di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mesyuarat Khas Pas yang turut dihadirinya kelmarin yang mengambil ketetapan tidak akan mengadakan Muktamar Khas EGM) sebaliknya mengadakan seminar politik pada 7 November ini.

Nik Abdul Aziz berkata, dalam keadaan kini, dua tiga kerat pemimpin bermasalah’ yang menyebabkan timbulnya konflik dalaman parti perlu insaf dan sedar bahawa perbuatan mereka itu boleh merosakkan parti.

“Dr Aziz Bari menggunakan perkataan `kapten` (ketua) kepada ketiga-tiganya, saya guna perkataan sama. Insya-Allah, orang itu akan terasa, benda apa yang dibuat sehingga ditegur, kita nak muhasabah benda ni,” katanya.

Mengulas mengenai siasatan jawatankuasa disiplin yang akan dilakukan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Nik Aziz berkata, beliau tidak akan mencampuri urusan berkenaan.

“Dia (Dr Hasan) bukan tajuk (perbincangan) saya, tetapi dia memang ditegur. Macam saya juga ditegur, tetapi saya tidak mahu cakap hal peribadi orang lain,” katanya.:

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz berkata, tindakan beliau keluar awal dari mesyuarat tersebut tiada kaitan dengan ketidakpuasaan beliau dengan sesi perjalanan mesyuarat sebaliknya kerana faktor kesihatan./Sinar

Rabu, 28 Oktober 2009

Nik Aziz janji ganjaran jika Kelantan menang Piala Malaysia

28 Oct 2009 4:16PM Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjanji akan memberikan ganjaran jika pasukan Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memberikan sumbangan itu sejajar dengan kejayaan Kelantan dalam sukan bola sepak.

"Saya nak sebut Kerajaan Negeri Kelantan akan memberikan sedikit sumbangan jika kita menang," katanya kepada pemberita selepas majlis sempena Aidilfitri di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Semalam pasukan "The Red Warriors" berjaya menewaskan Perlis 2-0 dalam pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia di sini.

Beliau berkata sebagai komitmen pertama dalam penghargaan kerajaan negeri kepada pasukan Kelantan, beliau sendiri telah memberikan RM5,000 kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa semalam.

Nik Abdul Aziz berkata sebuah stadium dengan keluasan tanah 10 hektar akan dibina di Tunjung, di sini.

"Cumanya kita sedang fikirkan sama ada kita nak bangunkan sendiri ataupun kita akan minta geran daripada kerajaan pusat," katanya.

Nik Aziz melahirkan kekecewaan beliau dengan sikap penonton dan penyokong Kelantan yang melontar mercun serta mengibarkan bendera politik.

Mursyidul Am PAS itu berkata tindakan melontar mercun itu membahayakan orang lain manakala sikap mengibarkan bendera parti politik itu tidak mencerminkan semangat kesukanan sebenar.

"Pergi sahaja tengok bola sudah la.. Kalau hendak pun kita takbir tidak payah buat perkara macam itu," katanya.

Beliau turut meminta pasukan Kelantan memantapkan stamina pemain di dalam perlawanan kerana daripada pemerhatiannya pemain Kelantan mudah terjatuh dan kurang bertenaga./KLpost

Isnin, 26 Oktober 2009

PAS ajak Nik Aziz berdepan

kemaskini 2.54pm Datuk Nik Aziz Nik Mat diundang khas dalam pertemuan dengan jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri bagi membincangkan isu beberapa pemimpin kanan "bermasalah" berhubung idea kerajaan perpaduan.

Mursyidul am PAS, yang juga pesuruhjaya Kelantan, antara lebih kurang 60 pemimpin parti itu yang diundang untuk membahaskan isu tersebut Rabu ini sejak ia timbulkan Jumaat lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata beliau tidak pasti sama ada menteri besar itu - yang paling berkeras dengan isu tersebut - akan turut hadir.

"Beliau (Nik Aziz) hadir sebagai pesuruhjaya dan sebagai jemputan khas kerana kita nak dengar sendiri (mengapa) beliau buat kenyataan begitu.

"Kita berharap tok guru akan hadir," katanya dalam sidang media berhubung isu itu di Kuala Lumpur pagi ini.

Didesak pemberita reaksi selanjutnya jawatankuasa pusat PAS dan pesuruhjaya negeri jika Nik Aziz tidak hadir dalam pertemuan tersebut, Mustafa berkata:

"Tok Guru (Nik Aziz) sudah bercakap dengan Salahudin, dan Salahudin akan menyampaikan dalam mesyuarat.

"Mesyuarat akan menentukan keputusan, mesyuarat pasti akan buat keputusan."

Mengulas cadangan mengadakan muktamar khas seperti desakan Nik Aziz, Mustafa berkata perlembagaan PAS membolehkan satu mesyuarat agung luar biasa diadakan apabila:

- ia dipanggil oleh presiden parti,
- satu pertiga daripada 37 anggota jawatankuasa pusat menulis surat memohon mengadakannya, dan
- satu pertiga kawasan-kawasan PAS menulis untuk berbuat demikian./Malaysiakini

EGM - PAS BINCANG RABU INI

kemaskini 12.34pm

Jawatankuasa pusat PAS dengan barisan pesuruhjaya negeri akan bertemu Rabu ini bagi membincangkan isu yang dibangkitkan oleh mursyidul amnya, termasuk satu muktamar khas.

Lebih kurang 60 pemimpin parti itu, termasuk Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, akan diundang untuk membahaskan isu tersebut.

Dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata beliau tidak pasti sama ada menteri besar itu - yang paling berkeras dengan isu tersebut - akan turut hadir.

Mengulas cadangan mengadakan muktamar khas, kontroversi terbaru yang dilontarkan oleh Nik Aziz minggu lalu, Mustafa berkata perlembagaan PAS membolehkan satu mesyuarat agung luar biasa diadakan apabila:

- ia dipanggil oleh presiden parti,
- satu pertiga daripada 37 anggota jawatankuasa pusat menulis surat memohon mengadakannya, dan
- satu pertiga kawasan-kawasan PAS menulis untuk berbuat demikian.

Menulis di blognya Khamis lepas, Nik Aziz menggesa satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan "beberapa pemimpin bermasalah" kerana masih berpegang kepada idea kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau mengulas analisis politik seorang pensyarah undang-undang Dr Abdul Aziz Bari yang mengaitkan ketewasan teruk PAS di Bagan Pinang baru-baru ini dengan kekalutan, yang melibatkan pemimpin parti itu, dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Di sidang media sama, Mustafa turut menafikan kontroversi terbaru itu satu masalah dalaman parti seperti ditanggap pihak luar, antaranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mustafa juga berkata isu kerajaan perpaduan PAS-Umno "sudah ditutup" dalam muktamar lalu dan kini parti itu sedia bekerjasama dengan dua lagi rakannya dalam Pakatan Rakyat./Malaysiakini

Nizar mohon Sultan Perak tangguh sidang

IPOH – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin membuat permohonan peribadi melalui media kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya menangguhkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, 28 Oktober ini.

Nizar berkata, permohonan dibuat atas alasan Datuk R Ganesan telah melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, perkara 36 (a) (5) kerana didapati menyamar sebagai Speaker DUN.

“Atas kedaulatan undang-undang, maka kita tidak mahu dewan yang mulia ini dipengerusikan oleh seorang pembohong, itulah sebenarnya mahu dikhabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mereka faham bahawa Ganesan ini pengkhianat, persidangan yang beliau panggil itu adalah sidang tidak sah dan kami (Pakatan Rakyat) mahu sidang ini ditangguhkan,” katanya kepada pemberita, di Pejabat Pas negeri, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau juga mengecam tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang sejak dari rampasan kuasa tempoh hari yang didakwanya dalang permainan politik Perak.

Nizar mendakwa, Dr Abdul Rahman juga telah mengarahkan Ganesan dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Khadir menukarkan bentara Dewan dengan samseng UMNO seramai 15 orang.

“Sumber ini kami peroleh dari orang dalaman mereka juga dan kami mengharap sangat supaya pihak polis memastikan keselamatan kami wakil semasa sidang DUN nanti.”

“Hakikatnya Zambry tidak ada kuasa sebaliknya beliau hanyalah boneka kepada Setiausaha Kerajaan Negeri termasuklah Ganesan,” katanya./Sinar

Ahad, 25 Oktober 2009

ISU MUKTAMAR KHAS- HARAKAHDAILY BERLAKU TIDAK ADIL?

Oleh: Mandor

AGAK hairan juga aku dengan Harakahdaily ni. Berita Mursyidul Am PAS untuk mengadakan Muktamar Khas tidak dilaporkan sehinggakan media lain lebih awal melaporkannya. Berita PAS Kelantan menyokong agar Muktamar Khas diadakan juga tidak dilaporkan. Tetapi, yang dilaporkannya adalah Pemuda PAS P.Pinang menolak Muktamar Khas tersebut sedangkan PAS Kelantan lebih awal menyatakan pendiriannya sebelum Pemuda PAS P.Pinang. Apa maksudnya itu?

Harakahdaily jangan cuba nak jadi media pencacai seperti Utusan Meloya dan TV 3. Jika ada sebarang berita yang berlaitan dengan pimpinan PAS, siarkanlah untuk dibaca dan dinilai oleh ahli-ahli mereka. Jika merasakan isu itu sensitif dan merugikan PAS, jangan siarkan mana-mana berita dari mana-mana pemimpin tentang isu tersebut. Itu baru adil. Mengapa perlu pilih kasih dalam menyiarkan berita? Siapa di belakang Harakahdaily? Jawab sendirilah.

SUDAH TAHU PEMUDA UMNO MEMANG PENAKUT, MENGAPA DICABAR?

Pemuda Umno Perak takut berdebat
Nazri Abdullah & Hafiz Sabri
Sat | Oct 24, 09
IPOH, 24 Okt: Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak menyifatkan Pemuda Umno negeri itu pengecut dan penakut ekoran tidak mahu pula untuk berdebat.

Mereka sebelum ini telah mengemukakan cabaran debat kepada Pemuda PAS negeri itu atas tajuk mencari kebenaran siapa benar siapa salah dalam insiden sidang DUN Perak 7 Mei lalu.

Cabaran yang disiar akhbar Sinar Harian edisi perak pada 22 Oktober lalu juga turut meminta DDP Perak menunjukkan bukti benarkah Adun BN bertindak merampas kerusi Speaker dari V.Sivakumar.

Mereka juga menuntut supaya DPP membuktikan adakah benar dakwaan bahawa Pakatan rakyat di pihak benar dan BN di pihak salah.

Namun, apabila DPP ingin menghantar surat menyahut cabaran itu semalam, Pemuda Umno pula didakwa mengelak dan tidak mahu untuk berdebat.

ImageDPP Perak diketuai ketua penerangannya Mohd Akmal Kamarudin semalam telah pergi ke pejabat Pemuda Umno bagi menyerahkan surat menyahut cabaran debat tersebut.

Namun rombongan mereka dihalang oleh petugas pemuda Umno di tengah jalan 50 meter dari pagar bangnunan Umno Perak.

Petugas Pemuda Umno itu hanya memberitahu mereka telah diarahkan oleh ketua mereka untuk tidak menerima surat tersebut.

Surat tersebut antara lain memaklumkan DPP Perak bersedia pada bila-bila masa dan di mana sahaja untuk berdebat secara intelektual berhubung isu tersebut.

Image"Mengapa pemuda umno berdolak dalih, bukankah pemuda umno cabar supaya kami tunjukkan bukti, tapi bila kami nak tunjukkan bukti mengapa pemuda umno tak berani berdepan," kata Akmal.

"Apakah pemuda umno Perak tiada sebarang hujah sehingga menyebabkan mereka tidak berani berdepan dengan pemuda PAS Perak?" soalnya./Harakahdaily

Sabtu, 24 Oktober 2009

Aku kenai siapa Mustafa Ali

Oct 24th, 2009

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

Aku bukan orang Terengganu yang pernah duduk bawah ketika Mustafa Ali. Tapi aku kenai dia sebab aku pernah kerja di Harakah. Organ parti yang sebenarnya dianak tirikan oleh PAS. Siapa Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah? Mustafa Ali la…sapa lagi!

Sebenarnya, PAS memang tak layak mentadbir negara ni sorang diri…sebab apa? Sebab ciri-ciri unggul kepimpinan Islam yang PAS dok lagang sana sini, masih tak dipraktikkan oleh kebanyakan pemimpin PAS sendiri. Toksah cerita la kisah Umar Abd Aziz…ramai lagi yang tak reti jaga akhlak sebagai pemimpin dalam PAS. Bahkan…dengan perangai huduh mereka, maka aku yakin menjadi punca Allah SWT tahan kemenangan untuk PAS dan tarik balik Terengganu. Dan aku yakin, PAS Kelantan mampu bertahan hingga kini pun, sebab TGNA masih dok ada lagi…dia adalah punca datangnya pertolongan daripada Allah SWT. Aku takut sangat jika dia dah tak ada…

Aku pernah kerja kat Harakah…makan tahun jugak la. Masa tu, kami kakitangan Harakah memang berbulu habis dengan perangai Cikgu Pa. Siapa tak percaya, pergi Harakah…temuramah la orang lama…Ust Masyhudi, Abu Hanifah dan ramai lagi. Zul Sulong pun pernah kena bahana dengan Cikgu Pa. Lutfi pun tahu…jangan kata aku karang sendiri story ni…pi la…depa dok bernyawa lagi tu…

Untuk makluman, PAS mempunyai beberapa buah syarikat bagi menerbitkan bahan-bahan bercetak yang menjadi media PAS. Ini kisah dulu la…sekarang mana aku tahu. Kisah ini era 1990-an. Jika nak tahu, selain Harakah…ada beberapa buah anak syarikat yang dimiliki oleh PAS, yang aku ingat PMSB dan Dewan Muslimat Sdn Bhd. Semuanya memfokuskan kepada pengeluaran bahan bercetak – akhbar Harakah, majalah Muslimah (dah kantoi dah…), majalah Tamadun (pinjam permit Muttaqin Amaludin) dan sebuah majalah budak-budak…tak silap aku nama dia Mari Membaca. Ada la lagi beberapa bisnes lain…aku tak payah habaq…

Aku nak bagi tau, masa tu Kelantan ‘dah bagi cuti dua hari seminggu kepada kakitangan kerajaan negeri, kami kat Harakah dan anak-anak syarikat…hampeh!!! Aku cuma nak tanya, awat cikgu Pa ketegaq sangat tak nak bagi cuti kat kami seperti mana Kelantan…sepatutntya piawailah…kan PAS tu satu, la ni..PAS for All…ceh!!! Jangan harap la…Tu aku baru bagi satu contoh. Aku tak sentuh lagi bab gaji, kemudahan kakitangan parti, kemudahan rawatan dan sebagainya…he….ngeri beb!!!

Sebab tu aku kata, selagi Cikgu Pa ni ‘tak dibetulkan’ (kot suka hangpa la nak tafsir kot mana…nak buang ka, nak disiplinkan ka…) maka…PAS payah nak betul. Nak betul macam mana, sebab di dah kontrol Hj Hadi. Dulu, zaman almarhum Datuk Fadzil Noor, dia cuba kontrol jugak, tapi orang tua tu pemikiran dia lain…dia lebih open minded dan mungkin akrabnya hubungan Datuk Fadzil dengan DSAI memberikan satu kesan lain dalam approachnya yang akhirnya memberikan kebaikan kepada PAS sendiri.

Ingat! Aku takkan lupa betapa Cikgu Pa dan gengnya di Lembaga Pengarah Harakah khususnya Dato’ Hisham, menjadikan Harakah macam mak bapak depa yang punya. Harakah untung berganda…isu DSAI akhir 1990-an melonjak jualan Harakah…sampai dicetak beratus ribu naskah. Kami dapat apa? Letih ada la…

Siapa-siapa tak percaya, aku nasihatkan pergi cari Zul Sulong…temuramah dia, bukak kes dia kena saman pasai artikel Dr Chandra Muzaffar…dan apa yang Harakah bantu dia? Siapa yang kena dan siapa yang terlepas…Cikgu Pa terlepas…dia yang kena…amik!!! Jika tidak, ada pembaca kata aku karang cerita…hei…aku pun tau dosa pahala jugak!

Apa hangpa jangan tak tau, kronisme pun wujud jugak dalam Harakah. Aku masih ingat Cikgu Pa bawak masuk anak lelaki dia ke dalam Harakah…nama apa aku dah lupa. Alasannya untuk bantu mantapkan pengurusanlah, itulah…inilah…cis…awat tak buat open interview…cari candidate yang really talented…bila Umno tak buat open tender beli kapai selam…bising…cis!!! Ni yang aku kata, CAKAP TAK SAMA BIKIN!

Banyak la lagi…tapi aku dah malas nak ingat. Jika aku terjumpa staff Harakah atau mana-mana anak syarikat dia, sampai la ni masalah masih sama. Kebajikan kakitangan masih corot…gaji masih ciput…so, engkorang bayang sendiri la…cara PAS layan warga kerja sendiri…pas tu kecoh pasai Negara Berkebajikan! Woi…Mustafa Ali…it’s enough…bila TGNA dah bersuara…baru hang tahu langit tinggi ka rendah!

P/s: Ha tengok…artikel aku kali ini, langsung tak sentuh Hasan Ali…puas hati kome?/Perakexpress.com

Jumaat, 23 Oktober 2009

KADIR BEKAS WARTAWAN BUSUK?

Thursday, October 22, 2009

OKT 22 — Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat tak nampak.

Itulah yang saya tahu mengenai A. Kadir Jasin, seorang wartawan dan pengarang terkenal yang berkhidmat penuh setia di bawah rejim Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu. Secara peribadi, saya tak pernah kenal mesra dengan Kadir. Oleh itu saya hairan mengapa dalam blognya dia telah begitu bersungguh sungguh melemparkan tuduhan liar tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab terhadap kebenaran. Malah saya tak pernah bertemu dengan mana-mana wartawan atau pengarang yang begitu hitam kesumatnya sehingga sanggup memfitnah orang lain seperti Kadir ini.

Dalam blognya, dia menggelar saya Hurricane Hattie, satu watak kartun tahun 60an yang suka mengacau orang lain. Saya ini dianggap oleh Kadir sebagai pengacau dalam Umno dan kini pengacau dalam PKR. Dia kata dia tidak berniat jahat tetapi setiap ayat yang ditulisnya berbau busuk dan jahat. Dia kata saya ini kaya-raya kerana Umno. Tuduhan ini sebiji sama dengan tuduhan “boss” Kadir, iaitu Dr Mahathir. Dia tuduh kononnya saya kaya setelah Umno diharamkan. Saya kononnya menjadi orang perantaraan dalam penyelewangan harta Umno tersebut. Jadi dari situlah harta Umno hilang dan orang seperti saya menjadi kaya-raya. MasyaAllah!

Selalunya orang yang berlatarbelakang kewartawanan seperti Kadir sepatutnya membuat penyelidikan dahulu supaya semua fakta lengkap dan tepat bagi memastikan tulisannya adil dan seimbang. Saya boleh menerima tuduhan asalkan ada fakta dan maklumat yang tepat. Tapi nampaknya Kadir tidak pernah berubah sikapnya sebagai budak suruhan. Sejak zaman dulu, kewartawanan yang dibawanya memang propaganda basi dan bohong semata-mata. Sebagaimana yang diajar kepada budak-budak wartawannya, cara tulisan Kadir hanya mahu ajak ramai orang merasa benci kepada saya. Walaupun apa yang ditulis itu adalah fitnah dan tidak berasas.

Kadir patut sedar bahawa propaganda murahan zaman dia berkuasa di New Straits Times sudah tak laku lagi. Lebih baik bagi Kadir jika dia menyatakan apa yang benar. Ramai orang tahu Kadir baik dengan Tun Daim Zainuddin, iaitu Bendahari Umno pada masa itu. Sudah tentu rapat juga hubungannya dengan Presiden Umno Baru Dr Mahathir. Begitu juga dengan orang kaya Umno Tan Sri Halim Saad. Peguam Negara pada masa itu pula ialah Tan Sri Abu Talib yang bertanggungjawab kepada pejabat Official Assignee tahu ke mana harta Umno pergi; semua mereka ini masih hidup. Biarlah mereka yang mendedahkan penyelewengan ini.

Berilah fakta dengan tepat bagaimana, jika benar, saya “meraih” harta tersebut. Sebenarnya orang seperti Kadir tak ada apa-apa selain dari membuat tuduhan liar. Seperti yang saya terangkan dalam buku saya “Saya Pun Melayu” saya tidak pernah menjadi orang kanan Umno dan rapat dengan pemimpin tertinggi Umno. Saya tak sampai taraf Kadir yang berselisih bahu dengan pucuk pimpinan Umno waktu Dr Mahathir hebat dulu. Saya bukan peguam korporat Umno. Yang jadi peguam korporat Umno masa itu adalah Rashid & Lee, termasuklah Ketua Hakim Negara yang ada sekarang. Saya hanya buat seketika menjadi peguam kepada UEM dalam kes penswastaan Lebuh Raya Utara Selatan. Saya tidak pernah terlibat dalam apa -apa “corporate deals” berhubung Halim atau sesiapa pun. Ini semua telah saya jelaskan dalam buku saya tanpa berselindung.

Orang macam Kadir ini masih ramai dalam pimpinan Umno. Mereka tahu apa yang sebenar berlaku. Malah ramai pula yang dapat habuan dari Umno. Agaknya mereka rasa bersalah dan cuba nak palit dengan orang lain pula. Bila mereka rasa besar diri dan sedar ramai ahli biasa Umno tidak mengetahui banyak hal-hal dalaman, mudah bagi mereka membuat tuduhan terhadap orang seperti saya untuk melindungi penyamun yang sebenar. Pada zaman Kadir bermaharajalela sebagai pengarang untuk media milik Umno, saya hanyalah ahli Umno biasa. Jadi dia rasa mudah untuk membuat tuduhan palsu supaya orang benci saya. Mungkin bila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Malaysia, kita akan tahu cerita sebenar; bukan sekadar macam mana harta Umno hilang tetapi juga mengapa Umno diharamkan atau dimatikan. Malah mungkin juga terbongkar rahsia siapa penyamun sebenar.

Agaknya boss-boss Kadir takut saya berjaya dalam usaha kecil saya untuk merapatkan parti-parti pembangkang sebagai satu wadah kukuh serta mempunyai dasar bersama untuk melawan Barisan Nasional. Jadi wartawan pencen pun digunakan untuk memburuk-burukkan peribadi orang. Golongan ini tahu jika satu dasar bersama dijayakan oleh Pakatan, banyak masalah dalaman akan selesai dan Pakatan akan bersiap sedia untuk menggantikan BN sebagai pilihan rakyat.

InsyaAllah, jika rakyat memberi mandat, kerajaan pusat Pakatan Rakyat akan memberikan kebebasan kepada semua media untuk memilih pengarang yang benar-benar jujur, ikhlas dan berani dalam profesion mereka di kalangan wartawan sebenar. Ini akan memastikan tidak ada lagi “political assassins” seperti Kadir yang hanya tahu menembak curi orang-orang yang berjuang demi rakyat dan demokrasi.

Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan Umno yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk./wrlr.blogspot

GANESAN SPEAKER HARAM - DR AZIZ BARI

Aziz Bari: Hujah BN pertahan Speaker haram Ganesan tunggang-langgang
Posted on Thursday, October 22

Oleh NYZA AYOB

www.malaysiabebas.com

KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Barisan Nasional (BN) cuba menegakkan benang basah apabila memberikan pelbagai hujah Dato' R. Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri(Dun) Perak yang sah.

Lebih malang lagi katanya mahkamah mengesahkan tindak tanduk BN menjadikan kuasa mahkamah itu juga agak 'tunggang langgang'.



"Sewaktu Speaker Sivakumar menggantung Dato' Zambry Abdul Kader dahulu, BN menyatakan mahkamah boleh campur tangan dalam isu tersebut. Tetapi apabila timbul isu R. Ganesan ini, pihak mahkamah mengatakan tidak boleh campur tangan isu ini.

"Jadi, mana satu yang betul? Mahkamah mengatakan boleh campur tangan apabila hanya boleh memenangkan BN. Kita tidak mahu mengatakan BN berat sebelah tetapi itulah perkara yang berlaku. Sebenarnya apa yang betul ialah mahkamah tidak boleh campur tangan,"katanya sewaktu dihubungi Harakah.

Jelas Aziz, tidak ada satu masa pun menununjukkan berlaku kekosongan Speaker Dun Perak. Malah katanya, tidakan mengusung keluar Sivakumar tidak menandakan Speaker Dun Perak itu tidak sah. Situasi ini menegaskan lagi pelantikan Ganesan adalah tidak sah.

"Ketidaksahan itu berkait-kait daripada istana, daripada SUK dan daripada polis kerana masalah pencerobohan sewaktu sidang Dun dan Speaker Sivakumar diangkat keluar oleh pegawai polis.

"Daripada segi tindakan pihak polis yang menceroboh, tindakan itu memang tidak boleh dan polis telah melakukan jenayah. Dan daripada sudut lain, apakah perkara yang boleh menyatakan Ganesan sah sebagai Speaker sedangkan daripada awal lagi beliau tidak sah sebagai Speaker. Ini kerana pelantikan sebagai Speaker harus dibuat melalui pemilihan,"katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz turut menegaskan Ganesan juga telah melanggar undang-undang kerana masih mengamalkan karier guamannya sewaktu 'dilantik' sebagai Speaker.

"Sudahlah dia melanggar undang-undang, pelantikannya juga tidak sah. Dalam erti kata lain Ganesan ini memang bukan Speaker Dun Perak. Dan Sivakumar masih Speaker yang sah.

"Oleh kerana beliau dihalang daripada melaksanakan tugasnya, sama ada di bawah pokok atau di hotel, persidangan tersebut tetap sah. Malah prosiding mahkamah juga pernah diadakan di dalam hospital dan ia tetap sah,"tegasnya.

Abdul Aziz menjelaskan, walau di mana sidang Dun Perak akan diadakan pada 28 Oktober nanti, ia tetap sah diadakan.

Khamis, 22 Oktober 2009

Tian Chua dihukum 6 bulan penjara, denda RM3,000

Tian Chua dihukum 6 bulan penjara, denda RM3,000
Hafiz Yatim
Okt 22, 09
10:58am

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu.

Sebelum ini, Majistret Mohd Faizi Che Abu mendapat Tian Chua bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Katanya, beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.

Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap.

Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit.

Mohd Faizi juga berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan.

Katanya, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua.

Dalam reaksinya, Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.

Katanya, ia tidak membuktikan bahawa kejadian menggigit itu berlaku.

Tian Chua mendakwa hukuman tersebut adalah untuk menghilangkan kelayakannya sebagai ahli parlimen.

"Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat dan hukuman tersebut tidak akan menjejaskan agenda untuk perubahan dan pembaharuan," katanya.

Tian Chua, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Pada 18 Mei, Mohd Faizi mengarahkan Tian membela diri selepas majistret itu memutuskan bahawa pihak pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen Batu itu.

Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal.

Tian ditahan sewaktu Bersih mengadakan protes membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun./Malaysiakini


Rabu, 21 Oktober 2009

Lagi keagungan Allah, sejadah berdiri lagi



Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya

21 Oct 2009 11:10AM
WARGA SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. / Bernama

Selasa, 20 Oktober 2009

PEMUDA UMNO TERLALU TAKUT BAYANGAN DS ANWAR

Sekat Anwar jadi PM, Khairy tak matang - Shamsul Iskandar
Posted on Monday, October 19 @ 09:59:10 PDT by Paktam

Ikrar yang dilaungkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk menyekat kemaraan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri (PM) menunjukkan pemimpin pelapis Umno itu tidak matang.



Sebagai pemimpin pelapis yang akan menentukan kesejahteraan negara, Khairy sewajarnya memikirkan agenda yang lebih penting seperti membanteras rasuah, dan membebaskan institusi kehakiman.

"Namun, nampaknya Pemuda Umno hari ini hanya mementingkan soal kebimbangan mereka terhadap survival Umno, tanpa memikirkan usaha atau agenda untuk merubah kepincangan yang dilakukan Umno selama memerintah negara," selar Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin, kepada Harakah.

Tegas beliau, Pemuda Umno seharusnya berdiri di atas agenda yang lebih besar dan penting, berbanding isu menyekat Anwar menjadi PM kerana soal memilih pemimpin ini akan kembali kepada sistem demokrasi.

Jelas Shamsul, sekiranya rakyat memilih Pakatan Rakyat sebagai parti memerintah pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, soal ikrar Pemuda Umno untuk menyekat kemaraan Anwar tidak relevan lagi.

Justeru, kata beliau apa yang dilakukan Pemuda Umno, khususnya Khairy adalah strategi beliau untuk popular dan mencari publisiti.

Malah, katanya AMK berterima kasih kepada Pemuda Umno kerana menjadikan Anwar sebagai satu ikon atau tokoh yang relevan sehinggakan sentiasa 'takut' dengan bayang-bayang Anwar.

"Setiap kali perhimpunan Umno, nama Anwar akan disebut-sebut di bibir pemimpin Umno. Mereka bimbang dengan ketokohan Anwar sebenarnya. Sindrom Anwarisme menular di kalangan mereka hingga menyebabkan mereka lupa agenda yang lebih besar yang perlu dilakukan untuk kepentingan negara," tegas beliau./Detikdaily

Isnin, 19 Oktober 2009

UMNO PERAK TAKUT APA ? SERAH STADIUM PADA PR PULA

MAKA, hebohlah media menyebut bahawa sememangnya rakyat Perak suka pada Bn memerintah Perak. Dalilnya, stadium penuh bila Najib datang merasmikan himpunan 1 Malaysia baru-baru ini kat stadium Perak baru-baru ni. Kita nak tanya, semenjak bila orang tak datang ramai bila Najib datang? Semua dah tahu siapa yang datang ramai-ramai tu dan sebab apa mereka `terpaksa' datang. Media pun tahu sebenarnya, cuma biasalah nak cari makan.

Jika rasa nak puas hati dan adil, cuba serah pula kepada PR untuk gunakan stadium tersebut dan kita saksikan siapa yang datang dan berapa ramai pula yang datang. Tak perlu lah nak paksa-paksa kakitangan kerajaan ke, budak-budak sekolah ke atau disediakan bas percuma seperti mereka telah buat. Kita lihat mana lebih dapat sambutan. Bukankah Najib pernah cakap, jangan berdemontrasi dan kerajaan sanggup beri stadium jika hendak berhimpun. Tetapi, baru-baru ini bila PR Perak mohon stadium, mereka semua jadi pengecut. Memang Umno itu pengecut.

Umno tidak akan berubah dan berani untuk menerima kenyataan bahawa rakyat Perak tidak suka kepada mereka. Umno berkuasa di Perak bukan melalui peti undi tetapi melalui lompatan sang katak yang hina. Maknanya, katak lebih berkuasa dari manusia di Perak. Berani ke Umno mengistiharkan pilihanraya di Perak? Jauh panggang dari api. Kalau mereka berani berbuat demikian, maknanya itu bukan Umno lah. Takut apanya untuk berdepan dengan rakyat kalau dah percaya sambutan rakyat kat stadium tu membuktikan rakyat kini menyokong Umno? Ini jelas membuktikan bahawa Umno sebenarnya tidak yakin bahawa mereka telaJustify Fullh mendapat sokongan rakyat jelata di Perak.

Tidak ada cara lain, PR mesti terus berjuang untuk membela nasib rakyat di Perak. Jangan biarkan rakyat Perak terus dipermainkan oleh Umno. Berusahalah dengan apa cara sekali pun asalkan demokrasi tulen terlaksana di Perak. Selamat berjuang untuk kuburkan Umno./Mandor.blogspot.com

Selasa, 13 Oktober 2009

UNDI POS - PEMUDA PAS CABAR MB N.SEMBILAN BERDEBAT

Pertikai Undi Pos: Suhaizan cabar Mohamad Hassan berdebat
Nazri Abdullah
Tue | Oct 13, 09 | 3:52:27 pm MYT
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat hari ini mencabar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berdebat dalam isu manipulasi undi pos.

Cabaran debat itu berikutan kenyataan Mohamad Hassan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan semalam yang mendakwa pemimpin PAS tidak boleh menerima kekalahan pada pilihan raya Bagan Pinang dan menyalahkan sistem undi pos.

Pengerusi Jawatankuasa Khas berkaitan Undi Pos DPP, Suhaizan Kayat membuat cabaran debat tersebut melalui blognya http://kentong-suhaizan.blogspot.com menamakan dirinya sebagai wakil PAS dan mencabar Mohamad Hassan atau Pemuda Umno mewakili parti pemerintah itu.

Manakala tajuk yang dicadangkannya adalah "Ruang Manipulasi Dalam Pengurusan Undi Pos Di Malaysia".

Image"Atas nama Pemuda PAS Pusat saya mencabar Pengerusi Badan Perhubunan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan atau mana-mana pihak dalam Umno terutamanya Pemuda Umno untuk berdebat dengan saya di bawah tajuk, "Ruang Manipulasi Dalam Pengurusan Undi Pos Di Malaysia,"tulisan di laman blognya dipetik.

Mohammad Hassan dalam kenyataannya sebelum ini memadankan pribahasa berbunyi 'tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket' kepada pemimpin PAS kerana didakwa menyalahkan undi Pos sebagai faktor kekalahan pada PRK Bagan Pinang.

Peribahasa Melayu itu juga menghampiri maksud tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri dan menyandarkan kesalahan kepada yang lain.

Mengulas kenyataan itu, Suhaizan berkata, PAS menerima kekalahan tersebut dan akur kepada kelemahan lain, namun yakin sistem undi pos yang dimanipulasi antara yang jelas menyumbang kepada kekalahan mereka.

Beliau turut mendakwa mempunyai asas yang kukuh untuk membuktikan wujudnya ruang penyelewengan undi pos yang diamal pada waktu ini.

"Pas menerima kekalahan yang berlaku di Bagan Pinang yang mungkin berpunca daripada bebarapa kelemahan yang berlaku, tetapi PAS tidak menafikan wujudkan sistem yang lemah dan mudah dimanipulasi pihak tertentu dalam perlaksanaan undi POS.

"Saya boleh senaraikan satu persatu ruang-ruang manipulasi yang ada dalam undi pos," tulisnya yang juga Ketua Penerangan DPP.

PRK Bagan Pinang menyaksikan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar tewas kepada calon BN Tan Sri Mohd Isa dengan jumlah majoriti sebanyak 5,435 undi.

Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly, Pesuruhanjaya PAS Negeri, mendapat 2,578 undi.

Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi oleh BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Ekoran kemenangan itu, kepimpinan BN mendakwa parti itu kini sudah mula diterima kembali oleh rakyat selepas ditolak pada Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu dan tujuh siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Manakala PAS mendakwa mereka mempunyai bukti kekalahan mereka adalah berpunca sistem undi pos yang tidak telus.

Dakwaan PAS itu bagaimanapun dikecam Umno BN, sehingga menuduh PAS tidak dapat menerima kekalahan.

Ekoran itu, DPP hari ini mencabar pihak Umno BN untuk berdebat bagi membuktikan kebenaran berkenaan wujudnya manipulasi undi pos seperti yang didakwa. _/Harakahdaily

MALANG SUNGGUH, MEREKA TERPILIH RASUAH

Antara maruah dan rasuah, pengundi terpilih rasuah - Dr Lo' Lo'
Harakahdaily
Mon | Oct 12, 09
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah.

"Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian ketika mengulas keputusan pengundi Bagan Pinang yang memberikan kemenangan besar kepada calon Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad semalam.

Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.

Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

Image Mengulas lanjut, Lo' Lo' percaya, keputusan pengundi Bagan Pinang ini bukanlah mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia.

"Malah kita tetap yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia masih menolak rasuah demi menjaga maruah negara," katanya.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan pilihyan raya semalam sebagai 'Umno menang tetapi kalah dalam melawan rasuah'.

Calon PAS, Zulkefly pula berkata, beliau menerima keputusan pengundi dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan undi kepada beliau.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS, Salahudin Ayub pula berkata, pihaknya akan terus menekankan agar sistem undi pos diperbaiki dan yakin ada perkara tidak kena dalam pilihan raya ini./Harakahdaily

TUBUH SURUHANJAYA BEBAS, MENGAPA TAKUT? - DS ANWAR

Anwar desak SPRM siasat Musa, pemimpin BN

BANGI - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan semua pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menyimpan aset atau harta yang melampau.

Penasihat Parti keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, arahan Musa agar siasatan dijalankan terhadap simpanan ‘master account’ beliau yang didakwa berjumlah RM3 bilion adalah semata-mata bermotifkan dendam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, Musa sengaja mencari peluang untuk membalas terhadap apa saja siasatan berat yang dikenakan.

“Beliau (Musa) tidak boleh menjadikan perkara ini sebagai dendam peribadi dan sepatutnya beliau juga perlu disiasat oleh SPRM kerana sebelum ini terlibat dengan banyak kontrak,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri majlis Public Talk 'Islam in Africa' di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di sini, semalam.

Ditanya mengenai gesaan beliau mahu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan bagi menyiasat aset pemimpin BN, disangkal oleh pemimpin UMNO, Anwar berkata, ia membuktikan mereka terlibat dengan gejala rasuah.

“Kalau mereka tidak takut, kenapa tolak cadangan supaya Suruhanjaya Bebas ditubuhkan,” katanya./Sinar

Isnin, 12 Oktober 2009

PENYAKIT PAS DI SELANGOR FAKTOR PAS KALAH?

Umno tidak perlu berubah
Harakahdaily
Sun | Oct 11, 09
ANALISA

Selepas kemenangan besar di Bagan Pinang, Umno nampaknya tidak perlu berubah kerana sudah di terima rakyat.

Di pihak Pakatan Rakyat dan PAS pula, mereka perlu kembali ke bilik mesyuarat untuk mengenalpasti apa berlaku dalam pilihan raya kecil itu.

Ini kerana, harapan untuk menang atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti di kubu Umno ini gagal dilaksanakan.

Sehingga analisa ini ditulis, calon BN, Tan Sri Isa Samad telah mendahului calon PAS dengan lebih 5,000 undi. Ini belum termasuk undi pos lagi.

Sebelum keputusan diperolehi lagi, ada yang sudah menyalahkan sikap para pemimpin PAS dalam jentera kempen di Bagan Pinang. Antaranya mengenepikan rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP.

Namun, keputusan di Bagan Pinang ini sudah tentu ada kebaikannya.

Sebagaimana yang dikempenkan, dengan kemenangan ini, Umno sudah pasti akan kekal dengan apa yang ada padanya dan tidak akan berubah.

Image(Gambar: Isa no 1, PAS nombor 2)

Ini kerana, keputusan ini bermakna, Umno diterima rakyat, pemimpin rasuah tidak menjadi masalah, kesalahan politik wang bukan bermakna rasuah dan sebagainya.

Untuk itu, rakyat seluruh negara perlu terima apa yang telah diputuskan oleh penduduk Bagan Pinang bahawa pemimpin rasuah tidak jadi masalah kerana yang diperlukan rakyat adalah perkhidmatan mereka.

"Kalau pemimpin ini memberikan khidmat yang baik, apa salahnya mereka rasuah," mungkin ini mesej yang hendak dihantarkan oleh pengundi Bagan Pinang.

Dengan kemenangan ini, para media BN esok akan melaporkan, PAS kalah teruk, kemaraan Pakatan Rakyat telah berjaya disekat setakat Selangor sahaja dan sebagainya.

Menjelang keputusan ini diperolehi, seorang rakan Cina dari Port Dickson memaklumkan, orang Cina tidak mahu undi PAS kali ini kerana marah dengan apa yang berlaku di Selangor.

Mereka tidak puashati dengan beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor. Sejauh manakah benarnya maklumat akan diketahui apabila analisa keputusan penuh pilihan raya ini diperolehi nanti.

Pendek kata, jentera PAS perlu mengkaji sepenuhnya senario yang berlaku di seluruh negara sematang-matangnya bagi menghadapi pilihan raya ke 13 nanti. _/Harakahdaily

Ahad, 11 Oktober 2009

TERKINI JAM 3.30 PTG - MASIH HANGAT DI BAGAN PINANG

Polis larang pamer logo parti
Okt 11, 09 8:12am
>>> Lihat GALERI FOTO

3.30pm Seramai 5,892 atau 65 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 3 petang ini - dua jam sebelum pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ditutup pada jam 5 petang.

Kadar peratusan tersebut dijangka menyukarkan pencapaian sasaran 80 peratus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

2.53pm Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan mengejut berhubung pemakaian lambang-lambang parti di badan para penyokong di luar lapan pusat pembuangan undi.

Atas arahan suruhanjaya itu, polis mengarahkan semua petugas dan penyokong PAS serta BN menanggalkan sebarang simbol - termasuk pada pakaian seperti topi atau jaket.

Penggunaan kipas tangan dan payung yang bersimbolkan parti bertanding juga dilarang.

2.24pm Seramai 5,371 pemilih, atau 59.2 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga pukul 2 petang - tiga jam sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup.

2.15pm Wakil calon PAS, Ramli Ismail, membuat aduan polis tengah malam tadi, mendakwa 70 kertas undi untuk pemilih pos yang tidak membuang undi diserahkan pihak tentera.

Jumlah kertas ini - yang dicurigai oleh PAS - sepatutnya disimpan di pejabat pegawai pengurus pilihan raya DUN Bagan Pinang, katanya kepada Malaysiakini.

1.33pm Seramai 4,905 pemilih, atau 54.1 peratus, di Bagan Pinang membuat penentuan antara calon BN atau PAS sehingga jam 1 tengah hari ini dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

1.27pm Pasukan peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Taman Desa Sirusa semalam menjelang hari pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang satu bentuk provokasi BN, lapor media rasmi parti itu Harakahdaily.

Isu tiga keping duit RM100 yang bernombor siri sama telah diadukan kepada polis.

12.54pm Lapan pusat pembuangan undi di DUN Bagan Pinang mulai lengang menjelang tengah hari, dipercayai penyokong dan pemilih berehat makan tengah hari.

12.25pm Seramai 4,220 pemilih, atau 46.5 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 12 tengah hari ini dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

12.10pm: Beberapa penyokong parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dilaporkan ditahan selepas berlaku satu pergaduhan di luar SK Teluk Kemang.

11.35am Insiden membaling batu dan botol air mineral berlaku di pusat pengundian di SK Teluk Kemang pada kira-kira jam 11.20 tadi. Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal dan meredakan keadaan antara penyokong BN dan PAS.

11.20am Sebanyak 35.7 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 11 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

11am Calon BN, Tan Sri Isa Samad beredar dari Sekolah Bradwall di tengah laungan 'rasuah' oleh pemimpin PAS.

Isa berkata, peluang untuk beliau menang adalah cerah.

Ketika menemui seorang pengundi India, Isa berkata: "Jangan lupa dacing".

10.20am Seramai 2,168 atau 23.9 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 10 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

10.15am Calon BN, Tan Sri Isa Samad tiba di Ladang Siliau dan berjalan sejauh kira-kira 150 meter dari jalan utama ke pusat pengundian. Penyokong PAS di situ mula melaung menyindirnya berhubung isu politik wang.

10.10am Keadaan pusat pengundian di SK Panglima Adnan riuh rendah dengan penyokong BN dan PAS melaung antara satu sama lain. Kira-kira 5,000 orang berhimpun di situ. Beberapa penyokong sebuah parti kelihatan membaling botol air mineral melintasi jalan ke arah tempat penyokong PAS berhimpun.

9.30am Calon PAS, Zulkefly Mohd Omar tiba di SK Panglima Adnan, dengan diiringi ahli-ahli parti itu yang memakai baju dengan logo PAS. Beliau yakin mampu menang dan menggesa pengundi supaya keluar mengundi.

Sebelum itu, proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula sebaik sahaja pusat-pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini.

Hujan turun awal pagi tetapi berhenti sejurus selepas jam 8 pagi. Bagaimanapun, hujan renyai turun semula kira-kira 40 minit kemudiannya.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Pengundi pos telah selesai membuang undi dua hari lalu, manakala pengundi biasa seramai 9,060 orang, akan membuat pilihan mereka hari ini di lapan pusat pengundian yang melibatkan 18 saluran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan kira-kira 80 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Sabtu meminta petugas BN supaya menanggalkan jaket dan menutup payung mereka yang mempunyai logo parti.

Menurutnya, tempoh kempen tamat tengah malam tadi, maka tiada lagi bahan kempen seperti baju dan payung boleh digunakan hari ini.

Pilihan raya DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.

Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya dari BN, Azman Mohammad Noor, pada 4 September lalu. Azman mengekalkan kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Polis telah menasihatkan pengundi khususnya supaya mematuhi arahan anggota pasukan itu bagi memastikan kelancaran lalu lintas, yang dijangka sesak berikutan kehadiran pelawat yang berkunjung ke pantai peranginan di situ pada hujung minggu.

Pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang dan diikuti dengan pengiraan undi di kesemua lapan pusat mengundi terbabit.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan MPPD dan keputusannya
dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

8.51am Sekumpulan Pemuda Umno melaung kepada Pemuda PAS, sesiapa yang mahu arak, pergi ke Selangor.

8.50am
Hujan renyai-renyai mulai turun di Teluk Kemang.

840am Hujan turun renyai-renyai semula di pusat mengundi SJK (T) ladang siliau.

8:25am Kira-kira 150 penyokong PAS berkumpul di luar sekolah kebangsaan Teluk Kemang untuk merayu undi. Beberapa orang pemandu kereta menunjukkan "tanda bagus" kepada penyokong PAS, dan penyokong membalas dengan laungan "Allahu Akbar".

8.20am Pemuda Kg Bagan Pinang menjerit "Anwar Rasuah" "Take Beer" dan "bapa rasuah". Ia sebagai membalas laungan penyokong PAS yang melaungkan "BN Rasuah". Kedua-dua penyokong melaung "Allahu Akhbar".

Kira-kira 100 penyokong PAS dan BN berkumpul di SJK (T) Ladang Siliau. Polis memantau keadaan. Langit kelihatan cerah, selepas hujan gerimis di sebelah pagi berhenti.

Kira-kira 100 penyokong PAS berhimpun di luar SK Telok Kemang dalam usaha terakhir merayu undi. Beberapa kereta yang lalu di situ membunyikan hon dan menunjukkan tanda sokongan. Penyokong PAS membalas balik dengan laungan 'Allahu Akhbar'.

8.05am Penyokong-penyokong PAS berdoa di luar pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ladang Siliau dalam Pekan Siliau.

8.00am Pengundian di Bagan Pinang bermula. Kira-kira 300 penyokong BN dan Pakatan Rakyat berkumpul di sepanjang jalan di pusat mengundi di Kg Bagan Pinang. Hujan yang turun sebentar tadi menyebabkan, ramai penyokong membuka payung masing-masing.

7.25am Polis mulai membuat sekatan di beberapa kawasan.

7.17am Hujan mulai turun seperti hari penamaan calon. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata ramalan cuaca hari ini dijangka hujan disebelah pagi, tidak seperti dua hari sebelum ini yang kelihatan cerah. /Malaysiakini

UNDI POS MEMIHAK PAS WALAU MASIH DISANGSIKAN

PAS dakwa undi pos untuknya memberangsangkan
Jimadie Shah Othman
Okt 11, 09
11:36am

Suruhanjaya Pilihan Raya (Malaysia) mengira undi pos di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mulai kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Bendahari PAS Negeri Sembilan, Md Nor Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya tidak dapat menjangkakan sokongan yang bakal diterima dari anggota pasukan keselematan yang mula membuang undi pada 8 Oktober lalu.

Bagaimanapun, tambahnya, "ia (undi pos) lebih kepada kita" dan "nampak memberangsangkan".

Sementara itu, mengulas perjalanan pilihan raya kecil DUN itu, Md Nor berkata, setakat ini peratusan keluar mengundi agak perlahan ekoran keadaan cuaca yang kurang baik.

"Hujan pun baru berhenti. Lepas ini kita jangkan akan lebih ramai keluar. Mungkin lebih ramai daripada peratusan yang lalu," tambahnya.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Apabila pengundian pos di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) berakhir Kelmarin, seramai 1,807 daripada 1,877 anggota tentera yang layak mengundi, telah mengundi.

Selebihnya, termasuk 2,694 lagi merupakan pengundi pos yang tinggal di luar kem, serta 31 anggota polis dan dua pengundi yang berada di luar negara./Malaysiakini

Perkembangan semasa proses pengundian PRK Bagan Pinang


Dzulfikar Mashoor, Hazayani Zakaria & Nazri Abdullah

Sun | Oct 11, 09
11:50 : Pasukan Peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Tmn. Desa Sirusa semalam adalah provokasi Umno BN.

Image Tiga keping duit RM100 tersebut didakwa mempunyai nombor siri yang sama.

Pasukan peguam tersebut bagaimanapun telahpun membuat laporan polis.

11:40 : SPR memaklumkan 35.7% sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi. Meraka mensasarkan jumlah peratusan mencecah 80 peratus petang ini.

Image11:30 : Seorang peraih undi Umno, yang mahu dikenali sebagai Pak Mat Motor yang datang dari Rembau mendakwa dirinya ditipu agen Tan Sri Isa kerana masih belum mendapat bayaran RM 300 seperti dijanjikan.

11:15 : Salahuddin ketika ditemui memberitahu, sehingga kini Polis belum membuat maklum balas berhubung laporannya semalam yang mendakwa wujud sammseng di kalangan Komando Umno.

11:00 : Muhyidin dilihat meninggalkan sekolah tersebut 10 minit kemudian.

10:50 : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin tiba di Sek. Keb. Si Rusa. Penyokong Pakatan Rakyat melaungkan 'rasuah, rasuah...' tidak berhenti henti.

ImageKetua Penyokong Pakatan, Dr. Hatta Ramli yang juga ada di sini memberitahu, keadaan penyokong kedua-dua parti terkawal biarpunusaha meraih sokongan kian agresif.

10:40 : Calon PAS kini sedang melawat di Sek. Keb. Si Rusa

Image 10:30 : Sehingga jam 10 pagi, SPR mengumumkan sebanyak 23.09% atau seramai 2168 orang sudah keluar mengundi.

10:15 : Pengerusi SPR memaklumkan 11.03% telah keluar mengundi iaitu seramai 1,076 orang sehingga jam 9 pagi tadi.

Image10:10 : Pergaduhan hampir tercetus apabila satu objek keras dipercayai batu dibaling ke kelompok penyokong pakatan rakyat di Sek. Ren. Panglima Adnan.

" Tanggal sahaja kopiah puteh engkau setan, Zulkefly calon luar, kami nak Isa," antara laungan kedengaran.

9:50 : Perang mulut antara kedua dua penyokong semakin hangat. Mereka masing masing tidak mempedulikan hujan lebat yang kembali turun.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Operasi PAS, Dr. Dzulkifli Ahmad menafikan dakwaan media arus perdana yang mendakwa penyokong PAS memukul pemandu kepada Ketua Polis Port Dickson.

Image9:40 : Calon Pakatan Rakyat tiba di Sek. Ren. Panglima Adnan. Mengiringi beliau adalah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa.

Mereka turut bertemu penyokong dan menasihatkan supaya menjaga ketenteraman dan mengelak dari provokasi pihak lawan.

"Kita pun nak menang majoriti besar di Bagan Pinang, tapi kita tolak budaya samseng," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok.

9:25 : Hujan mulai reda seketika, pengundi mula memenuhi pusat pusat mengundi.

9:20 : Pengerusi SPR dilihat melawat tempat mengudi

9:00 : SPR menyediakan payung bagi membawa pengundi masuk ke bilik mengundi.

Image 8:45 : Hujan lebat mulai turun di sini, bagaimanapun penyokong ada yang tidak berganjak dan masih berdiri di tepi jalan mengibar bendera.

Image 8:10 : Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Manek Urai, Ustaz Fauzi Abdullah juga kelihatan tiba bersama beberapa pemimpin PAS lain.

Image 8:00 : Salidah Binti Kansan, 65, Pengundi OKU pertama ditolak masuk oleh pegawai SPR untuk membuang undi di sini.

Image 7:40 : Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim dilihat tiba di sini memantau suasana pilihanraya.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Zailah Yusuf

Image 7:30 : Kelihatan para penyokong parti masing-masing memenuhi tepi jalan 50 meter dari pintu ke sekolah tersebut.

Mereka memakai pakaian parti masing-masing dan membawa bendera saling membalas sorakan.

Beberapa anggota keselamatan turut dilihat mengawal keadaan.

7:20 am: Kelihatan pengundi mula beratur di barung rasmi Suruhanjaya Pilihan raya SPR di pusat pembuangan undi Sek. Keb. Panglima Adnan.

Image Sekolah ini juga dijangka menjadi tempat lawatan sulung calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar. _/Harakahdaily

Sabtu, 10 Oktober 2009

BILA MUHYIDDIN BERSUARA, CONFIRM DIA JAHIL

Kontroversi SMS Jihad: Muhyiddin dedah kejahilan dirinya tentang agama
Posted on Saturday, October 10

Kejahilan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin terserlah apabila menganggap istilah 'jihad' semata-mata untuk berperang.Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan, jihad fisabilillah dalam sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantarnya itu tidak bermaksud untuk berperang sebagaimana yang didakwa oleh Muhyiddin.

"Jika dalam SMS itu saya menyebut 'jihadul kital' barulah ia bermaksud berperang, tetapi saya menyebut 'jihad fisabilillah' iaitu jihad di jalan Allah.
"Jadi apabila dia (Muhyiddin) anggap itu 'perang', dia menunjuk kejahilan dialah. Janganlah disebabkan kejahilan dia, maka hendak ajak seluruh rakyat jahil seperti dia," tegas beliau ketika dihubungi.

Sebelum ini, Ustaz Nasruddin menghantar SMS kepada semua Pemuda PAS ekoran ada kenyataan Pemuda Umno akan menghantar 4,000 ahlinya yang dilatih ala komando untuk melakukan kekerasan sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar.

Sehubungan itu, Muhyiddin pula dilaporkan berkata "mengapa mereka kata jihad sedangkan jihad itu adalah perang. Saya yakin mereka lakukan perkara itu kerana PAS semakin terdesak dan semakin tertekan".

SMS yang menimbulkan salah faham itu dihantar oleh Ustaz Nasruddin berbunyi: "Keadaan semakin kritikal. Ramai ahli kita dipukul dan terbaru malam ini Markaz Pemuda PAS Pusat di Bagan Pinang diceroboh dan petugas dihalau keluar. Demi Allah dengan nama jihad fisabilillah saya sebagai ketua mengerahkan pemuda PAS turun ke Bagan Pinang."

Ustaz Nasruddin menjelaskan, Islam mempunyai banyak makna 'jihad' antaranya jihad ilmu (jihadul ilmi) dan jihad harta (jihadul mal) dan sebagainya.

Oleh itu, katanya jihad fisabilillah yang dimaksudnya adalah perjuangan di atas nama agama sebagaimana perjuangan PAS berasaskan agama sejak dahulu lagi.

"Kenyataan Muhyiddin itu, satu dakwaan yang jahat, yang mengatakan saya melancarkan jihad fisabilillah untuk melakukan kekecauan," sangkalnya.

Ustaz Nasruddin berkata, jihad yang dimaksudkan beliau itu sebagai motivasi untuk anggota parti yang memperjuangkan Islam turun berjuang kerana perjuangan mereka adalah ibadah.

"Tampal poster, wang ringgit yang mereka laburkan untuk datang ke Bagan Pinang, merayu undi, kawalan, termasuk mengedar risalah oleh petugas PAS adalah ibadah yang termasuk dalam jihad fisabilillah," jelas beliau./Detikdaily

GEMPUR 10 OKT 09 BERSAMA ANWAR BUAT UMNO KECUT


SABTU 10 OKTOBER 2009

1) 5.30 – 6.30 PTG – BERSAMA MASYARAKAT ESTET

LOKASI – PEKAN SILIAU

TURUT BERSAMA –

YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM

YB DATUK KAMARUL BAHRIN ABBAS

YBHG DATUK SS SUBRAMANIAM

YB RAVI

YB S MANIKUMAR

YBHG ZULKEFLY MOHAMAD OMAR (CALON)

——–

2) 7.00 – 8.30 MALAM – SOLAT DAN KULIAH MAGRIB

LOKASI – SURAU BATU LAPAN, PD (MASJID LAMA) (UBAH)

———-

3) 9.00 – 12.00 MLM – CERAMAH PERDANA

LOKASI – NO 44, DESA RUSA 1, TAMAN DESA RUSA

BATU 4, JALAN PANTAI, TELUK KEMANG, PD

(RUMAH YUSOF NGAH)

PENCERAMAH –

YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

YBHG MOHAMAD SABU

YB FAUZIAH SALLEH

YB DATUK KAMARUL BAHRIN ABBAS

YBHG ZULKEFLY MOHAMAD OMAR (CALON)

——-

4) 9.00 – 12.00 MLM – GRAND FINALE

LOKASI – MARKAS BESAR DAP, BATU 9, JALAN PANTAI, PD (UBAH)

PENCERAMAH –

YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

YB SAIFUDDIN NASUTION

YB ANTHONY LOKE

YB SALAHUDIN AYUB

SDR ZULKEFLY MOHAMAD OMAR (CALON)

——-

Sumber: Anwaribrahimblog

PENGUNDI BAGAN PINANG BENCIKAN PERASUAH

Bagan Pinang: Kebangkitan rakyat menentang rasuah
Abdul Aziz Mustafa
Sat | Oct 10, 09
BAGAN PINANG, 10 Sept: Para pengundi khususnya pengundi-pengundi muda di Bagan Pinang diyakini akan menjadikan hari pengundian dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang esok sebagai hari kebangkitan rakyat menentang rasuah, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Saya yakin sepenuhnya para pengundi Bagan Pinang akan menjadikan hari pengundian esok untuk melancarkan gelombang ketiga rakyat negara ini yang cintakan demokrasi dan pemerintahan yang bersih dari rasuah.

"Gelombang pertama dicetuskan dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007 lalu, gelombang kedua dicetuskan dalam perhimpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos lalu dan hari pengundian di Bagan Pinang esok adalah pelancaran gelombang ketiga kebangkitan rakyat, kalai ini menentang rasuah," katanya.

Pengarah jentera pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut yakin rakyat Bagan Pinang mahu membuktikan bahawa rakyat Malaysia khususnya pengundi di Bagan Pinang masih mempunyai integriti dan harga diri kepada seluruh dunia yang memberikan perhatian dan liputan kepada keputusan pilihan raya itu.

"Saya yakin mereka tidak mahu diri mereka dituduh memilih calon dari Umno yang disebut sebagai parti perasuah oleh bekas presiden parti itu sendiri, (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)," kata beliau.

Dr Mahathir berkata, imej Umno akan terjejas jika Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Isa sudah didapati bersalah (terlibat dalam politik wang), kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini," kata beliau.

Mengambilkira kenyataan Dr Mahathir itu, Salahuddin yakin majoriti rakyat Bagan Pinang bukan dari jenis yang tidak mengambil berat isu rasuah dan sanggup merelakan diri mereka dianggap tidak serius memerangi politik wang.

Beliau yakin, rakyat Bagan Pinang tidak lagi percaya kepada Umno dalam usaha menyelamatkan negara ini dari rasuah.

"Bukan sahaja Isa mereka calonkan di Bagan Pinang sebagai calon BN, (Datuk Seri Mohd) Ali Rustam yang dihukum kerana kesalahan yang sama mereka kekalkan sebagai Ketua Menteri Malaka dan lantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, malah presiden mereka (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menghalalkan pula politik wang di sisi undang-undang negara.

"Jika mereka menghalalkan politik wang yang merupakan amalan rasuah di sisi undang-undang negara, rakyat tidak boleh menaruh harapan lagi kepada Umno untuk rasuah.

"Rakyat Bagan Pinanglah yang bertanggungjawab melancarkan gelombang kebangkitan rakyat menentang rasuah pada hari pengundian esok," katanya.

Salahuddin juga menolak "dakwaan karut" kononnya Umno memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu.

"Lihatlah sendiri tanah rezab Melayu seluas 20 ekar di dalam kawasan DUN Bagan Pinang ini yang terlepas kepada kroni dari tangan orang Melayu ketika Isa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan", katanya.

Tanah tersebut terletak di Batu 6, Telok Kemang berhadapan bilik gerakan Barisan Naional (BN) bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang di mana terletaknya Marina Bay Resort kini.

"Bukan setakat itu, tanah rizab Melayu diambil bagi tujuan ternakan babi. Tidak cukup dengan itu para penternak babi di Bukit Pelanduk pula akhirnya mengadu ditipu apabila tanah berharga RM18,000, antaranya dibeli dari Kumpulan Guthrie, hendak dijual kepada mereka dengan harga RM160,000.

"Di Telok Kemang ini, tanah hutan simpan malah hutan simpan kekal telah dihadiahkan kepada kroni. Tanah dasar laut pun dijual. Pulau pun dijual dengan lautnya sekali. Kita ada laporan bertulis mengenai perkara itu," katanya.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu bukan sahaja bukti pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu malah kepada seluruh rakyat Malaysia. _/Harakahdaily

RM3 Billion: UMNO Tak Berani Sambut Cabaran Anwar !!

Friday, October 9, 2009

Maka bermula lagi..satu putaran tuduhan, taburan fitnah, malah membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim.

Kerana ketandusan isu, maka diungkitkan semula kenyataan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid, kononnya Anwar mempunyai dana haram RM3 billion.

Dakwaan itu bukan baru. Ia lahir pada bibit-bibit awal Anwar dipecat oleh Mahathir Mohamad pada tahun 1998 dan sebahagian daripada perancangan halus untuk mengaibkan Anwar di mata rakyat, selain daripada tuduhan liwat.

Namun tuduhan yang dibuat oleh Murad Khalid itu begitu cetek, tanpa bukti dan tidak mampu bertahan jika diuji kesahihannya di mahkamah.

Oleh kerana itu

Murad cepat-cepat menarik balik kenyataan bersumpah itu dan tuduhan berkenaan terbenam begitu sahaja…sehinggalah ia diungkit semula oleh Khairy Jamaluddin dan konco-konconya. .

Hakikat bahawa ia tiba-tiba timbul menjelang pilihanraya kecil Bagan Pinang Ahad ini bukan satu kebetulan. Ia tidak lebih daripada modal politik murahan Umno untuk menimbulkan kesangsian terhadap kewibawaan Anwar.

Namun rakyat berdepan dakwaan itu dengan persoalan mudah – jika Anwar melakukan sebarang salah laku, pecah amanah, rasuah atau sebagainya – bagaimanakah Umno boleh membiarkan beliau terlepas begitu sahaja sekian lama.

Tentunya Anwar telah disiasat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. RM3 billion bukan sedikit dan bukan sukar dikesan, biarpun di simpan di luar negara .

Hakikatnya ialah, sehingga hari ini, lebih 10 tahun sejak dipecat kerana dianggap “melawan” Mahathir, pihak berkenaan gagal membawa sebarang bukti yang boleh mensabitkan Anwar dengan tuduhan menyalahgunakan wang rakyat.

Tuduhan “rasuah” yang dibawa terhadap Anwar pada tahun 1998 membabitkan campurtangan berhubung siasatan polis tuduhan seksual dan BUKAN kewangan.

Rasanya tidak perlu diulas latar belakang dan kredibiliti tuduhan seksual terhadap Anwar itu.
Hakikatnya ialah, jika wujud bukti mengenai wang gelap RM3 bilion, pastinya Anwar masih terperosok di penjara … dan,pihak yang paling gembira jika ia berlaku ialah Umno sendiri.
Hakikatnya juga ialah segala rekod Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri (1993-1998) dan lebih penting lagi sebagai Menteri Kewangan (1990-1998 ) tentunya telah diperinci dengan “kanta pembesar” oleh polis dan SPRM (dulunya BPR).
Memandangkan Anwar adalah musuh politik utama Umno sekian lama, adakah rakyat harus percaya bahawa polis di bawah telunjuk Mahathir dan kepemimpinan Umno yang mewarisi kekejaman beliau tidak akan menyiasat Anwar ‘hingga ke lubang cacing”?

Namun INIlah yang cuba dilakukan oleh ahli-ahli politik seperti Khairy, konco-konconya seperti Lokman Adam dan Nallakarupan dengan mengungkit semula tuduhan lapuk berfitnah.
Yang mendukacitakan ialah Khairy sendiri tidak mempunyai kesungguhan moral atau pun keberanian untuk membuat laporan polis terhadap Anwar berhubung dakwaan RM3 bilion itu.
Tugas itu diserahkan kepada Bekas Ketua Pemuda MIC S.Vigneswaran.

Apakah dividen politik yang diharapkan oleh “pemimpin-pemimpin” kerdil seperti Khairy apabila menimbulkan semua tuduhan lapuk yang tidak berasas terhadap Anwar?
Tentunya faktor pendorong ialah pilihanraya kecil Bagan Pinang Ahad ini dan keperluan meraih sokongan pengundi dengan merosakkan kredibiliti Ketua Pembangkang. .
Tetapi lebih menjengkelkan ialah sikap akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan The Star yang sekali lagi memperbesar-besarkan tuduhan Abdul Murad itu tanpa memberikan fakta sepenuhnya berhubung kenyataan bersumpah itu.

Sekali lagi Khairy Jamaluddin dan konco-konconya menjadikan politik murahan melontar tuduhan kosong sebagai pegangan hidup, atas anggapan apa yang diucapkan mereka akan ditelan bulat-bulat oleh rakyat.

Untuk rekod disiarkan petikan kenyataan Anwar sejurus selepas Murad membuat tuduhan yang kini digunakan sebagai modal politik Khairy Jamaluddin. Kenyataan ini disiarkan pada 7 November 1999.

“Merujuk kepada Akuan Berkanun tersebut, saya ulangi cabaran kepada Dato Seri Dr. Mahathir dan Kerajaan Barisan Nasional supaya segera menubuhkan Badan Siasatan Bebas menyiasat tuduhan tersebut. Siasatan tersebut seharusnya mencakup persoalan rasuah, penyalahgunaan kuasa yang mengaitkan semua pemimpin tanpa kecuali termasuk Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad dan Tun Daim Zainuddin.

Semua kekayaan terkumpul di dalam dan luar negeri; semua kelulusan saham, kontrak, lesen, penswastaan kepada keluarga, sanak saudara dan kroni perlu disiasat teliti dan rapi. Pihak saya bukan sahaja mengalu-alukan siasatan tetapi akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Badan tersebut. Janganlah berdalih lagi. Tubuh segera Badan tersebut. Rakyat berhak mengetahui keadaan sebenarnya. Mana pemimpin yang berpura-pura menjadi jaguh tetapi memunggah khazanah negara untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni akan diketahui juga akhirnya.”

Untuk makluman, Umno-BN sehingga sekarang belum bersedia menubuhkan Badan Siasatan Bebas sedemikian, dan tidak ada tanda-tanda ia akan menyahut cabaran Anwar buat masa terdekat ini.

Mungkin Khairy boleh menjadikan fakta ini sebagai modal politik baru pada pilihanraya seterusnya? Sekadar cadangan.

Sumber tvantara
Terdapat ralat dalam alat ini