MAKA, hebohlah media menyebut bahawa sememangnya rakyat Perak suka pada Bn memerintah Perak. Dalilnya, stadium penuh bila Najib datang merasmikan himpunan 1 Malaysia baru-baru ini kat stadium Perak baru-baru ni. Kita nak tanya, semenjak bila orang tak datang ramai bila Najib datang? Semua dah tahu siapa yang datang ramai-ramai tu dan sebab apa mereka `terpaksa' datang. Media pun tahu sebenarnya, cuma biasalah nak cari makan.
Jika rasa nak puas hati dan adil, cuba serah pula kepada PR untuk gunakan stadium tersebut dan kita saksikan siapa yang datang dan berapa ramai pula yang datang. Tak perlu lah nak paksa-paksa kakitangan kerajaan ke, budak-budak sekolah ke atau disediakan bas percuma seperti mereka telah buat. Kita lihat mana lebih dapat sambutan. Bukankah Najib pernah cakap, jangan berdemontrasi dan kerajaan sanggup beri stadium jika hendak berhimpun. Tetapi, baru-baru ini bila PR Perak mohon stadium, mereka semua jadi pengecut. Memang Umno itu pengecut.
Umno tidak akan berubah dan berani untuk menerima kenyataan bahawa rakyat Perak tidak suka kepada mereka. Umno berkuasa di Perak bukan melalui peti undi tetapi melalui lompatan sang katak yang hina. Maknanya, katak lebih berkuasa dari manusia di Perak. Berani ke Umno mengistiharkan pilihanraya di Perak? Jauh panggang dari api. Kalau mereka berani berbuat demikian, maknanya itu bukan Umno lah. Takut apanya untuk berdepan dengan rakyat kalau dah percaya sambutan rakyat kat stadium tu membuktikan rakyat kini menyokong Umno? Ini jelas membuktikan bahawa Umno sebenarnya tidak yakin bahawa mereka telah mendapat sokongan rakyat jelata di Perak.
Tidak ada cara lain, PR mesti terus berjuang untuk membela nasib rakyat di Perak. Jangan biarkan rakyat Perak terus dipermainkan oleh Umno. Berusahalah dengan apa cara sekali pun asalkan demokrasi tulen terlaksana di Perak. Selamat berjuang untuk kuburkan Umno./Mandor.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan