JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 4 Disember 2014

AKU YAKIN PAS TIADA UG, TETAPI BILA SEBUT UG MENGAPA HANG YANG TERSEDAK?

PAS kata di dalam PAS tiada UG.  Ini semua propaganda karut, kata pemimpin PAS.  PAS tetap istiqomah bersama PR, kata pemimpin mereka lagi.  Ada sesiapa yang percaya?  

Aku percaya.  Aku percaya pemimpin dia kata PAS tiada unsur-unsur UG.  Kalau tanya Dr Zuhdi yang meletakkan satu analisanya iaitu ingin 'jentik' gereja bersama Umno jika PAS bersama Umno, Dr Zuhdi pun akan kata tiada UG di dalam PAS.  Kalau tanya Us Nasa, mantan Timb Presiden PAS yang sekarang ini sibuk membontoti Najib dan Rosmah ke mana-mana, Us Nasa pun akan kata "Mana ada UG di dalam PAS?".  

Oleh sebab itu aku percaya memang tiada UG di dalam PAS.  Cuma peliknya, bila kita sebut UG saja, yang tersedak orang-orang dan pemimpin PAS termasuk ostat vellfire dan ostat mandi minyak.  Mengapa mereka tersedak bila sebut UG?  Jika dah diimani bahawa UG tiada di dalam PAS, maka anggap saja UG itu pihak lain dan tidak perlulah tersedak dan melatah.  Tetapi melatah juga.  Macam ada sesuatu yang tidak kena saja.

Aku yakin PAS tiada UG, tetapi aku tak begitu pasti yang UG itu ahli atau pemimpin PAS atau tidak. 

Jumaat, 21 November 2014

SEMUA AZMIN BUAT SEMUA KORANG KUTUK

Apa punya bodoh puak yang hari-hari kerja dia pantau Azmin untuk dijadikan bahan kutukan.  Azmin masuk ke ulu-ulu kampong, mereka kutuk.  Azmin masuk dalam longkang untuk melihat keadaan longkang yang tersumbat, korang kutuk.  Azmin sendiri bersama menyembur racun di sawah dan menyembur ubat nyamuk pun korang kutuk.

Aku tak dapat bayangkan korang punya kutukan jika Azmin hanya pakai kot dan tali leher bersandar di kerusi empuk di dalam pejabat berhawa dingin.  Tentu berapi kutukan korang, bukan?  Tentu korang kata Azmin hanya MB yang duduk di pejabat saja.  Itulah manusia bila hati sudah busuk.  Tidak tahu langsung berbaik sangka. 

Khamis, 13 November 2014

BUANG SAMPAH UG DI DALAM PAS, INSYAALLAH, PAS BERTAMBAH KUAT

Ostat Nasa bebas ikut punggung Najib.  Kebal mantan Timbalan Presiden PAS ni.  Tak ada sesiapa pun ambil tahu apa dia nak buat.  Alasan kononnya ostat Nasa dah tak pegang jawatan penting dalam PAS.

Tapi yang dikenakan tindakan itu adalag 2 Adun PAS di Selangor.  Apa salah mereka?  Besar sungguh salah mereka bila menyokong Presiden PKR, Kak Wan.  Empat Exco yang sokong TSKI MB Bebas tu ok je.  Salah besar sokong kawan rupanya.  Tak salah sokong Bebas dan tak salah ikut buntut Najib ke mana-mana.

Alasan mereka, dua Adun itu tidak mendengar arahan parti dan buat keputusan sendiri.  Ohhh...rupanya ada arahan jangan sokong Azizah.  Ada arahan juga lah untuk sokong MB Bebas rupanya.  Bukankah Azizah juga ada keluar dari mulut Tuang Presideng bersama Azmin sebagai calon MB?  Tapi salah pula dua Adun ini sokong Azizah?  Cerdik ke tidak berpolitik?  Tindakan pada dua Adun itu ikut akhlak Islam ke?

Mahu cerita akhlak?  Ohhh...teringat kisah fitnah pil kuda.  Sehingga kini takde bukti pun.  Bila disoal, Ana tak sebut nama....Ente terasa buat apa?  Ohhh...fitnah tak sebut nama tu akhlak Islam rupanya.  Mahu cerita akhlak lagi?  Sudah lupa gelaran barua dilaungkan di muktamar di khalayak ramai?  Tidak ada akhlak kah memalukan dua Adun itu dengan gelaran Barua?  Mereka pun ada maruah dan perasaan malu beb.  Sudah lah sebelum itu ada perwakilan berucap sambil mendoa laknat dua Adun itu.  Di depan para Ulamak tu.  Ada mereka tegur?  Takde pun.  Yang bangkit tegur Mat Sabu, dia bukan Ulamak tapi ada akhlak juga.  Dia rasa malu bila partinya sudah jadi begitu.

Sudah lah.  Aku masih harap PAS masih boleh dibaiki.  Syaratnya, buang saja sampah UG di dalam PAS itu.

Rabu, 5 November 2014

ORANG SIBUK LAWAN KEZALIMAN, MEREKA SIBUK LAWAN PASMA !!

Orang lain tengah sibuk membela nasib Anwar yang dizalimi oleh rejim amno, puak satu lagi tak habis-habis menghentam PasMa.  Penuh FB penyokong UG menghentam PasMa.  PasMa sokong kuat PR dan bersimpati terhadap Anwar dan PasMa lantang menghentam UG yang ingin bersama Amno.  Tapi puak yang suka melabel orang ini pula menghentam PasMa.

Pelik ke?  Tak pelik sebab UG semestinya tidak mahu impian mereka untuk bersama Amno gagal.  Mereka mahu jual agama untuk menghalalkan tindakan mereka untuk bersama Amno.  Tidak percaya, cuba tanya Dr Zuhdi.  Bukankah di antara option yang dicadangkan adalah untuk bersama Amno dan boleh menjentik Gereja nanti.  Jahat ke tidak UG?

Usah dok nafilah tiada UG.  Kalau kuat sangat dinafi, Ustaz Nasa yang sekarang ini sibuk mencium bontot Najib pasti ketawa berdekah-dekah.  UG bermula zaman dia dengan Hassan Jati.  Maka, dia tahulah ada atau tidak UG itu lagi.  Bukti lain, pengasas UG ini masih kekal dalam parti walaupun terang-terang ke hulu ke hilir ikut bontot Najib.  Bukankah dua Adun yang sokong Azizah itu digantung keahlian, tetapi Ustaz Nasa "steady' bersama Najib.  Itu di antara bukti UG masih wujud.

Ahli-ahli yang di bawah usah jadi bodohlah jika tidak mahu terima hakikat UG masih wujud.  Memang kisah UG tidak dibawa di dalam Usrah.  Buat apa bawa kisah UG di dalam usrah, sedangkan lebih untung jika dibawa kisah buruk Anwar, PKR dan DAP?  Dan, terbaru pula PasMa.

Jumaat, 17 Oktober 2014

AZMIN BIJAK PATAH PROVOKASI NOH OTAK UDANG - INILAH MB YANG KITA MAHU

Di Parlimen baru-baru ini, Noh Omar tokeh udang cuba provokasi MB Selangor yang juga MP Gombak, Azmin Ali.  Noh otak udang ini mendakwa Azmin jadi MB dengan linangan air mata Azizah, kononnya.  

Cubaan Noh otak udang ini adalah untuk provok Azmin di samping ingin menyindir Ketua Pembangkang, DS Anwar dan MP-MP dari PKR.  Malang sungguh, Noh otak udang ini silap orang ingin diusik.  Beliau sangka Azmin seperti TSKI yang kurang bijak bila menjawab hujah atau provokasi nakal dan bodoh seperti itu.

Azmin selamba bangun menjawab, " Tiada siapa yang menangis, melainkan "di pihak sebelah' (Noh dan Umno)".  Hakikatnya tepat apa yang Azmin jawab, Umno Selangor menangis bila Azmin menjadi MB Selangor.  Umno fikir jika Tuanku tidak memilih Azizah, PKR akan melawan titah Tuanku dan krisis MB menjadi panjang dan rumit di mana akhirnya Tuanku mungkin akan meminta Dun Selangor dibubarkan atau Tuanku pilih calon dari PAS.  Jika Dun bubar di dalam keadaan hubungan yang agak renggang di kalangan PR melibatkan PKR dan PAS, Noh udang fikir Umno ada harapan tambah Kerusi walaupun mustahil dapat menawan kembali Selangor.  Seandainya Tuanku pilih calon dari PAS pula, Noh udang fikir keretakan besar pasti berlaku kerana tentunya PKR dan DAP tidak menyokong calon PAS tersebut.  Umno yang untung jika ini berlaku.

Noh udang dan Umno silap.  Mereka bukan saja berhadapan dengan Azmin anak didik Anwar yang bijak di dalam berpolitik.  Anwar dan Azizah selamba saja bersetuju dengan pemilihan Azmin sebagai MB Selangor dan parti juga tidak banyak kerenah terus merestui Azmin.  Maka, strategi musuh tidak mengena dan tentunya mengecewakan mereka termasuk geng-geng UG yang meroyan mahu bersama Umno di Selangor.

Setakat ini Azmin nampak hebat bila berdepan dengan Umno.  Azmin tidak banyak menyusahkan Anwar di dalam Parlimen untuk menjawab hujah Umno.  Berbeza dengan TSKI yang terlalu banyak menyusahkan Anwar untuk menjawab provokasi Umno di dalam Parlimen.  TSKI hanya tahu jawab isu-isu pentadbiran Kerajaan Negeri saja, beliau langsung tidak bijak untuk menyerang balas hujah Umno secara orang politik. 

Jumaat, 26 September 2014

PAS TEWAS TERUK, APA PUNCANYA?

Aku tak mahu ulas panjang dengan kekalan teruk dan luar biasa PAS di dalam PRK Pengkalan Kubur semalam.  Aku memang dapat rasa PAS akan tewas tetapi tidak sedikit pun aku rasa PAS tewas seteruk itu, lebih teruk dari yang diperolehi oleh PKR sebelum ini.  Berganda teruknya.

Cuma aku nak bagitahu, terbukti kita tidak boleh mendabik dada kita kuat kerana kita ada ramai ahli dan jentera di semua tempat.  Kelantan bawah PAS puluhan tahun, mana tempat di ceruk Kelantan yang tiada Markas atau jentera PAS?  Semua cukup.  PKR memanglah, PKR tiada ahli, tiada jentera pun sebab itu tidak pelik dua kali PKR tewas di situ.  Tetapi kali ini PAS tewas lebih teruk dari PKR yang tiada ahli dan jentera?  Itu yang aku kata pelik.

Alasan...Umno/Bn guna jentera kerajaan.  Umno Bn umpan macam-macam kepada pengundi?  Semenjak bila mereka tidak buat begitu?  Waktu PKR bertanding di situ dulu, Umno/Bn lurus sangatkah?  Jujur sangatkah mereka?  PKR tewas juga dan hadapi masalah yang sama seperti yang dialami oleh PAS sekarang.  Tetapi PKR tewas paling banyak majoriti tewas 1, 700 lebih kurang.  Kali ini PAS tewas lebih kurang sekali ganda teruknya.  

Kesimpulannya, mengaku sajalah ada sebab lain yang Presiden serta pimpinan PAS yang tidak jumud saja tahu mengapa PAS tewas teruk kali ini.  Itu di Kelantan, kubu kuat PAS dalam negeri yang hampir 100% Melayu Islam.  Aku tak boleh bayangkan nanti di tempat lain di mana ada pengundi-pengundi camporan. 

Aku tahu, ada para penyokong PAS yang taksub tetap akan kata PAS sebenarnya menang dalam kalah!!

Selasa, 19 Ogos 2014

DR ZUHDI SEMAKIN MEROYAN, ELOK CALONKAN DIA TIMB PRES PAS LAWAN MAT SABU

Apa kata PAS lepas ini calonkan Dr Zuhdi bertanding lawan Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS?  Bukan main hebat lagi dia ni bercakap membelasah Mat Sabu sejak kebalakangan ini.

Dr Zuhdi sebelum ini 'kantoi' apabila kononnya analisis beliau yang menyebut soal 'jentik' gereja jika PAS bersama Umno di dalam Wassup nya tersebar.  Jelas dan terserlah rupanya bukan golongan Ulamak saja yang segelintir mencintai Umno atau UG, tetapi orang profesional seperti Dr Zuhdi juga amat kemaruk dengan Umno.  
 
 
Punca dia marah pada Mat Sabu adalah kerana Mat Sabu mewakili Presiden PAS di dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR baru-baru ini bagi menyelesaikan kemelut MB Selangor.  Mat Sabu adalah di antara pimpinan PR yang menandatangani akuan menerima DS Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk dipersembahkan kepada Tuanku, sedangkan PAS menamakan Azmin Ali juga.  Ini semua telah dijelaskan oleh Mat Sabu mengapa nama Azizah saja dipersetujui untuk dipertimbangkan oleh Tuanku.  Tetapi Dr Zuhdi ini terlebih bijak menjadi semakin tolol pula.

Nasib baik Mat Sabu tidak layan karenah orang seperti Dr Zuhdi.  Presiden PAS pun tidak bising.  Mursyidul Am pun tidak komen apa-apa atas keputusan PR yang diakui sendiri oleh Mat Sabu itu.  Siapa Dr Zuhdi mahu pertikaikan?  Hebat sangatkah beliau berbanding Mat Sabu?  Bagi aku, taraf Dr Zuhdi ini di dalam perjuangan PAS berbanding Mat Sabu ibarat "taik kuku" jari kaki Mat Sabu je.
 
Jika PAS mahu lebih cepat join Umno, elok rasanya calonkan Dr Zuhdi ini melawan Mat Sabu.  Itu pun selagi Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz masih hidup, gila meroyanlah Dr Zuhdi.


"Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng," tulis Zuhdi melalui akaun Facebooknya hari ini. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ayam-sabung-pas-sudah-jadi-ayam-daging-anwar-dan-guan-eng-kata-zuhdi#sthash.dxU1BqBt.dpuf
"Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng," tulis Zuhdi melalui akaun Facebooknya hari ini. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ayam-sabung-pas-sudah-jadi-ayam-daging-anwar-dan-guan-eng-kata-zuhdi#sthash.dxU1BqBt.dpuf

Isnin, 18 Ogos 2014

ANDAINYA AZMIN NAIK JADI MB......

Betul ke Azmin tolak jadi MB bila PAS cadangkan beliau di antara calon MB Selangor selain Azizah?  Jawapannya, Azmin tak tolak jadi MB tetapi dia hormat kepada Azizah, Presidennya untuk menjadi MB dan tidak mahu langgar aku janjinya sebelum itu untuk menyokong Azizah.

Ada hikmahnya.  Jika Sultan tidak perkenan Azizah jadi MB atas dasar wanita, maka kemungkinan besar MPP akan cari calon lain sebelum dibawa semula ke Majlis Presiden PR.  Mungkin Azmin dipertimbangkan untuk ganti Azizah.  Calon lain yang mungkin diusulkan adalah Dr Idris Ahmad, Adun Ijok.  

PAS awal-awal lagi beritahu parti itu tak berminat untuk melanggar persetujuan sebelum ini bahawa Kerusi MB Selangor itu hak PKR.  Pujian kepada PAS di dalam prinsip ini.  Di dalam FB memang ramai fanatik PAS yang menggesa PAS untuk letak calon MB atas sebab PAS lebih Kerusi dari PKR.  Tapi PAS bukan kerjanya membilang Kerusi semata-mata dan abaikan janji-janji mereka.  

Oleh itu, harapan untuk Azmin dilantik sebagai MB Selangor masih terbuka.  Cuma aku harap jika Azmin naik jadi MB, jangan pula berperangai seperti TSKI.  Azmin perlu bersikap adil, berbaik dengan semua orang.  Buang perangai lama kerana dengan perangai ini lah TSKI gugur walaupun dia pentadbir yang hebat.

Jumaat, 15 Ogos 2014

PAS ke Parti apa ni?

Cukuplah PAS.  Jangan terlalu emosi dan mahu tunjuk kuasa sampai Adun kamu pun kamu mahu zalimi.  Parti Islam ni mesti tunjuk contoh yang baik, mesti pandai jaga hati kawan.  Jika tidak, elok jangan berkawan.

Aku nak tanya, bagus sangat ke tindakan sokong TSKI sebagai MB Bebas yang terbukti sudah hilang majoriti?  Apa hebatnya TSKI itu sehingga PAS sanggup khianat rakan-rakan dalam PR yang lain?  Tidakkah ada sedikit pun rasa di hati merasa sedih dan sayu melihat pintu pejabat Exco dari rakan-rakan kamu dari PKR dan DAP itu dikunci, sedangkan kamu bergembira 4 orang tidur sekatil dengan TSKI yang Bebas itu?

Inikah teladan sebuah parti Islam?  Sebaik-baik TSKI itu jika kamu anggap baik sangat, apakah kamu langsung tidak ada rasa tanggungjawab kepada rakan-rakan lain  dalam PKR dan DAP?  Jika tidak setuju dengan Azizah tak mengapa, tetapi mengapa perlu tidur sekatil dengan TSKI?

Sudahlah kamu sokong Bebas, kamu nak ambil tindakan pula kepada Adun2 kamu yang mahu bersama PR?  Ehhh....PAS ke parti apa ni?  Aku tak sangka PAS jadi demikian....


Isnin, 11 Ogos 2014

TSKI JADI TANGGANG !!

Tak masuk akal alasan TSKI yang mendakwa kononnya surat tunjuk sebab untuk memecat beliau diserahkan kepadanya amat singkat.  Kononnya beliau tidak ada banyak masa untuk menjawab berbagai persoalan yang ditimbulkan.

PKR serah surat minta dia jawab kalau tak silap hari Khamis.  Malam tu dia adakan Solat Hajat di rumahnya dan dia beritahu malam itu juga dia akan jawab surat berkenaan untuk dihantar pada keesokannya iaitu Hari Jumaat pagi.  

Bila tiba hari jumaat, dia cuma kirim melalui pegawainya untuk menghantar surat "jawapan", dan dalam masa yang sama menyebut tidak dapat bertemu dengan Pengerusi Disiplin PKR untuk beri keterangan lisan pada hari jumaat tersebut kerana ada urusan dengan menteri Bn.  Parti beri ruang, minta dia dapat datang pada hari Sabtu sebelum jam 1000 pagi kerana sebelah petangnya MPN akan bermesyuarat untuk membincangkan kes beliau.

Punyalah degil TSKI, hari sabtu beliau tak datang bahkan beliau pula beri tarikh untuk datang pada 15 ogos.  Hebat TSKI, dia boleh beri tarikh lagi.  Sibuk sangatkah dia pada hari sabtu sampai tak boleh datang?  Rupanya ada jamuan raya.  Mentekedarah lebih penting dari jumpa parti.  Rasa hebat, ego.

Beri alasan tak cukup masa kononnya.  Tapi bila Najib beri masa tak sampai 24 jam untuk lapor diri ke Putrajaya bagi menandatangani MOu berkaitan air dan Langat 2, sepantas kilat beliau hadir sampai tak sempat nak maklumkan kepada bosnya, Anwar.  Hebat TSKI.  Wala pada orang Putrajaya.  

Jadi, sampai bila parti mahu terus dibuli oleh orang ego ini?  Mentang-mentang dia rasa dapat sokongan dari PAS, dia rasa hebat?  Dia silap.  Anwar bukan boleh dibuli.....Mahathir pun Anwar lawan, siapa kamu TSKI?  Kamu naik jadi MB pun sebab Anwar dan parti calonkan.  Jangan jadi Tanggang!!

Rabu, 6 Ogos 2014

TSKI TOLONG JADI ORANG YANG PUNYAI MARUAH

Ramai yang bengap dalam politik berkata, wajib kekalkan TSKI sebagai MB Selangor kerana di dalam PRU 13 yang lalu beliau telah dipilih oleh rakyat selaku MB Selangor.  PKR tiada hak mahu desak TSKI berundur kerana rakyat telah memilihnya.  Maka, ada pihak buat solat hajat kononnya untuk selamatkan Selangor.

Rakyat mana yang undi TSKI sebagai MB?  Rakyat di dalam PRU 13 yang lalu pilih PR sebagai kerajaan di Selangor.  Rakyat tidak ambil tahu siapa akan jadi MB mewakili PR.  Jika waktu itu PAS jadi MB pun tiada masalah asalkan PR yang menjadi kerajaan di Selangor.  

TSKI diamanahkan oleh partinya iaitu PKR sebagai MB.  Ertinya TSKI naik jadi MB adalah sokongan partinya sendiri.  Beliau hanya dipilih oleh rakyat sebagai Adun saja bukan MB.  MB dipilih oleh partinya dan dipersetujui oleh rakan-rakan di dalam PR.  Jadi, amat bengaplah jika ada yang kata TSKI ini dipilih oleh rakyat sebagai MB.

Bila parti yang naikkan TSKI, takkan parti tiada hak untuk turunkan beliau?  Dan, di mana maruah TSKI jika masih mahu terhegeh-terhegeh di Kerusi MB bila mengetahui partinya sendiri pun tidak restu kepadanya untuk melanjutkan tugas beliau?  Sudahlah di Cabang sendiri pun beliau gagal dapat sokongan.  Patutnya TSKI sedar diri dan bukannya lupa diri bila disanjung oleh beberapa rakan.

Sebagai ahli, jika diarahkan undur patutlah berundur.  Jangan dok kata rakyat masih suka kepada kamu.  Itu syok sendiri namanya.  Jika anda bersih sekalipun, tetapi parti mahu beri orang lain pula amanah sebagai MB, takkan kamu masih mahu berkeras?  

Tolonglah jadi orang yang bermaruah di dalam politik.

Isnin, 14 Julai 2014

INIKAH FAKTOR MENGAPA TS KHALID MAHU DITUKAR?

ADAKAH INI ANTARA BEBERAPA ISU YANG RAKYAT TIDAK FAHAM KENAPA KHALID MAHU DITUKAR?
 

1. Jangan ada yang interest disebabkan adanya menantu di Perangsang?.

2.Perlu bijak dan laksanakan strategi jangan jadi Terengganu tumbang dan Kedah juga tumbang.

3. Jika bubar DUN Umno melihat bahawa isu air melalui SYABAS yang mensabotaj kerajaan negeri dan isu KIDEX yang dimiliki Umno akan digunapakai sebagai kempen Umno.Sementera Langat 2 pula ada senjata Umno menjelang pilihanraya bagi memastikan air tidak tersekat.Sudahlah disabotaj SYABAS, Langat 2 adalah senjata terbesar.?

4. Kontrak dan kontraktor kelas F banyak yang disapu oleh bekas kontraktor Umno?.

5. Ketika berlangsungnya pilihanraya kecil Kajang, Khalid dengan tergesa gesa menandatangani Langat 2 yang jelas adalah projek 9 billion yang telah lama hendak dilaksanakan oleh Umno.Tanpa berbincang dengan rakan Pakatan.?

6. Masalah sampah yang tidak terurus akibat dari penswataan masih tidak dapat diselesaikan. malahan kontrak tor juga adalah dari Umno yang mendapat kontrak.Alasan tender terbuka adalah kerana selain kontraktor ini mendapat kontrak penswastaan kerajaan persekutuan, mereka dapat membida tender lebih murah kerana mempunyai kepentingan lain.?

7.Negeri bukan syarikat

8. Perlu berbincang

9. Jika anda ahli Pakatan dan mahu melakukan tender, anda pasti gagal?

10.Kontraktor pula jika mahu mengaut keuntungan, pastinya disekat dengan menolaK apa yang sepatutnya.Ramai kontraktor mengeluh kerana dasar pemotongan melampau?.

11. Dipercayai adanya penyelesaian hutang peribadi diluar mahkamah.Maklumat yang didapati ialah adanya orang Daim yang berjumpa seseorang bagi menyelesaikan hutang 70 juta hutang peribadi.?????

Sumber: WRLR

Rabu, 4 Jun 2014

TEWAS DI TELUK INTAN, JANGAN SALAHKAN HUDUD

Calon DAP, Dyana Sofya tewas di Teluk Intan dengan majoriti tipis bukan kerana isu Hudud.  Jika Hudud jadi penyebab kekalahan, PR takkan dapat tingkatkan jumlah Kerusi di Parlimen dalam PRU 13 yang lalu kerana semua tahu PAS sememangnya konsisten untuk perjuangkan Hudud.  

Dyana tewas bagi aku hanya kerana ada dua sebab.  Pertama, terdapat pertikaian di kalangan pemimpin dan penyokong DAP terhadap pemilihan Dyana sebagai calon DAP di situ.  Ertinya, mungkin ada undi sabotaj atau ramai yang tidak keluar mengundi kerana tidak setuju dengan calon pilihan DAP tersebut.  Bagi mereka Dyana masih muda dan baru dikenali di kawasan itu, mungkin pada mereka ada tokoh lain yang saepatutnya lebih layak bertanding bagi berdepan dengan Pengerusi Gerakan, Datuk Mah.

Kedua, kita semua tahu jumlah yang keluar mengundi amat mengecewakan iaitu sekitar 66% saja berbanding 80% sewaktu PRU 13 yang lalu.  Pengundi-pengundi luar juga tidak pulang mengundi kerana mungkin terlalu yakin calon DAP akan menang mudah.  Lojiklah dengan jumlah hanya 66% mengundi tambahan pula pengundi-pengundi luar tidak pulang mengundi, maka kita hilang banyak undi.  Itu pun Dyana masih mampu memberikan tentangan sengit kepada calon Bn yang mendapat bantuan dari jentera kerajaan pusat dan negeri.  Tidak pelik jika tewas.

Kita mungkin pelik jika dengan keadaan pengundi sekitar 66% itu kita masih mampu menang.  Itu memang pelik sebab bukan mudah kita boleh lawan jentera Bn di dalam PRK.  Itu belum bicara soal undi awal dan undi pos lagi.  Maka, jangan salahkan Hudud atas kekalahan ini.

Selasa, 27 Mei 2014

AHLI UMNO HILANG DEPOSIT DI BUKIT GELUGUR, ERTINYA UMNO TEWAS

Kononnya. beliau berjaya dapat sokongan 70% pengundi.  Kononnya beliau ahli PAS.  Kononnya lagi beliau mahu Hudud di laksanakan di Penang.

Itulah dia Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar.  Beliau jadi calon Bebas di dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor baru-baru ni.  Beliau bukan ahli PAS, tetapi adalah seorang AHLI UMNO yang berdaftar dengan nombor keahlian UMNO 027003600.  Kantoi.

Nak tipu apa lagi? 
Beliau hilang deposit.  Mana sokongan 70% itu?  Penipu.  Orang penipu mahu hukum Hudud?  Penipu pula di dalam mendakwa kononnya ahli PAS.  Ada ke ahli PAS yang setaraf itu bodohnya?  PAS tidak mengaku dia ahli, tetapi jenis muka tidak malu tetap mahu mengaku ahli PAS.  Mahu laksanakan Hudud di Penang, tetapi masuk calon Parlimen,bukan calon Dun. Kelakar tak?  Tidak kelakar tetapi bodoh teramat sangat.

Maka memang wajarlah dia hilang deposit.  Ertinya ahli Umno ini hilang deposit!!

Isnin, 19 Mei 2014

PENULIS DALAM PDO PERTIKAI NIAT DYANA SOFYA LEBIH TIDAK BERMARUAH

Aku terbaca dalam Portal Pahangdaily (PDO).  CMK menulis atas nama NGO, ANGKARA yang membidas kononnya Dyana Sofya calon DAP di Teluk Intan tu menghina Islam.

Aku tak tahu lah apa jenis orang CMK ni.  Bila orang tak bertudung, kau bising dan perlekehkan.  Bila orang tu mula nak bertudung pulak, kau pertikaikan niat dia.  Kononnya Dyana tu bertudung kerana hadir ceramah di pentas Pas saja.  

Kita jangan pertikai niat orang nak buat baik.  Niat tu biar Allah yang tentukan.  Siapa kita nak pertikaikan?  Doakan saja, abis cerita.  Paling tidak pun, Dyana tahu beradab bila berada bersama program PAS.  Dia lebih beradab dari CMK.  CMK ni dah la umum bertahun-tahun bukan ahli PKR, kononnya bebas mesra rakyat, bertanding pulak dalam PRU 13 di Dun Semambu melawan calon PKR, iaitu partinya dulu.  CMK hilang deposit.  Satu dunia tahu dia hilang deposit dan satu dunia tahu dia lawan PKR dalam PRU 13.  Tetiba waktu pemilihan parti PKR di Kuantan, muncul dengan kulit tebal mahu mengundi.  Ada maruah ke?  

Memang la nama dia ada dalam sistem komputer tapi hakikatnya dia dah disahkan dipecat dari parti.  Ada hitam putih dari Ibu Pejabat, cuma kelemahan ibu pejabat yang tidak membuang nama dia dalam senarai keahlian.  Patutnya kalau dia ada maruah diri, dia tak perlu terhegeh-hegeh datang untuk mengundi.  Tak pasal-pasal kena halau.  

Mana lebih bermaruah, Dyana atau CMK?  Dyana hadir ke pentas PAS bertudung, adakah tidak bermaruah?  CMK hadir untuk mengundi dalam pemilihan PKR sedangkan dia dah lawan PKR dalam PRU, ada maruah?  

Cukup-cukuplah CMK.  Carilah modal lain.

Khamis, 15 Mei 2014

KONON MAT SAID MAHU TIRU ANWAR, DOK ROK CETONG AMBEEEE......

Cukuplah Mat Said.  Lain kali kalau nak tunjuk hebat atau berani sangat, tentukan awak tu ada telor atau paling tidak jangan ada fail yang disimpan oleh Najib.  Dah tahu ada fail buruk, mahu tunjuk berani?  Silap besar la.  Nelang apa ke jadahnya tak sampai dua hari telor dah kena genggam dek Rosmah.

Siapa lagi yang boleh buat macam Anwar?  Anwar dulu macam-macam mamak kutty dari Karala tu ugut supaya Anwar letak jawatan sebagai TPM.  Tapi ada Anwar takut?  Bahkan dilawannya mamak kutty hidung besar tersebut.  Sebab apa Anwar berani?  Sebab Anwar takde fail buruk yang boleh digunakan oleh Mamak Karala untuk mengugut beliau.  Itu sebabnya dia berani lawan sampai sekarang.  Akhirnya, mahu tak mahu dubur Sepol jugalah modal yang ada untuk meneruskan riwayat parti haramjadah Umporno.

Mat Said mahu tiru Anwar?  Jauh bumi dari langit.  Cakap je berdegar-degar, kalau setakat nak kenduri kahwin anak pun harapkan masih memegang jawatan MB, bermaruah apa orang macam ini.  Kamu setakat tunjuk hebat pada drebar van roti Gardenia boleh lah Mat Said.  Kau tak kenal Najib.  Siapa sangat kamu Mat Said?  Najib ni bom C4 mainan dia je, inikan setakat kamu...harap gigi je mancung tak boleh tahan...Dok rok cetong.....

Isnin, 28 April 2014

JANGAN ADA 'KARPET BURUK" LAGI DI TROPICANA

Sekarang masih hangat dengan pemilihan Parti PKR.  Kempen semakin hangat, berbagai aduan telah diterima dan tentunya bagi YB Johari Abdul selaku Pengerusi JPP teramat sibuk dan tertekan dengan berbagai aduan yang telah dibuat beserta dengan bukti-bukti yang telah dikemukakan.

Apakah Johari Abdul berani mengambil tindakan sekiranya memang benar dan terbukti salah laku wujud sepanjang pemilihan kali ini?  Apakah Johari Abdul mampu mengambil tindakan jika Azmin Ali, TS Khalid mahu pun Saifuddin terbukti melanggar peraturan pertandingan?  Hanya beliau yang boleh beri jawapan, dan semua ahli berharap JPP memang benar-benar boleh diharap bukan hanya sekadar 'lakonan' semata-mata.  Johari Abdul mesti berani atau dilihat berani.  Jika dilihat takut, tentunya memang beliau penakut.

YB Johari Abdul - Pengerusi JPP
Bukan masalah kita menantang Azmin, Khalid mahupun Saifuddin maka kita mahu JPP bertindak ke atas aduan terhadap mereka.  Kita mahu lihat parti ini bersih setidak-tidaknya dilihat bersih.  Kita mahu, hatta Presiden sekalipun jika bersalah beliau mesti dihukum.  Ini kehendak ahli akar umbi dan sebab itulah mereka menyokong dan menjadi ahli PKR bukannya Umno.  Umno memang kita maklum amat sinonim dengan semua yang negatif itu.

Kita bukan mahu wujudkan parti "Malaikat" yang seratus peratus suci.  Kita hanya mahu lihat PKR wujud sebagai parti yang tidak boleh diragui akan ketelusannya.  Kesilapan atau kelemahan memang ada dan ianya mesti diperbaiki, tetapi jika melibatkan salah laku atau penyelewengan di dalam soal pengundian, itu bukan kelemahan tetapi ianya merupakan jenayah besar dalam parti politik.  Jenayah ini bukan cukup sekadar diperbetulkan malah si pelakunya mesti dikenakan tindakan tegas.  Ada beza kelemahan dan salah laku.

JPP mesti peka dengan permasalahan ini.  Memang benar, tidak semua aduan itu boleh dianggap betul.  JPP perlu berani menyiasat dengan adil berpandukan bukti-bukti atau fakta yang dikemukakan.  Kita berharap di Tropicana tiada lagi 'karpet buruk' untuk menyimpan aduan di bawahnya.  Ini ujian terbesar kepada JPP yang diketuai oleh Johari Abdul.  Kita percaya dan yakin Johari Abdul ada keberanian itu.

Isnin, 21 April 2014

TIMBALAN PRESIDEN - SAIFUDDIN BUKAN WAKIL RAKYAT ATAU MB, BELIAU BOLEH TUMPU KEPADA TUGAS

Dengar khabarnya malam ini (Isnin-21/4/2014), Tim dari TS Khalid Ibrahim, MB Selangor yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR akan hadir ke Kuantan iaitu di sebuah hotel di dalam Majlis Makan Malam.  Tentunya ini bukan lawatan kerja atau lawatan rasmi, tetapi kunjungan untuk berkempen di dalam pemilihan parti tidak beberapa lama lagi.

Tidak seperti Saifuddin Nasution yang hanya bertemu ahli-ahli akar umbi di program-program ceramah atau di warung-warung mahupun di rumah seseorang sahaja.  Tidak juga seperti Azmin, penyandang jawatan ini yang gemar mengumpulkan penyokongnya dengan baju seragam bergambar beliau, banner dan ada pengangkutan untuk memunggah para penyokong.
 
Saifuddin Nasution - Pilihan terbaik
Itu semua tidak menyalahi peraturan kempen selagi tiada unsur rasuah atau tawaran kepada ahli-ahli.  Bergantung kepada kemampuan jentera kempen mereka yang bertanding.  Tentunya Saifuddin dilihat paling lekeh di dalam mendekati para penyokongnya.  Maklumlah, beliau bukan Wakil Rakyat, jauh sekali sebagai MB.  Beliau hanya Setiausaha Agung parti saja.
 
Terpulang kepada semua ahli untuk menilai siapa yang patut berada di Kerusi Nombor Dua di dalam PKR.  Ada yang berkata TS Khalid bertanding Timbalan Presiden hanya kerana mahu 'membalas dendam' kepada Azmin yang sering mengganggunya di Selangor.  Azmin pula terpaksa pertahankan jawatannya kerana hasrat beliau untuk bertanding Presiden tidak tercapai kerana kehadiran DS Anwar secara tiba-tiba walaupun dijangka Anwar tidak bertanding lantaran hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah terhadapnya.  Cita-cita Azmin awalnya dikhabarkan adalah untuk menentang DS Wan Azizah.  
 
 
Kini, saingan sengit terpaksa dilalui oleh Azmin,  Pencabar yang paling mengancam beliau adalah Saifuddin bukan TS Khalid.  TS Khalid tidak bersungguh untuk menjadi Timbalan cuma mahu 'mengajar' Azmin sahaja.  Uji pengaruh.  
 
Mengapa Saifuddin dilihat semakin ke hadapan sekarang?  Ini adalah kerana Saifuddin tiada musuh di dalam parti.  Saifuddin tiada kroni.  Saifuddin bukan orang kaya seperti dua tokoh tersebut.  Beliau orang biasa, beliau juga setia dengan parti dan beliau intim dengan PAS, sekutu PKR.  Intim dengan PAS amat baik buat PKR.  Azmin ada sedikit kontroversi dulunya dengan PAS.  Paling teruk, Azmin dikhabarkan penyebab beberapa masalah Kerusi di dalam PRU 13 dulu tidak selesai sehinggakan ada negeri yang di malam penamaan calon pun masih gagal menamakan calon.  Ini kegagalan Azmin paling besar selaku Pengarah JPP.
Sebenarnya masalah Kerusi boleh selesai jika Azmin tidak campurtangan terlalu banyak sehingga mengguris hati beberapa pemimpin di Cabang malahan ada Pengerusi Negeri yang terguris hati dengan Azmin.
 
TS Khalid hadir ke Kuantan malam ini boleh dikatakan sekadar datang makan bersama beberapa ahli di sini.  Tidak lebih dari itu.  TS Khalid amat sukar dapat undi di Pahang kerana ahli-ahli tahu jika tiada pemilihan, memang sukar TS Khalid mahu berkunjung ke sini.  Namun, ahli-ahli ada hak buat keputusan.
 
Bagi aku, pilih Saifuddin adalah yang terbaik.  Beliau bukan Wakil Rakyat dan MB.  Beliau boleh tumpukan tugas beliau sepenuh masa sebagai Timbalan Presiden PKR jika beliau terpilih nanti.  
  

Isnin, 14 April 2014

SAIFUDDIN TIMBALAN PRESIDEN, AZMIN LAYAK MENJADI MB SELANGOR

Sebelum ini aku tulis elok pilih Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden PKR.  Kali ini aku nak ulangi memang baik Saifuddin jadi Timbalan Presiden PKR, tetapi aku mahu Azmin terus diberi tempat yang baik iaitu sebagai MB Selangor menggantikan TS Khalid.

Saifuddin boleh bersikap adil dan beliau pakar strategi, berganding pula dengan Rafizi pasti membuatkan PKR lebih berbisa apabila berdepan dengan Umno.  Saifuddin juga lebih intim dengan PAS berbanding Azmin.  Pemimpin utama di dalam PKR mesti intim dengan PAS kerana PAS adalah rakan paling rapat dengan PKR.  Saifuddin tidak dilihat "elit" berbanding Azmin.

Azmin pula boleh dicuba untuk mentadbir Selangor.  PKR akan menjadi lebih kuat di Selangor jika Azmin menjadi MB.  Bukan TS Khalid tidak bagus, tetapi kita mahu Selangor ditadbir oleh orang politik bukan orang bersikap atau banyak bercakap seperti orang korporat.  Sikap kedekut orang Korporat tidak baik untuk parti.  

Aku harap ianya boleh berlaku.  Saifuddin menjadi Timbalan Presiden manakala Azmin menjadi MB Selangor.  Jika Azmin gagal menjadi sekurang-kurangnya sama atau Azmin lebih teruk dari TS Khalid, maka gugurkan saja Azmin.  Mengapa tidak dicuba? 

Jumaat, 4 April 2014

PILIHLAH SAIFUDIN NASUTION UNTUK TIMBALAN PRESIDEN

SAIFUDIN NASUTION untuk Timbalan Presiden.  Aku harap Tian Chua tarik diri bukan kerana beliau tidak bagus tetapi wajar diberi peluang Saifudin dulu.  Tian Chua memang jadi pilihan jika hanya beliau dan Azmin saja yang bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Bagaimana dengan TS Khalid?  Oh...tidak, MB Selangor ini boleh teruskan kerja beliau menjadi MB.  Kita mahu lihat TS Khalid berubah agar tidak menjadikan Selangor seolah-olah syarikat miliknya walaupun untung bertahun-tahun.  Beliau kena sedar beliau naik atas tangga politik dan sokongan politik.  Maka, jadilah MB Selangor sebagai seorang yang bersih, telus, amanah dan ada roh politik.  Jika beliau boleh ubah sikapnya itu, akan datang layaklah TS Khalid diangkat sebagai pemimpin utama di dalam PKR.



Adakah Azmin ini teruk sangat?  Tidak.  Azmin memang setia dengan parti.  Namun kesetiaannya di dalam parti belum tentu boleh menarik sokongan ahli kepadanya.  Ahli-ahli terutamanya di akar umbi bukan hanya mahu melihat pemimpin itu setia kepada parti saja, tetapi mereka mahu lihat pemimpin itu tidak begitu 'setia' dengan kawan-kawan rapatnya saja.  Tidak salah tolong kawan yang layak, tetapi jangan sampai 'import' kawan dari tempat lain masuk ke tempat lain.  Ini menyusahkan orang tempatan.  Calon payung terjun masih ada dalam PKR, dan Azmin ada peranan di situ.

Sikap inilah yang menjatuhkan markah Azmin.  Jika tidak, Azmin tiada masalah untuk jadi Presiden sekalipun.  Kali ini kita cuba Saifudin Nasution.  Saifudin seorang yang tahu membaca politik sekeliling terutamanya taktikal musuh iaitu Umno.  Beliau lama di dalam Umno.  Kentut Umno pun Saifudin boleh kenal.  Orang seperti ini baik untuk diangkat agar lagi cepat Umno masuk lahad.

Mohon undi Saifudin Nasution.

Isnin, 31 Mac 2014

TIAN CHUA, SAIFUDDIN TIDAK MAHU KOMPROMI, AKU SOKONG AZMIN ALI

Mula-mula memang serik mahu sokong Azmin lagi sebagai Timbalan Presiden PKR.  Aku harap ada tokoh hebat seperti Saifuddin Nasution, Tian Chua atau sebagainya yang boleh aku pilih.  Malangnya kedua tokoh ini masuk juga serentak, jadi aku rasa kompom undi berpecah.

Aku tidak mahu mengundi kepada satu keputusan yang sia-sia.  Jika aku undi Tian Chua, ertinya aku nafikan kehebatan Saifuddin Nasution.  Begitulah sebaliknya.  Patutnya mereka berkompromi.

Oleh kerana mereka gagal untuk berkompromi, maka aku terpaksa ambil keputusan sokong Azmin Ali untuk jawatan ini.  Aku tidak akan rugi dengan pilihan ini.

Khamis, 27 Mac 2014

REFORMASI 2.0 DI PAHANG - PILIH PADANG ATAU BANDAR KUANTAN?

REFORMASI 2.0 hampir sampai ke Pantai Timur.  Kuantan, Pahang akan bergema dengan Reformasi pada 12 Apr ini bertempat di Padang Kemunting, Kuantan iaitu padang yang mencipta sejarah menghimpunkan lebih 20K sewaktu Himpunan Hijau sebelum PRU 13 yang lalu.
 

Kehadiran tokoh Reformasi, DS Anwar Ibrahim bersama dengan ayam sabung PAS, Tuan Hj Mat Sabu serta beberapa pimpinan muda seperti Chegu Bard pastinya menggamit kehadiran rakyat Pahang ke Padang Kemunting pada tarikh tersebut.  

Soalnya, beranikah Kerajaan Negeri merealisasikan hak demokrasi dan suara rakyat untuk berhimpun?  Apakah sikap penakut dengan suara rakyat akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri Pahang?  Apakah pihak Polis di Pahang telah berubah sikap untuk tidak menjadi pak turut kepada arahan politik?  Kita nantikan saat itu.

Apa yang pasti Suara Rakyat Suara Keramat.  Suara Rakyat tidak boleh disekat lagi.  Gagal berhimpun di Padang Kemunting, jangan marah jika rakyat berarak pula ke tengah bandar Kuantan.  Himpunan Hijau yang lalu membuktikan himpunan tetap aman jika diberikan ruang. 

Jumaat, 21 Mac 2014

REFORMASI 2.0 MALAM INI - KAJANG MULA LANGKAH !!

Waktu rehat dari keletihan yang diharungi dalam usaha menyelamatkan negara ini melalui Pilihan Raya Umum ke-13 pada tanggal 5 Mei tahun lalu telah sampai ke penghujungnya. Kini sudah tiba masanya rakyat Malaysia bersedia untuk aksi lebih besar.


Belum pun masuk setahun kemenangan Barisan Nasional dengan penuh penipuan pada PRU 13, mereka menunjukkan taring dengan menghukum bukan sahaja pemimpin politik lawannya, malah rakyat jelata turut menjadi mangsa kezaliman. Satu persatu pemimpin dan pejuang rakyat dalam rangka disumbat ke penjara, dalam masa sama juga satu persatu janji ‘Rakyat Didahulukan’ dicemari tanpa ehsan.

Justeru itu, ayuh kita tamatkan segera onar penderitaan rakyat dengan bersama melancarkan satu fasa gagasan perjuangan yang diperbaharui – #RakyatBangkit Reformasi 2.0 “Kembalikan Keadilan – Hentikan Kezaliman”.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai tuan rumah aksi kali ini menyeru kehadiran orang ramai pada malam ini, 21 Mac 2014 jam 8.30 malam di Stadium Kajang dalam aksi Pelancaran Jelajah #RakyatBangkit Reformasi 2.0. Ia sebuah himpunan permulaan, hadirlah dengan tema hitam sebagai lambang perlawanan, ini masanya rakyat menunjukkan kekuatan.

Penjelasan mengenai kecurangan sistem kehakiman dalam pengendalian rayuan kes Fitnah II ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes hasutan Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh akan dibarisi oleh Anwar dan Karpal sendiri selain Mat Sabu, Tian Chua, Anthony Loke, Dr Hatta Ramli, Chegu Bard dan Rafizi Ramli.

 
 
SAMM menggesa semua pihak bersatu, kerana rakyat yang bersatu tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana regim sekalipun. SAMM menjemput semua pihak bersama menjayakan hari besar titik mula perlawanan baru ini.

Siri himpunan #RakyatBangkit Reformasi 2.0 akan menjelajah ke seluruh negara sebelum hari kemuncaknya – bersama himpunan gergasi 1 Mei di medan jalan raya.

Kehadiran awal di sebelah petang amatlah digalakkan bagi memeriahkan program sebelumnya iaitu “Bersama Srikandi Masa Depan Negara” yang bermula jam 5 petang. Turut bersama dalam program 5 petang ialah YB Nurul Izzah Anwar, YB Rodziah Ismail, YB Kashturi Pato, YB Elizabeth Wong, Aishah, Aiman Athirah, Cikgu Mala, YB Fuziah Salleh, YB Dr Siti Mariah dan YB Hannah Yeoh.

Badrul Hisham Shaharin atau Che’GuBard
Pengasas SAMM

REFORMASI 2.0 MALAM INI - KAJANG MULA LANGKAH !!

Waktu rehat dari keletihan yang diharungi dalam usaha menyelamatkan negara ini melalui Pilihan Raya Umum ke-13 pada tanggal 5 Mei tahun lalu telah sampai ke penghujungnya. Kini sudah tiba masanya rakyat Malaysia bersedia untuk aksi lebih besar.


Belum pun masuk setahun kemenangan Barisan Nasional dengan penuh penipuan pada PRU 13, mereka menunjukkan taring dengan menghukum bukan sahaja pemimpin politik lawannya, malah rakyat jelata turut menjadi mangsa kezaliman. Satu persatu pemimpin dan pejuang rakyat dalam rangka disumbat ke penjara, dalam masa sama juga satu persatu janji ‘Rakyat Didahulukan’ dicemari tanpa ehsan.

Justeru itu, ayuh kita tamatkan segera onar penderitaan rakyat dengan bersama melancarkan satu fasa gagasan perjuangan yang diperbaharui – #RakyatBangkit Reformasi 2.0 “Kembalikan Keadilan – Hentikan Kezaliman”.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai tuan rumah aksi kali ini menyeru kehadiran orang ramai pada malam ini, 21 Mac 2014 jam 8.30 malam di Stadium Kajang dalam aksi Pelancaran Jelajah #RakyatBangkit Reformasi 2.0. Ia sebuah himpunan permulaan, hadirlah dengan tema hitam sebagai lambang perlawanan, ini masanya rakyat menunjukkan kekuatan.

Penjelasan mengenai kecurangan sistem kehakiman dalam pengendalian rayuan kes Fitnah II ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes hasutan Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh akan dibarisi oleh Anwar dan Karpal sendiri selain Mat Sabu, Tian Chua, Anthony Loke, Dr Hatta Ramli, Chegu Bard dan Rafizi Ramli.

 
 
SAMM menggesa semua pihak bersatu, kerana rakyat yang bersatu tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana regim sekalipun. SAMM menjemput semua pihak bersama menjayakan hari besar titik mula perlawanan baru ini.

Siri himpunan #RakyatBangkit Reformasi 2.0 akan menjelajah ke seluruh negara sebelum hari kemuncaknya – bersama himpunan gergasi 1 Mei di medan jalan raya.

Kehadiran awal di sebelah petang amatlah digalakkan bagi memeriahkan program sebelumnya iaitu “Bersama Srikandi Masa Depan Negara” yang bermula jam 5 petang. Turut bersama dalam program 5 petang ialah YB Nurul Izzah Anwar, YB Rodziah Ismail, YB Kashturi Pato, YB Elizabeth Wong, Aishah, Aiman Athirah, Cikgu Mala, YB Fuziah Salleh, YB Dr Siti Mariah dan YB Hannah Yeoh.

Badrul Hisham Shaharin atau Che’GuBard
Pengasas SAMM

Isnin, 10 Mac 2014

NAJIB TAK BELAJAR KESILAPAN ORANG DARI KARALA DULU

Zalim.  Memang satu perbuatan zalim dan pengecut rejim untuk berdepan secara jantan dengan Anwar Ibrahim.  Ketua rejim takut untuk berdebat, begitu juga pencacai mereka yang sentiasa menjadi macai yang angguk sahaja dengan kebaculan bos mereka.  Mereka bukan tidak tahu mengapa takut sangat Najib untuk berdebat dengan Anwar di dalam isu kepentingan negara.  

Mana mungkin Najib mahu bicara soal kepentingan negara kerana beliau jadi Ketua Kerajaan 47% itu punh bukan kerana untuk menjaga kepentingan negara.  Mahu jaga pesawat sebiji pun beliau gagal.  Yang dijaga hanya bininya saja yang yang berlagak lebih dari Menteri.  Sebab itu pelik apanya Anwar dizalimi sedemikian rupa kerana Najib tiada kekuatan lagi untuk berdepan dengan Anwar secara anak jantan.

Beliau tidak pernah belajar dari kesilapan mamak Mahdey dulu yang menzalimi Anwar.  Adakah waktu itu rakyat menyokong mamak Kutty dari Karala berkenaan?  Tidak, bahkan akhirnya mamak Kutty ini mencampakkan dirinya sendiri dari Kerajaan dan kini bagaikan hantu raya mengamuk ke hulu ke hilir mengganggu keseronokan Najib yang jadi PM.  Itu membuktikan Mamak Kutty ini tidak puas lagi untuk menjadi diktator dan memperhambakan rakyat.  Najib pun bukan bodoh sangat, dia takkan mahu beri muka pada bekas diktator itu kerana Najib juga mahu menjadi diktator yang lebih hebat dari orang Karala ini.

Kita lihat sajalah nanti, Najib juga akan pasti menjadi seperti Mamak Kutty.  Jika tidak dia mencampakkan dirinya sendiri, rakyat lebih awal akan mencampakkannya.  Itu janji kita. 

Jumaat, 7 Mac 2014

LAGI BANYAK FAEKAH BERCAKAP LAGI TERCEMAR NAMA KHALID

Apa yang Faekah Hussin dok merepek?  Dia kata, bukankah Perjuangan PR adalah Demi Rakyat, maka dengan itu tindakan TS Khalid mengadakan MOu dengan Kerajaan Pusat secara tergesa-gesa tanpa memaklumkan kepada bosnya Anwar dan seluruh Exco Kerajaan Selangor itu adalah tepat, Demi Rakyat, katanya.

Jika betul TS Khalid bersikap Demi Rakyat seperti yang Faekah maksudkan itu, wajarlah Khalid berbincang atau memaklumkan tawaran serta merta dari Najib itu kepada para Exconya, bukankah Exco-Exco itu adalah Wakil Rakyat?  Wakil Rakyat yang membentuk Kerajaan, maka patutnya Wakil Rakyat mesti tahu apa yang Khalid mahu buat untuk rakyat.  Itu baru betul Demi Rakyat.

Demi Rakyat bukan bermakna Khalid boleh buat sesuka hatinya walaupun tindakannya itu baik pada pandangannya.  Selangor bukan Syarikat atau Sdn Bhd.  Kalau Syarikat pun segala keputusan penting akan di rujuk terlebih dahulu kepada Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Syatikat. 

Faekah tidak perlu cover Khalid berlebih-lebih.  Lagi banyak Faekah bercakap, lagi tercemar nama Khalid.

Selasa, 4 Mac 2014

NAJIB TIBA-TIBA BAIK SANGAT MENJELANG PRK KAJANG

TS Khalid kata menangkan Anwar di Kajang dulu baru boleh cerita pasal pemilihan dalam PKR.  Masalahnya dia yang umum awal kenapa?  Bila dah umum, tentulah ramai yang mahu bertanya.  Tak pasal-pasal Anwar pun ditanya, Wan Azizah ditanya dan Azmin pun ditanya.

Sebab itu aku kata, TS Khalid ini pentadbir yang baik tetapi dari segi politik 'Zero'.  Politik bukan bermakna menjaga kepentingan diri atau puak, politik seperti Azmin pun tiada gunanya juga.  Sebab itu, ramai yang tidak suka Azmin tetapi mereka tidak mahu Khalid jadi Timbalan Presiden PKR.  Mahu tak mahu, jika tiada yang tampil selain dari Azmin dan Khalid untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, aku pasti ahli-ahli PKR dengan berat hati terpaksa memilih Azmin juga.  Harapan mereka agar Azmin berubah sikap itu saja.

TS Khalid tidak boleh dibiarkan menjadi Timbalan Presiden kerana PKR tidak mampu untuk di'korporat'kan seperti Negeri Selangor semenjak tahun 2008.  Mahu buat rundingan MOu air Selangor dengan Kerajaan Pusat pun Khalid tidak tahu berbudi bahasa dengan rakan-rakan di dalam PR bahkan dengan bosnya di dalam parti pun beliau ke belakangkan.  Beliau rela agar Faekah saja menatap perjanjian yang 'latest' itu daripada ditunjukkan walau seminit untuk Anwar lihat dan teliti.

Sekarang lihatlah betapa ramai yang meragui kandungan MOu itu.  Terfikir oleh ramai orang mengapa tiba-tiba Najib begitu berlembut dengan isu air?  Kebetulan PRK Kajang?  Jika Najib benar-benar telah berubah, ayuh, kembalikan pula royalti buat Kelantan dan Terengganu.  Hapuskan wang ihsan yang tidak wujud sepatutnya itu.  Ini semua politik, dan Khalid tidak tahu strategi politik Najib.  Anwar mungkin sudah baca helah Najib, kita tunggu saja lah.

Selasa, 25 Februari 2014

ISU PIL KUDA - SIAPA ANIAYAI TOK GURU HJ HADI?

Tok Guru Hj Hadi dikenakan RM2 Juta kerana gagal hadir perbicaraan dalam kes saman isu Pil Kuda.  Jangan salah faham, RM2 Juta itu bukan bererti Tok Guru Hj Hadi bersalah menfitnah, tetapi hukuman itu adalah kerana gagal hadir perbicaraan tanpa alasan.

Mengapa Tok Guru jadi mangsa mainan ini?  Siapa yang beri maklumat kepada Tok Guru Hj Hadi tentang pil kuda?  Mana bukti yang dibawa untuk buat tuduhan itu?  Paling penting apa asas tuduhan itu?

Rata-rata bercakap Tok Guru Hj Hadi seorang yang mesra dan terlalu baik sangka dengan orang-orang disekelilingnya.  Itu tidak salah Tok Guru kerana takkan lah Tok Guru ini ego pulak.  Salahnya orang disekeliling beliau mungkin seorang dua yang mahu menjerat Tok Guru atau mahu mempergunakan Tok Guru untuk mencapai cita-cita mereka.

Kini, rakyat bertanya apa sudah jadi dengan kes ini?  Mengapa Tok Guru tak hadir mahkamah sedangkan Tok Guru didakwa mengeluarkan kata-kata berkaitan pil kuda itu?  Betul, Tok Guru tak sebut nama sesiapa yang beliau maksudkan dengan pil kuda itu.  Tapi semua tahu beliau berucap waktu itu merujuk kepada isu mengapa perlu adanya pertandingan sesama PKR dan PAS di beberapa Kerusi di dalam PRU 13 yang lalu.  Ertinya,dakwaan pil kuda itu semestinya ditujukan kepada PKR rakan PAS di dalam PR.  Tidak munasabah dakwaan itu ditujukan kepada Umno/Bn mahupun DAP.

Kaedah buat tuduhan mesti ada asas dan bukti.  Siapa pengkhianat yang sanggup sampaikan berita karut itu kepada Tok Guru sedangkan mereka tak tampilkan sebarang bukti pun.  Jika ada bukti, tentunya Tok Guru tak 'segan' untuk hadir mahkamah dan beliau tentunya boleh pertahankan dakwaannya.  Malangnya, Tok Guru menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab ini.  

Apa pun, PAS dikatakan akan failkan kes menolak keputusan mahkamah yang mengenakan hukuman RM2 Juta terhadap Tok Guru Hj Hadi.  Jika ini berjaya, ertinya perbicaraan bakal berjalan lagi.  Waktu ini, silalah bawa bukti yang ada.  Janganlah aniayai Tok Guru untuk kali kedua.

Isnin, 17 Februari 2014

Anwar sebagai MB Selangor seharusnya dialu-alukan

Satu-satunya kejayaan yang terlihat menonjol di sebalik tindakan SPR melewatkan tarikh pilihanraya kecil DUN Kajang ialah menjadikan peluang Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor mula tidak menentu dan caca-marba.

Walaupun DAP amat konsisten dan lebih memandang peluang yang mungkin lebih terbentang dalam PRU14 jika Anwar menjadi MB Selangor, PAS sebaliknya tidak mempunyai kesepakatan pemikiran yang sama.

Selain sikap PAS yang masih menjadi perbualan, semakin masa berlalu, tersebar pula pelbagai berita mengenai MB Selangor, Khalid Ibrahim yang kononnya tidak mahu berundur dan bakal merencatkan peluang Anwar untuk menggantikannya.

Semua ini seolah-olah permainan yang sengaja diatur kerana dengan ruang masa yang masih terbuka, banyak duri dan jarum dapat dicucuk-cucukkan untuk menggugat kesepakatan dalam PR.

Meskipun pimpinan tertinggi PAS memberi sokongan kuat untuk memastikan kemenangan beliau di Kajang, tetapi masih kedengaran suara-suara kecil daripada Dewan Ulama, Dewan Pemuda PAS dan bekas Ketua Pemudanya, Nasharuddin Tantawi yang seolah-olah tidak bersetuju dengan pendekatan politik PKR memaksa pilihan raya kecil DUN Kajang ini diadakan.

Lebih dari itu, seperti dalam keadaan terpaksa juga mereka hanya bersedia memberikan sokongan dan memastikan kemenangan Anwar dalam pilihan raya kecil itu saja, tetapi tidak mahu ia melibatkan pertukaran jawatan MB Selangor.

Dengan memberi hujah bahawa jawatan MB Selangor haruslah disepakati bersama antara PAS, PKR dan DAP dan Anwar atau PKR tidak seharusnya memandai-mandai sendiri memutuskan jawatan itu milik mereka, terlihat bahawa PAS cuba menghantar mesej tentang jumlah kerusi DUN dimilikinya adalah 15 berbanding PKR yang hanya 14.

DAP, walaupun juga mempunyai jumlah kerusi 15 tetapi tidak berpeluang menjadi MB kerana peruntukan memutuskan jawatan itu mesti dipegang oleh Melayu dan Islam.

Tindakan beberapa gelintir dalam Pas mula mengocakkan keadaan dalam Pakatan dan seolah-olah mereka sudah termakan dengan hasutan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang berulang-kali mengatakan bahawa jawatan MB Selangor sepatutnya dipegang oleh PAS kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi DUN yang lebih berbanding PKR.

Sementara Dr Mahathir terlupa atau buat-buat lupa bahawa Umno yang mempunyai jumlah kerusi lebih juga memberikan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan, beberapa gelintir dalam PAS tadi juga mungkin terlupa atau buat-buat lupa bahawa kerana pertembungan PAS dengan PKR yang sama-sama meletakkan calon di DUN Kota Damansaralah yang menjadikan jumlah kerusi PKR menjadi 14.

Jika tidak, komposisi Pakatan Rakyat di Selangor ialah 15-15-15 dan mungkin tidak merangsang sesiapa untuk bangga kepada kelompok sendiri.

Dengan DAP tiada masalah untuk menyokong Anwar sebagai MB Selangor, PAS juga seharusnya memberikan sokongan yang sama bulat sebagai menebus kesilapan yang dilakukan di Kota Damansara dulu.

Lagi pula, dengan menyokong Anwar sebagai MB Selangor, ia juga turut memberi keuntungan kepada PAS sendiri dari segi keupayaan menembusi dan mendapat sokongan yang lebih meluas di kawasan bandar, separa bandar dan juga daripada kalangan pengundi bukan Melayu.

Berbanding dengan adanya kerjasama dengan PKR dan DAP, PAS sejak dua pilihan raya yang lalu telah berjaya memenangi beberapa kerusi bandar yang sebelum ini dianggap mustahil kerana sokongan PAS secara sendirian lebih tertumpu kepada kawasan kampung, pedalaman dan kelompok Melayu sahaja.

Harus juga diakui bahawa keinginan rakyat untuk berubah begitu terserlah dalam PRU13 lalu. Kemenangan BN yang hanya bertunjangkan sokongan 47% pengundi, turut juga dibantu oleh persempadanan kawasan pilihan raya.

Oleh yang demikian, untuk meneruskan momentum dalam PRU14, pemikiran dan gerak kerja yang luar biasa amat diperlukan. Salah satunya ialah dengan menjadikan Anwar sebagai MB Selangor.

Dengan kedudukan sebagai MB Selangor, Anwar akan mempunyai ruang yang lebih luas untuk berperanan, bukan saja di Selangor tetapi juga di seluruh negara.

Beliau bukan saja berpeluang membuktikan keupayaan mentadbir sebuah negeri terlebih dahulu untuk meyakinkan keupayaan mentadbir negara pula, hubungan dan buah fikirannya juga boleh dilontarkan ke arena yang lebih meluas seperti dalam mesyuarat Menteri-Menteri Besar serta mengiringi Sultan Selangor dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Semua ini, jika Anwar dapat melakukan dengan baik, lebih-lebih lagi jika cemerlang, pasti akan mempengaruhi keputusan pilihanraya 2018 nanti.

Dalam masa yang sama, jika Anwar menjadi MB Selangor selepas 23 Mac nanti, terdapat tempoh kira-kira empat tahun sebelum PRU 14 nanti.

Dengan Dr Mahathir sendiri tidak menyembunyikan kerisauannya bahawa jawatan MB Selangor itu akan menjadi tangga untuk Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri, dalam tempoh yang sama juga akan menyaksikan kekuatan politik yang seimbang antara BN dan PR.

Politik yang seimbang ini tentu saja akan membuatkan kedua-dua pihak, iaitu BN dan PR, saling berlumba-lumba untuk menawarkan sesuatu yang terbaik untuk rakyat.

Bukan saja berlaku "check and balance" yang lebih menguntungkan rakyat, malah rakyat tidak lagi menjadi mangsa buli mana-mana parti yang berkuasa.

Setelah kejayaan Anwar mewujudkan gabungan pembangkang yang kuat sehingga menggegar Putrajaya dalam PRU13 lalu, mewujudkan kekuatan seimbang antara BN dan PR dalam tempoh empat tahun akan datang yang sekaligus mengalir pelbagai faedah dan kebaikan untuk rakyat, ia merupakan satu lagi sumbangan yang seharusnya dihargai dan
dialu-alukan.

Menyokong Anwar sebagai MB Selangor sebenarnya tidak merugikan sesiapa, bahkan semua pihak yang menyokong itu ada bahagian keuntungan masing-masing. Yang rugi hanyalah Umno dan BN. Tetapi, tidak mengapalah Umno dan BN rugi kali ini kerana mereka sudah untung sejak lebih 50 tahun lalu./ – shahbudindotcom

Selasa, 11 Februari 2014

ANWAR MB SELANGOR, ANWAR PRESIDEN PKR - UMNO GELABAH PUYUH


Anwar bakal MB Selangor.  Anwar bakal Presiden PKR.  Dua perkara ini adalah igauan maha hebat buat Umno.  Gelabah tidak tentu pasal dibuatnya.  Sebab tu aku kata dalam PR tiada tokoh yang ada 'aura' seperti Anwar melainkan Tok Guru Nik Aziz.  Yang lain tu ketokohan ada, tapi tiada 'aura'.  

"Aura' ini jika sebut nama pun musuh dan takut, peminat ada yang fanatik.  Fanatik ni memang tidak baik kepada seseorang, tetapi siapa boleh nafikan memang ada yang fanatik pada Anwar?  Siapa boleh nafikan memang ramai yang fanatik pada Tok Guru Nik Aziz?  Memang sifat fanatik terhadap seseorang itu tidak elok, tetapi perkara ini memang berlaku.

Itulah 'aura' dan Anwar ada benda ini.  Sebut saja Anwar mahu bertanding di PRK Dun Kajang, habis menggelupur pihak musuh.  Peliknya, ada juga sahabat sendiri turut menggelupur.  Musuh menggelupur sebab cita-cita mahu tawan Selangor nampaknya semakin tipis.  Sahabat kita menggelupur takut Khalid yang selama ini jadi MB akan ditukarkan dan diganti oleh Anwar.  Mereka memang harap krisis Khalid dan Azmin berterusan agar akhirnya Khalid gugur, Azmin tidak berupaya dan di pihak mereka ada peluang jadi MB.  Setidak-tidaknya mereka mahu kekalkan Khalid kerana Khalid banyak bantu menjana duit poket untuk mereka.  Bukan rasuah, bukan penyelewengan tapi banyak peluang diberikan Khalid.

Jika Anwar jadi MB Selangor, sudah tentu berbeza kerana selama ini ramai orang-orang PKR di Selangor merungut susah mahu dapat dana atau peruntukan juga sokongan dari Khalid untuk hidupkan parti di kawasan masing-masing akan dibantu oleh Anwar.  Prinsip Anwar pemimpin mesti bertanggungjawab tentukan partinya sentiasa hidup.  MB Selangor bukannya Pengarah Syarikat.  MB Orang politik, dia naik melalui politik dan tentulah sepatutnya dia peka dengan masalah partinya sendiri.  Tidak salah bantu parti jangan bantu individu atau kumpulan.  Ini yang tidak dibuat oleh Khalid sepenuhnya semenjak 2008.  

Balik kita pada Umno.  Umno sudah semestinya mimpikan Selangor siang dan malam.  Selangor negeri kaya dan lubuk duit di Malaysia.  Jika tidak, masakan Khir Toyol benar-benar jadi toyol?  Sebab itulah puak yang paling kecewa bila Anwar di war-warkan jadi MB Selangor adalah Umno.  Anwar bakal berdepan dengan Najib selaku Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.  Rakyat akan nilai mana satu lebih hebat.  Penilaian ini akan dijadikan ilham sewaktu rakyat memilih kerajaan pada PRU ke 14 nanti.  Itu yang Umno takut sangat.

Buat sahabat, lupakan dulu kepentingan diri.  Kita pandang jauh ke hadapan kerana tindakan Anwar ini pastinya akan menguntungkan kita bersama nanti, InsyaAllah.

Rabu, 29 Januari 2014

ANWAR BAKAL MB SELANGOR? MENGAPA AWAL SANGAT UMNO SELANGOR MEROYAN?

Strategi pertama PR berjaya.  Bila umum saja Anwar jadi calon di Dun Kajang dan dihebohkan pula Anwar bakal menggantikan TS Khalid sebagai MB Selangor, maka melompat meroyan Umno Selangor.  Baca di SINI kenyataan pemimpin Umno Selangor.  

Belum tentu Anwar boleh jadi MB Selangor kalau menang pun, katanya.  Itu memang kita tahu, tapi mengapa gelabah sangat Umno Selangor?  Bayangkan, Anwar, Azmin dan TS Khalid berada di dalam Dun Selangor.  Umno tak dapat berketik lagi lepas ini.  Noh Omar akan bertambah besar mulutnya menganga di dalam Dun nanti.  Itu yang Umno takut sangat.

Paling mereka takut, spesis Umno akan ghuyub terus di bumi negeri terkaya itu.  Jika ada kelemahan serba sedikit di bawah TS Khalid, akan ditampal oleh DS Anwar selepas ini.  Jika perbalahan di antara TS Khalid dan Azmin selama ini agak kritikal, dengan kehadiran Anwar ianya mungkin berakhir, maka ini lah salah satu yang merungsingkan Umno.  Apa akan jadi kepada Umno selepas ini?  Itu igauan ngeri buat Umno Selangor.  Harapan untuk menawan kembali Selangor semakin jauh.


Jumaat, 17 Januari 2014

LAUNGAN "1 KANGKUNG" DI STADIUM DARUL MAKMUR MALAM INI?

Kangkung benar-benar hebatlah.  Glamour kangkung dan popularitinya menenggelamkan cerita Bolasepak Piala Sumbangsih yang akan diadakan malam ini di Stadium Darul Makmur menemukan Pahang Darul Makmur menentang Lion XII.

Aku sendiri pun tak ingat malam ini ada bola.  Ini adalah kerana di alam maya, di media-media sosial masing-masing sedang mentertawakan PM kangkung kita.  Patut lah dengar khabarnya pencipta lagu "Najib kangkung" yang popular di Youtube sekarang ini dikatakan telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Itu menunjukkan keramatnya kangkung.  Keramat bola tewas dengan kangkung.    Mungkinkah di stadium nanti gamat dengan laungan "1 Kangkung"?

Khamis, 16 Januari 2014

MANA WANG SAGUHATI BEKAS POLIS RM3 RIBU JANJI TAHUN 2012?

Lupakah anda bahawa Kerajaan pernah berjanji untuk memberikan saguhati kepada bekas-bekas Polis sebanyak RM3,000.00 secara "One Off" setiap seorang bagi mengenang jasa-jasa mereka?  Bekas-bekas Polis yang layak adalah terdiri daripada bekas anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Squad,AC/Homeguard.

Peruntukan itu telah dimasukkan ke dalam Bajet 2012.  Sekarang sudah masuk tahun 2014.  Difahamkan masih ramai di kalangan mereka yang masih tidak menerima saguhati tersebut, malahan ada yang telah meninggal dunia dan waris mereka pun sudah naik bosan serta terus terlupa kepada janji-janji rejim ini.

Bayangkan, apakah jenis kerajaan yang sanggup berbuat demikian terhadap rakyat apatahlagi mereka ini adalah bekas-bekas perajurit/pahlawan negara.  Tidak masuk akal samasekali proses untuk menyerahkan saguhati ini mengambil masa setahun lebih sedangkan bukan ramai sangat pun yang layak menerimanya.  Adakah kerajaan sudah kehabisan wang?  Tidak mungkin, kerana anak dan bini pemimpin mewah sekali kita lihat.

Apakah kering kontang wang kerajaan walaupun  dinaikkan harga segala benda di muka bumi Malaysia ini?  Minyak naik, letrik naik, tol naik dengan berbagai cukai lagi yang dikutip, masakan tiada wang untuk menunaikan janji?

Simpati kepada mereka yang telah meninggal dunia tanpa dapat memegang walau sesaat wang saguhati yang layak buat mereka.  Semoga Ahli Parlimen dari PR terus mendesak perkara ini di dalam Parlimen nanti. 

Jumaat, 10 Januari 2014

TOK PETI DI SIASAT, ADAKAH TOK PETI BERSALAH DAN POLIS BERBOHONG?

Tok Peti disiasat Polis berkaitan 'fatwa Bughah" terhadap rakyat yang berhimpun di Dataran Merdeka 31 Dis tahun lalu bagi membantah kenaikan harga barang.  Sudah pasti Tok Peti akan membawa hujah beliau untuk mengiyakan 'fatwa'nya.  Persoalannya, adakah pihak Polis akan di'kuliah'kan oleh Tok Peti sepanjang siasatan?

Mungkin Tok Peti akan kata kepada Pegawai Polis yang menyiasat beliau, "Ana beri hukum Bughah kerana Ente (Polis) juga yang beritahu himpunan itu adalah untuk mengguling kerajaan".  "Ente juga beritahu rakyat bahawa ente jumpa parang, payung dan ente kata ada bom dipasang menjelang himpunan".  Maka, berpandukan kata-kata Ente dan alkitab Utusan Meloya dan TV3 suku, wajiblah bagi Ana memberi hukum "Bughah".  

Bila ini dihujahkan oleh Tok Peti, adakah pihak Polis akan menyatakan Tok Peti salah?  Jika Tok Peti salah, secara tidak langsung dakwaan Polis selama ini terhadap himpunan tersebut juga silap.  Mahukah Polis akui kesilapan itu?

Rakyat akan saksikan sandiwara ini dengan penuh rasa jijik dan meluat.


Sabtu, 4 Januari 2014

TOK PETI MENYOROK DALAM PETI AIS SETELAH BUAT FATWA KELAKAR

Teruk juga tok peti Harussanasini dibelasah di dalam media-media sosial.  Dr MAZA juga turut belasah beliau dengan hujah agama.  Sebenarnya tak perlu nas atau dalil yang tinggi sangat untuk menyanggah hujah bengap tok peti yang dakwa rakyat yang berhimpun secara aman tanpa senjata menyuarakan bantahan tentang kenaikan harga barang itu sebagai 'Bughah" atau penderhaka.

Apakah 'Bughah" ?  Mahu jadi Bughah pun ada syarat, bukan boleh terus jadi Bughah.  Aku yang jahil ini pun faham sedikit secara asasnya tentang 'Bughah' ini.  Mahu digelar "Bughah" anda mesti melawan 'Ulil Amri" atau pemerintah Islam yang adil, pemerintah yang telah melaksanakan hukum Allah.  Itu pun pihak pemerintah mesti mencari jalan untuk berdamai dengan puak ini dahulu, dengarkan permasalahan mereka, berhujah dan menerangkan kepada mereka agar mereka memahami, sebelum melabelkan mereka itu 'Bughah" yang mana 'halal' darah mereka untuk dibunuh.

Itu asas yang aku sendiri tahu.  Masakan tok peti tidak tahu asas ini?  Aku tak fikir tok peti ini tidak tahu melainkan tok peti ini sengaja sorokkan kepalanya ke dalam 'peti ais' dan hanya berkitabkan Utusan meloya atau media lidah syaitan iaitu TV3 suku.  Apabila Dewan Pemuda PAS Perak ingin bertemu dengannya untuk mengetahui lebih lanjut tentang 'fatwa'nya itu, beliau hilang telor dan menyorok dalam peti ais.  Alahaii...tok peti.

Jika itrulah kitab rujukannya untuk 'berfatwa', tidak pelik sampai ke mati beliau tidak akan menjadi cerdik.  Jangan hairan selagi dia hidup, selagi itulah beliau dijadikan bahan lawak jenaka dan cercaan orang ramai.
Terdapat ralat dalam alat ini