JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 16 Januari 2014

MANA WANG SAGUHATI BEKAS POLIS RM3 RIBU JANJI TAHUN 2012?

Lupakah anda bahawa Kerajaan pernah berjanji untuk memberikan saguhati kepada bekas-bekas Polis sebanyak RM3,000.00 secara "One Off" setiap seorang bagi mengenang jasa-jasa mereka?  Bekas-bekas Polis yang layak adalah terdiri daripada bekas anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Squad,AC/Homeguard.

Peruntukan itu telah dimasukkan ke dalam Bajet 2012.  Sekarang sudah masuk tahun 2014.  Difahamkan masih ramai di kalangan mereka yang masih tidak menerima saguhati tersebut, malahan ada yang telah meninggal dunia dan waris mereka pun sudah naik bosan serta terus terlupa kepada janji-janji rejim ini.

Bayangkan, apakah jenis kerajaan yang sanggup berbuat demikian terhadap rakyat apatahlagi mereka ini adalah bekas-bekas perajurit/pahlawan negara.  Tidak masuk akal samasekali proses untuk menyerahkan saguhati ini mengambil masa setahun lebih sedangkan bukan ramai sangat pun yang layak menerimanya.  Adakah kerajaan sudah kehabisan wang?  Tidak mungkin, kerana anak dan bini pemimpin mewah sekali kita lihat.

Apakah kering kontang wang kerajaan walaupun  dinaikkan harga segala benda di muka bumi Malaysia ini?  Minyak naik, letrik naik, tol naik dengan berbagai cukai lagi yang dikutip, masakan tiada wang untuk menunaikan janji?

Simpati kepada mereka yang telah meninggal dunia tanpa dapat memegang walau sesaat wang saguhati yang layak buat mereka.  Semoga Ahli Parlimen dari PR terus mendesak perkara ini di dalam Parlimen nanti. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan