JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 31 Oktober 2011

KERANA KURANG AJAR, PENYOKONG NEGERI SEMBILAN KENA BELASAH ?


Betul ke tidak cerita ini aku tak tahu. Diberitakan seorang penyokong bolasepak Negeri Sembilan dibelasah oleh beberapa orang penyokong Terengganu sejurus tamat Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia malam kelmarin.

Puncanya, dikatakan penyokong dari Negeri Sembilan ini mula membuat `provokasi' terhadap penyokong Terengganu yang malam itu Terengganu tewas kepada Negeri Sembilan 1-2. Beliau telah membakar bendera Negeri Terengganu, maka itulah puncanya budak kurang waras ini dibelasah. Aku pun setuju jika budak itu diajar sedemikian kerana perbuatannya yang kurang ajar. Kalau mahu merayakan kemenangan pun, kibarkan saja bendera Negeri Sembilan, mengapa pergi rajin bakar bendera negeri lain?

Itu kerja bodoh dan tidak melambangkan semangat kesukanan. Jika budak tu bakar bendera atau logo FAM tu, aku taklah pelik sangat pasal Setiausaha Agung FAM pun kurang ajar juga. Tidak kurang ajar ke bila Setiausaha Agung FAM boleh kata, terpulang pada peminat samada mahu datang ke stadium atau boikot kerana negara ini demokrasi. Setiausaha Agung FAM tu jawab macam orang bodoh dan sombong apabila ramai peminat bantah harga tiket naik sehingga RM50.

Aku penyokong Negeri Sembilan juga, tapi aku amat tak setuju kalau kita meraikan kemenangan sampai menghina bendera orang lain. Ini kerja yang amat memalukan. Mungkin, berbaloi kot budak tu kena belasah....

Cerita lanjut, baca je di bawah ni...
----------------------------------------------------------------------------------------

SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan. Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu.

Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.
Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/lelaki-dibelasah-kerana-bakar-bendera.html#ixzz1cEk1SMo3

Sabtu, 22 Oktober 2011

KESIHAN ZUL KULIM, POLITIK BENGAP, UGAMA PUN JAHIL

Mohamed Hanipa Maidin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Noordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.

Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.


Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.”

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Noordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.

Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang syariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Noordin.

Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan “Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan “ Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang ghayru muhsan ( lihat seksyen 13 (2) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan (lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan “li wujudin ma’na al-zina fihi” ( kerana kewujudan makna zina padanya) .

Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa “selain daripada isterinya” suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd.

Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan takzir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud?

Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal “Tasyri’ Janaie” terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia “menggunapakai hartanya ” mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd (idraul hudud bisyubhah).

Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman takzir.

Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama (apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas.

“Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian.”

Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Noordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan takzir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum takzir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.

Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik “hudud Umno”. Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.

Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum

Renungan kepada Zulkifli Noordin: Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita? Ingatlah saudara Zulkifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud. Berhentilah jadi jahil murakkab (orang jahil yang tidak tahu dia jahil).

Harakahdaily

Selasa, 11 Oktober 2011

SULTAN SELANGOR PEKA ISU MURTAD, DR HASSAN ALI MESTI MOHON AGAR PEMIMPIN DIBENARKAN BERI TAZKIRAH

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Hassan Ali merasa lega apabila Sultan Selangor sahkan bahawa tindakan JAIS menyerbu sebuah gereja di Selangor baru-baru ini memang tepat dan wajar. Tentulah ada asas dan buktinya Tuanku berkata begitu, dan jika itu lah keadaannya maka kita sokong apa jua bentuk dan ancaman untuk menggugat akidah umat Islam wajib ditentang. Baca di sini.

Bagaimana pula untuk kita mempertahankan akidah umat Islam agar tidak mudah terpedaya dengan ancaman pihak berkenaan? Sudah tentunya umat Islam mesti mendalami ilmu agama. Umat Islam pun wajib saling ingat mengingati sesama kita terutamanya ketua keluarga mendidik dan sentiasa ingat-mengingati akan ahli keluarga masing-masing. Ketua masyarakat juga begitu seterusnya pemimpin juga wajib memberi ingatan (tazkirah) kepada pengikut-pengikutnya.



Jika pemimpin tidak mampu mengajar orang lain dengan ilmu agama, masakan sekadar memberi ingatan (tazkirah) tentang mana yang baik dan mana yang buruk pun tidak boleh? Maka, pemimpin wajib berbuat demikian. Masalahnya, tazkirah seperti ini pun perlu ada kuasa (Tauliah). Siapa wujudkan undang-undang yang menyempitkan jalan dakwah ini? Dr Hassan LinkAli tentu tahu kuasa siapa.

Jadi, di samping Dr Hassan Ali memuji langkah Sultan Selangor di dalam isu serbuan gereja ini, beliau patut berusaha untuk membuka laluan yang mudah bagi kerja dakwah di Selangor. Atau, adakah Dr Hassan Ali juga setuju Tauliah wajib untuk berdakwah melalui tazkirah?

Jika kerja dakwah ini disempitkan, jangan kita pelik jika masalah murtad tidak akan selesai. Jangan pelik jika semakin ramai anak muda lalai dengan hiburan seperti mengunjungi Pusat Hiburan `Hard Rock Cafe' yang kita tidak tahu siapa di belakang pusat maksiat itu./mandor.blogspot

Ahad, 2 Oktober 2011

PKR BERGANTUNG DENGAN PAS? AHLI PKR JENDERAK JAWAB TULISAN PAHANG DAILY

Melalui salah satu komen tulisan Pahang Daily di sini, seorang pembaca telah mengulas isu dakwaan PKR bergantung kepada PAS di dalam Pilihanraya di Pahang, khususnya.

Berikut komen pembaca berkenaan;

Ada kebenaran tulisan ini, namun, dengan bergantung kepada jentera PAS tidaklah memberikan jaminan kemenangan. PAS telah wujud sejak 1955, namun undi PAS tidaklah memberangsangkan sangat.

Episod pilihanraya PAS lebih banyak melihat kekalahan dari kemenangan, dan kawasan yang dikatakan tradisi PAS itu bukanlah kawasan yang PAS kuat, tetapi hanya menunjukkan bahawa PAS bertanding setiap kali dalam Pilihanraya tetapi semuanya kalah.

Sejak 1955, PAS hanya mampu menang 2 kerusi DUN sahaja di Pahang, DAP juga menang 2 kerusi DUN dan PKR pula menang 2 kerusi Parlimen.
PKR kena mempunyai jenteranya sendiri, dan kenapa mesti bergantung kepada PAS. Kelihatan bahawa Ketua-Ketua Cabang PKR kuat bergantung kepada jentera PAS, dan kredibiliti PKR sentiasa dipersoalkan.

Kawasan2 yang boleh dimenangi oleh Pembangkang melalui PKR juga bergantung kepada jentera PAS. Ini menyebabkan PAS merasakan bahawa kawasan2 itu patut diberikan kepada PAS, walhal, jika PAS yang bertanding disitu harapan menang amatlah tipis.
Benar PKR kurang jentera, tetapi pengaruh parti itu jauh melebar dari kewujudan jentera dan keanggotaan parti; hanya PKR perlu mengubah caranya dengan mewujudkan jentera sendiri.

Ini berbeza di tempat saya di DUN Jenderak. Didalam Pilihanraya yang lepas, walaupun, PKR belum sampai 6 bulan bertapak di DUN itu, tetapi PKR tidak bergantung kepada jentera PAS. Kami mempunyai jentera sendiri, PACA sendiri, dan petugas2 sendiri; bahkan poster-poster PAS dan banner2 mereka yang dilambakkan di Pejabat PKR pun, kami jentera PKR yang menampalnya.

Bahkan Pejabat kami sendiri pun kami penuhkan juga dengan bendera dan poster PAS untuk membayangkan bahawa kerjasama Pembangkang itu adalah erat.
Dari segi ranting/cawangan pula, PKR Jenderak jauh lebih banyak dari ranting/cawangan PAS. Namun, disetiap ceramah yang kami anjurkan, kami tidak pernah meninggalkan lambang PAS didalam poster-poster kami.

Ini berbeza dengan ceramah2 PAS, dimana poster-poster parti itu tidak pernah meletakkan lambang PKR, walaupun yang hadir ceramah itu adalah DSAI atau Saifuddin Nasution. Kami dari PKR juga meletakkan lambang DAP walaupun DAP tidak bertanding walaupun satu kerusi pun di Kuala Krau. Ini nak menunjukkan setiakawan kami kepada Pakatan Rakyat, dan bendera PAS dan Bendera DAP dipasangkan dengan megahnya di Pejabat PKR, bahkan Pusat Khidmat Rakyat PKR di DUN Jenderak itu, kami letakkan dua lambang iaitu PKR dan PAS.

Ini tidak pernah berlaku kepada mana-mana Markaz PAS di kawasan ini.
Bagi menghadapi PRU ke-13 ini, PKR telah menyiapkan 72 orang PACABA, dan ratusan petugas-petugas sukarela. Dengan kekuatan ini, PKR DUN Jenderak pasti tidak akan bergantung kepada jentera PAS, dan kami bersedia, seperti PRU-12 untuk membantu PAS menaikkan poster dan banner untuk calon Parlimen mereka. Inilah dikatakan kerjasama dan setiakawan.

Didalam PRU DUN Kecil DUN Kerdau dulu, PKR memohon untuk menjalankan tugas di Felda Jengka 25, Jengka 23 dan Jengka 22. Tetapi kami hanya diberikan Jengka 22, yang dua lagi itu diberikan kepada PAS dan Anak.
Namun dengan cara gerak kerja yang kami lakukan kami bergembira bahawa hanya di Jengka 22 sahaja menampakkan undi PAS bertambah dengan baiknya. Kemenangan didalam PRU bukan hanya sekadar bergantung kepada ahli yang ramai, jika ahli yang ramai itu hanya sekadar "menghabiskan beras" mengisap rokok, bersimbang sesama sendiri, memenuhkan ruang-ruang markaz dengan memuji kekuatan diri sendiri, tetapi tidak sampai kepada rakyat.

Saya masih teringat kepada ucapan Bala, orang kuat Penyokong PAS mengatakan bahawa semua pengundi India (100%) akan mengundi calon PAS, tetapi apabila keputusan PRU Kerdau dikeluarkan, undi kaum India kepada PAS merosot dengan teruknya, begitu juga undi kaum Cina, juga merosot, dan paling merosot ialah undi orang-orang Melayu dan PAS gagal mendapatkan undi kaum Orang Asal.
DAP adalah sebuah lagi parti dalam Pakatan. Parti itu tidaklah mempunyai keahlian yang banyak atau jentera yang kukuh.
Terdapat ralat dalam alat ini