JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 31 Julai 2010

LEBIH 20 BUAH BAS AKAN DITAZKIRAH OLEH NIK AZIZ ?

Oleh: Mandor

MAKA diberitakan bahawa berpuluh-puluh bas akan dibawa untuk menemui Tuan Guru Nik Aziz. Tujuannya apa? Tidak lain adalah untuk memujuk Tuan Guru agar PAS menerima penyatuan Melayu. Melayu mana? Melayu Umno yang pasti. Maksudnya, Umno sahaja yang ada mempunyai keahlian orang Melayu.

Datanglah berpuluh-pulus bas atau keretapi sekali pun, ia suatu yang amat baik sekali. Mungkin perjumpaan itu nanti, Tuan Guru boleh beri sedikit tazkirah kepada rombongan yang gila kepada penyatuan Umno-PAS itu. InsyaAllah, kalau hati mereka belum ditutup rapat untuk menerima kebenaran, kesemua rombongan yang menemui Tuan Guru akan mendapat hidayah. Mereka akan kembali dan bersatu atas dasar Islam. Sudah tentunya mereka akan bersatu di bawah PAS, bukannya Umno yang sekular itu.

Sebab itu, kita patut alu-alukan rombongan tersebut dan kita minta dibenarkan lebih dari 20 buah bas yang akan menemui Tuan Guru Nik Aziz. Di sana nanti, Tuan Guru boleh beri penjelasan apakah bentuk penyatuan yang wajib di sisi Islam. Mungkin berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh Mufti Harussani.

KHIR TOYO CUBA LEPASKAN DIRI DARI CABARAN DAP

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

KHIR Toyo telah dicabar oleh DAP Selangor agar membuktikan senarai pencuri-pencuri pasir di Selangor yang kununnya mendapat perlindungan samseng. Sudah semestinya mantan MB Selangor yang kini hidup mewah itu gagal menyahut cabaran dari DAP kerana beliau sememangnya berbohong selama ini. Beliau masih percaya bahawa rakyat Selangor majoritinya masih bodoh seperti dahulu iaitu ketika beliau menjadi MB Selangor.

Akibat tidak mahu digelar bacul dan dayus, maka Khir Toyo terpaksa melakukan perkara bodoh iaitu dengan mencabar DAP agar menutup semua pusat judi, pusat hiburan dan rumah urut tanpa lesen di Selangor sebelum beliau mahu memohon maaf terhadap DAP. Apabila beliau berkata bersedia untuk memohon maaf kepada DAP, ini bererti dakwaannya berkaitan samseng curi pasir itu ternyata tidak benar. Cuma, peliknya Khir Toyo ini mengaitkan pula dengan perkara lain yang tiada kaitan dengan dakwaannya itu.

Isunya samseng curi pasir, bukannya pusat judi, hiburan atau rumah urut tanpa lesen. Jika beliau ingin juga memperjuangkan perkara itu, sepatutnya Khir Toyo membuat cabaran lain khusus berkaitan hal tersebut. Selaku mantan MB Selangor, Khir Toyo sepatutnya tahu apa yang perlu beliau lakukan jika benar dakwaannya ada rumah urut, pusat perjudian dan hiburan tanpa lesen masih wujud di Selangor. Tidak bolehkah beliau bekerjasama membenteras perkara ini bersama dengan Kerajaan PR Selangor? Mengapa nampak pencuri, dibiarkan sahaja agar mudah untuk menuduh Polis tidak melaksanakan tugas?

Begitu juga dalam isu Samseng curi pasir yang beliau dakwa itu. Jika cukup bukti dan maklumat, tidak tahukah beliau untuk bertindak? Patut pun di zaman beliau mentadbir Selangor perkara ini tidak mampu beliau tangani kerana beliau tidak tahu untuk bertindak. Memang wajar Khir Toyo dan kerajaannya dahulu ditolak oleh rakyat Selangor kerana terlalu lemah.

Khir Toyo sebenarnya tertekan kerana sentiasa diserang dari dalam Umno dan juga di luar Umno. Beliau terpaksa menonjolkan diri secara begini agar rakyat melihat beliau seperti cerdik dan pintar. Malangnya, semakin banyak Khir Toyo bercakap semakin jelas kebodohan doktor gigi ini./wfauzdin.blogspot.com

WAHAI YB ZUL, JIKA DAP MAHU DIHARAMKAN, HARAMKAN UMNO DAHULU

Oleh: WFAUZDIN NS

TERNYATA YB Zul Kulim yang dikenali sebagai `firaun besar' telah kehabisan modal untuk berdepan dengan PR. Segala hujahnya selama ini sejurus dipecat dari PKR gagal menarik sesiapa pun untuk menjauhi PR khususnya PKR. Apatah lagi YB Zul pernah mengaku beliau ini `kaki kelentong' sudah lama, cuma beliau menjadi `jujur dan baik' sebaik sahaja intim dengan Najib.

Setelah kehabisan modal, pengakhirnya `firaun besar' ini mahu kerajaan mengharamkan DAP, sekutu PKR dan PAS. Apa hujah bangang loyar buruk ini? Anda boleh baca di sini. Adakah kerana seorang pemimpin DAP yang mengeluarkan pandangannya, maka DAP itu wajib diharamkan? Ke mana otak YB Zul ini diletakkan sehingga sebodoh ini pandangannya? Beliau yang sepatutnya digelar YB `haram' kerana menjadi Wakil Rakyat yang dipilih oleh penyokong parti yang telah memecatnya. Tidak sedar diri kah YB Zul ini?

Di mana maruah beliau yang menjadi MP yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi-pengundi di kawasannya boleh mengeluarkan pendapat untuk mengharamkan parti yang sah, sedangkan `firaun besar' ini langsung tidak berparti? Apa masalah dengan pandangan dari pemimpin DAP itu berkaitan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah di Selangor? Sudah ada keputusankah dari Kerajaan Selangor? Dan, jika cadangan itu diterima, apa masalahnya kepada Bumiputera? Tidak dapat diskaun itu dianggap melanggar Perlembagaan? Kenapa tidak bising bila Kerajaan kurangkan Subsidi kepada rakyat dengan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas? Di mana hak Bumiputera dan rakyat di dalam hal ini? YB Zul tidak mampu ulas kah?

Kita bukan menyokong sepenuhnya pandangan pemimpin DAP itu, tetapi kita juga tidak boleh menutup mulut sesiapa jua untuk memberikan pendapat. Akhirnya, serahkan kepada pimpinan Kerajaan Selangor untuk buat keputusan. Tentunya PAS dan PKR akan meneliti cadangan tersebut sebaik mungkin. Apa perlunya DAP mahu diharamkan? Jika itu dibenarkan, Umno lebih layak diharamkan untuk kali kedua kerana Umno pernah menghina Institusi Raja-Raja, menghina agama dan banyak lagi. Mengapa YB Zul takut untuk menyebut haramkan Umno? Bukan YB Zul tidak tahu semua yang telah Umno lakukan. Mulut YB Zul terkunci sudah.

YB Zul jelas kehabisan idea. Beliau seorang MP yang semakin celaru di dalam setiap pandangannya. Beliau semakin syok sendiri dan terlupa betapa pengundi-pengundi di kawasannya tidak sabar untuk menurunkannya dari kerusi warisan PKR di situ. /wfauzdin.blogspot.com

Kenapa Tajuddin takut Himpunan Warga Felcra

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman tidak perlu takut dengan Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung malam esok dan lusa, jika beliau yakin tidak berlaku salah guna kuasa dalam pengurusan agensi itu.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, tindakan Tajuddin hari ini mengeluarkan kenyataan mahu menyaman penganjur jika memfitnah, menampakkan kegusaran seperti ada yang tidak kena.

"Belum pun himpunan bermula, dia dah panik, seperti ada sesuatu yang menggusarkannya.

"Kalau dia melatah, dia emosional bukan rasional," katanya kepada Harakahdaily.

Biarpun menerima pelbagai ugutan dan amaran, pihak penganjur, ujar Mazlan tetap akan meneruskan himpunan tersebut.

"Saya tidak bimbang langsung, kita fikir apa yang kita buat ini adalah benar," katanya.

Bagaimanapun, penganjur akan membuat laporan polis hari ini ekoran kenyataan Tajuddin tersebut dan beberapa halangan terbaru yang diterima mereka.

Beliau memaklumkan, Felcra sempena solat Jumaat siang tadi menggunakan masjid di sekitar Pasir Salak untuk memberi amaran kepada peneroka agar tidak hadir ke himpunan malam esok.

"Mereka memberi amaran, sesiapa peserta Felcra yang hadir, akan ditangkap oleh pihak polis," jelasnya lagi.

Himpunan malam esok bertempat di Felcra Bandar Seberang Perak (Changkat Lada) dianjurkan oleh Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Ianya juga dibuat ditanah persendirian milik seorang ahli PAS di kawasan tersebut.

Ekoran amaran terbaru itu juga, Anak menjemput Tajuddin untuk bersama dalam himpunan tersebut supaya beliau dapat melihat sendiri dan menyertai dialog dengan peserta.

"Saya pelawa dia datang dan kita akan bagi dia ruang untuk bercakap," katanya./Harakahdaily

Jumaat, 30 Julai 2010

MASIH JUGA GILAKAN PERPADUAN DENGAN PAS, GUNA NGO PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

BEBERAPA NGO yang telah lama dikenal pasti pro kerajaan telah mengeluarkan pandangan mereka berkaitan isu perpaduan Umno - PAS. Meskipun PAS kini telah bosan dengan mainan pemimpin Umno dan media pencacai mereka tentang perpaduan Umno-PAS, namun kerana rendahnya martabat mereka yang mengampu Umno ini, mereka masih berselera besar untuk memperkatakan isu perpaduan Umno-PAS. Mungkin satu rayuan atau mohon simpati PAS agaknya. Baca di sini.

Di antara beberapa NGO yang tampil membantu Umno untuk merealisasikan tipu muslihat politik Umno yang tenat itu adalah dari Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan). Setiausaha Gagasan menyebut, PAS dan Umno sama sahaja dari segi anutan cuma berbeza dari segi ideologi. Maksudnya anutan Umno itu Islam, dan PAS juga Islam. Siapa yang nafikan? Memang benar majoriti ahli Umno itu Islam. Ideologinya apa? Sekular, bukan? Dan, PAS adalah Parti Islam dan ideologinya juga adalah Islam. Adakah ini bermakna Sekular dan Islam itu sama? Itukah yang difahami oleh Setiausaha Gagasan itu?

Mengapa susah sangat mahu bandingkan dasar PAS dengan dasar Umno? Butakah mata mereka melihat siapakah yang bersungguh-sungguh mahu melaksanakan dasar Islam dan siapakah yang bersungguh-sungguh menolak dasar tersebut? Umno bukan sahaja tidak mahu melaksanakan hukum Islam seperti Hudud dan Qisas, bahkan bercita-cita pun tidak pernah. Berbeza dengan PAS, yang telah pun membentangkan Perundangan Jenayah Hudud dan Qisas di Dun Negeri Terengganu sewaktu PAS memerintah Terengganu dan juga di Kelantan. Malangnya, siapakah yang menentang dan menghalang perlaksanaan hukum tersebut kununnya melanggar Perlembagaan? Yang pasti, bukan PKR atau DAP yang menghalangnya.

Siapa yang pernah memberhentikan bantuan kepada SAR? DAP atau PKR kah? Usahkan Hukum Hudud, Hukum Qazaf pun mahu dihalangnya. Di dalam kes Liwat II DS Anwar, siapa yang bersungguh-sungguh menghalang kes Qazaf dari dibicarakan di Mahkamah Syariah? Bukankah Menteri dari Umno yang bersungguh-sungguh menghalangnya? Bukan Karpal Singh atau Lim Kit Siang, walaupun dikatakan DAP kununnya menentang penubuhan Negara Islam. Apa yang membuatkan kita merasa pelik, mereka boleh menyamakan taraf penolakan DAP terhadap Perundangan Islam dengan mereka menolak Perundangan Islam. Mereka seolah-olah menyamakan akidah mereka dengan akidah DAP.

Takdir dan kuasa Allah tiada siapa yang boleh menjangkakannya. Di dalam keadaan DAP dikatakan menentang hasrat PAS untuk menubuhkan Negara Islam, tetapi bermula Pilihanraya Umum ke 12 dan beberapa Pilihanraya Kecil selepas itu, undi penyokong DAP dan sokongan pemimpin DAP terhadap PAS semakin padu. Semakin PAS kuat untuk menjayakan cita-cita Negara Islam, Umno semakin kuat menekan PAS. Lojiknya, memang wajar PAS berkawan dengan DAP dari berkawan dengan Umno.

Saya sdikit bersetuju dengan pandangan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia yang menyeru pertemuan Umno-Pas mestilah berpaksikan Islam dan Melayu. Apabila mahu berpaksikan Islam, tentulah Al-Quran dan Hadith dijadikan rujukannya. Al-Quran mengajar bersatu padu bukan sahaja di kalangan orang-orang Islam, bahkan perpaduan aamat penting dicapai bersama masyarakat yang bukan Islam. Maka, perpaduan itu mestilah dibincangkan bersama bukan hanya di antara Umno dan PAS sahaja. Sanggupkah Umno untuk mengadakan perbincangan secara terbuka melibatkan semua parti yang mewakili pelbagai kaum dan agama di negara ini? Jika Umno mahu bertemu dengan PAS sahaja, ini bermakna pertemuan itu tidak berpaksi kepada agama Islam. Ia hanya pertemuan untuk Melayu semata-mata.

Jika pertemuan sekadar mahu membincangkan soal orang-orang Melayu sahaja, maka wajarlah PAS melupakan Umno yang sudah ketinggalan di dalam arus politik sekarang. Sudah terlalu banyak dosa Umno terhadap Melayu apatah lagi terhadap Islam sepanjang lebih 50 tahun Umno menjadi tunggak pemerintahan negara. Rundingan dengan Umno wajib bersyarat kerana bukan baru kita mengenali Umno./wfauzdin.blogspot.com

SATU KABINET KENA TIPU, CERDIK SANGAT LA TU


Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR, 30 Julai: Jika benar Tun Dr Ling Liong Sik menipu kerajaan Malaysia seperti tuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam, bagaimanakah mereka yang ditipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang.

Ketika mempersoalkan perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika benar penipuan itu berlaku, mereka yang ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan hilang kelayakan sebagai anggota jemaah menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ling yang juga bekas Menteri Pengangkutan menghadapi tuduhan menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Perdana Menteri, timbalannya dan sebahagian anggota kabinet kini adalah anggota kabinet pada masa penipuan itu didakwa berlaku.

"Persoalannya ialah bagaimana sebahagian yang kena tipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang dan menjawat jawatan yang lebih besar iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi anggota jemaah menteri pada 2002 yang turut kena tipu masih kekal dalam kabinet kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Jika tuduhan ke atas Ling benar, Mahfuz menyifatkan perkara itu sangat memalukan kerana perkara itu menunjukkan dalam kabinet kerajaan BN ada penipu dan ada yang kena tipu sehingga mengakibatkan kerugian yang sangat besar kepada negara dan rakyat.

"Yang menipu sudah tentu jahat dan bijak. Yang kena tipu pula sudah tentu lemah dan bangang.

“Yang tipu tak beramanah sementara yang kena tipu pun sama tak beramanah dan pak angguk dalam mesyuarat jemaah menteri.

"Apalah malang rakyat Malaysia diperintah oleh kerajaan Umno BN yang anggota jemaah menterinya orang yang bodoh bangang dan mudah ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan," kata Mahfuz.

Malaysia, katanya, tidak akan maju jika jemaah menteri dari kalangan penipu dan menteri yang mudah ditipu terus berkuasa.

Sambil menyatakan BN boleh dibaca sebagai "Bohong Negara," Mahfuz menyeru rakyat supaya "menyelamatkan Malaysia daripada penipu negara".

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap semua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu oleh Liong Sik turut sama dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku itu.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, anggota kabinet bukan anggota pasukan bola sepak amatur.

Jika pasukan bola sepak amatur ditipu, katanya, ia masih boleh dimaafkan.

Tetapi, kata Salahuddin, anggota kabinet memegang jawatan berprofil tinggi yang memberikan kesan amat besar kepada kepentingan dan harta negara.

"Apabila mereka ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan, ia merupakan condict unbecoming kerana mereka sebenarnya melakukan act of negligence yang didefinisikan sebagai the failure to use ordinary care.

"Sebab itulah kesemua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu itu mesti bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan kerana kerugian yang telah ditanggung oleh negara berhubung perkara itu ternyata amat besar," katanya.

Beliau juga tidak mahu menolak spekulasi yang mendakwa tuduhan terhadap Ling itu sebenarnya adalah sindiran pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Perdana Menteri ketika penipuan itu didakwa berlaku.

"Beberapa pihak telah mula mendakwa dan membuat spekulasi bahawa apa yang berlaku itu sebenarnya ialah 'dakwa Ling, sindir Mahathir'.

"Susah juga untuk terus menolak spekulasi itu," katanya./Harakahdaily

PERTEMBUNGAN KJ DENGAN RAJA KATAK ?

Beranikah KJ berdepan Ibrahim Ali?
Jul 30, 10

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mungkin serba salah untuk berdepan dengan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali dalam sebuah forum yang berkemungkinan besar bertukar menjadi debat.

Sehingga malam tadi, Khairy (kanan) masih belum membuat keputusan untuk menyertai forum dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar ke-4 yang akan berlangsung Ahad ini.

"Ada apa Ahad ini, saya dijemput berdepan dengan... Ibrahim Ali. Patutkah saya pergi?" soalnya dalam nada serba salah.

Kedua-dua pemimpin popular tersebut dijadual berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam set minda rakyat Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 di ibu negara.

Bagaimanapun, forum tersebut dijangka panas ekoran Khalid dan Ibrahim sering bertembung secara terbuka dalam pelbagai isu, antaranya isu biasiswa Mara baru-baru ini, apabila mereka dilihat saling memperlecehkan antara satu sama lain.

Seorang lagi ahli parlimen PAS yang terkenal dengan kelantangannya Khalid Samad turut ditampilkan sebagai ahli panel dalam sidang yang turut melibatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyampai ucaptama.

Menulis dalam laman Twitter malam tadi, Khairy juga bersuara, disebabkan beberapa pemimpin dan timbalannya yang tidak gemar berkongsi pentas dengan pelajar atau pemimpin pembangkang, beliaulah yang terpaksa menggantikannya.

"Jadi saya selalu dapat jemputan daripada pihak ketiga," katanya ketika mengemaskini status di laman blog mikronya itu.

"Jadi inilah jemputan di saat-saat akhir yang saya perlu putuskan. Nampaknya dua menteri menolaknya, jadi tiada sesiapa lagi (untuk mewakili Umno)"

Dalam masa yang sama, Khairy berkata, sesetengah media asing, terutamanya saluran televisyen sukar mendapatkan menteri bagi menyertai program mereka.

"Sayalah yang terpaksa wakili Umno. Tetapi, selepas (Datuk Seri) Zainuddin Maidin di (stesen televisyen) Al Jazeera...," tulisnya lagi tampa menghabiskan ayat tersebut.

Dalam reaksi terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada November tahun lalu, Zainuddin - menteri penerangan pada masa itu - menjadi bahan gelak ketawa banyak pihak, ekoran ulasannya berhubung 'perhimpunan haram' itu kepada Al Jazeera yang dilihat 'berterabur'./Malaysiakini

Khamis, 29 Julai 2010

AKHBAR PERKASA TIDAK DAPAT SAMBUTAN ? MENGAPA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

Benarkah akhbar PERKASA tidak mendapat sambutan dari vendor untuk dipasarkan? Keluhan ini disuarakan oleh Editor akhbar berkenaan melalui Malaysiakini. Persoalannya, adakah benar vendor tidak berani memasarkannya kerana bimbang dengan KDN ataupun bimbang akhbar tersebut tidak laku?

Di kawasan saya, saya lihat sendiri memang ada terjual akhbar berkenaan tetapi tidak ramai yang berselera untuk membacanya apatah lagi untuk membelinya. Bagaimana untuk kita membaca akhbar berkenaan kerana kita tahu siapa Presiden PERKASA. Kalau sudah Presiden PERKASA sendiri selalu cakap merepek dan merapu-rapu, bayangkan saja bagaimana kandungan akhbarnya.

Umno yang dikatakan parti terbesar Melayu itu pun gagal untuk memasarkan akhbar parti bagi menyaingi akhbar Harakah, Suara Keadilan mahu pun Roket, ini kan pula akhbar PERKASA. Tutup sajalah akhbar berkenaan, buang tenaga dan duit saja. Zaman sekarang orang sudah tidak bercakap lagi siapa tuan kat tanahair ini. Zaman melaungkan ketuanan Melayu sudah basi kerana semua itu sudah terjamin di dalam Perlembagaan.

Zaman sekarang orang sibuk bercakap soal rasuah, penyelewengan, kenaikan harga barang, masalah sosial dan banyak lagi yang lebih penting dari menyalak menjual nama Melayu itu. Biarkan Ibrahim Ali menyalak seorang diri kerana selepas PRU Ke 13 nanti, suara itu akan tenggelam dari suara `garau' katak kepada suara itik serati./wfauzdin.blogspot.com

FOTO - GADIS INIKAH YANG DIKATAKAN PUNYAI SKANDAL DENGAN SAIFUL ?

Adakah ini gadis yang dikatakan punyai `skandal' dengan Saiful?

Oleh: WFAUZDIN NS

PEGUAM Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (Malaysiakini). Ini adalah angkara dakwaan berlakunya `skandal intim' antara peguam tersebut dengan Saiful Bukhari. Satu tamparan hebat ke atas kredibiliti Saiful Bukhari, pemuda yang mendakwa diliwat oleh DS Anwar itu.

Pemuda `berdahi hitam' yang mengaku di dalam mahkamah untuk menjadi seorang Muslim yang baik itu kini mula menjadi perhatian ramai. Samada Saiful Bukhari sudah bertunang atau belum, kisah ini tentunya menambahkan jelek pandangan orang ramai terhadapnya. Adakah orang seperti ini boleh dipercayai percakapannya?

Sebab itu, jangan suka membuat fitnah ke atas orang lain kerana bencana dan malapetaka pasti menimpa diri si kaki fitnah. Ingatkah kita apa yang terjadi kepada Azizan Abu Bakar selepas beliau mendakwa DS Anwar meliwatnya di dalam kes liwat 1 dahulu? Azizan Abu Bakar kemudiannya ditangkap berkhalwat. Allah bayar cash atas kerja jahat beliau itu.

Keterangan Saiful kununnya aduan yang beliau buat terhadap DS Anwar adalah untuk menjaga kehormatannya, kini terbukti beliau sendiri merosakkan kehormatannya. Berbagai cara telah dilakukan oleh kumpulan konspirasi untuk memburukkan imej DS Anwar, tetapi yang jelas terkena adalah Saiful.

Masih ada lagikah yang percaya dengan Saiful ini? Kita terus menanti adegan seterusnya...../wfauzdin.blogspot.com

Mat Sabu: Jangan terpedaya dengan dakyah UMNO

Nazar Hashim | Jul 29, 2010

Kerajaan persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional sengaja mencari kesalahan kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, malah mensensasikan isu pasir di Selangor dan Pulau Pinang untuk memberi imej buruk terhadap kerajaan PR, kata Mohamad Sabu, ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika mengulas isu kecurian pasir di Pulau Pinang, semalam.

"Cuba kita lihat bagaimana pelbagai bentuk tribulasi yang dilakukan oleh UMNO dan BN di negeri-negeri yang diperintah oleh Kerajaan PR bagi menyalahkan Kerajaan Negeri yang tidak dipimpin oleh mereka," kata Mohamad Sabu.

"Isu pasir di Selangor dan di Pulau Pinang cuba mereka sensasikan. Pelbagai tuduhan dan dakwaan yang mereka lakukan semata-mata bagi memberi imej buruk terhadap kerajaan negeri yang diterajui oleh PR." Beliau berkata sedemikian di depan khalayak 4000 orang, yang menghadiri ceramah di Kompleks Yayasan An-Nadhoh, Kubang Semang, Bukit Mertajam, semalam.

Beliau menambah, "Mereka cuba menyifatkan kepimpinan Kerajaan PR adalah lemah dan tidak kuat. Namun begitu saya yakin rakyat kini bukan lagi mudah ditipu oleh Kerajaan yang diperintah oleh BN."

UMNO main sentimen perkauman

Sementara itu, Mohamad Sabu juga menyelar kepimpinan UMNO yang sentiasa memainkan sentimen perkauman terutamanya dalam isu yang melibatkan masyarakat Melayu.

"Seringkali mereka mengatakan sekiranya UMNO kalah dan hilang kerusi dalam pilihan raya maka kuasa dan politik Melayu akan hilang. Apakah mereka lupa apabila UMNO hilang kuasa di Kelantan sejak 20 tahun yang lalu apakah Melayu hilang kuasa sedangkan yang memerintah Kelantan itu adalah Melayu juga yang datangnya dari PAS?"

Mohamad Sabu (gambar kanan) menyeru, "Oleh kerana itu, rakyat jangan terpedaya dengan dakyah dan sentimen perkauman yang dimainkan oleh UMNO dan BN semata-mata bagi meraih sokongan yang semakin hilang terhadap mereka. Masyarakat Melayu khususnya jangan termakan isu yang dimainkan oleh UMNO apabila mengatakan kuasa politik akan hilang sekiranya UMNO tidak berkuasa, sedangkan PAS bersedia untuk menggantikan UMNO sebagai sebuah parti untuk orang Melayu dan umat Islam di negara ini."

Kejadian curi pasir berlarutan sejak zaman pemerintahan BN

Di samping itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga menyelar kerajaan persekutuan yang menyalahkan kerajaan negeri dalam isu kecurian pasir di atas tapak Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang. Menurut beliau lagi, kerajaan negeri sukar untuk mencampur tangan dalam hal tanah milik kerajaan persekutuan, lantaran daripada halangan dan kerenah dari kerajaan persekutuan.

"Walaupun begitu, sebagai sebuah kerajaan negeri yang mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat maka kita turut berasa terpanggil untuk mengetahui perkembangan insiden kecurian pasir di atas tapak tanah milik Kerajaan Persekutuan itu," tambahnya.

"Kejadian ini telah berlarutan sejak tahun 2002 lagi semasa negeri ini diterajui oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN). Namun begitu tiada tindakan yang diambil oleh mereka walaupun ianya telah berleluasa sekian lama. Adalah sesuatu yang menghairankan apabila mereka tidak mengambil apa-apa tindakan sejak lapan tahun yang lalu," kata Lim Guan Eng (gambar kiri) yang mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri selepas PRU ke-12, Mac 2008.

"Oleh kerana kepentingan rakyat dan masyarakat setempat adalah menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah, maka kita tetap akan memberi kerjasama kepada kerajaan persekutuan bagi mencari dalang sebenar di sebalik aktiviti mencuri pasir di atas tanah tersebut," janji Lim Guan Eng.

Biarpun diasak dengan pelbagai tuduhan dari media arus perdana yang dikuasai UMNO-BN, namun hadirin tetap memberi sambutan gemuruh kepada Lim Guan Eng ketika beliau melontarkan kritikan terhadap kerajaan BN, di samping mengulas bagaimana kerajaan pimpinannya memanfaatkan warga Pulau Pinang dengan dasar-dasar yang mesra rakyat.

BN adalah punca kepada apa yang sedang berlaku

Manakala Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dalam ucapan beliau menyeru agar seluruh masyarakat di Pulau Pinang supaya tidak percaya dengan pelbagai isu yang sedang dimainkan oleh BN.

Salleh Man (gambar kanan) berkata, banyak isu perumahan yang dibangkitkan oleh UMNO dan BN adalah untuk menunjukkan mereka prihatin terhadap rakyat walaupun sebenarnya mereka adalah punca kepada apa yang berlaku sekarang.

"Isu perumahan yang berlaku di Jelutong sebagai contoh bukannya bikinan PR. Ia telah berlaku sejak pemerintahan BN lagi. Segala macam tohmahan yang mereka dakwa mempunyai niat tertentu untuk menyembunyikan kesalahan lampau yang telah mereka lakukan terhadap masyarakat dan rakyat negeri ini."

"Apabila mereka mulai merasakan tercabar dan kuasa semakin hilang maka bagi meraih kembali dokongan yang semakin pudar itu isu akan disensasikan. Setelah mereka tidak berjaya dengan isu perumahan beralih pula kepada isu peniaga kecil. Kini mereka mainkan pula isu pasir di Balik Pulau yang ternyata berada di atas tanah milik mereka secara total."

"Dalam isu ini kita mahu mereka yang bertanggungjawab di sebalik kegiatan mencuri pasir di kawasan tersebut segera dihadapkan ke muka pengadilan. Selagi masalah ini tidak selesai maka Kerajaan Persekutuan akan sentiasa menyalahkan Kerajaan Negeri walaupun pada hakikatnya mereka sedar mengenai kejadian sebenar di atas tapak tersebut," katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Helmi Haron, Mudir Yayasan An-Nadhoh, ustaz Mutalib Maarof dan kepimpinan PR Negeri Pulau Pinang.

*Nazar Hasim ialah penulis khas untuk MerdekaReview.

UMNO P.PINANG, SILA SAHUT CABARAN GUAN ENG INI !!

DAP cabar Umno dedah Melayu dihalau di P Pinang

Jul 29, 10


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Umno mengemukakan nama individu Melayu yang pernah dihalau oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri daripada mendiami perkampungan sekitar Jelutong, lapor Harakahdaily.

Katanya, apa yang berlaku sepertimana Kampung Pokok Asam di Jelutong atau Kampung Binjai di Bayan Lepas bukan masalah kerajaan negeri sebaliknya adalah arahan mahkamah kerana tanah yang mereka duduki telah dibeli atau dimiliki oleh pemaju.

Itupun katanya, kerajaan negeri masuk campur untuk mencari penyelesaian seperti mendesak pemaju di Pokok Asam agar menghentikan pelaksanaan projeknya selama tiga bulan untuk mengadakan perbincangan bagi manfaat penduduk.

"Mana ada individu yang Kerajaan Pakatan Rakyat halau. Kalau ada berikan saya satu nama, melainkan ia adalah arahan mahkamah kerana pemaju telah membeli tanah yang mereka diami dari pemilik asal. Macam tu kita tak boleh buat apa sebab tanah swasta," jelasnya ketika menyampaikan pidato di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti, malam semalam.

'Tunjuk hero'

Turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Saleh Man dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Di Kampung Binjai pula, katanya belum pun berlaku apa-apa lagi tetapi Umno sudah tunjuk 'hero' hendak membela orang Melayu walhal pelan perancangan belum dibuat lagi.


Begitupu

n, melalui media kepimpinan Umno Balik Pulau mengapi-apikan penduduk kononnya tanah yang mereka duduki sejak sekian lama akan diambil oleh kerajaan dan akan berlaku kejadian menghalau bangsa Melayu.

Katanya lagi, Umno sengaja membangkitkan isu tersebut untuk melahirkan penentangan di kalangan orang Melayu agar jangan tertipu dengan kerajaan berjiwa rakyat pimpinannya yang telah berjaya membawa perubahan ketara berbanding di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Umno bangkitkan isu perkauman untuk kepentingan senario politik sempit mereka selain untuk melagakan PAS, PKR dan DAP. Bila berpecah BN dan Umno akan bersorak tetapi masalahnya setakat ini semua perancangan yang dibuat makan diri," tegas beliau dalam majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu.

Tambahnya, tindakan yang dilakukan Umno terhadap kerajaan negeri bermatlamat memberi gambaran jahat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat bertindak zalim terhadap orang Melayu jika diberi mandat memerintah negara.

Ditohmah anti-Melayu

DAP pula, katanya ditohmah parti anti-Melayu apabila mengambil langkah menghalau orang Melayu dari perkampungan yang diduduki sejak puluhan tahun.


"Tujuan mereka hanya satu iaitu nak menakutkan orang Melayu di negeri lain jika biarkan Pakatan Rakyat memerintah, bencana akan terjadi. DAP akan melakukan sesuatu di luar dugaan dan negara akan jadi huru hara," jelasnya yang juga ahli parlimen Bagan.

Justeru itu, beliau mengingatkan masyarakat Pulau Pinang sama ada Melayu, Cina mahupun India supaya jangan terpengaruh dengan dakyah Umno dan BN sebaliknya memahami dasar kerajaan Pakatan Rakyat secara mendalam.

Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat akan membela rakyat selaras dengan dasar dan matlamat menjadikan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera, aman, makmur dan ada integeriti.

Ini, ujarnya berbeza dengan BN yang asyik menyuruh rakyat mendahulukan sesuatu termasuk menghadiahkan rakyat dengan beberapa kenaikan harga barangan dan petroleum, baru-baru ini./Malaysiakini

Rabu, 28 Julai 2010

SKANDAL SAIFUL-FARAH, SATU LAGI SUMPAH LAKNAT AKAN DILAKUKAN ?

Gambar Hiasan....

Oleh: WFAUZDIN NS


PENDEDAHAN terhadap dakwaan skandal Saiful Bukhari dengan salah seorang Tim Pendakwa kes Liwat 2 DS Anwar iaitu Farah Azlina nampaknya hangat diperkatakan. Perlakuan yang dikatakan skandal hubungan sulit di antara pemuda `berdahi hitam' Saiful Bukhari dengan wanita tersebut mengakibatkan peguam berkenaan digugurkan dari Tim Pendakwa oleh Peguam Negara Ghani Patail.

Percayakah anda dengan berita ini? Bagi saya, tentunya saya tidak percaya kerana pemuda tersebut amat `baik', jujur dan sentiasa menjaga moralnya tidak seperti DS Anwar yang dituduh meliwatnya. Perhatikan pada dahinya yang hitam itu sudah cukup untuk menggambarkan `kesolehan' anak Encik Azlan itu. Mana mungkin beliau berbuat demikian di dalam keadaan beliau dikatakan menjadi tunangan orang. Lagi pun, Saiful Bukhari belum `bersumpah laknat' lagi samada benar atau tidak beliau menjalinkan hubungan sulit dengan wanita tersebut. Bukankah `sumpah laknat' itu membuktikan kebenaran?

Saya penuh yakin, selepas dakwaan ini Saiful akan hadir ke sebuah masjid untuk melakukan amalan `sumpah laknat' tujuh keturunan bagi membuktikan bahawasanya beliau seorang pemuda yang Soleh dan tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Sebelum itu, sudah tentu Saiful akan pergi berjumpa Najib atau pun KPN, juga mungkin akan bertemu raja sesumpah Ezam untuk memohon nasihat bagaimana untuk menghadapi dakwaan ini. Tidak mustahil juga Saiful akan mengadu hal ini kepada `Uncle Pet'.

Mana tahu Saiful mungkin difitnah ? Apa pun kita ikuti perkembangan hal ini kerana seterusnya. Pengajaran dalam kisah ini adalah, "Jangan kita suka mefitnah orang, satu hari nanti kita akan difitnah'. Tetapi, kisah skandal ini satu fitnah kah atau benar-benar berlaku?

Saya tidak percaya sehingga Saiful bersumpah laknat sekali lagi. Kita tunggu saja Saiful akan berpakaian baju kebangsaan lengkap umpama Pengantin untuk melakukan `Sumpah Laknat Siri II". Mungkin salah seorang dari Ulamak Muda Umno boleh menjadi saksi sumpah menyumpah tersebut. Apa pula komen raja sesumpah Ezam di dalam hal ini? /wfauzdin.blogspot.com

RAHIM THAMBY CHIK BAKAL DILANTIK PENGETUA SEKOLAH MENGANDUNG DI MELAKA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MELAKA Negeri Bersejarah akan mengukir sejarah seterusnya apabila Kerajaan Melaka di bawah Ali Rustam akan menubuhkan Sekolah Mengandung. Samada pihak Kementerian benarkan atau tidak, Kerajaan Negeri akan tetap meneruskannya bagi mengubati `penyakit budak miang' di sekolah. Itu kata Ali Rustam, KM Melaka yang pernah disabitkan dengan politik wang semasa pemilihan Umno yang lalu. Baca di sini.

Selepas ini rakyat Negeri Melaka tidak perlu bimbang lagi tentang anak-anak mereka yang `miang' kerana mereka akan dibantu. Jika sebelum ini kita dengar mahu diwujudkan Pendidikan Seks di sekolah-sekolah, kini mungkin wujud pula Sekolah Mengandung. Terlalu rapat kaitan keduanya. Saya tidak mahu menyebut idea Ali Rustam ini baik, bijak atau bahlol. Cumanya saya kesihan apabila Ali Rustam menyebut masalah zina akan dapat diatasi dengan kaedahnya itu. Benarkah begitu?

Teori Ali Rustam mudah. Pelajar-pelajar yang melakukan zina adalah kerana gagal mengawal nafsu, maka lebih baik mereka kahwin. Jika pihak sekolah tidak mahu terima pelajar yang mengandung selepas berkahwin, maka inilah sekolahnya. Apa terjadi selepas pelajar ini berkahwin nanti? Sudahkan kita fikirkan? Benarkah mereka yang berzina itu sebenarnya disekat dari berkahwin? Atau semata-mata mahu berseronok? Sudahkah kajian dibuat? Saya rasa tidak ramai yang melakukan zina itu adalah kerana mereka disekat dari berkahwin. Mereka cuma mahu keseronokan bukan mahu berkahwin.

Sekiranya jadi juga penubuhan Sekolah Mengandung untuk pelajar-pelajar miang ini, saya ingin mencadangkan agar Pengetua atau Guru Besarnya adalah bekas KM Melaka iaitu Rahim Thamby Chik. Beliau sungguh berpengalaman di dalam perkara `miang' dan budak mengandung ini. /wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 27 Julai 2010

ISU PASIR SELANGOR - MEREKA SANGKA MEREKA SAHAJA YANG MELAYU?

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU-baru ini TV3 suku menyiarkan beberapa `orang Melayu' yang `kebulur' pasir di Selangor. Mereka memekik, menjerit dan terlolong umpama Hatu Raya kelaparan kerana tidak puas hati dengan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan isu pasir. Kununnya mereka `orang-orang Melayu Bumiputera' diketepikan oleh Kerajaan PR Selangor untuk mencari rezeki dengan pasir yang dikorek di Selangor.

Bukan kita tidak tahu, muka-muka inilah yang kaya raya di zaman Khir Toyo dan ada di antara mereka kroni kepada pemimpin Umno Selangor ketika itu. Kini, mereka lupa bahawa kerajaan telah bertukar tangan bukan lagi Anak Toyo selaku MB yang mereka boleh berbuat sesuka hati. Kini zaman PR memerintah dan istilah kroni tiada dalam kamus pemerintahan PR. Mereka mendakwa Melayu dan Bumiputera Selangor tertindas di bawah Kerajaan PR sekarang. Siapa Melayu dan Bumiputera itu? Adakah di Selangor hanya gerombolan yang terpekik terlolong di depan kaca TV itu sahaja yang Melayu dan Bumiputera?

Kekayaan dan hasil sumber bumi di Selangor adalah hak rakyat. Rakyat bukan bererti kesemuanya Melayu atau Bumiputera. Mengapa kita sebagai Melayu berugama Islam pula begitu tamak sekali? Jika di zaman Khir Toyo dahulu berpuluh tahun kamu mengaut untung hasil pasir ini, kamu tidak pernah menoleh ke arah Melayu atau Bumiputera yang lain untuk berkongsi nikmat itu. Jika boleh, kamu sahaja yang ingin terus mengaut hasil keuntungan pasir di Selangor sampai kiamat.

Oleh sebab itulah, hampir setiap hari puak-puak ini mengadu di TV3 suku betapa hidup mereka kini teramat susah. Seolah-olah merekalah orang paling papa kedana di Selangor. Yang menghairankan kita, mengaku hidup susah tetapi masih berlagak ego, sombong dengan mendakwa Kerajaan Selangor yang menganiayai mereka. Itulah yang dikatakan bodoh dan miskin tapi sombong.

Kepada Kerajaan PR Selangor, persetankan puak-puak yang terjerit siang malam itu. Usah dilayan mereka sepertimana Khir Toyo melayan mereka sehingga lupa diri. Ketelusan dan keadilan hendaklah diteruskan. Kekayaan Selangor mestilah dikongsi sama rata. Jangan jadikan Selangor sebuah kerajaan yang diperintah oleh `Toyol' penghisap darah walaupun zaman Anak Toyo sudah pun berlalu./wfauzdin.blogspot.com

BUKAN DS ANWAR YANG PATUT DINYAHKAN DARI SELANGOR, TETAPI MANUSIA BANGSAT INI

"Hehehe...akhirnya kau melutut jugak kat aku ye, Sesumpah?"
Mungkin ini yang dinyatakan oleh Muhyiddin


Oleh: WFAUZDIN NS

SESUMPAH Ezam terus merayap di sekitar Selangor. Modalnya, tidak lain tidak bukan iaitu DS Anwar kerana jika tidak menyebut nama DS Anwar Sesumpah mungkin termakan sumpah. Raja sesumpah mengaku beliau bukan `pelacur politik' dan beliau keluar dari PKR adalah kerana prinsip. Apa prinsipnya? Iaitu serang DS Anwar dan nyahkan bekas bosnya itu dari Selangor.

Sebab apa? Sebab satu dunia tahu DS Anwar berkebolehan dan mempunyai pengaruh yang besar sehinggakan akhbar Washington Post yang kuat Yahudinya itu terpaksa buat cerita DS Anwar memohon maaf kepada Yahudi. Mungkin ramai yang telah membaca akhbar Washington Post tersebut yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Sesiapa yang berjumpa perkataan atau berupa permohonan maaf dari DS Anwar kepada Yahudi, sila buktikan. Hanya raja sesumpah yang memahami sedemikian rupa kerana semenjak beliau berlutut dengan Umno, kewarasannya semakin hilang dan kredibilitinya jatuh teruk setaraf dengan Zahid Md Arip yang sering membuat cerita bodoh di dalam ceramahnya.

Secara tiba-tiba raja sesumpah boleh percaya kepada akhbar Washington Post yang beliau sendiri tahu begitu kuat Yahudinya. Satu dunia tahu DS Anwar amat menentang Zionis Israel, maka pelik apanya akhbar Yahudi tersebut memainkan peranan memburukkan DS Anwar? Mengapa raja sesumpah boleh menjadi bodoh dan bengap sedemikian?

Satu lagi kebodohan raja sesumpah ialah apabila dia mengajak rakyat Selangor mengusir DS Anwar dari Selangor. Apakah beliau ingat bumi selangor itu bapak dia yang punya? Berapa juta atau Billion duit rakyat Selangor yang ditelan oleh DS Anwar? Dan, berapa juta pula yang dicekik oleh Anak Toyo sewaktu menjadi MB Selangor? Raja sesumpah sudah buta mata dan hatinya akibat termakan sumpah yang sering beliau main-mainkan itu.

Rakyat Selangor tidak sebodoh yang raja sesumpah fikirkan. Jika ada yang masih bodoh atau bengap di selangor, cuma raja sesumpah dan beberapa pemimpin Umno Selangor sahaja. Sebab itu kita dapat lihat, di mana-mana jua raja sesumpah pergi, isu yang sama akan beliau bawa. Bukan isu rasuah Ali Rustam, KJ atau rasuah pembelian jet Scorpene atau isu kenaikan harga barang, tetapi raja sesumpah akan jaja kisah DS Anwar. DS Anwar pengkhianat Melayu, ejen Cina, ejen komunis, penyokong Hindraf, ejen Amerika, CIA, Yahudi dan kesemuanya yang buruk-buruk adalah untuk DS Anwar. Begitulah busuknya hati raja sesumpah yang kita semua pernah bantu dan simpati terhadap anak bini beliau sewaktu beliau dimasukkan ke penjara dahulu.

Manusia bangsat inilah yang sebenarnya patut keluar dari Selangor. Beliau tidak pernah menang di dalam Pilihanraya tetapi masuk ikut pintu belakang menjadi Senatak (Senator Katak). Apa jasanya kepada rakyat sehingga mendapat habuan itu? Basmi rasuah? Mana kes rasuah besar yang beliau berjaya bongkarkan dan diambil tindakan? Masih di dalam kotakkah lagi? Sekarang mana suara beliau tentang rasuah? Terkunci mulut mamat yang berperwatakan lembut ini. Benarlah seperti katanya dulu, " Tunjukkan pada saya siapa yang masuk Umno itu ikhlas?". Nah, sekarang kita tunjukkan pada raja sesumpah, kamulah orangnya yang kamu maksudkan dulu. /wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 26 Julai 2010

MUFTI PERAK KANTOI LAGI

Oleh: Mandor

MUFTI Perak jelas kantoi kali ini. Tiada perjumpaan di antara beliau dengan pemimpin PAS berkaitan perpaduan atau penyatuan Umno - PAS. Sekadar pertemuan berkenaan penyatuan Melayu dan tidak lebih dari itu. Penyatuan Melayu bermakna meliputi semua orang Melayu samada dari PAS, Umno, PKR mahu pun dari yang tidak berparti termasuk berbagai pertubuhan (NGO) Melayu. Ini hakikat dan faktanya seperti yang dijelaskan oleh Dr Hassan Ali dan Mufti Perak juga turut mengakuinya. Boleh baca selanjutnya di sini.

Oleh yang demikian, siapa yang berbohong? Mufti ? Masakan Mufti berbohong? Dr Hassan Ali secara berterus terang menafikan pertemuan itu untuk membincangkan penyatuan Umno - PAS. Dr Hassan Ali juga tidak berbohong kerana Mufti Perak tersebut akhirnya mengakui apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan Ali.

Seandainya Mufti Perak didapati berbohong, amat malang sekali kita mempunyai Mufti sedemikian rupa. Adakah demi kerana Umno, maka perlunya `bohong sunat'? Apakah selepas ini kita akan berfikir seribu kali sebelum menerima percakapan dari Mufti berkenaan?

Syabasm Dr Hassan Ali kerana berani dedahkan semua ini. Kesilapan Dr Hassan cuma kecil sahaja iaitu datang untuk belajar dari Mufti berkenaan semata-mata Mufti terbabit telah berpengalaman 30 tahun. Tetapi, Dr Hassan tidak mengkaji selama 30 tahun itu, apakah kejayaan Mufti berkenaan yang boleh kita banggakan? Adakah kejayaan rampasan kuasa di Perak itu boleh kita letakkan kredit ke atas Mufti Perak tersebut? Adakah kejayaan menukar nama `Sure Heboh' kepada `Jom Heboh' itu satu kejayaan buat Mufti Perak? Ilmu apa yang mahu Dr Hassan Ali pelajari dari Mufti Perak? Ilmu penyatuan Melayu? Melayu di Perak tempat Mufti tersebut bertugas itu pun belum tentu bersatu.

Tiadakah Ulamak lain yang boleh Dr Hassan Ali jadikan `guru'? Mengapa Mufti Perak yang diketahui giat berkempen di kalangan pelajar luar negara untuk menyokong Umno itu dipilih oleh Dr Hassan sebagai `mentor'nya?

Sehubungan itu, diharapkan Dr Hassan Ali mulai sedar siapakah yang mengkhianati beliau dengan mengada-adakan cerita lain dari yang sebenar. Mufti ? Masakan Mufti berbohong.

JELAJAH PERTAMA KEMPEN SELAMATKAN SELANGOR - PULUHAN RIBU HADIR SAKSIKAN BADUT UMNO BERAKSI

Oleh: WFAUZDIN NS

HAMPIR 250,000 yang hadir, oopss...silap, 250 orang yang hadir di dalam kempen Selamatkan Selangor anjuran Umno Selangor di Shah Alam malam tadi. Begitulah sambutan hebat rakyat Selangor di dalam siri pertama jelajah raja sesumpah Senatak Ezam. Apa intipati ceramah juak-juak yang mahu merampas Selangor ini? Sila klik sini.

Seperti biasa nama DS Anwar tidak terlepas dari mulut raja sesumpah Ezam. DS Anwar tali barut Yahudi, malahan Senatak Ezam ini mengaku kununnya dapat layanan istimewa dari puak Yahudi suatu ketika dahulu. Ini bermaksud raja sesumpah dahulu pun `taik' Yahudi juga, patut pun sokong teramat sangat dengan APCO. Hujahnya Apco yang kasi makan rakyat Malaysia ini.

Di dalam keadaan Washington Post menulis betapa DS Anwar adalah anti Zionis Israel, raja sesumpah pula menyebut DS Anwar ejen Yahudi. Saling bercanggah, mana satu yang betul? Akhbar terkemuka di Amerika pun tidak mempercayai DS Anwar ejen Yahudi, raja sesumpah pula kata sebaliknya. Sudah dasar sesumpah, begitulah. Maka, ucapan DS Anwar semasa berada di dalam Umno dahulu dimainkan semula kerana sudah kehabisan modal. Jika boleh, raja sesumpah pun akan turut memainkan ucapan Khalifah Saidina Umar atau Sayyidina Hamzah sewaktu mereka belum memeluk Islam. Beliau tidak mainkan kah ucapan beliau yang menyebut `tunjukkan pada saya mereka yang masuk Umno itu ikhlas?" Jika beliau lupa, dalam blog saya ini sentiasa ada klip video ucapannya itu. Sila lihat.

Seperti biasa juga, raja sesumpah pun `menjual' nama Allah. `Demi Allah' katanya, beliau tidak dapat duit satu sen pun apabila keluar dari PKR. Mengapa terasa? Kita pun tahu, beliau diangkat jadi Senatak melalui pintu belakang ini adalah kerana apa. Biarkan beliau dengan sesumpahnya.

Kempen Selamatkan Selangor hanya dipenuhi dengan cerita basi oleh raja sesumpah. Beliau tidak sebut pun pasal Khir Toyo sewaktu doktor gigi ini menjadi MB Selangor. Pada hal sewaktu di dalam PKR, kesemua hal Khir Toyo ini di dalam poket beliau. Poket sudah bocorkah? Biasalah bila sudah berada di dalam `tong najis' yang sama. Pakat-pakat sama bau cukuplah.

Modal lain, permainkan tutur kata MB Selangor yang dikatakan gagap itu. Biarkan saja. Gagap-gagap Tan Sri Khalid pun, beliau menjadi MB Selangor yang dipilih rakyat. Pemimpin Umno yang tidak dipilih itu tidak gagap tapi rasuah. Gagap dengan kaki rasuah, mana lebih mulia di sisi Allah dan masyarakat? Faktanya ada, SPRM sudah bersihkan nama Tan Sri Khalid di dalam banyak isu tuduhan rasuah ke atasnya. Khir Toyo sudah bersihkan?

Tiba-tiba raja sesumpah tuduh pula Malaysiakini adalah ejen DS Anwar. Berapa banyak ejen DS Anwar daaa. Luar negeri, dalam negeri dan silap-silap raja sesumpah akan cakap Malaikat dalam kubur itu nanti juga adalah ejen DS Anwar. Lucu sungguh mamat kotak ni.

Saya cadangkan pula, oleh kerana raja sesumpah seronok mendengar kisah-kisah lampau DS Anwar, kita hidangkan pula kisah-kisah lampau sewaktu raja sesumpah memaki hamun Umno, Najib dan banyak lagi beserta dengan pengakuannya tidak akan masuk Umno itu. Klip video pengakuan raja sesumpah tidak akan masuk Umno ada juga saya letakkan pada blog saya.

Nampaknya, pusingan pertama kempen juak-juak yang menyokong Apco ini ibarat mesyuarat cawangan Umno sahaja dari segi sambutan yang hadir. Tandanya apa? Tandanya rakyat Selangor tidak sebodoh mereka untuk membandingkan mana yang lebih baik mentadbir Selangor. Umno sudah menjual, PR kena beli juga. Kita layan saja persembahan badut Umno Selangor ini sebagai penglipur lara rakyat Selangor. Apa macam? /wfauzdin.blogspot.com

SELANGOR - GENDANG DIPALU, AYUH PR SELANGOR !!

Oleh: WFAUZDIN NS

GENDANG telah dipalu oleh Umno Selangor. `Peperangan' antara Umno sekutu Apco dengan PR Selangor bakal bermula. Umno telah mula memasuki gelanggang dengan menampilkan raja sesumpah Senatak Ezam beserta Noh Omar. Khir Toyo tidak perlu ditampilkan kerana ini mungkin akan `memalukan' beliau nanti.

Soalnya, adakah PR Selangor akan melihat sahaja `Badut-Badut' upahan Najib ini? Umno kini tidak lagi percaya kepada media pencacai mereka untuk mempengaruhi rakyat Selangor. Semenjak 2008 lagi, media tersebut telah dicop sebagai `lidah syaitan' oleh majoriti rakyat Selangor. Isu kandang babi sehingga kepada isu kepala babi, isu azan di masjid, isu YB Elizebeth Wong, isu air dan banyak lagi isu yang dipanaskan oleh media pencacai cuma menjadi tontonan penglipur lara sahaja. Terkini, isu pasir dan sekali lagi isu ini memakan tuan.

Justeru itu, Umno Selangor terpaksa bergerak sendiri memasuki seluruh ceruk kampung untuk mencari-cari jika ada lagi rakyat yang bodoh-bodoh untuk dipermainkan. Sehubungan itu, PR Selangor seharusnya memantau perkembangan ini kerana kita simpati jika ada walau seorang jua pun rakyat Selangor yang tertipu dengan gerombolan raja sesumpah.

Perancangan dan strategi harus dilakukan segera. Ini merupakan tugas terbesar mungkin buat Ketua Penerangan Selangor iaitu Us Badrul Amin. Kita penuh yakin, beliau mampu menggerakkan jentera kerajaan bagi menangkis serangan dari Umno Selangor itu. Kita hadapi mereka dengan hujah dan fakta, meskipun mereka hanya menggunakan modal air liur basi mereka beserta sumpah-sumpahnya./wfauzdin.blogspot.com

Sabtu, 24 Julai 2010

EZAM SESUMPAH KETUAI KEMPEN, KHIR TOYO MULAI GEMENTAR

Oleh : WFAUZDIN NS

SELAMAT berjuang buat Umno di Selangor. Kempen `Selamatkan Selangor' mula dilancarkan dengan raja sesumpah Senatak Ezam selaku `Badut'nya. Ini bermakna jawatan Senatak (Senator Katak) yang diberi melalui pintu belakang kepada raja sesumpah bukan percuma. Raja sesumpah perlu buktikan kebolehannya selaku `Badut' upahan Umno untuk menjatuhkan Kerajaan PR di Selangor.

Berita yang melaporkan perkembangan ini amat dinantikan kerana kita mahu melihat Senatak Ezam akan membawa bencana sekali lagi kepada Umno Selangor. Senatak upahan Najib ini dipilih mungkin kerana beliau dahulu anak didik DS Anwar, bukan kerana lain. Dari segi pengaruh jauh sekali kerana raja sesumpah tidak pernah dibuktikan berpengaruh selepas keluar dari PKR. Bahkan, semasa berada di dalam PKR pun beliau kecundang di dalam Pilihanraya di Parlimen Shah Alam. Sewaktu berada di dalam GERAK, raja sesumpah tidak berjaya di dalam objektifnya untuk menentang rasuah, bahkan beliau sendiri menyertai tim rasuah di dalam Umno.

Suara-suara menentang rasuah tidak lagi bermain di mulut raja sesumpah Ezam ini. Beliau banyak mengigau dan merapu dengan menyebut nama DS Anwar walau ke mana beliau berceramah. Mungkin kerana rindu dendam terhadap bekas bosnya itu. Peranan yang diberikan kepada raja sesumpah untuk mengetuai Kempen Selamatkan Selangor dilihat sebagai satu usaha untuk membogelkan Khir Toyo terutamanya. Raja sesumpah bukan tidak tahu pelbagai kemungkaran dan penyelewengan Khir Toyo sewaktu mentadbir Selangor. Kisah Khir Toyo ini selalu Ezam sesumpah dedahkan.

Perkembangan ini amat baik bagi PR Selangor untuk berdepan dengan juak-juak raja sesumpah. Apa yang raja sesumpah mahu canangkan nanti? Kesemuanya itu akan terpelanting ke muka Khir Toyo dan Umno Selangor. Justeru itu, PR Selangor terutamanya dari PKR Selangor bersedialah dengan segala senjata untuk berdepan dengan raja sesumpah. Tentukan peluru dari raja sesumpah akan menuju kembali kepada sasaran sebenar iaitu Khir Toyo.

Sebenarnya ini tugas berat buat raja sesumpah. Bukan mudah untuk mencari kepincangan jauh sekali penyelewengan di era Tan Sri Khalid. Mungkin ada satu dua perkara yang remeh akan dikutip oleh raja sesumpah. Manakala yang lainnya sudah pasti lagu lama yang basi akan dibawa oleh raja sesumpah. Isu ketuanan Melayu, asas bangsa, kedaulatan raja-raja Melayu dan juga isu perpaduan Melayu akan dicanang oleh Ezam sesumpah. Jika ada yang lain, mungkin sumpah keramat Senatak Ezam.

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan juak-juak raja sesumpah ini ke setiap penjuru bumi Selangor. PR Selangor sudah pasti akan menyediakan kumpulan yang bersedia untuk menyambut kedatangan gerombolan murahan Umno ini. Gerombolan murahan yang diketuai oleh raja sesumpah, di samping Lokman Adam yang pernah bersumpah di Masjid menuduh Ezam memakan duit parti suatu ketika dahulu, dan juga Zahid Md Arip yang pernah mencarut menyebut `hak' ibunya sendiri apabila memaki Tuan Guru Nik Aziz. Inilah muka-muka yang akan memperhambakan diri kepada Najib.

Kita amat yakin bahawa PR Selangor secara gandingan mantap PKR, PAS dan DAP cukup bersedia untuk menyambut kehadiran mereka. Kita telah maklum apa yang akan dimainkan oleh mereka nanti, dan tentukan kesemuanya akan terpalit ke muka mereka semula. Yang pasti, Khir Toyo amat takut dengan perkembangan ini. /wfauzdin.blogspot.com

HABIS MODAL - UMNO SELANGOR GUNA `KABEL' SULTAN PULA

Kehadiran ceramah `Selamatkan Selangor' di Shah Alam. Puluhan ribu hadir?
(foto: Ikhsan dari Malaysiakini)

Oleh: Mandor

UMNO Selangor mulai tertekan kini. Mereka terpaksa lancarkan kempen `Selamatkan Selangor' untuk menarik kembali sokongan rakyat Selangor kepada mereka. Kempen yang bermula di Shah Alam malam tadi itu ternyata gagal menarik kehadiran orang ramai di mana dijangka hanya 250 orang yang hadir. Penampilan raja sesumpah Senatak Ezam beserta Noh Omar dan beberapa pimpinan Umno Selangor ternyata gagal menarik kehadiran orang ramai. Baca di sini.

Barangkali merasakan usaha mereka selama ini menampakkan kegagalan, akhirnya Umno Selangor terpaksa guna `kabel' Sultan Selangor. Mereka akan menghantar memorandum kepada Istana Selangor bekenaan dengan isu pasir dan air. Kita amat menyokong tindakan mereka itu kerana kita yakin MB Selangor akan mengadap Sultan Selangor untuk mendedahkan segala-segalanya tentang isu tersebut. Akhirnya nanti, Sultan Selangor akan tahu juga siapa pengkhianat sebenar rakyat di bawah naungan Baginda.

Umno Selangor sudah kehabisan idea untuk mencari kelemahan pentadbiran Tan Sri Khalid. Maka, mereka memainkan isu DS Anwar di dalam ceramah mereka seolah-olah DS Anwar adalah penentu nasib rakyat Selangor. Kerana kehabisan modal juga, maka mereka menghina orang gagap dengan meniru aksi Tan Sri Khalid berucap. Betapa murahnya modal kempen mereka sekarang. Senatak Ezam sesumpah turut menjadi bodoh apabila bergaul dengan puak-puak yang sudah sememangnya bodoh itu.

Senatak Ezam sesumpah tidak akan ada modal berceramah jika tidak menyebut nama DS Anwar. Begitulah hebatnya nama DS Anwar di dalam dan di luar negara, dan itulah yang menyebabkan Umno ingin sekali melihat DS Anwar terpenjara.

Kita mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid yang berjaya mengubah Selangor dari negeri yang mengkayakan pemimpin dan kroni Umno kepada negeri yang merakyatkan Selangor. InsyaAllah, usaha mereka itu tidak akan ke mana kerana majoriti rakyat Selangor cerdik pandai dan tahu beza di antara Umno dan PR. Justify Full

UMNO YANG CEMBURU KEJAYAAN SELANGOR

Anak Sengat

Usia kerajaan Pakatan Rakyat baru menjangkau tiga tahun. Bermacam serangan dan meriam pelbagai saiz telah diledakkan. Hingga kini hanya kerajaan Perak yang mampu ditumbangkan.

Itupun dengan cara yang di luar akhlak dan moral demokrasi. Kerajaan Kelantan tak tergoyah sedikitpun sekalipun sasaran dihalakan kepada TG Nik Aziz dan keluarganya.

Kerajaan Kedah nampak tenang walau sesekali ribut menggoncang keutuhan dan kesabaran Menteri Besarnya. Hanya selangor yang menjadi tumpuan kini. Mungkin kerana Khalid Ibrahim bukan ahli politik sejati kerana beliau hanya menceburipolitik dari dunia perniagaan.

Beliau lebih dilihat sebagai pegawai kerajaan atau tokoh korporat yang mengendali negeri tanpa memperduli mainan politik dari luar dan dalam yang tutur mengimpi dan cemburu dengan jelmaaan tiba tiba Tan Sri Khalid di Selangor.

Umno menyedari kekurangan Khalid yang lebih menumpukan pembangunan dan kebajikan dari permainan politik luar dan dalam di sekelilingnya. Tumpuan beliau lebih kepada keutungan rakyat yang dianggap pemegang saham dalam negeri Selangor sebagaimana beliau mengemudi syarikat yang memikirkan kepentingan pemegang saham. Itu kelebihan Khalid yang mungkin dilihat kelemahan oleh orang politik.

Namun kecemburuan sebenar kepada Khalid Ibrahim bukan kerana diri beliau tetapi Selangor yang menjadi lubuk duit dan bekalan projek kepada pencacai Umno.

Mereka ternyata tidak mampu melakukan sesuatu yang boleh menggugat Pulau Pinang kerana kuasa Melayu kampung sangat sikit. Hanya melayu kampung yang diharap umNO untuk menyambung talian hayat mereka. Walupun Pulau Pinang adalah mutiara , namun mimpi untuk menguasai Pulau Pinang terlalu mustahil buat masa kini.

Selangor terus menerus dijadikan sasaran. Sedikit nyawa kemenangan umNO di Hulu Selangor menjadi dijadikan kemeyan pemulih semangat sekalipun menyedari dupa kemeyan tersebut telah pun pecah.

Bermula dengan mengugut rakyat terhadap masa depan air di Selangor yang dikatakan tidak mampu bertahan hinggalah kepada isu pasir yang dikatakan merosakkan alam.

Tan Sri Khalid telah menjelaskan potensi dan kemampuan air di Selangor sekalipun tanpa projek yang diidamkan oleh Syabas milik Razali Ismail, orang kuat Umno.

Pasir yang menjadi tinggalan Khir Toyo terpaksa dijadikan bahan sekalipun menyedari ianya berpotensi menyeret Khir sekali tertimbus dalam timbunan pasir itu.

Semakin lama umnO menjadi pembangkang, semakin tenat penyakit umNO. Pemimpin utama menyedari dan meluahkan betapa sukarnya menjadi pembangkang. Ia dijadikan semangat dan mentera sebagaimana Yahudi yang membangkitkan semangat betapa perlu Yahudi memiliki Falastin jika ingin hidup bebas . Duit adalah talian hayat umNO. Tanpa duit umNO akan mati. umNO tiada sukarela seperti PAS yang ditanam dengan semangat Jihad.

Umno tiada pilihan selain mengikis duit rakyat melalui pemotongan subsidi. Mereka sangat yakin, dengan pengampu di sekeliling mereka dari kalangan cerdik pandai akan mampu meredakan kemarahan rakyat. Perangkap dipasang di mereta jalanraya untuk merompak duit rakyat melalui saman skor yang belum dibuktikan bersalah.

Jika Pakatan Rakyat mampu bertahan dalam Pilihanraya akan datang dengan menambah kekuatan dan penguasaan beberapa negeri seperti Trengganu , Perak dan Johor... pastinya ramalan bahawa umNO akan menjadi seperti Dinasor akan menjadi nyata.

Apa yang penting pemimpin Pakatan Rakyat perlu mengawal nafsu serakah mereka dalam merebut kuasa. Jangan bercakar sesama sendiri.

Biarkan mimpi itu menjadi nyata terlebih dahulu sebelum bermimpi dengan jawatan dan kedudukan yang tinggi, mimpi bermewah dengan membentis rakan sebelum kemenangan hanya akan menjadikan mimpi itu menghasilkan air liur basi yang memetakan sempadan yang luas. Hakikatnya ia satu keaiban./Harakahdaily

UMNO P.PINANG PEJUANG MELAYU ?

Umno P Pinang gagal lihat 'gajah' depan mata
Susan Loone
Jul 23, 10

Apabila ketua pembangkang negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim mendedahkan penduduk Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dianiaya kerana rumah mereka akan dirobohkan, beliau sebenarnya tidak menyedari yang beliau telah membuka pekung di dada.

Ini kerana pada masa yang sama, pihak berkuasa persekutuan juga melakukan perkara yang sama di kawasan dewan undangan negeri yang diwakilinya iatu di Penaga.

Ahli parlimen Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa sehubungan itu, menemplak Azhar (kiri) yang juga setiausaha Umno supaya tidak campur tangan hal di Jelutong “sedangkan urusan rumahnya sendiri terabai”.

Katanya, beberapa perkampungan Melayu di kawasan yang dipegang oleh ADUN Umno seperti di Bayan Lepas dan Tasek Gelugor juga menghadapi nasib yang sama tetapi tidak mendapat liputan media.

Mujahid, yang juga timbalan ketua PAS negeri berkata beberapa kampung di kawasan Azhar diberikan surat mengosongkan kediaman mereka daripada pihak berkuasa persekutuan dan beliau gagal membantu penduduk kampung berkenaan.

Beliau merujuk kepada keluarga di empat perkampungan di sepanjang Sungai Muda di Penaga yang mengadu bahawa Jabatan Tanah dan Galian mendesak mereka supaya berpindah, meskipun mereka belum dapat tempat berteduh yang baru.

Tanah di mana penduduk berkenaan menetap diperlukan bagi projek tebatan banjir kerajaan persekutuan dan wakil-wakil keluarga yang terbabit telah membawa rintihan mereka ke Parlimen.

Pada 8 Julai lalu, penduduk berkenaan berkunjung ke Dewan Rakyat untuk berjumpa dengan ahli parlimen mereka yang juga adalah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (BN-Kepala Batas) bagi mengadu masalah mereka yang diarah untuk berpindah itu.

Bagaimanapun Abdullah tidak hadir pada hari berkenaan dan penduduk tersebut, sebaliknya berjumpa dengan Mujahid dan ahli parlimen PAS yang lain untuk mendapatkan bantuan.

“Tolong jaga rumah tangga sendiri. Isteri dan anak-anak kamu sedang berlawan dengan kamu; isteri kamu tiada rumah dan anak-anak tiada makanan; selesaikan masalah sendiri sebelum berjuang (bagi penduduk Kg Jalan Pokok Asam),” kata Mujahid (atas, berbaju merah) pada sidang akhbar di Pulau Pinang.

“Jangan pandang rendah pada keupayaan kami membantu penduduk kampung yang terjejas dan jangan jadikan mereka mangsa.

“Kita (Pakatan Rakyat) mampu membantu mereka,” katanya lagi./Malaysiakini

Jumaat, 23 Julai 2010

AKHBAR SINAR - JOM KITA PANTAU AKHBAR INI

Oleh: Mandor

AKHBAR Sinar Harian sememangnya telah jauh mengatasi populariti akhbar pencacai yang lain seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan. Ini adalah kerana akhbar tersebut dilihat lebih seimbang di dalam penyampaian berita dan maklumat semasa khususnya berkaitan isu-isu politik. Rakyat mula yakin dengan akhbar ini dan ini merupakan satu perkembangan baik buat Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

Namun, semenjak syarikat dan pejabat Karangkraf Sdn Bhd ini dilawati oleh Najib, kita mulai Justify Fullmerasakan sedikit perubahan ke atas berita akhbar berkenaan. Bukannya perubahan yang semakin positif, tetapi dilihat setapak mundur ke belakang. Walaupun dilihat kurang ketara, tetapi bagi mereka yang setiap hari menatap akhbar ini mulai merasakannya. Adakah ini menandakan sesuatu arahan atau tekanan telah diberikan kepada akhbar tersebut?

Perkara ini juga turut disentuh oleh portal Pahang Daily. Kita harap akhbar yang semakin meningkat ini tidak terlalu merasa tinggi diri dan lupa diri. Kita masih memerhatikan akhbar ini dari masa ke semasa. Sekiranya akhbar ini ingin menjadikan Utusan Meloya atau Berita Hairan sebagai `idola' nya, kita akan menggerakkan usaha untuk memboikot akhbar berkenaan sepertimana yang telah kita lakukan terhadap beberapa akhbar dan media pencacai sebelum ini.

Saya menyeru kepada semua agar kita terus memerhatikan tingkah laku akhbar ini. Kita akan beri sokongan penuh sekiranya akhbar ini terus berlaku adil dan telus seperti dahulu. Sebaliknya, jika akhbar ini mahu cepat gulung tikar mereka boleh lakukan apa yang mereka mahukan.

PERKASA PUNYA CADANGAN, CERDIK KE BODOH ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MAHU mencari publisiti. Itulah Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang baru-baru ini membuat cadangan bodoh dan tidak masuk akal apabila mencadangkan PAS dan Umno dibubarkan sekiranya kedua-dua parti tersebut gagal untuk bersatu. Masalahnya, bila masa pula PAS mahu bersatu dengan Umno? Siapa sebenarnya yang sibuk mahu mempertemukan sebuah Parti Islam dengan sebuah Parti Kebangsaan yang sekular serta bersekutu dengan Apco itu?

Sewajarnya yang mesti dibubarkan adalah PERKASA itu sendiri kerana pertubuhan itu bukan sahaja ditolak oleh Pemuda Umno, malahan menjadi musuh buat MCA dan MIC. Jika sudah orang Melayu sendiri ramai yang meluat dengan PERKASA, apa gunanya PERKASA wujud? Apa peranan PERKASA untuk memperkuatkan orang Melayu, apatah lagi Islam? Sekadar terpekik ke hulu ke hilir, budak-budak sekolah pun boleh lakukan.

Lebih menampakkan kebodohan Ibrahim Ali adalah apabila dia mencadangkan agar ditubuhkan parti baru yang mempunyai prinsip atau dasar Umno dan PAS di dalamnya. Ini sama seperti ingin mencamporkan daging babi dengan daging lembu. Rupanya selama ini Ibrahim Ali tidak tahu bahawa dasar PAS adalah Islam, sumbernya Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias. Dasar Umno pula sekular yang memisahkan agama dari politik. Mustahil keduanya boleh digabungkan. Masakan Ibrahim Ali tidak tahu dasar PAS sedangkan kerusi beliau selaku MP Pasir Mas pun atas ikhsan PAS.

Sebenarnya, letaklah beribu pertubuhan, cendikiawan atau Ulamak sekalipun untuk dijadikan orang tengah bagi mempertemukan PAS dan Umno, ianya pasti gagal selagi Umno tidak mahu kembali kepada Islam. Usahlah di`jual' nama Melayu kununnya untuk perpaduan, di dalam masa yang sama Melayu lah yang paling ramai tertindas dan Melayu lah golongan yang sering diabaikan.

Justeru itu, usahlah PERKASA cuba untuk menjadi juak kepada Mufti Perak yang tergilakan perpaduan Umno - PAS. Lebih baik PERKASA mendaftar diri menjadi satu parti politik dan cuba nasib pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Mungkin PERKASA akan mencipta rekod sebagai Presiden Parti yang pertama di dalam sejarah negara hilang deposit. Terima kasih sajalah wahai PERKASA atas cadangan bodoh itu. /wfauzdin.blogspot.com

BEGINI CARANYA NAJIB CARI PUBLISITI?

PM 'tabur' RM50k untuk dapat liputan akhbar Amerika
Steven Gan
Jul 22, 10

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.

Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.


Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.

Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.

'Yuran tak dikembalikan'

Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.

Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA 'yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010'.

'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Na
mun, Washington Times – sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut./Malaysiakini

Khamis, 22 Julai 2010

ULAMAK MUDA SUDAH BERSUARA TENTANG PERPADUAN

Oleh: WFAUZDIN NS

MASIH lagi isu Umno - PAS. Kali ini `Ulamak Muda' yang baru `berakad' dengan parti sekular Umno pula bersuara. Maka, diulang baca ayat-ayat Al-Quran yang menyeru kepada perpaduan. Di selangseli pula rujukan kepada Perlembagaan yang menyebut `Melayu itu Islam'. Oleh kerana Melayu itu Islam (benarkah semua Melayu Islam?) maka perpaduan Umno dan PAS wajib dilakukan. Itu intipati hujah `Ulamak Muda' Umno. Seterusnya baca di sini.

Adakah Ulamak Muda itu percaya bahawa Islam akan menjadi kuat dan berjaya di daulatkan di negara ini hanya kerana Umno dan PAS bersatu? Atau, tidak percayakah beliau bahawa selama ini Umno lah yang banyak menentang arus kebangkitan Islam, bukan DAP dan bukan PKR mahu pun MCA dan MIC? Jika beliau mengkaji sejarah Umno, beliau akan tahu adakah Umno yang dikatakan Melayu Islam itu berjuang untuk mendaulatkan Islam atau tidak.

Benar seperti kata Ulamak Muda itu. Umno mungkin telah melakukan kesilapan, dan PAS harus memaafkannya demi untuk perpaduan Melayu Islam. Masalahnya dosa Umno bukan terhadap PAS tetapi terhadap Islam itu sendiri. Dan, adakah benar Umno kini insaf terhadap dosa-dosa mereka? Adakah dasar sekular Umno sudah menjadi dasar Islam iaitu Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias? Adakah Umno sudah tidak membenarkan akta zalim Akta ISA itu? Banyak lagi kemungkaran Umno yang tidak sepatutnya dilakukan oleh parti yang mengaku parti berjuang untuk Melayu Islam ini masih berjalan, malahan ada yang ditambah kemungkaran itu. Tidakkah Ulamak Muda nampak atau mata mereka telah dibutakan?

Kesilapan lama memang boleh diampun samada dosa terhadap Allah mahu pun terhadap PAS, tetapi apa ertinya jika dosa tersebut masih dilakukan berterusan malahan masih berhajat untuk meneruskan dengan kemungkaran yang lain. Umno masih tidak menyuci tangan-tangan mereka sebelum berjabat salam dengan PAS. Ini membuktikan bahawa Umno tidak ikhlas bersatu dengan PAS demi Islam mahu pun Melayu. Ini semua tipu helah politik Umno belaka, bahkan Ulamak Muda tersebut juga secara terang-terangan tertipu dengan muslihat Umno itu.

Saya nasihatkan Ulamak Muda ini, serulah Umno terlebih dahulu untuk menerima Islam sebelum menasihatkan PAS berjabat tangan dengan Umno. Tugas utama Ulamak Muda ini adalah baiki Umno dari dalam terlebih dahulu seperti menyucikan najis dari dalam tong najis.
Selepas itu, mereka akan tahu dan kenal siapa itu Umno./wfauzdin.blogspot.com

UMNO SELANGOR `REBUT PENGARUH' MELALUI PASIR

Kerana pasir Umno Selangor pecah?
Salhan K Ahmad
Jul 21, 10


Persaingan di kalangan pemimpin Umno Selangor dalam mengutarakan isu pasir kini dilihat semakin ketara, terutama di antara kem penyokong Datuk Seri Khir Toyo dan Datuk Noh Omar.

Kedua
-dua pihak dilihat saling ke hadapan dalam mengutarakan isu kecurian pasir yang kian membelenggu pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Rakyat, namun usaha ini berlangsung secara berasingan dan tidak secara bersepadu.

Pada 11 Julai lalu, Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor, bertindak membawa media ke kawasan melombong pasir di kawasan Kampung Bukit Changgang di daerah Dengkil.

Kemudiannya, pada 14 Julai pula, Noh pula memberi kenyataan kepada media selepas meninjau aktiviti pengeluaran pasir, dengan menaiki helikopter di sekitar Dengkil, Kuala Langat dan Batang Berjuntai.

Khir, pada malam semalam pula bertindak membawa beberapa orang penulis blog untuk meninjau satu kawasan perlombongan pasir di Kuala Selangor sehingga jam 1 pagi.

Kalangan penulis blog pro-Umno ini dikatakan tidak begitu menyukai Noh - yang juga timbalan ketua perhubungan Umno Selangor - yang pernah mencemuh golongan blogger sebagai kumpulan "musang berbulu ayam."

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khir bagaimanapun menafikan wujudnya persaingan antara mereka dan menyifatkan hubungan mereka kini dalam keadaan baik.

'Membesar bersama'

"Saya membesar sekali dengan beliau di satu kampung. Takkanlah kami hendak bergaduh.

"Saya sebagai pemimpin di peringkat negeri, Datuk Noh di peringkat persekutuan. Apabila dia pun (jalankan usaha sama), ini seolah-oleh memberi sokongan kepada usaha kita," jelasnya.

Persaingan antara kedua pemimpin ini mula dilihat susulan daripada cadangan untuk membolehkan jawatan pengerusi perhubungan Umno di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat diserahkan semula kepada pemimpin tempatan.

Jawatan pengerusi perhubungan Umno akan melayakkan penyandangnya dilantik sebagai menteri besar, sekiranya parti tersebut kembali menguasai negeri berkenaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Cadangan itu disuarakan seorang naib presidennya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi - dengan tujuan memulihkan kembali kekuatan parti di Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Pada masa ini, jawatan tersebut disandang oleh pemimpin tertinggi Umno. Di Selangor, jawatan tersebut dipegang presidennya sendiri, Datuk Seri Najib Razak, Terengganu (Datuk Seri Hishammuddin Hussein), Pulau Pinang (Ahmad Zahid), Kedah (Datuk Shafie Apdal) dan Wilayah Persekutuan (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

Khir bagaimanapun menegaskan, Umno Selangor menyokong Najib sepenuhnya sebagai ketua Umno Selangor dan aturan tersebut tidak seharusnya ditukar.

"Di negeri lain saya tidak tahulah, tapi Selangor menyokong sepenuhnya Datuk Najib sebagai pengerusi perhubungan.

"(Najib) menjalankan tugas dengan baik. Umno Selangor selesa dengan (aturan) ini dan kita minta Datuk Najib kekalkan," katanya yang juga ketua Umno bahagian Sungai Besar.

Tambahnya, beliau bagaimanapun menyerahkan kepada keputusan majlis tertinggi Umno yang bermesyuarat petang ini sama ada untuk memutuskan sebaliknya./Malaysiakini

KETUA PEMUDA PAS, SILA TARIK BALIK KENYATAAN ANDA

Oleh: WFAUZDIN NS

SEBELUM saya menulis di sini, anda perlu membaca kenyataan Ketua Pemuda PAS yang disiarkan di dalam dua akhbar perdana, dan kenyataan beliau itu dipetik dari blog Ketua Pemuda PAS itu sendiri.

UMNO, Pas perlu pelan damai

Pemuda PAS sokong perpaduan

Jika ianya benar dari tulisan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Tantawi, amat malang sekali PAS memiliki Ketua Pemuda sedemikian rupa. Apa yang beliau mahu capai dari `Pelan Damai' dengan Umno itu? Tidak cukup puas hatikah Ketua Pemuda ini dengan kerjasama yang semakin erat bersama Pakatan Rakyat? Apa yang tidak kena dengan Pakatan Rakyat sehingga beliau mahu adakan `Pelan Damai' dengan Umno?

Wahai Us Nasruddin, tahukah kamu bahawa Umno tergila-gilakan PAS hanya kerana Pilihanraya Umum semakin hampir? Susah sangatkah kamu untuk membaca rentak tari Umno, sedangkan MCA , MIC dan Gerakan sudah lama tahu rentak tari Umno ini. Mereka sedang merasai apa yang Umno lakukan pada mereka walaupun sesama Komponen BN. Masakan Us Nasruddin begitu mudah termakan dengan muslihat bodoh Umno tersebut? Sedarkah kamu pada tahun 2004, ketika Umno dan Bn begitu gagah, pernah Umno menjeling pada PAS selain dari jelingan harimau yang ingin menerkam mangsanya? Lupakah kamu, wahai Us Nasruddin?

Malang sungguh, Ketua Pemuda PAS ini menyebut sanggup melupakan Peristiwa Memali yang mengorbankan As Syahid Us Ibrahim Libya dan rakan-rakan seperjuangannya hanya kerana seruan perpaduan Umno? Pernahkah Umno mohon maaf atau mengaku salah di atas tragedi Memali? Us Nasruddin tahu atau tidak betapa waris mangsa kezaliman Memali menghadapi hidupnya sekarang? Beliau juga sanggup untuk melupakan mangsa kezaliman Akta zalim ISA demi seruan perpaduan Umno? Saya tidak pasti samada Us Nasruddin pernah atau tidak ditahan di bawah akta zalim tersebut.

Us Nasruddin cuba untuk bandingkan Umno dengan DS Anwar dan Ku Li di mana katanya PAS boleh terima mereka. Mengapa dangkal pemikiran kamu sehingga menyamakan kedua tokoh tersebut? Jauh beza Umno dengan individu berkenaan. Benar, DS Anwar dahulu ahli Umno tetapi beliau diterima sebagai sekutu PAS adalah kerana DS Anwar meninggalkan Umno dan tidak menentang perjuangan PAS malah banyak membantu kejayaan PAS. Begitu juga Ku Li, yang sanggup dipinggirkan di dalam Umno demi menegakkan hak royalti Kelantan.

Apa yang samanya dengan Umno? Mungkin boleh diterima sekiranya Umno dibubarkan dan kesemua ahlinya menyertai PAS atau menyokong perjuangan PAS. Tetapi ini tidak berlaku, Umno tetap Umno dengan dasarnya itu. Bahkan, Umno masih kekal dengan perangai mereka seperti dahulu yang menyusahkan rakyat. Jadi, apa lojiknya Us Nasruddin mahu samakan penerimaan PAS terhadap DS Anwar dan Ku Li?

Jika kesemua peristiwa seperti Memali, Akta zalim ISA, rampasan kuasa di Perak, hak royalti Terengganu dan Kelantan dirampas, fitnah PAS parti ajaran sesat dan banyak lagi yang menghiris jiwa kita ingin dilupakan oleh Ketua Pemuda PAS ini semata-mata mendengar dendangan lagu `perpaduan Melayu Islam' oleh Umno dan Mufti Perak itu, saya tidak tahu samada PAS masih ada atau tidak lagi pemuda yang berani berjuang.

Saya berharap Ketua Pemuda PAS menarik kembalik kenyataannya itu. Sekiranya beliau masih tetap dengan pendiriannya untuk melupakan segala tragedi yang menimpa PAS demi Umno, saya secara peribadi tidak lagi akan menghormatinya sebagai Ketua Pemuda PAS dan juga sebagai Ulamak Muda./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 21 Julai 2010

JAMIL KHIR MAHU KEPADA AL-QURAN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR seorang Senator yang setaraf dengan raja sesumpah Ezam mula membuka mulut yang bunyinya sama seirama dengan Mufti Perak. Lagu dan irama perpaduan Islam dikumandangkan seolah-olah waktu ini kita sesama Melayu dan Islam sudah `berperang saudara'. Benarkah begitu? Ianya tidak benar, apa yang berlaku sekarang adalah Umno mahukan undi bukannya perpaduan apatah lagi Islam. Kenyataan Jamil Khir itu adalah kenyataan seorang Senator yang berada di dalam sebuah parti sekular yang bersemangatkan kebangsaan.

Di mana-mana kampung, bangsa Melayu tidak berpecah, samada di negeri yang diperintah Bn mahupun di negeri yang diperintah oleh PR. Masyarakat di kampung bersatu padu termasuk di kalangan bangsa Cina atau India. Mereka tahu untuk membezakan fahaman politik yang tidak membolehkan mereka berpecah belah. Jika ada sekalipun perpecahan, mungkin di satu-satu tempat yang mekibatkan kelompok kecil yang taksub.

Umno mahukan perpaduan adalah kerana Umno merasakan perpaduan bersama PAS itu penting untuk mengukuhkan parti sekular yang mereka dakap itu. Jamil Khir menyebut bahawa antara PAS dan Umno, mereka mempunyai Kiblat yang satu, puasa, sembahyang dan juga berbagai ibadah lain adalah serupa. Adakah ini bermakna umat Islam yang berada di dalam PKR, DAP, Gerakan dan beberapa parti lain itu tidak sama ibadah mereka? Mengapa tidak diajak untuk perpaduan ini?

Jamil Khir juga sebut pasal kembali kepada Al-Quran demi perpaduan. Kenyataan ini amat baik sekali dan itulah yang PAS mahukan. Tetapi, adakah Umno mahu kembali kepada Al-Quran? Di dalam masa Jamil Khir menyebut perlu kepada Al-Quran, seorang lagi telah ditahan di bawah akta ISA yang zalim dan bertentangan dengan Al-Quran itu. Setelah banyak yang mereka rampas dari rakyat termasuk kebebasan bersuara, Jamil Khir masih mahu bercakap soal perpaduan dan Al-Quran. Selaku Senator dan juga Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Jamil Khir patut bersihkan semua perkara mungkar ini sebelum menyebut tentang perpaduam Umat.

Sewaktu Jamil Khir berada di dalam ATM, beliau gagal untuk `mengislamisasikan' organisasi sekecil itu, apatah lagi untuk sebuah negara. Angkatan tentera kita masih lagi banyak mewarisi sistem penjajah samada dari segi pentadbiran mahupun latihan. Cuma barangkali di dalam ATM, Islam boleh diperlihatkan di dalam beberapa program keagamaan di dalam masa-masa tertentu. Kita tidak nampak bagaimana anggota tentera kita mampu lahir sebagai pejuang yang bersedia untuk berjihad demi agama dan negara. Ini adalah kerana aspek kerohanian dan keagamaan tidak ditonjolkan secara menyeluruh.

Jika benar Jamil Khir ikhlas untuk melihat Melayu dan Islam bersatu, beliau harus menasihatkan pemimpin Umno untuk mengubah dasarnya kepada Islam atau pun menyertai PAS. Hanya Islam yang boleh menyatukan Umatnya, tetapi tidak boleh menyatukan Melayu sahaja. Islam bukan untuk Melayu dan Melayu juga belum tentu Islamnya./wfauzdin.blogspot.com
Terdapat ralat dalam alat ini