Kehadiran ceramah `Selamatkan Selangor' di Shah Alam. Puluhan ribu hadir?
(foto: Ikhsan dari Malaysiakini)
(foto: Ikhsan dari Malaysiakini)
Oleh: Mandor
UMNO Selangor mulai tertekan kini. Mereka terpaksa lancarkan kempen `Selamatkan Selangor' untuk menarik kembali sokongan rakyat Selangor kepada mereka. Kempen yang bermula di Shah Alam malam tadi itu ternyata gagal menarik kehadiran orang ramai di mana dijangka hanya 250 orang yang hadir. Penampilan raja sesumpah Senatak Ezam beserta Noh Omar dan beberapa pimpinan Umno Selangor ternyata gagal menarik kehadiran orang ramai. Baca di sini.
Barangkali merasakan usaha mereka selama ini menampakkan kegagalan, akhirnya Umno Selangor terpaksa guna `kabel' Sultan Selangor. Mereka akan menghantar memorandum kepada Istana Selangor bekenaan dengan isu pasir dan air. Kita amat menyokong tindakan mereka itu kerana kita yakin MB Selangor akan mengadap Sultan Selangor untuk mendedahkan segala-segalanya tentang isu tersebut. Akhirnya nanti, Sultan Selangor akan tahu juga siapa pengkhianat sebenar rakyat di bawah naungan Baginda.
Umno Selangor sudah kehabisan idea untuk mencari kelemahan pentadbiran Tan Sri Khalid. Maka, mereka memainkan isu DS Anwar di dalam ceramah mereka seolah-olah DS Anwar adalah penentu nasib rakyat Selangor. Kerana kehabisan modal juga, maka mereka menghina orang gagap dengan meniru aksi Tan Sri Khalid berucap. Betapa murahnya modal kempen mereka sekarang. Senatak Ezam sesumpah turut menjadi bodoh apabila bergaul dengan puak-puak yang sudah sememangnya bodoh itu.
Senatak Ezam sesumpah tidak akan ada modal berceramah jika tidak menyebut nama DS Anwar. Begitulah hebatnya nama DS Anwar di dalam dan di luar negara, dan itulah yang menyebabkan Umno ingin sekali melihat DS Anwar terpenjara.
Kita mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid yang berjaya mengubah Selangor dari negeri yang mengkayakan pemimpin dan kroni Umno kepada negeri yang merakyatkan Selangor. InsyaAllah, usaha mereka itu tidak akan ke mana kerana majoriti rakyat Selangor cerdik pandai dan tahu beza di antara Umno dan PR.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan