JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 21 Julai 2010

JAMIL KHIR MAHU KEPADA AL-QURAN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR seorang Senator yang setaraf dengan raja sesumpah Ezam mula membuka mulut yang bunyinya sama seirama dengan Mufti Perak. Lagu dan irama perpaduan Islam dikumandangkan seolah-olah waktu ini kita sesama Melayu dan Islam sudah `berperang saudara'. Benarkah begitu? Ianya tidak benar, apa yang berlaku sekarang adalah Umno mahukan undi bukannya perpaduan apatah lagi Islam. Kenyataan Jamil Khir itu adalah kenyataan seorang Senator yang berada di dalam sebuah parti sekular yang bersemangatkan kebangsaan.

Di mana-mana kampung, bangsa Melayu tidak berpecah, samada di negeri yang diperintah Bn mahupun di negeri yang diperintah oleh PR. Masyarakat di kampung bersatu padu termasuk di kalangan bangsa Cina atau India. Mereka tahu untuk membezakan fahaman politik yang tidak membolehkan mereka berpecah belah. Jika ada sekalipun perpecahan, mungkin di satu-satu tempat yang mekibatkan kelompok kecil yang taksub.

Umno mahukan perpaduan adalah kerana Umno merasakan perpaduan bersama PAS itu penting untuk mengukuhkan parti sekular yang mereka dakap itu. Jamil Khir menyebut bahawa antara PAS dan Umno, mereka mempunyai Kiblat yang satu, puasa, sembahyang dan juga berbagai ibadah lain adalah serupa. Adakah ini bermakna umat Islam yang berada di dalam PKR, DAP, Gerakan dan beberapa parti lain itu tidak sama ibadah mereka? Mengapa tidak diajak untuk perpaduan ini?

Jamil Khir juga sebut pasal kembali kepada Al-Quran demi perpaduan. Kenyataan ini amat baik sekali dan itulah yang PAS mahukan. Tetapi, adakah Umno mahu kembali kepada Al-Quran? Di dalam masa Jamil Khir menyebut perlu kepada Al-Quran, seorang lagi telah ditahan di bawah akta ISA yang zalim dan bertentangan dengan Al-Quran itu. Setelah banyak yang mereka rampas dari rakyat termasuk kebebasan bersuara, Jamil Khir masih mahu bercakap soal perpaduan dan Al-Quran. Selaku Senator dan juga Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Jamil Khir patut bersihkan semua perkara mungkar ini sebelum menyebut tentang perpaduam Umat.

Sewaktu Jamil Khir berada di dalam ATM, beliau gagal untuk `mengislamisasikan' organisasi sekecil itu, apatah lagi untuk sebuah negara. Angkatan tentera kita masih lagi banyak mewarisi sistem penjajah samada dari segi pentadbiran mahupun latihan. Cuma barangkali di dalam ATM, Islam boleh diperlihatkan di dalam beberapa program keagamaan di dalam masa-masa tertentu. Kita tidak nampak bagaimana anggota tentera kita mampu lahir sebagai pejuang yang bersedia untuk berjihad demi agama dan negara. Ini adalah kerana aspek kerohanian dan keagamaan tidak ditonjolkan secara menyeluruh.

Jika benar Jamil Khir ikhlas untuk melihat Melayu dan Islam bersatu, beliau harus menasihatkan pemimpin Umno untuk mengubah dasarnya kepada Islam atau pun menyertai PAS. Hanya Islam yang boleh menyatukan Umatnya, tetapi tidak boleh menyatukan Melayu sahaja. Islam bukan untuk Melayu dan Melayu juga belum tentu Islamnya./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Wah! makin ramai sekarang pemimpin umno dan kuda kepang umno , pencacai umno dah nak jadi jaguh "perpaduang".

    Perpaduang ape ke bendenye?...dari dulu sampai sekarang tak berpadu-padu lagi ke?....serabutlah aku dengan puak-puak ni......

    BalasPadam