JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 31 Disember 2009

Husam sedia bertemu keluarga Tok Guru

31 Dec 2009

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa sedia bersemuka keluarga Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tulisan Nik Amalina di blognya, ‘Serisuri’ yang menyebut seorang Exco Kerajaan Negeri wajar letak jawatan mengenai kemelut Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Katanya, tindakan tersebut bertujuan menyelesaikan sebarang masalah dan mencari penyelesaian terhadap permasalahan tersebut.

Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas II Negeri berkata, Islam membenarkan bersemuka dengan mana-mana anggota, ahli termasuk keluarga bagi mencari titik pertemuan daripada segala permasalahan yang timbul.

“Saya sedia bersemuka dengan keluarga Tok Guru (Nik Abdul Aziz).

“Saya kira anggota keluarga Tok Guru bersedia. Jadi tak payahlah surat khabar atau orang luar nak campur atau api-apikan pula,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Nik Amalina adalah anak kepada Nik Abdul Aziz dan isteri kepada Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif PMBK yang terlibat krisis perbadanan itu hingga dinasihatkan letak jawatan.

Mengulas mengenai desas-desus peletakan jawatannya yang kembali dihebohkan, Husam berkata, beliau perlu menumpukan perhatian terhadap isu royalti minyak yang dituntut oleh Kerajaan Negeri.

“Surat khabar dah sebut saya nak letak jawatan. Saya dah hantar surat tuntutan saman terhadap akhbar terbabit. Sekarang ni timbul lagi?

”Sekarang saya tengah fokus kepada tuntutan royalti minyak, jadi selepas rundingan itu selesai, bolehlah saudara buat rumors saya nak berhenti lagi,” katanya.

Kelmarin, Nik Aziz menyelar tindakan penulis blog yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin, Exco Kanan Kerajaan Negeri mahu melepaskan jawatan dengan menyebut perkataan ‘celaka’ kepada penulis blog berkenaan.

Dalam pada itu, Husam menafikan bahawa tulisan blognya yang menyiarkan mengenai pengasingan urusan keluarga dan urusan negara adalah sindiran kepada Nik Abdul Aziz sebaliknya ia adalah peringatan biasa yang dilakukan olehnya./KLpost

Husam: Artikel saya bukan sindir MB


Dis 30,
Datuk Husam Musa, yang menggesa pentadbiran kerajaan dipisahkan daripada kepentingan keluarga, hari ini menafikan tegurannya ditujukan kepada menteri besar Kelantan.

Exco kerajaan Kelantan itu berkata tulisan dalam blognya 'Malaysia atau diri' kelmarin "bukan bermaksud menuding sesiapa, apa lagi kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat", lapor media rasmi PAS.

Mengulas berita di akhbar Utusan Malaysia hari ini yang menyifatkan coretan blognya itu sebagai sindiran kepada mursyidul am PAS, khususnya berhubung pelantikan menantunya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Husam dipetik berkata ia seolah-olah ingin melaga-lagakannya dengan Nik Abdul Aziz.

"Tidak betul macam itu, kenapa saya nak sindir Tuan Guru (Nik Abdul Aziz), saya sendiri ada keluarga, ada adik-adik, bahkan adik saya sendiri pernah ditemuduga oleh sebuah agensi kerajaan negeri beberapa tahun lalu," Harakahdaily memetik beliau sebagai berkata.

"Saya nasihatkan agensi kerajaan ini jangan ambil adik saya walaupun berkelayakan, saya lakukan demikian untuk menjaga imej kerajaan negeri di samping ingin mengelak tuduhan-tuduhan macam ini daripada pihak yang tidak bertanggugjawab."

Artikel Husam tersebut tidak jelas merujuk perkembangan semasa politik Kelantan tetapi mengingatkan betapa "politik keluarga" boleh membawa kemusnahan kepada seseorang tokoh pemimpin.

Dengan mengungkit semula betapa negatifnya isu tersebut pernah melanda mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas naib presiden PAS itu menyeru agar wujud pemisahan jelas dua bidang tersebut.

Bagaimanapun tegurannya - yang turut menyebut PAS era kepemimpinan bekas presidennya Tan Sri Mohd Asri Muda pernah menerima jolokan negatif sebagai "parti Asri sekeluarga" - membuka pelbagai spekulasi.

Kebanyakan blog pro-PAS menganggap artikel tersebut sebagai mengulas politik semasa di Kelantan susulan kontroversi berpanjangan kedudukan Abdul Ariffahmi Ab Rahman, menantu menteri besar yang menerajui PMBK.

Abdul Ariffahmi, yang juga exco Pemuda PAS Kelantan, akan berundur secara rasmi Mac tahun depan daripada syarikat berkaitan kerajaan itu.Justify Full
Media rasmi PAS itu turut melaporkan Husam menafikan beliau akan meletakkan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan termasuk sebagai ADUN Salor.

Tidak ada sebab beliau harus berbuat demikian padahal pada masa yang sama beliau lebih menumpukan pada tuntutan royalti petroleum daripada kerajaan pusat, tambahnya.

"Lainlah kalau sudah dapat royalti besok, tuan-tuan buat khabar angin macam tu," beliau dipetik berkata, sambil ketawa.

Katanya lagi, akibat khabar angin seumpama itulah beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap blog dan beberapa akhbar harian./Malaysiakini

Rabu, 30 Disember 2009

MUSTAFA ALI SOKONG SARANAN NIK AZIZ

Salma Husin

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Setiuasaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyokong saranan agar semua orang boleh menjadi ketua kerajaan tanpa mengira bangsa dengan syarat dia seorang Islam yang baik.

Namun, Mustafa mencadangkan agar syarat baru itu tidak hanya untuk Menteri Besar Kelantan sahaja bahkan juga pemimpin utama negara.

"Saya tidak setuju ia terbatas kepada Kelantan sahaja tetapi seluruh negara dan perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk membolehkan semua orang, tanpa mengira dia Cina atau India, dengan syarat Islam boleh menjadi perdana menteri dengan syarat dia memenuhi kualiti kepimpinan yang baik," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Nik Aziz berkata, beliau sedia meminda perlembagaan Kelantan untuk membolehkan orang bukan Melayu boleh menjadi menteri mesar negeri itu.

Namun, segelintir pemimpin Umno menolak cadangan itu dengan andaian ia membelakangi kepentingan Melayu.

Ketua Pembangkang di Dun Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai hilang kredibiliti dan tidak perlu lagi diulas sebarang kenyataannya.

Ketika mengulas pandangan balas itu, Nik Aziz menyifatkan mereka yang mempertikaikan cadangannya melantik orang Cina Muslim sebagai ketua kerajaan di Kelantan sebagai taksub kepada bangsa sendiri.

Katanya, bangsa Cina yang beriman kepada Allah tidak menjadi kesalahan dilantik sebagai pemimpin, memandangkan pemikiran mereka sudah lama maju ke hadapan.

“Pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat itu kerana taksub kepada bangsa sendiri,” katanya di sini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin Umno begitu taksub terhadap bangsa sehingga menganggap bangsa lain tidak layak menjadi pemimpin.

“Walaupun bangsa lain itu warak, takwa, pelajaran tinggi, namun kerana terikat dengan bangsa mereka tidak bersetuju,” ujarnya.

Menurutnya juga kenyataan pemimpin yang enggan menerima kemampuan bangsa lain menyebabkan Umno tidak tempat dalam politik negara pada masa akan datang.

Malah katanya akan lebih memburukkan imej Umno di kalangan masyarakat Cina.

“Kalau bangsa Arab sekali pun jahat nak jadi Menteri Besar saya tidak terima, tetapi kalau orang Cina berperangai baik, saya akan menyokongnya.

Menurutnya, dengan cara ini akan memperluaskan kefahaman Islam kepada masyarakat pelbagai bangsa.

Ketika ditanya adakah undang-undang membenarkan pelantikan itu kata beliau perkara tersebut boleh dipinda./Harakahdaily

Selasa, 29 Disember 2009

"UMNO juga perlu keluar BN"

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan sekumpulan penyokong Pas yang mengadakan perhimpunan mendesak parti itu supaya keluar Pakatan Rakyat (PR) sebagai penyokong buat-buat dan menganggapnya seumpama permainan wayang kulit memandangkan mereka yang terbabit itu didakwa bukanlah ahli parti itu.

Nik Abdul Aziz berkata, jika ahli UMNO boleh meminta Pas keluar daripada Pakatan Rakyat, Pas juga boleh bertindak sebaliknya kepada UMNO dengan meminta parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN). :

“Semalam saya buat kenyataan dan sebut kepada setiausaha saya, kalau orang UMNO boleh minta Pas keluar daripada Pakatan, maka saya minta daripada UMNO keluar daripada BN untuk bersama dengan Pas dengan syaratnya dia (UMNO) tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. :

“Kedua, apabila mereka bersama dengan kami, dan Pas sendiri dalam Pakatan sekarang, maka dia kena terima, DAP pun kena terima sama. PKR pun kena terima sama. Sekiranya mereka sanggup bersama dengan kami UMNO kena tukar dasar yang dibawanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan 2009, di sini, semalam.

Beliau berkata, disebabkan Pas di dalam PR maka UMNO juga perlu menerima warga PR itu sekali.

“Ia lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada sekarang ini,” katanya dengan nada sinis.

Mengulas kemungkinan perhimpunan itu didalangi pihak tertentu Nik Abdul Aziz berkata: “Didalangi tu perkara biasa bagi golongan sekular ini. Sebenarnya orang Pas ni dah masak dah. Sejak tahun 1991 lagi macam-macam perkara dibuat.” /Sinar

Isnin, 28 Disember 2009

KELANTAN, PECAT LAGI?

Setiausaha Nik Aziz akan dipecat?
Abdul Rahim Sabri
Dis 28, 09
11:41am

kemaskini 12.44pm Kelantan masih jauh daripada penyelesaian krisis yang berlarutan sejak dua bulan lalu apabila menteri besarnya diura-ura bercadang memecat setiausaha politiknya Anual Bakhri Haron.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdepan satu demi satu masalah selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang diterajui menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman.

Tokoh PAS itu juga berdepan dengan isu tajaan haji kepada dirinya dan anggota keluarganya sehingga mencecah ratusan ribu ringgit tetapi tidak diterima tajaan tersebut selepas muncul kontroversi di media.

Usaha mendapatkan ulasan Anual Bakhri, bekas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) itu yang telah berkhidmat genap sedekad dengan Nik Abdul Aziz, setakat ini belum berjaya.

Satu blog yang sering mengulas isu parti itu Penarik Beca menyebut khidmat pegawai Nik Abdul Aziz bakal berakhir pada 1 Januari ini - alasannya Anual Bakhri dekat dengan Datuk Husam Musa.

Sementara satu sumber penulis blog lain memberitahu Malaysiakini tengah hari ini, Anual Bakhri sendiri belum mengetahui nasibnya sewaktu berhubung dengan sumber itu semalam.

"Jadual saya tidak ada perubahan sehingga tahun depan. Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tidak beri isyarat apa-apa, dan saya kerja macam biasa," sumber itu memetik perbualannya dengan Annual Bakhri.

Ura-ura tersebut "tersebar dahulu di luar Kelantan, barulah diketahui orang Kelantan", tambah sumber./Malaysiakini

Ahad, 27 Disember 2009

ADAKAH KHALID SAMAD ATAU HASSAN ALI ?

Keputusan kes Hasan Ali, Khalid bulan depan
Andrew Ong


Jawatankuasa disiplin PAS akan mendengar keterangan daripada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalannya, Khalid Samad bulan depan.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Malaysiakini bahawa Khalid dipanggil memberi keterangan pada 7 Januari, diikuti Dr Hasan dua hari berikutnya pada 9 Januari.

Menurutnya, Hasan disiasat berhubung tindak tanduknya yang didakwa boleh menjejaskan Pakatan Rakyat.

Manakala Khalid pula disiasat kerana membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kepimpinan kerajaan negeri.

Kedua-duanya telah menerima surat tunjuk sebab ekoran aduan dari kalangan ahli parti itu.

Mereka dipanggil memberi keterangan di ibupejabat PAS di Kuala LUmpur dan jika tiada saksi lain dipanggil, maka keputusan boleh dibuat beberapa jam selepas siasatan ke atas mereka selesai.

"Ada kemungkinan tiada lagi saksi lain dipanggil (berasaskan kepada keadaan sekarang," kata Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS./Malaysiakini

Sabtu, 26 Disember 2009

KESIHAN `ORANG KELANTAN' INI

Tok Pepijat

Rakyat Kelantan terkenal dengan "ketaksuban" mereka dengan budaya mereka. Mereka berada di seluruh pelusok Malaysia. Bahkan di seluruh dunia. Mereka akan membawa budaya mereka ini di mana sahaja mereka berada. Antara budaya-budaya yang "amat keramat" ialah budu , loghat percakapan mereka dan kesatuan komuniti mereka.

Tentang budu, mereka sanggup pikul gelen budu masuk ke perut kapal terbang jika mereka merantau jauh atau balik dari bercuti di kampung halaman. Begitu juga "kecek" mereka. Mereka tetap amalkan loghat mereka di mana jua berada. Bahkan ramai rakan-rakan mereka dari negeri lain terikut-ikut dengan "kecek Kelantan". Malah ada rakyat Mesir dapat bercakap loghat Kelantan hasil pergaulan dengan pelajar Kelantan di Mesir. Begitu kuat pengaruh budaya mereka.

Kesatuan komuniti rakyat Kelantan juga tinggi. Lihatlah semasa Final Piala Malaysia 2009. Ramai rakyat Kelantan yang tinggal, bekerja dan belajar di sekitar Lembah Kelang "turun" ke Stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.

Sifat budaya kesatuan komuniti ini di bawa oleh mereka bertujuan untuk tolong menolong dan saling bantu membantu. Jika orang Cina boleh wujudkan "China Town" di seluruh dunia, orang Kelantan juga telah mewujudkan "Kelantan Village" di seluruh negara.

Dengan 3 aspek budaya di atas tadi iaitu budu, loghat dan kesatuan melahirkan orang Kelantan yang berjiwa bebas, merdeka, punya jati diri , bijak berpolitik, sayang dan kasih kepada negeri mereka.

Mana-mana orang Kelantan yang "menjauhi" dari 3 aspek budaya itu, akan dipinggirkan dan di gelar sebagai "Ore Kelate ye murtad" ! Jika ada orang Kelantan yang "kecek bahasa luar" sesama sendiri akan mendapat label "murtad". Begitu juga yang tidak bergaul dengan komuniti sendiri dan mengutuk dan tidak membela negeri sendiri juga bakal di gelar demikian.

Dalam kes royalti, suatu sikap yang aneh lagi pelik apabila ada orang Kelantan tidak "satu hati" menuntut hak negeri mereka sendiri. Alangkah peliknya nama-nama besar seperti Awang Adek, Mustafa Mohammad, Ibrahim Ali dan Anuar Musa "bersungguh-sungguh" menafikan hak Kelantan mendapat royati minyak.

Mereka semua punya pengaruh di Putrajaya. Mereka juga anak jati Kelantan. Mana dia sifat jati diri, kesatuan komuniti dan sayang kepada bumi kelahiran ?

Berlainan isu pampasan Empangan Pergau tahun 1991 dahulu. Semua rakyat Kelantan "satu hati" menyokong tuntutan TG Nik Aziz terhadap pampasan dari TNB.

Kalau Ahmad Maslan maupun Samy Vellu menentang hak royalti Kelantan, itu bukannya suatu yang pelik. Tetapi ini mereka adalah anak kelahiran Jeli, Bachok, Melor dan Pasir Mas. Bukan lahir kat Sungai Siput !

Mungkin pembesar-pembesar Kelantan ini sudah lama tidak makan budu, kecek bahasa luar dan asyik bergaul dengan orang Kuala Lumpur. Inikah orang Kelantan yang "murtad" ?/Harakahdaily


Ariffahmi: 'Ini tidak adil'


Jimadie Shah Othman
Dis 23, 09
11:04am

Menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman mendakwa beliau dilayan secara tidak adil berhubung isu peletakan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Saya diarah tutup mulut tapi dalam masa yang sama banyak orang yang terus mengulas perkara itu," katanya ketika menghubungi Malaysiakini semalam.

Beliau merujuk kepada laporan sebuah akhbar arus perdana Ahad lalu, yang memetik ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kader yang mendesak Ariffahmi melepaskan segera jawatan tersebut.

Semalam, Dr Rosli mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ahli jawatankuasa PAS Kelanta, berkuatkuasa serta merta.


Beliau memberitahu satu sidang akhbar semalam bahawa keputusannya itu untuk memastikan imej parti tidak terjejas ekoran perintah Mahkamah Syariah Kota Bharu supaya dia tinggal berasingan dengan isternya keduanya.

Sebelum ini pucuk pimpinan PAS telah meminta menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu melepaskan jawatannya dalam PMBK bagi mengalak tanggapan wujudkan kronisme dalam pentadbiran PAS di Kelantan.

Ekoran itu, Ariffahmi mengumumkan yang beliau akan menghantar notis esok dan peletakan jawatannya secara rasmi berkuatkuasa Mac depan.

Beliau dilaporkan berkata, ia selaras dengan terma dan syarat pelantikannya ke jawatan tersebut serta untuk memberi masa kepada kerajaan negeri mencari penggantinya.

Ariffahmi memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataan-kenyataan yang berterusan dari pelbagai pihak, khususnya di dalam PAS, telah mengeruhkan keadaan.

Ditanya sama ada beliau mencadangkan pihak berkenaan dikenakan tindakan disiplin, Ariffahmi berkata, perkara itu terserahlah kepada kebijaksanaan kepimpinan PAS.

"Perkara itu PAS pusat kena fikirlah," katanya yang juga exco pemuda PAS Kelantan.

Ariffahmi berkata, keputusannya meletakkan jawatannya sebagai CEO PMBK, dilakukan menurut arahan kepimpinan PAS.

Sementara itu, notis peletakannya yang sepatutnya dihantar esok telah diserahkan kepada Nik Aziz sebagai pengerusi perbadanan itu pagi tadi.

Ariffahmi berkata, kandungannya adalah sama seperti dimaklumkan sebelum ini./Malaysiakini

Sabtu, 19 Disember 2009

Tindakan terhadap ahli parlimen BN ponteng


Dis 18, 09
Datuk Seri Najib Razak berkata kegagalan ramai ahli parlimen BN hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 awal minggu ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Sambil memandang serius perkara itu, perdana menteri dilaporkan berkata arahan sudah diberikan supaya semua timbalan menteri dan ahli parlimen hadir pada persidangan itu.

"Saya sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan kita akan menyusulinya dengan tindakan sewajarnya.

"Sekurang-kurangnya kita kena buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen," Najib dipetik berkata pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Copenhagen malam tadi. /MalaysiakiniJustify Full

Beliau mengulas majoriti tiga undi saja bagi meluluskan Bajet 2010 menerusi undi belah bahagian, iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.

Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terpaksa bergegas dari majlis di ibu negara untuk memastikan Bajet 2010 diluluskan dalam undian pada 11.15 malam Isnin lalu.

Seramai 74 ahli parlimen BN tidak hadir di Dewan Rakyat ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.

Kehadiran ahli parlimen BN cuma 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota, berbanding 77 peratus anggota pembangkang, iaitu 63 daripada 82 anggota.

Khamis, 17 Disember 2009

'Nik Amalina berhak jawab melalui blognya'


Salhan K Ahmad


Anak perempuan menteri besar Kelantan, Nik Amalina Nik Abdul Aziz, berhak menyuarakan reaksi melalui blognya sendiri selepas keluarganya "diserang bertalu-talu" melalui blog Kickdefella, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Katanya, Nik Amalina tidak mungkin menubuhkan blog Seri Suri sekiranya pengendali Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz tidak bertindak menyerang menteri besar Kelantan dan keluarganya.

"Tiada siapa boleh halang Nik Amalina membuka blog dan menulis. Cuma, pertembungan dengan (Syed Azidi) ini boleh diselesaikan sekiranya (Syed Azidi) tidak menyerang secara terbuka di dalam blog," katanya.

Nasrudin berkata, Syed Azidi pada awal lagi tidak harus bertindak seolah-olah cuba mengadili isu berkaitan suami Nik Amalina itu melalui medan Internet.

"(Syed Azidi) yang memulakan langkah untuk timbulkan isu kedudukan (suami Nik Amalina) Abdul Ariffahmi (Ab Rahman)," kata Nasrudin yang menyifatkan blog Kickdefella itu sebagai "blog nyamuk."

"Kalau dia betul-betul ikhlas untuk tegakkan kebenaran dan ada bukti sepatutnya dibawa kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) dan bukannya mengadili isu ini melalui blog," katanya lagi.

Syed Azidi sebelum ini dipecat sebagai pegawai perhubungan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) selepas beliau mempertikaikan pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai ketua pegawai eksekutif PMBK.

"Kalau Umno serang PAS atau PAS serang Umno secara terbuka, itu saya boleh faham kerana kedua-duanya memang berbeza pendirian.

"Tapi tidak patut bagi (Syed Azidi) untuk serang Ariffahmi dan Tok Guru sedangkan sebelum ini beliau bekerja dengan PMBK dan kata beliau mendukung Tok Guru, tapi sekarang serang Tok Guru," tambahnya.

Katanya lagi, dakwaan yang ditimbulkan oleh Syed Azidi di dalam blognya itu bersifat tuduhan dan ia menjadi asas untuk dijawab semula oleh Nik Amalina melalui blognya.

"Jadi tindakan Nik Amalina itu lebih kepada reaksinya apabila keluarganya terus-terusan diserang," katanya.

Menurut Nasrudin lagi, pemimpin PAS juga tidak harus menganggap tindakan Nik Amalina menjawab tuduhan melalui blognya, sebagai satu tindakan yang salah.

"Pandangan seperti itu salah sebab tidak sepatutnya orang yang jadi mangsa dipersalahkan," katanya./Malaysiakini

Rabu, 16 Disember 2009

NIK AZIZ SEBUT PENGGANTINYA SEBAGAI MB

Sudah ada pengganti saya: Nik Aziz
Jimadie Shah Othman & Andrew Ong


eksklusif Berdasarkan hirarki parti dan pentadbiran kerajaan Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dianggap pelapis nombor satu kepemimpinannya, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ahmad-lah. (Beliau) itu pelapis nombor satu. Orang boleh terima atau tidak (kepemimpinan) dia, wallahu a'lam. Tetapi saya sekarang ini letak dia sebagai timbalan nombor satu," kata menteri besar Kelantan kepada Malaysiakini.

"Dan tugas saya sekarang ini, saya serah pada dia. Tugas pentadbiran negeri banyak saya serah padanya."

Nik Abdul Aziz mengulas isu penggantinya setelah muncul pelbagai spekulasi berhubung perkara itu susulan cadangan exco kerajaan negeri Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah supaya “pelan peralihan kuasa” diumumkan.

Selain Ahmad, Nik Mohd Amar sendiri turut disebut-sebut mengisi jawatan itu apabila beliau dibawa bertanding di peringkat DUN dalam pilihan raya umum 2004.

Seorang lagi calon yang dispekulasikan, exco kanan kerajaan Datuk Husam Musa, bekas setiausaha menteri besar itu yang dianggap anak didik Nik Abdul Aziz.

Ketiga-tiga Husam, Nik Mohd Amar dan Ahmad timbalan pesuruhjaya PAS negeri.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz berkata, berdasarkan hirarki tersebut, beliau tidak memerlukan satu pelan peralihan kuasa yang khusus kerana penggantinya akan dipilih secara automatik berdasarkan kekananan jawatan.

"(Secara) automatiklah. Automatik cara parti. Betul ke begitu, wallahu a'lam. Tetapi persiapan payung itu ada. Bila hujan, kita ada payung.

"Hendak pakai payung atau pergi begitu sahaja, terpulanglah," jelasnya, Khamis lalu.

Beliau, yang juga mursyidul am PAS, menambah, dalam masa terdekat ini, tiada sebarang peralihan akan dibuat kerana tiada tuntutan daripada parti itu.

"Orang PAS tidak ada (desak peralihan kuasa). Tengoklah, di tepi-tepi jalan, (orang berdemonstrasi sebut) 'jangan kacau Tok Guru'," katanya, merujuk demonstrasi besar menyokong kepimpinannya, 4 Disember lalu.

Tambahnya, hanya masalah kesihatannya – yang sering mendapat rawatan – dan arahan parti sahaja yang boleh membuatkannya, kini 78 tahun, berundur daripada jawatannya.

"Selagi PAS terima saya, saya berkhidmat. (Kalau) PAS kata, 'petang ini, berhentilah Tok Guru', saya berhenti terus," kata Nik Abdul Aziz.


Berikut petikan wawancara berhubung isu tersebut:

Kesihatan Tok Guru, alhamdulillah sekarang?

Alhamdulillah. Kalau berdiri lama sedikit, letih. Dan doktor kata, kalau letih jangan lawan. Umur sudah tua. Jantung pula pakai bateri. Hidup saya sekarang, selain dengan ubat, (bergantung juga dengan) doa orang.

Cina pun berdoa untuk (kesihatan) saya. Cina datang jumpa saya, (kata) 'jangan mati lagi Tok Guru.'

Cina pun larang saya mati kerana dia dengar daripada mulut saya apa yang dia tidak pernah dengar daripada mulut orang Umno

Tok Guru tidak rasa hendak berehat daripada politik? Apa yang boleh menyebabkan perkara itu? Masalah kesihatan?

Politik tidak boleh rehat. Yang boleh rehat, daripada parti. Parti lain, politik lain. Politik ini tidak ada orang boleh terkecuali. Parti tidak apa. Boleh jadi saya rehat daripada parti, tetapi politik tidak boleh rehat.

Kenapa sekarang keluar isu peralihan kuasa di Kelantan?

Yang minta ini Umno, PAS tidak. Kerja Umno memang begitu, sejak dulu lagi suruh saya berhenti.

Exco Kelantan sebut baru-baru ini, eloklah Tok Guru umum pelan peralihan kuasa.

Tanya dialah. Saya sendiri tidak tanya lagi dia.

Sekarang ini tidak ada lagi pelan peralihan dalam masa terdekat?

Tidak ada. Orang PAS tidak ada. Tengoklah, di tepi-tepi jalan, (orang berdemonstrasi sebut) 'jangan kacau Tok Guru.'

Kami buat secara spontan pada Jumaat baru-baru ini (4 Disember).

Tetapi Tok Guru pernah kata pada 2004, pelan peralihan sedang dijalankan apabila Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Husam Musa diminta bertanding di peringkat DUN. Ada atau tidak pelan peralihan? Dan jika ada, apa statusnya sekarang?

(Tentang) peralihan ini, saya ada tiga timbalan (pesuruhjaya negeri). Buat apa ada tiga timbalan kalau bukan untuk peralihan.

(Ada) timbalan 1, timbalan 2, timbalan 3, ada dewan harian, ada badan perhubungan (negeri). Ini semua alat untuk pelapis (kepimpinan).

Ini sistem parti, semua negara ada macam ini. Jadi, (soal) peralihan, saya tidak perlu buat peralihan. Kalau saya uzur, orang lain akan ganti.

Sekarang ini saya hendak pergi Mekah, saya buat surat pada tuanku (Sultan Kelantan), 'patik hendak ke Mekah.'

Dan saya tugaskan kerja harian saya kepada timbalan saya. Itu biasa. Oleh kerana tidak jadi pergi Mekah, saya tarik balik surat itu. Itu biasa sahaja. Umno tidak ada modal.

Tadi Tok Guru sebut ada timbalan, ada hirarki parti, kita tidak perlu pelan peralihan. Maksudnya, bila terjadi apa-apa, secara automatiknya (kepimpinan) pergi kepada nombor dua (timbalan)?

Automatiklah. Automatik cara parti. Betul ke begitu, wallahu a'lam. Tetapi persiapan payung itu ada. Bila hujan, kita ada payung. Hendak pakai payung atau pergi begitu sahaja, terpulanglah.

(Amalan) itu diguna di seluruh dunia. Mana-mana persatuan, boleh jadi persatuan perompak pun ada pelapisnya juga.

Maknanya pelapis kepimpinan Tok Guru, Ahmad Yaacob-lah?

Ahmad Yaacob-lah, itu pelapis nombor satu. Orang boleh terima atau tidak dia, wallahu a'lam. Tetapi saya sekarang ini, (parti) letak dia sebagai timbalan nombor satu.

Dan tugas saya sekarang ini, saya serah pada dia. Tugas pentadbiran negeri banyak saya serah pada dia.

Dulu (anaknya) Nik Abduh (Nik Aziz) pernah tulis, kalau Tok Guru hendak berhenti, jangan halang. Pelik, tidak ada orang suruh Tok Guru berhenti, tiba-tiba ada orang kata jangan halang.

Wallahu a'lam. Tanya dialah. Saya hanya beri kaedah politik pada anak saya. Tetapi saya tidak ajar. Kenapa? Politik bukan boleh diajar. (Politik) ini pengalaman. Saya sendiri orang tidak ajar saya.

Tetapi saya baca buku, saya lihat internet, saya dengar nasihat orang. Itulah politik. Politik mana boleh diajar? Kalau ajar, kita buat apa yang orang ajar, bukan buat kehendak sendiri.

Jadi Tok Guru hendak tunggu berapa lama lagi untuk berkhidmat?

Mana saya tahu? Umur saya berapa, gagah tidak gagah, mana saya tahu? Selagi PAS terima saya, saya berkhidmat. (Kalau) PAS kata, petang ini berhentilah Tok Guru, saya berhenti terus.

Tetapi kalau Umno suruh berhenti, saya kata, 'memang kerja kamu suruh aku berhenti'. Lama sudah (suruh berhenti). Saya berasa bangga kalau Umno benci pada saya. Tanda saya ini boleh kacau.

Bila saya uzur, maka tugas wajib sebar Islam itu beralih pada orang lain. (Membaca ayat al-Quran) 'Allah tidak paksa manusia, kecuali padan dengan tenaganya.'

Bila saya uzur, tidak wajib pada saya lagi (tunai kepemimpinan Islam). Orang lain pula wajib. Orang lain itu siapa, pandai-pandailah. Bukan macam keturunan, lepas daripada saya, (diwarisi) orang ini.

Maksudnya faktor kesihatanlah (boleh buat Tok Guru berundur)?

(Faktor) kesihatan. Orang hendak letak (saya) lawan Umno, bukan dengan bertumbuk, (tetapi) lawan dengan otak. Tubuh saya sakit tetapi otak saya, alhamdulillah, Tuhan bagi siuman.

Kenapa Umno menimbulkan isu peralihan kuasa di Kelantan? Hendak melagakan tiga timbalan (pesuruhjaya) Tok Guru?

(Itu) kerja dia. (Isu) pembangunan, kami di Kelantan buat pembangunan. Umno, mereka jual (isu) pembangunan. Dalam DUN (Kelantan) baru-baru ini, seorang pun tidak sebut hal pembangunan. Sebab dia tengok sendiri pembangunan (di Kelantan)./Malaysiakini

NAJIB CEMAS TAPI BERNASIB BAIK

M Yarisman

KOTA BHARU. 16 Dis: Belum pun sampai setahun Datuk Seri Najib Razak berada di puncak kuasa, kini kepemimpinannya mulai kelihatan tergugat.

Detik cemas pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu dengan hanya kelebihan tiga undi, nyaris membawa kerajaan BN yang diketuai Najib terbubar.

Pada undian tersebut BN hanya mendapat 66 undi berbanding Pakatan Rakyat 63 undi.

Saat cemas itu turut diakui Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di mana katanya, berdasar kepada konvensyen negara berparlimen, sekiranya bajet tidak diluluskan kerajaan BN terpaksa dibubar dan pilihan raya perlu diadakan.

Selain itu, konsep 1Malaysia dan Salam 1Malaysia yang dicipta perdana menteri juga dipertikaikan banyak pihak.

Difahamkan inisiatif-inisiatif membabitkan konsep 1 Malaysia khususnya berhubung soal perpaduan dan integrasi nasional terpaksa ditangguh berikutan kesukaran mencapai kata sepakat di kalangan menteri Umno.

Keputusan penangguhan itu diputuskan ketika retreat khas yang diadakan di ibu negara Ahad lalu.

Selain itu ramai ulama mempertikai Salam 1Malaysia yang dianggap boleh menjejas aqidah seseorang Muslim kerana cuba merendah-rendahkan salam sedia ada dalam Islam.

Ulama terkenal, Datuk Dr Harun Din menyebut dalam tulisan seperti disiarkan Harakah minggu lalu - Salam 1Malaysia merupakan kerja-kerja sia-sia kerana tidak diberi pahala.

Bekas penyarah Akademik Islam, Universiti Malaya, Mohamad Mustafa (gambar bawah) juga menganggap Salam 1Malaysia seperti syirik nasional yang cuba menyembunyikan keindahan Islam dengan slogan ciptaan manusia.

“Ucapan Salam 1Malaysia adalah perbuatan bidaah kerana tidak ada dalam amalan Islam, yang ada ialah ucapan salam yang sempurna iaitu “assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh”.

“Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpokok kepada nasionalisme, sedangkan Rasulullah saw sendiri tidak pernah mengajar ‘Salam Satu Madinah’.

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur (kepada amalan Islam), berilah salam yang sempurna,” katanya.

Beliau yang juga bekas Yang Dipertua Abim Kelantan turut mempersoalkan konsep 1Malaysia kerana teras penyatuan yang cuba dibawa perdana menteri tidak mempunyai elemen Islam.

“Amerika juga mengajak rakyatnya bersatu di atas dasar United State - satu Amerika, sementara Russia dengan satu Russia, demikian juga dengan ‘United Malay’.

“Persoalan sekarang, aspek penyatuan itu disuruh Islam, tetapi hendaklah dipastikan sama ada penyatuan tersebut atas dasar tauhid atau syirik.

“Bagi orang Islam, sama ada 1Malaysia atau pun tidak, itu tidak kisah, namun konsep ‘1Malaysia’ yang dicetuskan dipastikan sama ada berlandaskan dasar tauhid atau tidak,” katanya yang juga Adun Demit.

Oleh itu katanya, pendekatan 1Malaysia menggambarkan kemuncak kepada ajaran nasionalisme yang meninggalkan agama dalam gerak kerjanya.

Begitu juga katanya, slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ nampak elok, tetapi dalam Islam, Allah swt mestilah didahulukan.

“Allah swt mesti didahulukan. Jangan bertindak seolah-olah hak Allah swt tidak ada dalam senarai urusan negara kita sekarang,” katanya./Harakahdaily

PAS tetap pertahan agenda hudud, negara Islam - Nik Aziz

PAS tetap pertahan agenda hudud, negara Islam
Jimadie Shah Othman & Andrew Ong
Dis 15, 09
4:17pm

PAS tidak akan sekali-kali berkompromi dengan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud kerana ia sebahagian tuntutan agama, tegas menteri besar Kelantan.

"Mana boleh kompromi, ini ibadat. Bila kita tolak politik Islam, (maksudnya) kita tolak ibadat. Sedangkan Tuhan buat manusia ini untuk beribadat.

"Ibadat bukan bermakna sembahyang sahaja," kata Datuk Nik Aziz Nik Mat, juga mursyidul am PAS, ketika diwawancara Malaysiakini Khamis lalu.

Beliau diminta mengulas pendirian PAS berhubung cita-cita besar parti itu apabila ia secara rasmi bersama Pakatan Rakyat apabila gabungan didaftarkan.

PAS dan DAP sering bergeser berhubung isu negara Islam dan hudud sehingga memaksa DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada 2001.

Bagaimanapun kedua-dua parti itu berpayung bawah Pakatan Rakyat bersama PKR selepas kemenangan besar mereka pada pilihan raya umum 2008.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz bagaimanapun positif bahawa perbincangan berterusan berhubung perkara itu antara tiga parti utama tersebut boleh menjernihkan keadaan.

"Islam sebut, bawa mari hujah (kamu). Awak tidak faham, (awak) boleh caci Islam, boleh caci apa saja. Islam beri peluang jawab (dengan) hujah.

"Cuma kalau tidak faham, kita tanya orang lain," katanya.

Diminta mengulas sikap beberapa pemimpin kanan DAP yang agak lantang dengan dua agenda PAS tersebut, seperti pengerusi DAP Karparl Singh, Nik Aziz secara sinis berkata:

"Tidak apa. Karpal Singh ini kira orang tua. Kadang-kadang bila orang kacau kita, kita tengok orang itu. Kadang-kadang kita kata, biarlah. Dia sudah tua, kita hormatlah dia.

"Orang yang bercakap macam itu, sudah tidak ada sekarang, makin kurang. Itu watak lama."


Berikut petikan wawancara berhubung isu tersebut:

Hubungan dalam parti-parti Pakatan, selalu muncul isu hudud, kerajaan Islam. Setakat mana PAS sebagai parti yang perjuangkan Islam boleh berkompromi dalam perkara ini, yang selalu menyebabkan perselisihan faham dengan DAP?

Mana ada manusia boleh hidup senang dari muda sampai ke tua. Kadang-kadang kena kudis, doktor pun berkudis juga. Jadi, lumrah alam dan dunia memang begitu. Ada syaitan-malaikat, baik-jahat, syurga-neraka.

Tidak usahlah perkara ini. Hendak sebut, (sila) sebut. Tetapi kena dengar jawapan (kami). Kalau kamu seorang sebut, (tetapi) tidak hendak dengar jawapan, mana boleh.

Islam sebut, bawa mari hujah (kamu). Awak tidak faham, (awak) boleh caci Islam, boleh caci apa saja. Islam beri peluang jawab (dengan) hujah. Cuma kalau tidak faham, kita tanya orang lain.

Cumanya, kita masih berpegang dan tidak akan berkompromi dengan idea negara Islam, dengan hudud?

Mana boleh kompromi, ini ibadat. Bila kita tolak politik Islam, (maksudnya) kita tolak ibadat. Sedangkan Tuhan buat manusia ini untuk beribadat. Ibadat bukan bermakna sembahyang sahaja. Sembahyang pun kalau tidak betul cara ibadatnya, ditolak Allah.

Bagi kami (sebagai) pejuang Islam, semua kerja itu ibadat. Hatta ceramah pun ibadat. Orang hendak bagi duit minyak, bagi. Tidak beri, maka cicah roti denga budu. Biasalah dalam PAS ini, kerana kami dapat pahala.

Orang tolak Islam dapat pahala apa? Kita doa, itu (juga) ibadat. Orang Umno berdoa juga, doa dengan allah, Allah mana hendak terima (doa, sebab) kamu tolak Islam.

Bagaimana hasrat ini hendak jadi kenyataan sebab dalam DAP misalnya, orang mudanya agak OK tetapi orang lama macam pengerusinya Karpal Singh itu nampak keras sikit.

Tidak apa. Karpal Singh ini kira orang tua. Kadang-kadang bila orang kacau kita, kita tengok orang itu. Kadang-kadang kita kata, biarlah. Dia sudah tua, kita hormatlah dia.

Orang yang bercakap macam itu, sudah tidak ada sekarang, makin kurang. Itu watak lama.

Apa boleh buat? Nabi Muhammad dulu, bapa saudaranya Abu Talib membela baginda, tetapi dia tidak turut Islam. Apa boleh buat?

(Membaca hadis) Nabi kata, baginda ajar bapa saudaranya mengucap (dua kali syahadah), tetapi dia (Abu Talib) kata: 'kalau aku mengucap, aku malu.'

Malu (sebab) bapa saudara turut (ajaran) anak saudara. Biasanya anak saudara yang ikut bapa saudara. (Abu Talib kata,) 'tidak mengapalah, biar aku masuk neraka daripada tanggung malu.' Ada juga orang sebut macam itu.

Habis itu, kita akan terus beri nasihat? Berbincang?

Ya, nasihat, sebut, bincang. Saya suka sangat kalau orang tanya saya. Kalau saya boleh jawab, saya jawab. Tidak boleh jawab, saya kata tanya orang lainlah, saya tidak berapa faham./Malaysiakini

PEMBAWA `ISLAM HADHARI' RUMAHNYA 12 JUTA ?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan, Kerajaan telah membina rumah bernilai RM12 juta untuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam perbahasan hari ini mempersoalkan, dari manakah bajet itu diperolehi.

Ini kerana, ia tidak pernah dibentang dalam Dewan Rakyat untuk mendapatkan kelulusan./Harakahdaily

Isnin, 14 Disember 2009

PAS akan lancar kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam.

Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno.

"PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno.

"Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan.

"Kaum Cina, India dan lain-lain bangsa juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA," katanya.

Sehubungan itu semua Ketua Penerangan PAS negeri diminta supaya berkerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan dikubu-kubu kuat mereka pada Pilihanraya ke-13 nanti.

Lajnah Penerangan PAS Pusat juga jelasnya sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini./Harakahdaily

ANUGERAH MEDIA DAN BLOGGER PRO PR ?

Sunday, December 13, 2009

Seperti yang telah dilaksanakan oleh media Umno/Bn ,anugerah kewartawanan boleh dilaksanakan jika betul caranya.Dengan berbagai media yang di ketuai oleh media Pakatan Rakyat, sama seperti yang dianjurkan oleh anugerah media Umno/Bn, usaha ini patut di berikan sokongan secara moral walau bukan hadiah melimpah ruah.Dengan 5 buah negeri yang dikuasai PR sekarang,(mengiktiraf Perak sebagai negeri Pakatan Rakyat) , maka ianya boleh dilaksanakan.

Media cetak PR yang semakin bertambah kini juga punya komitmen yang baik dan tersebar baik secara blog atau pun media cetak, namun bukan itu harapan wartawan yang berada di alam cyber dan media cetak mahukan anugerah, namun patut di sedari bahawa golongan inilah yang memenangkan PR kalau bukan 100%, namun jasa perlu juga di berikan.Apa salahnya jika pandai menjaga hati wartawan dan tidak siapa pun yang rugi.

Pahit manis wartawan baik para blogger dan juga wartawan media cetak dipukul,hidu asap gas beracun sudah menjadi perkara biasa.Namun semua ini nampaknya tidak pernah pun wartawan ini merasa jemu ,malah menjadi semakin giat untuk membuat liputan dan juga membantu bersama Pakatan Rakyat.Jadi fikir-fikirkanlah.../

Ahad, 13 Disember 2009

Tambah dana untuk rumah ibadat bukan Islam - ABIM


Abdul Rahim Sabri
Dis 12, 09
12:41pm

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada bukan Islam, termasuk menambah peruntukan untuk rumah ibadat mereka.

"Kita memahami apa yang disebut (oleh DAP), dan (ia) bukan berhasrat untuk mempertikaikan agama Islam," kata timbalan presidennya Amidi Abd Manan kepada Malaysiakini.

"Jadi kita menggesa kerajaan memberi perhatian yang lebih kepada bukan Islam."

Beliau diminta mengulas kontroversi kenyataan ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, di Parlimen berhubung peruntukan besar kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan tetapi kecil sahaja peruntukan untuk bukan Islam.

Kenyataan Nga, juga setiausaha DAP Perak, itu merujuk jawapan seorang menteri bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta untuk membina dan menyelenggara 611 masjid tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.

Susulan kenyataan tersebut, beberapa tokoh dan NGO mempertikaikan Nga dengan alasan beliau tidak wajar mengungkitkan peruntukan untuk membina masjid kerana perlembagaan mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

Amidi, yang kini memangku jawatan presiden Abim, berkata kerajaan seharusnya mengikut contoh Rasulullah yang bersikap adil kepada penganut agama lain sewaktu memimpin di Madinah.

"Jadi selaku kerajaan yang memerintah, kerajaan juga seharusnya mencontohi Rasulullah SAW, terutama dari sudut peruntukan kepada bukan Islam," katanya.

Beliau berkata, ABIM menyokong jika kerajaan juga memberi perhatian kepada kesejahteraan agama lain memandangkan masalah sosial yang semakin banyak berlaku.

Disoal sama ada kerajaan harus menambah peruntukan bukan Islam, Amidi berkata kerajaan bukan sahaja harus menambahkan peruntukan tetapi juga perhatian untuk melahirkan masyarakat beragama di Malaysia.

Bagaimanapun pembahagian itu juga harus menepati lunas Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.

"Maka satu masyarakat yang beragama harus menjadi satu ciri kepada rakyat Malaysia," katanya.

"Ia juga membolehkan masyarakat agama lain mempraktikan ajaran agama mereka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak."

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) pula menyifatkan "tidak elok" dibandingkan peruntukan untuk masjid dengan rumah ibadat bukan Islam.

"Tidak elok dikaitkan bersama. Permohonan peruntukan (orang bukan Islam) boleh dimajukan tanpa dikaitkan dengan (peruntukkan) umat Islam," kata presidennya Zaid Kamaruddin.

"Penganut bukan Islam boleh memohon untuk rumah ibadat mereka secara berasingan."

Ditanya kewajaran kerajaan menambah peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam, beliau berkata menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keperluan rakyat dipenuhi tanpa mengira bangsa dan agama.

Manakala Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula berkata mengikut tafsiran Islam sebagai agama rasmi persekutuan, ia bermaksud kerajaan berhak mengeluarkan dana kepada orang Islam khususnya untuk pusat ibadat umat Islam.

"Jadi tidak timbul masalah ketaksamaan mengeluarkan dana kepada rumah ibadat Islam atau bukan," kata presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz.

Mengulas kewajaran menambah peruntukan kepada bukan Islam, beliau berkata ia bergantung kepada keperluan masyarakat bukan Islam dan jumlah pertambahan penduduk bukan Islam di sesuatu kawasan.

"Populasi bertambah ramai, maka keperluan dana untuk rumah ibadat pun bertambah. Ia bergantung kepada keperluan. Tiada keperluan, tidak wajarlah ditambah.

"Begitu juga masjid atau surau, dana bergantung kepada keperluan pada satu kariah," kata Muhammad Faisal./Malaysiakini

Sabtu, 12 Disember 2009

SMM ada bukti rakaman BTN ‘berbau perkauman’

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Dis: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mendedahkan rakaman suara didakwa 'berbau perkauman' bagi mengukuhkan lagi dakwaan kursus Biro Tatanegara (BTN) sememangnya mempunyai unsur-unsur 'doktrinisasi perkauman dan politik'.

Pengerusinya, Shazni Munir Ithnin berkata, SMM mempunyai banyak bukti dalam bentuk rakaman dan akan mendedahkannya kepada umum sedikit masa lagi.

“Kami (SMM) mempunyai banyak rakaman, yang nyata membuktikan bahawa aktiviti dan program dalam BTN sememangnya mempunyai unsur-unsur perkauman dan doktrin politik,” ujar pada satu sidang media semalam..

Sidang media tersebut bagi membantah kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berhubung ketegaran beliau supaya kursus BTN dikekal.

Rakaman tersebut dimaklumkan diambil daripada mahasiswa yang mengikuti BTN sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara dan layak mendapat biasiswa kerajaan.

Hadir sama pada sidang media berkenaan ialah pimpinan bersama SMM, Hilman Idham yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan
Abdullah Omar Muhamad Fuad, Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA).

Kumpulan mahasiswa berkenaan berpendirian tidak menolak sebarang aktiviti bentuk membangunkan semangat patriotisme, nasionalisme dan jati diri khususnya di kalangan mahasiswa dan anak muda namun menolak sekeras-kerasnya “doktrinisasi perkauman dan politik”.

Mereka juga dengan tegas memboikot kursus berkenaan daripada disertai mahasiswa dalam masa yang sama, menggesa kerajaan menarik semula syarat untuk menyertai program BTN bagi pelajar dan mahasiswa yang mendapat tajaan biasiswa pelajaran.

“Kalau berani, dedah sendiri modul, silibus dan program yang ada dalam BTN, tak perlu pihak lain tolong buktikan,” tambah Shazni lagi.

Dalam pada itu, mengulas pertelingkahan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dan Tun Mahathir sehingga tokoh tersebut digelar ‘bapa segala perkauman’, Shazni ada jawapan pendirian tersendiri.

“Saya setuju kenyataan (Tun) Mahathir bahawa UMNO ialah (sebuah) pertubuhan rasis, kalau (Tun) Mahathir jadi ‘Bapa Perkauman’, (Datuk) Nazri jadi ‘Anak Perkauman’, isunya seluruh polisi parti tersebut (bersifat) perkauman,” ujar beliau.

Jumaat, 11 Disember 2009

AKHBAR `PENCACAI' MEROSOT TERUK ?

Tabloid Melayu kian popular, harian merosot
Salhan K Ahmad
Dis 11, 09
1:15pm

dikemaskini Dua harian berpengaruh bahasa Melayu mencatatkan penurunan jumlah edarannya tetapi tabloid terbitan syarikat media yang sama merekodkan kenaikan, sehingga 12 peratus setahun lalu.

Jumlah edaran Utusan Malaysia menurun sehingga 8 peratus kepada 181,346 nashkah, sementara Berita Harian pula merosot 5 peratus kepada 183,187 naskhah.

Kosmo! mengalami kenaikan tertinggi sebanyak 12 peratus kepada 129,663 naskhah, manakala Harian Metro naik 4 peratus kepada 338,552 naskhah).

Kosmo! dan Harian Metro masing-masing berada satu bumbung dengan Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Laporan audit pengedaran itu – bagi tempoh 1 Julai tahun lalu hingga 30 Jun lalu – bagaimanapun menunjukkan edaran akhbar-akhbar berbahasa Malaysia mencatatkan kenaikan kecil berbanding akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Inggeris yang mencatat penurunan.

Data itu, yang dikeluarkan Biro Audit Pengedaran (ABC) Malaysia semalam, menunjukkan jumlah edaran harian berbahasa kebangsaan meningkat 2 peratus kepada 832,718 naskhah.

Menurut data ABC, Utusan Malaysia dan Berita Harian semakin merosot jualannya perlahan-lahan sejak audit 1 Julai 2005 hingga 30 Jun 2006 – masing-masing 213,445 dan 203,704 naskhah – kecuali sedikit kenaikan pada enam bulan pertama tahun lalu.

Sementara Kosmo! dan Harian Metro pula semakin laris dalam tempoh yang sama.

Dalam segmen akhbar mingguan pula, edaran Kosmo Ahad mencatat kenaikan tertinggi sebanyak 8 peratus kepada 130,375 naskhah tahun lalu, diikuti Metro Ahad dengan purata edaran sebanyak 386,795 naskhah tahun ini - meningkat 6 peratus.

Seorang ahli lembaga ABC, Adi Satria Ahmad berkata trend ini menunjukkan kuasa beli pembaca dalam segmen bahasa Malaysia masih kuat berbanding pembaca akhbar-akhbar Cina dan Inggeris.

Tambahnya, kenaikan itu turut disokong dengan kenaikan jumlah perbelanjaan pengiklan dalam akhbar-akhbar berkenaan, berbanding dalam akhbar dua bahasa itu.

Jelasnya, jumlah perbelanjaan iklan yang dilaporkan itu bagaimanapun tidak menggambarkan situasi sebenar kerana terdapat akhbar yang memberikan potongan harga kepada pengiklan dan pada masa sama menaikkan harga akhbar mereka.

"Ini kerana bukan semua akhbar bahasa Malaysia ini diaudit, seperti Sinar Harian, kerana belum sampai masa untuk diaudit," katanya ketika dihubungi Malaysiakini selepas sidang media ABC di Petaling Jaya semalam.

Sementara itu, ketika mengumumkan perangkaan terbaru itu, seorang lagi ahli lembaga ABC Tan Sio Chian berkata peningkatan jumlah pembacaan akhbar bahasa Melayu juga didorong oleh kelembapan ekonomi negara.

"Ia menunjukkan pembaca Melayu membeli lebih banyak akhbar disebabkan pengangguran (untuk cari kerja) dan mengurangkan perbelanjaan untuk kandungan hiburan," katanya.

Jelasnya, peralihan trend ini dikesan melalui penurunan 5 peratus bagi purata edaran majalah dalam segmen bahasa itu sehingga 1,015 naskhah tahun ini.

Bagaimanapun edaran majalah berbahasa Inggeris dan Cina lebih teruk terjejas, masing-masing menurun 40 peratus dan 81 peratus.

Laporan ABC itu juga menunjukan edaran keseluruhan harian berbahasa Inggeris mencatat penurunan sebanyak 2 peratus kepada purata 736,981 naskhah.

Edaran The Star merosot sebanyak 3 peratus kepada 295,479 naskhah tahun lalu, manakala New Straits Times menurun sehingga 12 peratus kepada 120,770 naskhah.

Dua lagi akhbar harian berbahasa Inggeris, The Edge dan The Sun masing-masing menunjukkan kenaikan sebanyak 7 peratus (kepada 23,369 naskhah) dan 6 peratus (287,935 naskhah).

Sementara itu, edaran akhbar-akhbar berbahasa Cina pula menurun hingga 7 peratus kepada 863,976 naskhah./Malaysiakini

ANWAR TEMPAT KE 32 DI ANTARA `100 PEMIKIR TERBAIK DUNIA'

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disenaraikan sebagai '100 Pemikir Terbaik Dunia' iaitu menduduki tempat ke 32 bersama para pemikir dunia yang lain.

Anwar disenarai oleh majalah 'Foreign Policy' yang berpusat di Washington dalam edisi Disembernya baru-baru ini.

Turut tersenarai adalah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama (ke-2), Perdana Menteri Britain, Gordon Brown (ke-74) dan Hillary Rodham Clinton (ke-6).

Anwar adalah satu satu dari 10 pemikir yang beragama Islam yang disenaraikan oleh majalah itu.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz disenaraikan dalam '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

KELANTAN ATUR STRATEGI


KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, Kerajaan Negeri tidak akan tergesa-gesa membawa isu tuntutan minyak ke mahkamah sebaliknya menggunakan percaturan politik semasa terlebih dahulu.

Menurutnya, pendekatan tersebut perlu bagi memastikan rakyat dapat menghukum tindakan zalim Kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum akan datang kerana tidak memberi hak sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri pimpinan Pas.

“Hujah yang dilakukan di luar mahkamah akan memberikan satu impak kepada rakyat bahawa tindakan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) salah.

“Sebelum kita menghulur kepala kita dalam satu medan yang agak samar integritinya, biarlah kita bergelumang menerusi pentas politik dulu. Nanti istilah ‘subjudice’ akan menjadi benteng memagari kita daripada terus bercakap tentang penganiyaan Kerajaan Persekutuan dalam isu ini.

“Biarlah penghakiman rakyat mengambil tempat terlebih dahulu dalam berbagai bentuk sebagai hamparan menuju Mahkamah,” katanya dipetik menerusi blognya semalam.

Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz supaya Kelantan mengemukakan kes tuntutan royalti minyak di mahkamah berbanding usaha retorik yang dilakukan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika menjawab cabaran tersebut kelmarin, Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Pas Kelantan sedia menyahut kenyataan Nazri tersebut jika tuntutan itu gagal dilakukan secara rundingan.

Husam yang juga Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri berkata, usaha tuntutan itu diteguhkan lagi dengan penubuhan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang menyemarakkan lagi usaha Kerajaan Negeri sebelum ini.

“Program mereka antara lain membawa ‘kuda jagoan’ UMNO sendiri untuk bercakap bahawa keputusan Kerajaan UMNO/BN adalah nyata salah. Kalau Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) sebagai pengasas Petronas kata royalti adalah hak dan ihsan adalah pelanggaran terhadap perjanjian, siapalah Nazri?

“Penjelasan demi penjelasan nanti akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan(pusat) dan rasanya ini lebih mahal dan berharga. Hujah yang benar tetap kuat sekalipun diucapkan di luar mahkamah,” katanya./Sinar

Khamis, 10 Disember 2009

Blogger Pro Mahathir menyalak marahkan Nazri

Oleh Amin Iskandar

Marah habis blogger-blogger Pro Mahathir. Habis menyalak semua marahkan Nazri Aziz kerana memanggil tokoh pujaan mereka sebagai “racist” oleh kerana mempertahankan BTN, disini.

Mereka memanggil Nazri Aziz sebagai pengkhianat bangsa oleh kerana mengkritik tokoh pujaan mereka. Mereka meminta Nazri Aziz untuk meletakkan jawatan.

Persoalannya, siapakah Perdana Menteri pada hari ini? Najib Razak atau Dr. Mahathir?

Apa yang Nazri lakukan adalah perkara yang betul untuk mempertahankan gagasan “1Malaysia” yang di perkenalkan oleh bosnya, Najib Razak.

Sepertimana ketika dibawah Abdullah, Nazri turut mempertahankan Abdullah.

Sebagai “hulubalang” kepada Perdana Menteri yang dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri telah melakukan tugasnya dengan baik untuk mempertahankan gagasan yang ditaja oleh bosnya.

Mungkin blogger-blogger ini sudah tersilap zaman.

Oleh kerana Dr. Mahathir memerintah Malaysia terlalu lama selama 22 tahun, mereka masih merasakan Malaysia kini masih diperintah oleh Dr. Mahathir. Mereka terlupa kini Perdana Menteri Malaysia adalah Najib Razak yang tidak lama lagi akan menghapuskan segala Hak Keistimewaan Melayu dengan dasar liberalisasi ekonominya.

Kah kah kah….

Dulu Pak Lah bolehlah korang buli…. Kah kah kah

Cuba “attack” Najib tengok?Mesti tak berani sebab takut jadi macam perempuan dari negara Mongolia tu…

Kah kah kah....

http://www.aminiskandar.com/?p=2507

Gerakan harus bantah Umno bebaskan Ahmad


Dis 10, 09 5:09pm
Gerakan harus membantah tindakan Umno melepaskan bekas ketua bahagiannya Datuk Ahmad Ismail daripada penggantungan keahliannya selama tiga tahun berhubung kenyataan berbaur perkauman, gesa Angkatan Muda PKR.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon diminta menyampaikan bantahan itu kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak serta meminta penjelasan tentang pengembalian hak keahlian Ahmad baru-baru ini.

Pemimpin Umno itu dikenakan tindakan September tahun lalu berhubung ucapannya yang menganggap kaum Cina sebagai pendatang di negara ini sewaktu berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh, sebulan sebelumnya.

"Jikalau tidak (bantah), kedudukan Gerakan akan menjadi lebih tergugat," kata ketua penerangan Angkatan Muda, Lee Khai Loon.

"(Pembatalan hukuman asal) ini menunjukkan Umno tidak ikhlas dalam menghukum pemimpin yang bersifat perkauman sempit.

"Semua usaha yang dibuat hanya semata-mata sandiwara Umno untuk meredakan emosi tidak puas hati parti-parti komponen BN pada masa (timbul isu) tersebut.

"Sebenarnya Umno tidak pernah mengambil kira perasaan parti-parti komponen. Hakikatnya juga, kedudukan MCA dan Gerakan dalam BN langsung tidak diberi kehormatan oleh Umno."

Lee menambah, bekas ketua bahagian Bukit Bendera itu bukan sahaja belum insaf, malah "terus bermaharajalela sehingga meminta tiga pemimpin tinggi Gerakan untuk mohon maaf secara terbuka."

"Ahmad bukan sahaja tidak insaf, malahan tetap dengan pendirian bahawa orang Cina adalah pendatang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas dibebaskan daripada hukuman itu oleh Majlis Tertinggi Umno Jumaat lalu, Ahmad semalam mahu Dr Koh, pengerusi Gerakan negeri Datuk Teng Hock Nam dan bekas ahli parlimen Bukit Bendera, Chia Kwang Chye memohon maaf kepadanya.

Susulan kenyataan penasihat Gerakan, Tun Lim Keng Yaik semalam yang menyeru semua anggota parti itu agar berani menentang "ketuanan Melayu", Lee bertanya sama Dr Koh bersedia membantah tindakan Umno membebaskan Ahmad./Malaysiakini

PERKAUMAN ? ARTIKEL UTUSAN HINA KAUM INDIA?

Lagi artikel Utusan diadu kepada polis
Dis 10, 09

Pemuda MIC menyeret seorang pengarang kanan Utusan Malaysia yang melabelkan India sebagai kaum yang suka buat kecoh dalam satu artikelnya semalam kepada polis hari ini.

Biro Integrasi Kaum parti itu membuat aduan polis terhadap Zaini Hassan berhubung artikelnya 'Alkisah India di India dan India di Malaysia' di balai polis Sentul, Kuala Lumpur pagi ini.

Artikel tersebut menceritakan betapa kelam-kabutnya kehidupan di India yang dianggap telah mendarah daging dalam kaum tersebut, termasuk India di negara ini.

"India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.

"Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik.

"Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising," artikel tersebut dipetik.

Zaini kini berdepan tindakan saman oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok berhubung artikelnya 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang mengulas isu azan - kontroversi yang menyeret ahli parlimen DAP itu dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu./Malaysiakini

Rabu, 9 Disember 2009

Ariffahmi abaikan nasihat Mahfuz?


Jimadie Shah Othman
Dis 9, 09


kemaskini 6.40pm - Menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat kelihatannya enggan mendengar nasihat Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang menggesa peneraju utama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu tidak lagi campur tangan dalam urusan penting syarikat terbabit.

Difahamkan, ketua pegawai eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Ab Razak, semalam mengeluarkan memo dalaman, mengarahkan semua urusan harian terus dilaporkan seperti biasa kepadanya sehingga tarikh pengundurannya pada Mac tahun depan.

"Segala urusan rasmi dan urusan surat-menyurat perlu dilapor dan dialamatkan kepada ketua pegawai eksekutif untuk sebarang tindakan susulan.

"Prosedur ini akan berkekalan sehingga tarikh akhir perkhidmatan saya pada 7 Rabiulakhir 1413H, bersamaan dengan 23 Mac 2010," memo yang ditandatangan Abdul Ariffahmi dipetik.

Ia diedarkan sehari selepas Mahfuz menggesa Nik Aziz, sebagai pengerusi PMBK, mengarahkan menantunya berundur segera atau berhenti membuat keputusan yang boleh mengikat penggantinya dalam soal-soal kewangan atau projek.

Ahli parlimen itu berkata, kedudukan Abdul Ariffahmi harus ditamatkan dengan serta-merta bagi memelihara etika korporat PMBK.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada memo ini, yang turut diterima Malaysiakini pagi tadi, dibuat sebagai reaksi kepada kenyataan pemimpin kanan PAS itu.

Abdul Ariffahmi enggan mengulas perkara ini ketika dihubungi tadi.

Beliau, yang juga exco Pemuda PAS Kelantan, memaklumkan untuk menghantar notis peletakan jawatannya di PMBK pada 24 Disember ini, sebulan selepas mengumumkan untuk meletakkan jawatan 23 November lalu.

Katanya, beliau perlu memberi notis 90 hari untuk berbuat demikian seperti dalam syarat pelantikannya, selain ingin menyiapkan kerja-kerja sedia ada dan bagi membolehkan menteri besar mencari penggantinya.

Tidak jelas memo satu halaman Abdul Ariffahmi itu ditujukan kepada siapa kerana ia hanya bertulis "senarai edaran" dalam bahagian penerimanya.

Bagaimanapun, memo itu mengingatkan, arahan itu mesti dipatuhi semua pengurus dan kakitangan PMBK serta anak syarikatnya.

Satu salinan memorandum itu turut dilampirkan kepada Nik Aziz sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu.

Sementara itu, Bernama pula melaporkan Mahfuz hari ini tetap mempertahankan cadangannya agar Abdul Ariffahmi segera melepaskan jawatannya demi kebaikan parti.

Saranannya itu bukan bermakna beliau mahu mengajar Nik Aziz, sebaliknya demi cinta dan sayangnya terhadap parti dan mursyidul am PAS, tambahnya.

"Tidak... (cadangan) bukan hendak mengajar sesiapa, ia satu pandangan saya kerana saya sayang pada Tok Guru (Nik Aziz)... kerana saya tidak mahu ada pihak mencerca Tok Guru atas isu ini," beliau dipetik berkata di lobi Parlimen hari ini.

Bagi meredakan polemik itu, Mahfuz dilapor berkata pengunduran segera Abdul Ariffahmi adalah tindakan paling tepat.

Tambahnya, beliau tidak mahu melihat Nik Aziz terus dikecam kerana ia bukan saja mencemarkan imej menteri besar itu sebagai seorang tokoh ulama, malah secara tidak langsung turut memberi kesan kepada parti.

"Lagi panjang (lama), lagi banyak fitnah dan kecaman. Saya sayang sangat Tok Guru... kecaman kepada Tok Guru akan memberi kesan pada PAS," katanya seperti dilaporkan./Malaysiakini

TIGA NEGERI DI BAWAH PR KINI BERSATU TOLAK BTN, KEDAH BAGAIMANA ?

Kelantan pula tolak BTN

KOTA BHARU: Selepas Selangor dan Pulau Pinang, kini Kerajaan Kelantan pula menolak pegawai dan kakitangannya daripada menyertai program Biro Tata Negara (BTN).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak bersetuju menghantar pegawai dan kakitanganya menyertai program yang dianjurkan BTN selagi modul dan kurikulumnya tidak diubah mengikut acuan Islam.

Malah, beliau mahu kurikulumnya dirombak dan menonjolkan ke arah Islam. Menurutnya, beliau bersama dua negeri di bawah Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menghantar pegawainya mengikuti kursus BTN itu.

"Kalau dalam keadaan (kurikulum sekarang) saya setuju tak kirim. Kalau Selangor tolak, Pulau Pinang tolak, tak ada sebab saya nak kirim. Kirim wat gapo (buat apa)?," katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini. - Bernama

MAHATHIR, NAZRI DUA KALI LIMA

Oleh: Kuda Ranggi

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Abdul Aziz menuduh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang bersikap perkauman kerana mempertahankan Biro Tata Negara atau BTN.

Menjawab tuduhan itu, Tun Mahathir secara terang-terangan menuduh Nazri juga seorang yang bersikap perkauman kerana menganggotai sebuah parti politik perkauman, iaitu UMNO. Mahathir cabar Nazri supaya letak jawatan. Jawab pula Nazri, dia menyertai parti perkauman yang sudahpun wujud kerana ingin berkhidmat dengan kerajaan dan dia tidak terlibat dalam penubuhan parti perkauman itu tetapi Mahathir bertanggungjawab membentuk dasar parti perkauman itu.

Yang pasti dan benar, kedua-dua mereka akhirnya bercakap benar, kedua-dua mereka adalah sebahagian dan sama-sama menyumbang kepada sistem perkauman yang wujud di negara ini. Benar, UMNO adalah parti politik perkauman, begitu juga dengan hampir semua parti politik di negara ini - perkauman adalah kekuatan bagi mereka. MCA, MIC, DAP, LDP, PPP, IPF , PAS , Gerakan dan parti-parti kecil-kecilan yang lain berpaksikan kaum. Itulah kenyataan, itulah hakikat politik Malaysia. Begitu juga dengan BTN dan beberapa lagi agensi pemerintah yang tidak boleh dinafikan bersikap perkauman. Semuanya itu kerana wujud politik perkauman. Perkauman adalah sesuatu yang bukan asing di Malaysia. Perkauman adalah satu kekuatan.

Jadi, pertengkaran antara Nazri dan Mahathir, bukan sesuatu yang baru dan tidak asing kepada rakyat, tidak memeranjatkan. Kedua-dua mereka adalah hasil sistem perkauman. Kedua-dua mereka betul apabila menuduh satu sama lain sebagai perkauman.

Elok sangat, dedahkan pekung di dada masing-masing untuk terus menjadi bahan ketawa oleh orang lain./Malaysiakini

Selasa, 8 Disember 2009

KERAJAAN PR SELANGOR TERUS KOMITED DENGAN ISLAM

Harakahdaily
SHAH ALAM, 8 Dis: Kerajaan negeri Selangor akan menubuhkan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YPIS) untuk membantu mengembangkan pendidikan Islam di negeri, kata Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid membuat pengumuman ini ketika berucap merasmikan Konvensyen Pendidikan Islam Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Pusat Belia dan Kebudayaan Selangor hari ini.








(Gambar: Halimah mengiringi Khalid melawat pameran sempena konvensyen pendidikan Islam Selangor)

Katanya, yayasan ini akan mengumpulkan dana dari pelbagai pihak termasuk dari kerajaan negeri dan Pusat Zakat Selangor bagi membantu sekolah dan lain-lain institusi pendidikan Islam di negeri ini.

Cadangan menubuhkan yayasan ini dibuat oleh Majlis Pemuafakan Pendidikan Islam Selangor (Mappis). Konvensyen ini juga dianjurkan oleh Mappis dengan kerjasama dari kerajaan negeri Selangor melalui Dr Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Kerajaan negeri berpandangan, usaha-usaha pendidikan Islam mampu menyumbang terhadap pembangunan modal insan serta kemajuan ekonomi negeri dan negara.

"Untuk membolehkan hal ini berlaku, maka kerajaan negeri sedia membantu dan menaungi usaha yang dicadangkan Mappis untuk memperlopori penubuhan Yayasan Pendidikan Islam Selangor," kata Khalid ketika merasmikan ucapan itu.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Khalid berkata, YPIS akan berperanan untuk mengumpulkan dana dan membantu mana-mana institusi pendidikan Islam yang memerlukan bantuan.

"Yayasan ini nanti akan boleh menyediakan dana untuk membantu institusi pendidikan Islam menjadi kukuh dan turut menyumbang dalam pengukuhan negara bangsa," kata beliau.

Dalam konvensyen ini, turut membentangkan kertas kerja adalah Mohamad Ya, Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

YIK adalah badan yang menjadi penyelia dan mengurus semua sekolah-sekolah agama yang terletak di bawah kerajaan negeri Kelantan.

Dr Halimah Ali ketika ditemui selepas ini berkata, hari ini adalah hari yang bersejarah untuk pendidikan Islam di Selangor.

"Kita harap banyak perkara yang kita boleh buat selepas konvensyen ini," kata beliau kepada Harakahdaily.

Cuepacs yakin kerajaan lulus imbuhan RM500

KUALA LUMPUR- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin kerajaan akan meluluskan imbuhan tambahan sebanyak RM500 kepada 1.2 juta penjawat awam di negara ini bagi menggantikan bonus.

Presidennya Omar Osman berkata melalui beberapa siri pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai perkara itu, ia mendapat reaksi positif.

"Baru-baru ini saya sempat menyambut Perdana Menteri di lapangan terbang di Langkawi...apabila ditanya mengenai tuntutan itu beliau memberi reaksi yang meyakinkan.

"Cuma kita minta, sekiranya perkara ini diluluskan kerajaan, ia dapat diberikan kepada penjawat awam sebelum musim persekolahan tahun depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Kerajaan telahpun mengumumkan bayaran imbuhan RM500 kepada kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk tahun ini.

Sementara itu, Omar berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga diminta menilai semula penambahbaikan yang dilakukan terhadap peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Katanya ini kerana ramai penjawat awam yang menduduki peperiksaan PTK tidak lulus selepas berlaku penambahbaikan terhadap sistem penilaian itu.

"Oleh itu, Cuepacs mahu peperiksaan penilaian itu yang akan diadakan pada bulan ini ditangguh terlebih dulu sehingga semakan semula dilakukan memandangkan peperiksaan ini penting untuk anjakan kenaikan gaji," katanya.
-- BERNAMA

Isnin, 7 Disember 2009

PERSEPSI TUAN GURU HJ HADI AWANG ?

Oleh: Songkok Putih

Saya tertarik dengan ucapan Dato' Haji Harun Taib, Pesuruhjaya PAS dalam menerang dan menjelaskan persepsi dengan cerita yang biasa kita dengar iaitu perdebatan antara orang Yahudi dengan pengembala kambing menggunakan bahasa isyarat tanpa bercakap. Saya tidak mahu "lebar"kan cerita itu disini, carilah sendiri dan fahamlah maksudnya.

Saya juga setuju, kerja-kerja mengatur dan mengurus untuk persediaan pilihan raya kali ke-13 perlu bermula sekarang. Kita perlu menepi tohmahan, cercaan dan kata-kata buruk yang datang daripada musuh atau pun kawan kita sendiri.

Mengambil pengajaran daripada kekalahan lalu dan membuat persedian untuk ke arah yang lebih baik, banyak bertawakal dan mengikut kaedah dan lunas yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Jangan kita lari daripada apa yang digariskanNya.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Suka saya menarik perhatian mengenai persepsi. Tulisan Prof Aziz Bari dan klip video yang disiarkan oleh Malaysiakini.com mengenai satu ucapan petikan Prof. Dr Aziz Bari mengenai Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang mengatakan "Tuan Guru jauh sekali dengan pemimpin-peminpin lama PAS seperti Ustaz Fadhil. Jauh sekali sekali dengan Anwar!".

Beliau menambah mengatakan "Hadi terkial-kial untuk mempertahankan kawasannya sendiri". Maksudnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi hampir kalah di kawasannya sendiri, malah Perlimen Marang Tuan Guru telahpun kalah.

Saya bukan berniat untuk komen kenyataan Prof. Dr Aziz Bari. Siapalah saya ini? Tapi saya sedikit terbuku di hati untuk meluahnya sebagai seorang yang mempertahankan Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang sebagai Presiden PAS. Sama juga saya mempertahankan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am PAS. Saya pertahan dia pasal dia Presiden PAS. Kalau dia Presiden FAM saya dah lama bersama Aduka Taruna Langgar dia.

Tidak ada apapun pada batang tubuh Abdul Hadi Awang, tapi jika dia Presiden PAS kewajipan saya rasanya menepati apa yang Allah firmankan. Kalau Rasulullah s.a.w. masih ada sehingga hari ini, kita mungkin akan menjadi seperti sahabat mempertahankan batang tubuh demi menyelamatkan Rasulullah s.a.w. Sekarang ini siapa yang perlu kita pertahankan? Tidak lain tidak bukan Presiden Parti Islam. Tidak kira siapa di situ.

PAS ada organasasi, ada salurannya, ada kaedah dan caranya. Melainkan kita tidak mengikut saluran dan cara yang telah disediakan atau kita berada dipinggiran Jamaah Islam, tidak memahami dan menghayatinya secara halus dan tulus.

Berbalik kepada apa yang di tulis oleh Prof. Dr Aziz Bari. Saya anggap itu persepsi kerana Prof. Dr. Aziz tidak melihat hakikat sebenar. Saya juga terima apabila beliau mengakui pada Seminar yang diadakan tidak tahu apa-apa pun mengenai PAS pasal beliau bukan orang politik. Beliau juga berkata padangannya adalah pandangan orang luar.





Saya sertakan gambar yang saya ambil lebih atau sekitar 3 tahun yang lalu, iaitu gambar pembinaan Balai Polis baru Marang dan penempatan yang dianggarkan lebih daripada 5000 orang. Saya tak sempat nak ambil gambar terkini Balai Polis ini telah siap dah digunakan, yang lebih besar daripada balai Polis Kuala Terengganu.

Kita boleh fikir sendiri, ini bukan persepsi...
Memang Hadi terkial-kial...
Mungkin juga tidak akan menjadi YB selepas ini..
(Perlu dapatkan fakta bilangan pengundi yang disusun atur seta persempanan dun dan parlimen)

Musuh Islam tidak akan membiarkan Presiden PAS bersuara...
Musuh akan me"lenyek" sehabis-habis...
Jangan kita bersama-sama musuh mengoyak rabak pimpinan kita..

Lemah mana pimpinan kita dia tetap pimpinan Islam!!!
Lemah mana pimpinan kita dia adalah teraju kita untuk membina NEGARA ISLAM!!!

Inilah satu-satunya parti kita parti Islam..
Parti yang lebih 50 tahun telah dihina, dicerca dan dikeji..

Lemah mana pimpinan kita dia adalah kewajipan kita...
Jangan kita menjadi talibarut musuh secara tidak sedar dalam laungan keadilan, "pembersihan" dan tulus sedangkan kita bergelomang dengan bisikan nafsu dan syaitan!! /Tranungkite

MALAYSIA DIMALUKAN VIETNAM, SALAHKAN PENGADIL

07 Disember, 2009

Insiden Kekecohan Pemain Bola Sepak M'sia Memalukan Negara - MSN

Daripada Zulhilmi Supaat

VIENTIANE, 7 Dis (Bernama) -- Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong menganggap insiden pemain bola sepak lelaki Malaysia mencetuskan kekecohan selepas perlawanan menentang Vietnam semalam tidak sepatutnya berlaku dan memalukan negara.

Beliau berkata alasan jurulatih kebangsaan K. Rajagobal yang mendakwa insiden tersebut berlaku kerana pengadil perlawanan tidak membuat keputusan yang tepat, adalah tidak benar kerana pada beliau, pengadil berlaku adil.

"Pengadil semalam berlaku adil malah membuat beberapa keputusan yang menguntungkan Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden pemain bola sepak lelaki Malaysia yang menimbulkan kekecohan selepas tamat perlawanan saingan Kumpulan A menentang Vietnam semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos, Malaysia tewas 1-3, sekaligus menyukarkan laluan negara ke separuh akhir.

Rajagobal mendakwa insiden tersebut berpunca daripada kekecewaan pemainnya berhubung sikap pengadil perlawanan yang didakwa banyak membuat keputusan tidak tepat yang merugikan Malaysia.

Dalam insiden tersebut, pemain-pemain Malaysia mengerumuni pengadil selepas pemain gantian, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak dilayang kad merah sejurus sebelum tamat perlawanan.

Insiden tersebut termasuk tindakan pemain Malaysia membaling botol air minuman kepada pengadil bagaimanapun berjaya dileraikan selepas pihak keselamatan Laos dan pegawai perlawanan menyuraikan pemain dan membawa mereka ke bilik persalinan.

Zolkples turut membidas pegawai pasukan Malaysia termasuk jurulatih kerana didakwa mengapi-apikan semangat pemain untuk mencetuskan kekecohan.

"Kecuali penolong jurulatih, Tan Cheng Hoe yang saya lihat tenang dan duduk sahaja di bangku simpanan," katanya.

Beliau berkata pasukan Malaysia sepatutnya menerima keputusan perlawanan kerana pemain Vietnam sememangnya bagus daripada segi kecerdasan dan kelajuan.

Berdasarkan pemerhatian beliau, pemain negara bermain di bawah kemampuan sebenar dan terlalu menghormati pemain lawan./BERNAMA

Ahad, 6 Disember 2009

KB MALL RUNTUH ?

Berita Oleh : Budak Pantai Timur

Sedang menerokai dunia internet, mencari bahan-bahan dan isu-isu terkini, terjumpa satu tajuk berita yang sedang hangat doiperkatakan di satu blog. "KB Mall runtuh" Begitulah tajuknya.

Selepas sedikit sebanyak membacanya, mencari sumber asal gambar tersebut, kesahihan berita tersebut hampir berakhir.Ingatkan ia benar-benar runtuh,seperti runtuhnya Stadium di Terengganu baru-baru ini.

Rupa-rupanya, KB Mall tidaklah runtuh seperti yang disangka. Entah macam mana boleh berlaku, menurut sumber yang dibaca, sebuah kereta di tempat parking KB Mall undur kebelakang (reverse) sehingga terlanggar dinding KB Mall tersebut sehingga menyebabkan kereta itu jatuh kedalam kawasan pusat beli belah KB Mall betul-betul diantara dua tangga bergerak. Kemalangan tersebut berlaku dalam lingkungan jam 5 petang.

Menurut cerita yang dibaca, seorang telah meninggal dan 3 orang cedera di dalam insiden yang berlaku itu./Tranungkite

Nik Aziz: Umno dalam keadaan ‘lemas'

Ahli dan penyokong PAS yang penuh sesak membanjiri Dewan Ustaz Fadhil Noor, di Markas PAS di Taman Melewar malam tadi beramai-ramai menyatakan sokongan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus memimpin Kelantan.

Sebelum menteri besar itu menyampaikan ucapan, pengerusi majlis, Tarmizi Mat Jam meminta lebih 1,000 hadirin supaya bangun dan dewan tersebut bergema beberapa kali dengan laungan"Kita Sokong Tok Guru Nik Aziz" dan "Sokong Tok Guru" dan diiringi laungan takbir sebanyak tiga kali.

Tarmizi yang juga naib yang dipertua PAS Batu mengetuai acara tersebut pada kira-kira jam 11 malam sebelum Nik Aziz menyampaikan ucapan bersempena menyambut perayaaan jubli perak PAS kawasan tersebut.

Laungan itu berlangsung selama lima mini, yang turut disertai beberapa pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat antaranya, ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin; yang dipertua PAS Batu, Ishak Surin; ahli parlimen Batu, Tian Chua; pengerusi Kelab Penyokong PAS India, Balasubramaniam serta bekas pemimpin PAS Hassan Shukri dan Subky Latif.

Tarmizi berkata, ia sebagai kesinambungan kepada sokongan rakyat Kelantan yang ditunjukkan kepada Nik Aziz Jumaat lalu.

Beliau berkata, pada mulanya pihaknya bercadang mengedarkan lilitan kepala kepada hadirin - seperti yang dilakukan oleh penyokong menteri besar di Kelantan, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, jelasnya, hasrat tersebut tidak kesampaian ekoran kesuntukan masa untuk menyiapkan lilitan tersebut.

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya Kelantan dilihat tersenyum dan gembira dan kemudiannya kelihatan bersemangat untuk menyampaikan ceramahnya.

Semangat berucap

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan Umno kini berada dalam keadaan "lemas" dalam usaha mereka untuk merampas semula Kelantan dari PAS dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lain.


Katanya, walaupun menyedari mereka berada dalam keadaan begitu, Umno masih "meraung-raung" dengan pelbagai cara bagi mencapai cita-cita mereka mengambil semula negeri itu.

"Oleh kerana mereka dalam keadaan lemas, mereka meraung-raung bermacam-macam, termasuk tuduhan yang dilemparkan kepada saya.

"Dia (Umno) tengok saya berserban, tidak pandai memerintah negeri dan saya pakai jubah tak tahu apa-apa pun. Jadi tuduhan itu macam-macam. Dia tahu bahawa dia sedang lemas.

"MCA (sekarang) kacau bilau sedangkan MCA jadi tongkat (BN) sebelah kanan. MIC, jadi tongkat kiri, kini jadi kacau bilau. Oleh kerana tak tahu nak buat apa, mereka lempar tuduhan kepada saya," kata Nik Aziz.

Nik Aziz mengulas mengenai situasi politik terkini yang hadapinya termasuk demonstrasi yang dianjurkan oleh Umno minggu lalu yang mendesak beliau melepaskan jawatan berhubung isu doanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

'Umno lemas'

Dalam ceramahnya malam tadi itu, Nik Aziz berkata Umno kini berada dalam keadaan 'lemas' dengan memberikan beberapa situasi dalam politik parti itu, antaranya Umno Terengganu berpecah kepada dua kumpulan dan krisis di Perak di mana berlakunya usaha perebutan merampas kerusi speaker DUN.

Mursyidul am PAS itu juga mengumpamakan Umno sebagai seorang 'datuk yang cuba memujuk cucunya yang tidak mahu berhenti menangis setiap pagi'.


"Oleh kerana mahu cucunya senyap (dan) tidak menangis, dia kata, burung, burung, Nik Aziz, Nik Aziz," katanya, yang membuatkan kira-kira 1,000 hadirin ketawa dan memberi tepukan .

Menurut Nik Aziz, Umno juga berada dalam keadaan terdesak apabila mereka membuat rayuan menangguh pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong.

"Kota Siputeh itu kawasan dia. (Ia) telah dikosongkan oleh speaker dan mahkamah bersetuju (bahawa) speaker ada kuasa penuh (untuk isytihar kerusi itu kosong).

"Speaker itu umpama pengadil dalam perlawanan bola sepak. Kalau (keputusan) pengadil boleh dibantah lagi, tak main bola lah, kita panggil berlaga betih lah," kata Nik Aziz yang mencuit hati para hadirin.

"Keputusan speaker kita nak tolak macam mana, dia raja. Dalam DUN dan parlimen, speaker adalah raja. Dalam padang bola pengadil jadi raja. Begitu logiknya," tambahnya.

Program BTN

Menurut pesuruhjaya PAS Kelantan itu, Umno juga kini berada dalam keadaan 'lemas' apabila terdapat pendedahan yang mendakwa program anjuran Biro Tatanegara (BTN) mempunyai unsur perkauman.

"Kerja dia bertahun-tahun, hilang sekelip mata kerana rahsia BTN ini bukan untuk menyelamatkan negara tapi nak kata orang Melayu (untuk orang) Melayu dan orang Cina (untuk orang) Cina," katanya.

Setakat ini, kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang mengarahkan pegawai dan kakitangannya supaya tidak menghadiri kursus anjuran biro tersebut.

Mengulas isu doanya supaya Allah membetulkan pandangan Najib yang juga presiden Umno berhubung isu royalti minyak kepada Kelantan, Nik Aziz berkata, adalah untuk menjadi tugas orang yang dizalimi berdoa kepada Allah agar mendapat haknya kembali.

"Buat apa perkara yang jahat atas muka dunia, musnahkan. Lepas tu marah. Habis nak cakap macam mana lagi, nak tolong orang jahat. Ya Allah tolong lah orang jahat, mana boleh.

"Beliau (Najib) nak beri (royalti) beri. Kalau tak beri, beliau berdepan dengan kemusnahan," katanya,

Bahkan, kata Nik Aziz, doa orang kafir yang dizalimi mustajab disisi Allah SWT./Malaysiakini
Terdapat ralat dalam alat ini