JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 30 April 2010

GEJALA BUANG BAYI, KELUARGA JUGA YANG DIPERSALAHKAN

SAMPAI bila kerajaan hendak menuding jari ke arah ibu bapa atau keluarga apabila gejala maksiat termasuk bertambahnya gejala membuang bayi di negara ini menular? Berbagai komen yang dikeluarkan oleh menteri berkaitan isu ini namun tidak seorang pun berani menyebut tentang betapa hukum Islam atau peraturan Islam mampu mengawal atau mencegah gejala keji ini. Menteri berugama Islam ini hanya bercakap senada dengan percakapan pemimpin yang bukan Islam. Cuba baca kenyataan salah seorang menteri dan senator berkenaan di sini.

Menteri ini menuding jari ke arah institusi kekeluargaan kununnya gagal mendidik anak. Memang benar, didikan dari ibu bapa itu penting semenjak awal lagi tetapi akhirnya undang-undang yang tepat juga penting. Umpama kita diajar, dilatih serta diuji oleh pihak JPJ sebelum kita dibenarkan memandu kenderaan. Apakah selepas kita lulus dengan cemerlang, maka kita dibenarkan terus memandu kenderaan tanpa ada undang-undang yang ditetapkan oleh JPJ atau Polis? Undang-undang mesti ada kerana bukan semua yang dilatih itu akan mempraktikkan semua yang diajar semasa mengikuti ujian di JPJ. Ibu bapa berkewajipan untuk mendidik anak-anak mengikut cara Islam, tetapi jika undang-undang negara tidak mengikut cara Islam bagaimana kita mahu membendung segala masalah di kemudian hari? Kaedah Islam wajib diguna pakai oleh keluarga di dalam mendidik anak-anak begitu juga dengan kerajaan yang memerintah. Jika ini tidak dapat diselarikan, usahlah mengharap masalah ini akan selesai.

Oleh yang demikian, jangan pula menteri berfikir mereka lebih pintar dan cerdik dari Allah yang mencipta manusia di muka bumi ini. Kelihatan melucukan, ternampak bodoh pula apabila seorang Senator mencadangkan hukuman `kasi' ke atas lelaki yang mengakibatkan gejala buang bayi ini. Mengapa terlalu dungu pemikiran seorang Senator yang sepatutnya mesti cerdik di dalam mengemukakan cadangan. Di mana beliau perolehi sumber hukum sedemikian? Adakah dari kepala otak dia sendiri? Kita jangan mengambil idea atau buah fikiran dari pemikir yang bukan Islam di dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan umat Islam. Kita punyai Tuhan yakni Allah yang telah mengajar kita dari segala perkara yang besar hinggakan kepada perkara yang paling kecil hatta cara-cara batuk dan menguap.

Gejala maksiat yang semakin berleluasa sekarang ini adalah kerana kita mengabaikan ajaran Islam samada di pihak institusi kekeluargaan dan lebih-lebih lagi di pihak kerajaan yang memerintah. Jangan pula nanti kita lebih mengambil kitab yang dikeluarkan oleh APCO sebagai rujukan kita untuk mengatasi masalah ini daripada mengambil kitab suci Al-Quran. Jika ini berlaku, maka saham juga dapat kepada mereka yang memilih pemimpin yang menolak Al-Quran.

SIFAT PERILAKU SEMUA MENTERI AKAN DIDEDAHKAN

Kempen ‘Kenali Pemimpin Anda’ akan dilancarkan bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim bagi menanam kesedaran awam kepada prestasi dan latar-belakang pemimpin mereka.

Melihat kepada serangan peribadi yang dihadapnya dalam pilihanraya hulu Selangor lalu, Datuk Zaid berkata antara matlamat kempen ini adalah memberi gambaran sebenar pemimpin-pemimpin setempat kepada masyarakat, baik dari Pakatan Rakyat, mahupun Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian di satu sidang akhbar di kediamannya semalam. Zaid berkata kempen ini adalah respon kepada kempen terancang Umno-BN yang bukan sahaja mencemar maruahnya, tetapi juga memfitnah pemimpin-pemimpin PAkatan Rakyat lain.

"Saya merayu kepada rakyat, memandangkan mereka mengenali saya dengan jelas sekarang melalui pendedahan ini, saya harap kita juga akan kenal pemimpin kita" rayu Zaid.

"Mari kita kenali menteri kita dengan lebih baik, saya akan lancarkan kempen bagi mengetahui menteri kita dengan jelas," jelas Zaid lagi.

Kempen ini juga antara lain akan bertujuan menafikan peluang kepada Utusan Malaysia untuk memfitnah mana-mana pemimpin pembangkang.

Beliau berharap kempen ini dapat membantu masyarakat menilai sikap sebenar pemimpin mereka, khususnya pimpinan Umno-BN.

Kata Zaid, "Saya dicap ‘kaki botol’, diletakkan poster di seluruh Hulu Selangor dan tiada sesiapapun bertindak, jadi saya kena saman mereka" /TVSelangor

Khamis, 29 April 2010

FITNAH, HASAN ALI BUAT LAPORAN POLIS

Hasan Ali buat laporan polis terhadap Zahid, Utusan
Salhan K Ahmad
Apr 28, 10


Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini membuat laporan polis terhadap dua pemimpin Umno serta akhbar Utusan Malaysia yang didakwa melempar fitnah terhadapnya.

Dr Hasan berkata, beliau membuat laporan polis di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga pihak tersebut.

Beliau membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada kira-kira jam 4 petang ini dengan ditemani peguam Mohd Khairuddin Othman.

Dua pemimpin Umno itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Zainal Abidin Sakom.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan Utusan Malaysia sebagai berkata, khutbah yang disampaikan Hasan itu berbaur politik.

"Beliau menuduh saya memberi khutbah berbaur politik, kononnya saya terlupa membaca selawat menyebabkan tidak sah fardhu Jumaat pada hari itu.

"Saya (juga) dituduh menderhakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana saya tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.

"Saya diberitahu, Datuk Zainal Abidin Sakom melalui berita nasional yang disiarkan oleh Klasik Nasional, telah memberi komen yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," laporan polis itu dipetik.
Dalam laporan itu juga, Dr Hasan mendakwa kenyataan mereka boleh mencetus ketegangan di kalangan masyarakat Islam.

Beliau mendakwa tuduhan itu juga boleh mencemarkan reputasinya sebagai exco hal ehwal Selangor dan pentadbiran baru negeri Selangor yang tegas melaksanakan peraturan surau dan masjid sebagai zon bebas politik.


NONESementara itu, ketika bercakap kepada media sebelum membuat laporan polis tersebut, Dr Hasan berkata beliau tidak melanggar apa-apa enakmen mengenai pengembangan agama Islam di Selangor berkaitan khutbah yang disampaikannya itu.

Katanya, beliau sememangnya telah membaca selawat seperti dirukunkan untuk menyampaikan khutbah.

"Ada memang ada (baca selawat). Saya yakin 100 peratus," katanya ketika ditanya.

Tambahnya pegawai JAIS yang membuat pemantauan ke atas khutbahnya itu juga mengesahkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.

Jelasnya, beliau berkata demikian berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

NONE"Selepas berunding dengan peguam, saya rasa kita patut buat laporan polis untuk ambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Zainal Abidin Sakom," katanya.

"Pada masa sama, (laporan ke atas Utusan) sebab saya nampak Utusan Malaysia ada unsur putar belit kenyataan," katanya.

"JAIS sudah keluarkan kenyataan, saya nak sebutkan seperti yang dilaporkan Sinar Harian, bertajuk 'Khutbah Hasan Ali bersih dari politik',' katanya sambil menambah beliau berpengalaman 40 tahun membaca khutbah.

"Semenjak dua tahun pentadbiran (Selangor bawah Pakatan Rakyat), tiap-tiap minggu saya akan baca khutbah di seluruh Selangor, kecuali apabila saya berada di luar negara," katanya.

Menjawab soalan, beliau tidak menolak andaian bahawa dakwaan ke atasnya itu berkaitan dengan kempen pilihan raya yang berlangsung di Hulu Selangor.

"Ia berlaku pada peringkat akhir kempen tapi saya tidak boleh katakan ia berkait secara langsung dengan politik./Malaysiakini

Rabu, 28 April 2010

ITU DUIT RASUAH, JANGAN BERI MAKAN ANAK-ANAK

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 April: Timbalan Presiden Keadilan Rakyat, Senator Dr Syed Husin Ali (gambar) menempelak Umno-BN yang menjanjikan RM50,000 kepada penduduk di Felda Sungai Buaya jika mereka mengundi untuk memenangkan parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lepas.

Sambil menganggapnya sebagai suatu bentuk rasuah, beliau mempertikaikan tindakan yang telah dan akan dilakukan Umno-BN bagi mengotakan janji mereka kepada peneroka di Felda tersebut.

"Ia satu kes rasuah yang perlu ditekankan iaitu tawaran RM50,000 kepada peneroka-peneroka di Sungai Buaya, kerana tanah di kawasan tersebut telah dibeli oleh Syarikat Etika yang telah ditutup," katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di lobi Dewan Negara hari ini.

Jelasnya, dalam hampir 20 tahun peneroka Felda itu tidak dibayar apa-apa dan kini mereka dijanjikan RM50,000 dengan RM1,000 telah dibayar tunai walaupun pada ketika membeli tanah tersebut dahulu, syarikat Etika telah membayar RM1,000.

“Jadi kira-kira RM850,000 masih belum dibayar. Persoalannya sekarang ini siapakah yang akan membayar RM50,000 itu dan siapa akan tanggung RM850,000 yang belum dibayar?

"Walaupun Najib berjanji akan bayar, daripada mana punca wang diperolehi sama ada wang parti atau kerajaan atau pihak yang lain," tegasnya.

Ujarnya, apa yang nyata ia adalah tawaran tersebut adalah berupa korupsi kerana ada yang ditawarkan dengan wang RM250, RM500 dan RM1,000 kepada keluarga Melayu dan India dan kesemuanya itu menjadi bukti.

Pada 23 April lalu, Najib mengumumkan pembayaran pampasan tanah atas pembelian tanah sebanyak RM50,000 kepada 100 bekas peneroka Felda Sungai Buaya, yang membawa kepada jumlah RM5 juta. Setiap daripada mereka memperolehi RM1,000 pada peringkat awal yang merupakan hasil penantian 15 tahun.

Pada sidang media yang sama, beliau turut menyenaraikan beberapa faktor kekalahan parti itu.

"Kita percaya, kekalahan disebabkan beberapa faktor iaitu rasuah dan dalam kenyataan terbaru selepas pilihan raya kecil berakhir, Najib menafikan terdapat unsur rasuah dengan memberikan contoh pembinaan jejambat," katanya lagi.

Selanjutnya, Syed Husin berkata pihaknya kini dalam proses mengambil tindakan undang-udang dengan melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ini adalah satu perkara yang sangat-sangat serius sehingga calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim bersama peguam-peguam Pakatan Rakyat untuk menyelidik dan mengambil tindakan undang-undang terhadap rasuah yang berlaku dan perkara ini akan dilaporkan kepada SPRM walaupun kurang percaya kepada keberkesanannya," katanya lagi.

Mengulas mengenai pencapaian dalam pilihan raya kecil tersebut, beliau menganggapnya sebagai baik.

"Di kawasan Felda, undi Pakatan telah meningkat menyebabkan majoriti Umno-BN di Hulu Bernam dapat dikurangkan iaitu Pakatan mendapat 5,400 dan BN 7,200. Di Batang Kali jurang perbezaan majoriti semakin dikurangkan dengan Pakatan kira-kira 10,600 dan dan Umno-BN mendapat 11,600 undi.

"Umumnya prestasi Pakatan adalah baik, walaupun kami kalah, kami akan bekerja dengan keras lagi untuk memastikan kemenangan," ujarnya lagi.

Sementara itu, Senator Ir Zamri Yusuf berkata bagi kawasan yang mengalami penurunan iaitu di Felda Sungai Buaya yang melibatkan pemberian rasuah (janji RM50,000) dan ugutan kerana yang dibayar itu hanya RM1,000 setelah syarikat yang sepatutnya membayar RM49,000 itu muflis, hanya akan dapat jika memberi kemenangan kepada BN.

"Bila kita pertikaikan hal ini Najib mengalih isu kepada pelan transformasi sedangkan ianya perkara yang berasingan kerana isu ini adalah membabitkan ugutan dan paksaan," katanya.

Trend itu jelas dapat disaksikan Zamri sendiri semasa dua hari terakhir kempen apabila terdapat seorang penduduk di kampung terbabit keluar dengan membawa sebilah parang yang diletak di dalam raga motosikalnya bagi menghalang penyokong Pakatan Rakyat melaksanakan tugasan kempen kerana bimbang akan kehilangan RM49,000 yang dijanjikan Umno-BN.

"Ini merupakan salah satu kesalahan besar pada pilihan raya kali ini," ujarnya.

Selasa, 27 April 2010

APA YANG MANIS DI SEBALIK KETEWASAN INI?


Tahniah! walaupun kalah undi Pakatan meningkat di Hulu Selangor

Oleh: hermansamsudeen

"Tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim dan jentera Pakatan Rakyat, khususnya kepada petugas PAS yang berusaha bersungguh-sungguh di Hulu Selangor. Tidak lupa juga pada sokongan media seperti Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini, Roket dan semua jaringan termasuk blogger Pakatan yang berkerjasama menangkis fitnah BN dan menyebarkan fakta yang benar kepada rakyat.

Walau pun Pakatan kalah kali ini tetapi jika diperhatikan jumlah undi yang diterima, cukup mengembirakan. Undi Pakatan tidak merosot malah bertambah.

2004 pakatan dapat 13, 324 undi, 2008 dapat 23,177 dan 2010 dapat 23,272 undi…..boleh dikatakan bahawa Pakatan kini mpunyai 23,000 pengundi tetap untuk 2013…

sedangkan BN yg menang dgn majoriti 14 483 undi pada 2004 kini hanya mampu memperoleh majoriti 1,725 undi.

Walaupun kehilangan kerusi Hulu Selangor, namun itu sedikitpun tidak merencatkan perkembangan sokongan rakyat kepada Pakatan. BN belum boleh menabik dada dengan mengatakan sokongan rakyat telah pulih kerana mereka hanya menerima 24,997 undi kali ini berbanding 2004 dimana mereka begitu gagah dengan 27,807 undi. Mereka masih hilang hampir 3,000 pengundi.

Hulu Selangor memang sangat mendebarkan buat Pakatan kerana hanya menang tipis pada 2008 dengan majoriti 198 dengan BN menguasai 3 DUN dalam Parlimen ini. Sebab itu saya anggarkan sebelum ini peluang Pakatan BN adalah 50/50.

BN boleh kata ‘undi mereka meningkat’….tapi Pakatan lebih layak mengunakan perkataan itu sekarang.Ada yang mengatakan bahawa kemenangan Kamalanathan ini umpama kemenangan K.Parthiban di DUN Ijok satu ketika dahulu sebelum Pakatan merampas Kerajaan Selangor….Jika Pakatan gunakan semangat kekalahan ini untuk melawan lebih hebat lagi selepas ini, maka kehilangan 1 kerusi Parlimen hari ini akan digantikan dengan kemenangan menguasai Kerajaan Persekutuan 2013 nanti.

Yang pasti, ada hikmahnya kekalahan dan penambahan undi ini. Ini juga satu peringatan agar Pakatan jangan terlalu selesa dengan kemenangan kecil sebelum ini.Semua ini adalah satu latihan buat jentera Pakatan dimasa akan datang.

Tahniah buat semua….Allahuakhbar...Allahuakhbar...Allahuakhbar...

Sumber: Tranungkite

Isnin, 26 April 2010

BUKAN MUDAH UNTUK HAPUSKAN KETAGIHAN MEREKA KEPADA RASUAH POLITIK - MB SELANGOR

Menang kalah adat pertandingan, namun menyerah kalah tidak sesekali.

Demikian ucapan pembakar semangat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada penyokong Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat yang terus menyokong gagasan itu.

“Saya bagi pihak rakan-rakan kerajaan negeri dan kepimpinan negeri mengucapkan terima kasih atas sokongan dan usaha yang dijalankan oleh saudara sekalian.

"Saya berterima kasih kerana kalian berani menyumbangkan bakti dalam keadaan kita melawan jentera satu negara,” katanya pada ceramah selepas pengumuman keputusan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor, malam 25 April lalu.

Kata beliau, perjuangan untuk merubah sesuatu yang sudah menjadi ketagihan atau kebiasaan bukanlah sesuatu yang mudah.

“Saya tahu perjuangan kita ini adalah perjuangan yang sangat sukar. Kita hendak menghalang perkara yang membawa kepada rasuah, kita hendak menghalang penyalahgunaan kuasa, kita hendak memperjuangkan rakyat, bukan segelintir manusia.

"Kita mahu lakukan perkara tersebut,” tegas Khalid lagi.

Menyifatkan kemenangan Umno Barisan Nasional di Hulu Selangor bukan kemenangan bersih, Khalid berkata pilihanraya kecil kali ini dicemari dengan taktik seperti rasuah, provokasi melampau dan pengundi hantu.

"Kita akan menghadapi satu masalah iaitu mereka sudah terjebak dalam perkara ini. Sudah menjadi dadah kepada mereka,” katanya./TVSelangor

MARI KITA SELAMATKAN PENGHUNI FELDA INI

Oleh: WFAUZDIN NS

SETUJU atau tidak, kita mungkin terpaksa akui betapa kita masih belum berkesan di dalam menarik sokongan di kalangan pengundi-pengundi Melayu terutamanya di Felda. Tidak keterlaluan jika kita andaikan bahawa penduduk-penduduk di Felda ini seperti terkongkong pemikiran mereka umpama berada di dalam dunia yang asing. Mereka tidak boleh disalahkan seratus peratus sekiranya mereka gagal memahami agenda perjuangan PR.

Kita masih bernasib baik kerana pengundi-pengundi di felda ini tidak menggunakan kaedah mengundi pos sebagaimana warga tentera atau Polis walaupun kebebasan berpolitik seperti dikawal. Mereka seolah-olah tidak bebas atau takut untuk mengundi PR sebagaimana yang berlaku di dalam tentera dan Polis. Mereka mengundi seperti kita semua juga, tetapi mengapa kita lihat begitu sukar untuk mereka memilih kita sedangkan mereka sedar kehidupan mereka tidak sesempurna mana.

Adakah kita tidak melakukan sesuatu untuk meyakinkan mereka bahawa kita mampu mengubah nasib mereka? Atau, mungkin kita telah lakukan untuk kebaikan masa depan mereka cumanya kita terlewat untuk bertindak? Cukupkah apa yang telah kita lakukan di dalam perancangan dan aktiviti kita untuk mendekati dan merakyatkan penghuni felda ini?

Itu semua mungkin akan difikirkan oleh pimpinan kita di dalam merumus segala masalah dan faktor-faktor mengapa golongan ini seolah-olah tidak berani mendampingi perjuangan kita. Masa belum terlambat lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Semua penghuni di felda amat memerlukan kehadiran kita untuk membantu mereka agar lebih terbuka mindanya menerima perubahan. Kita tidak boleh biarkan mereka sentiasa diperkotak-katikkan oleh Umno/Bn. Mereka orang Melayu yang perlu dibebaskan dari kongkongan Umno/Bn.

Tamatnya pilihanraya di Hulu Selangor ini tidak bererti tamatnya riwayat atau pengaruh Apco. Selagi Umno/Bn masih wujud, selagi itulah kita wajib berjuang. Bebaskan negara ini dari pengaruh mereka agar keadilan dapat terus dinikmati bersama. Teruskan usaha kita bersama, jangan menuding jari kepada sesiapa sebaliknya merenung kembali apa yang kurang kita lakukan khususnya kepada penghuni-penghuni felda ini. InsyaAllah, suatu hari nanti golongan ini akan lebih terbuka minda mereka dan akan lahirlah peneroka felda yang bijaksana./wfauzdin.blogspot

ZAID BERJANJI AKAN BEKERJA LEBIH KERAS LAGI

Inilah kenyataan Zaid lepas 'comfirm' kalah

25 Apr 2010 11:30PM

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim akur dengan kekalahannya pada pilihan raya kecil Parlimen P 094 Hulu Selangor hari ini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau akan berasa puas hati sekiranya rakyat merasakan mereka tidak tertipu dengan keputusan malam ini.“Apa yang kita hadapi ialah satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang,” katanya ketika berucap dihadapan 300 penyokong PKR di Stadium Kuala Kubu Baru di sini.

Beliau mendakwa pilihan raya kecil kali ini adalah yang paling buruk dan penuh dengan penipuan dalam sejarah pilihan raya kecil berlangsung.“Saya harap penyokong-penyokong kita bersabar dan usah risau dengan keadaan ini kerana saya boleh menghadapi cabaran ini.“Saya berjanji saya akan sama-sama dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya yang kelihatan tenang ketika menyampaikan ucapan.

Beliau berharap pengundi di Hulu Selangor akan dapat memahami dan menerima perjuangannya nanti.Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Penasihat Dap, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh dan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua.Rata-rata penyokong yang hadir terdiri daripada golongan muda yang bersorak ‘Hidup-hidup, Hidup Rakyat, Hidup-hidup, Hidup Keadilan’.

Sementara itu Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, Pakatan Rakyat tidak seharusnya menyerah kalah dan mereka akan kembali berjuang pada pilihan raya kecil Sibu tidak lama lagi.Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan calonnya, P. Kamalanathan memperoleh 24,997 undi, sementara Zaid hanya mendapat 23,272 undi.Kamalanathan menang dengan majoriti 1725 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada pukul 9.15 malam tadi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru./KL Post

Ahad, 25 April 2010

TAHNIAH SPR DAN PENGARAH JAIS - SAWIT AKAN MENJADI EMAS

TAHNIAH kepada SPR dan bukannya kepada Bn yang memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor siang tadi. Tahniah kepada badan yang mengendalikan pilihanraya di negara ini yang mana terlalu cekap dan profesional serta teramatlah telusnya. Mengapa SPR patut dipuji melangit? Ini adalah kerana SPR adalah badan yang teralu bersih; buktinya:

Tiada seorang pun yang berdaftar sebagai pengundi di Hulu Selangor tidak dapat mengundi. Kisah beberapa orang yang datang untuk mengundi, tetapi tidak boleh mengundi kerana mereka dikatakan telah mengundi menandakan SPR profesional. Begitu juga dengan kisah yang diberitakan ini:-

"Tiga pengundi membuat laporan polis apabila mereka mendapati nama mereka ditanda Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sudah mengundi sedangkan mereka belum berbuat demikian. Ini berlaku ketika mereka mahu membuang undi pusat pengundian undi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Serendah 3. Di Ampang Pecah, wujud lima saluran mengundi sedangkan dalam Akta Pilihanraya, hanya 4 saluran sahaja. Dan di sana juga, Pekerja PKR dilaporkan telah menangkap dua orang pegawai SPR yang berligar dan menasihatkan pengundi mengundi MIC."

Perpindahan tempat mengundi beberapa ratus pengundi tanpa pengetahuan pengundi itu sendiri menandakan SPR telus, rajin buat kerja walaupun tanpa disuruh. Oleh yang demikian, di masa akan datang kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk meminta atau mengisi borang perpindahan tempat mengundi kerana SPR akan lakukan untuk kita kerana SPR lebih arif di mana kita berada untuk mengundi.

Pujian melangit juga patut diberi kepada SPR kerana pantas bertindak memilih kawasan Hulu Selangor sebagai kawasan utamanya untuk melaksanakan perpindahan alamat tempat mengundi. Kerja tersebut dilakukan disaat Hulu Selangor menghadapi PRK adalah kebetulan sahaja. SPR tiada niat lain.

Banyak lagi perkara yang SPR tunjukkan betapa badan ini teramat cekap, profesional dan rajin. Maka, wajarlah tahniah diberi kepada SPR kali ini. Tahniah yang sama patut juga diberi kepada Pengarah JAIS kerana telah memainkan peranan besar untuk mengasingkan agama dan politik. Masjid hanya boleh bercerita pasal Sembayang, nikah serta mempelajari darihal bab Haid dan Nifas sahaja. Bak kata Mufti Perak Harussani, zaman Nabi tiada parti politik (teringat seperti kata Mahafiraun, zaman Nabi tiada pisau cukur, pasal itu Nabi simpan janggut).

Tidak lupa tahniah buat orang-orang Melayu Hulu Selangor terutamanya orang-orang Felda kerana terbukti orang Melayu memang bijak pandai. Yakinlah, selepas ini buah sawit akan menjadi buah emas.

TERKINI 3.40 PTG - CHEGUBARD DITAHAN LAGI?

Hazayani Zakaria, Dzulfikar Mashoor, Syukri Mohamad

3.40 pm : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin ditahan selepas membuat laporan polis bahawa beliau diserang dengan parang oleh penyokong BN.

Kini masih di balai polis serendah.

Beliau tengah hari tadi diserang dengan sebilah parang selepas beliau melawat pusat pengundian di Felda Sungai Buaya.

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengahari selepas beliau dan beberapa petugas keluar dari pusat pengundian di tempat tersebut.

3.30 pm : Lagi SMS kemenangan kepada Zaid tersebar. Kini maklumat yang didakwa diperoleh dari risikan tentera.

SMS itu mendakwa Zaid akan terus mendahului Kamalanathan sekiranya tren keluar mengundi perlahan atau normal sehingga jam 5 petang./Harakahdaily

SIAPA MEREKA DI DALAM 10 BUAH BAS ITU?

AMK tahan 10 bas disyakinya bawa 'pengundi hantu'
Apr 25, 10 11:56am


Angkatan Muda Keadilan (AMK) menahan 10 buah bas yang disyakinya membawa pengundi hantu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) cawangan Peretak di Hulu Selangor awal pagi tadi.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysiakini, mendakwa anggotanya menahan bas tersebut yang membawa kira-kira 400 hingga 500 yang disyakinya pengundi hantu kira-kira jam 3.15 pagi tadi.

Susulan kejadian tersebut wakil AMK telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Ibu pejabat polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 3.45 pagi.

Laporan tersebut dibuat oleh penolong setiausaha AMK Selangor, Fazly Faizal.

Menurutnya, tidak lama selepas laporan polis itu dibuat, dua kereta peronda polis tiba bersama empat anggota.

Bagaimanapun Shamsul Iskandar mendakwa, anggota polis tersebut tidak dapat berbuat apa-apa dan menyatakan "mereka tidak masuk campur, kena tunggu pegawai penyiasat datang"

Bagaimanapun, Shamsul mendakwa tidak ada pegawai penyiasat yang datang.

Shamsul berkata, selepas itu beliau berunding dengan seorang penumpang bas tersebut yang memakai baju Pemuda BN.

Bagaimanapun, katanya, rundingan tersebut tidak berhasil.

Berikutan itu, Shamsul mendakwa, bas-bas berkenaan bertindak beredar dari situ.

Katanya, anggota AMK mengekori bas-bas tersebut sehingga sampai ke Rasa, Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.

Menurut Shamsul lagi, pihaknya dapat mengesan bas-bas tersebut hasil risikan yang dijalankan AMK pada sekitar jam 2 pagi./Malaysiakini

FOTO SEKITAR CERAMAH FINAL PR MALAM TADI

Sumber Foto: Albanjari

TUDUHAN TIDAK MEMBACA SELAWAT KETIKA KHUTBAH ADALAH FITNAH - HASSAN ALI

Hasan Ali nafi guna masjid untuk berpolitik

SHAH ALAM - Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menafikan beliau mengingkari arahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menggunakan masjid sebagai medan untuk berpolitik.

Beliau berkata, laporan akhbar hari ini yang menyatakan beliau telah menyentuh perkara berkaitan politik ketika menyampaikan khutbah di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor semalam adalah tidak benar dan merupakan satu tuduhan semata-mata.

"Terdapat juga tuduhan yang menyatakan saya terlupa untuk membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam khutbah kedua yang merupakan rukun sahnya khutbah, sebaliknya saya membacanya," katanya.

Hasan berkata, apa yang disampaikan ketika khutbah ialah mengenai pembangunan yang tidak seimbang dan kesannya dengan memetik beberapa pandangan ahli fikir Islam yang menyatakan hanya Islam yang menjadi faktor bagi menyelesaikan masalah umat./Sinar

KECOH PENYOKONG HARI TERAKHIR

Nazri Abdullah
HULU SELANGOR, 24 April: Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan satu lagi kekecohan berlaku membabitkan penyokong BN dan Pakatan Rakyat.


Ianya berlaku kira-kira jam 5.45 petang tadi di jalan berhadapan Dataran Felda Sungai Tengi, iaitu tempat berlangsungnya Himpunan Warga Felda Kebangsaan kali ke-2.

Insiden tercetus apabila sekumpulan 20 pasukan konvoi bermotosikal Barisan Nasional melalui jalan tersebut dengan membuat provokasi dengan bunyi ekzos yang kuat sehingga mengganggu majlis himpunan yang diadakan.

Ianya menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat dan peserta himpunan yang pada waktu itu sedang mendengar pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung hak pemilikan tanah peneroka.

Ekoran itu, ada di antara mereka mendekati pemuda BN tersebut dan mengarahkan mereka beredar dengan segera bagi mengelakkan kekecohan.

Namun seperti ada yang tidak berpuas hati dengan arahan itu, berlaku sedikit pertengkaran antara kedua-dua pihak sehingga menimbulkan suasana kelam kabut.


Sekurang-kurangnya dua buah motosikal yang dinaiki mereka dilihat terbalik dan sedikit pergaduhan kecil juga berlaku.

Insiden lebih kurang lima minit itu bagaimanapun disuraikan orang ramai sebelum kehadiran pihak polis tidak lama kemudian.

Kejadian itu berlaku pada kali keenam kumpulan motosikal tersebut yang berulang alik melalui jalan yang sama./Harakahdaily


Sabtu, 24 April 2010

DIARI HARI INI - KONVOI 1 MALAYSIA `MABUK DAN HILANG AKAL' GANGGU PROGRAM NIK AZIZ?


Hari terakhir - diari Hulu Selangor

Apr 24, 10 11:54am
Apakah yang berlaku hari ini di Hulu Selangor? Petikan kata, acara yang dirancang dan insiden yang tidak dijangkakan di kawasan parlimen P 094.
8.00am: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Pasar Tani Ulu Bernam, Tanjung Malim

9.00am: Program sarapan 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Padang Kg Gumut Tambahan, Kalumpang9.30am: Najib berucap kepada jentera pilihan raya BN dan juga masyarkat setempat."Apa relevannya Apco bagi penduduk Hulu Selangor," katanya."Lihat sumbangan kita sejak dulu...Sejak beberapa hali lalu BN juga berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda dan juga penduduk kampung”.Katanya, Kamalanathan adalah produk yang baik dan BN telah menyemak latar belakangnya dengan teliti sebelum membuat pencalonan."Saya sudah check depan dan belakang, sampai seluar dalam. Kita tak nak orang yang suka enjoy ... Kita nak orang yang bekerja,"kata Najib.
9:00am: Sarapan dengan Anwar di Markas Besar, DUN Ulu Bernam
9.30am: Perhimpunan peneroka Felda settlers dengan Musyirdul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Felda Kebangsaan ke-2, Sungai Tengi.
10.01am: Lebih 20 mat rempit yang memakai kemeja- T 1Malaysia merempuh program Pakatan Rakyat di Felda Sg Tengi. Mereka membuat bising sambil membunyikan hon bagi menggangu kempen pembangkang. Penyokong PAS membalas dengan bertakbir "Allahu Akbar!"
10.30am: Anwar minum pagi bersama penduduk di Kg Asam Kumbang, Kuala Kubu Baru
10.45am: Najib bermesra dengan masyarakat setempat di Kg Baru Cina, Kuala Kubu Baru12.30pm: Najib melawat Kampung Baru Rasa1.30pm: Najib dijadualkan ke Kg Bukit Rasa, Surau Taufiqiah, Kg Bukit Rasa
2.30pm: Nik Aziz berjumpa dengan pengundi India di Kalumpang
3.00 pm: Najib melawat Kg Baru Kalumpang4.20pm: Najib di Masjid Kalumpang
5.00pm: Nik Aziz berjumpa dengan pengundi berketurunan Kelantan di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali
5.00pm: Minum petang Anwar dengan penduduk di Taman Rasa Kuala Kubu Baru
5.00 pm: Najib melawat Kg Hulu Bernam
7.00pm: Anwar berjumpa masyarakat India di Taman Koskan
8.00pm: Anwar, Nik Aziz makan malam bersama masyarakat Cina di Pusat Komuniti Serendah
9:00pm Anwar berceramah di Bukit Beruntung9:00pm: Ceramah Perdana di Stadium Mini Kuala Kubu Baru oleh Anwar, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Zaid Ibrahim /Malaysiakini

DEBAT NAJIB-ANWAR, JIKA TAKUT GANTIKAN DENGAN ROSMAH


PM dicabar hadir debat perdana malam ini


Jimadie Shah OthmanApr 24, 1010

Naib Presiden PKR Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, sekali gus mengesahkan ura-ura program tersebut yang diiklankan melalui kain rentang di pelbagai tempat.

“Malam esok (24 April) debat Datuk Seri Anwar dan Najib, permit polis sudah dapat. Kalau tidak berani bagi Rosmah (Mansor ganti),” cabar Azmin dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Sungai Buaya malam semalam.Katanya, Najib dipersilakan hadir dengan membawa penyokongnya di stadium mini Kuala Kubu Bharu bagi berhujah tetang kewajaran kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding kepada kerajaan Malaysia.Semalam, dilaporkan beberapa kain rentang dipasang mendakwa Najib akan menyertai debat perdana dengan Anwar di Kuala Kubu Baru pada jam 9 malam ini. Hebahan media mengenai program kempen calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pula menunjukkan Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Zaid akan juga hadir pada ceramah di situ.

Bagaimanapun, seorang pegawai pejabat perdana menteri dilaporkan menafikan Najib akan menyertai majlis debat itu./Malaysiakini

VIDEO - NIK AZIZ DAN ZAID BERSAMA PEMBERITA

TAHNIAH JENTERA PAS DAN PR - USTAZ NASHA

Harakahdaily

HULU SELANGOR, 24 April: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (gambar) berkata, calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim perlu diberikan kemenangan oleh para pengundi di dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Ahad ini.

Katanya, kemenangan itu amat penting bagi membuktikan rakyat di kawasan ini menolak propaganda dan pembohongan pemimpin Umno/BN yang ditaburkan sepanjang tempoh berkempen sejak Sabtu lalu.

“Kemenangan Datuk Zaid penting sebagai menandakan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan manifestasi terhadap pembohongan Umno/BN di sini,” ujarnya ketika ditemui selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Bukit Sentosa, malam tadi.

Menurutnya, rakyat di kawasan Parlimen Hulu Selangor menyedari bahawa pemimpin Umno/BN tidak banyak membela mereka dan menyelesaikan masalah yang dihadapi sejak dahulu lagi.

“Tiba-tiba kita lihat banyak janji yang ditaburkan oleh Umno/BN dalam pilihan raya kecil ini termasuk janji segera untuk memberikan bayaran RM50,000 kepada penduduk Sungai Buaya,” ujarnya yang juga Pengarah Pilihan raya PAS bagi PRK ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok menambah, pembayaran yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu merupakan penyalahgunaan kuasa untuk membantu calon BN memenangi PRK kali ini.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat terus menolak BN yang hanya tahu menabur janji segera dalam setiap kali pilihan raya kecil tetapi tidak ditunaikan selepas itu.

Beliau turut melahirkan rasa puas hati dengan gerak kerja yang dilaksanakan jentera parti itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Zaid.

“Saya puas hati dengan jentera PAS yang telah diturunkan sepenuh tenaga di semua peringkat dalam pilihan raya kecil ini,” ujarnya.

Menurutnya lagi, jentera PAS dan PR memberikan komitmen yang tinggi sepanjang tempoh berkempen sehingga hari ini.

“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh petugas PAS dan PR yang mencurahkan sepenuh tenaga untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor ini,”ujarnya.

Beliau menjangkakan petugas PAS akan bertambah menjelang hari mengundi Ahad ini yang kebetulan berlangsung pada hujung minggu./Harakahdaily

Jumaat, 23 April 2010

WAHAI ANAK SELANGOR, KEMBALILAH DAN JANGAN BENARKAN WARISMU DITIPU LAGI

Gabungan PR telah menasihati semua penduduk di Hulu Selangor agar menjauhi parti yang bersekongkol dengan APCO/Yahudi serta yang terus melakukan rasuah dan kezaliman. PR juga telah menawarkan calon yang tidak hipokrit, merendah diri serta insaf di atas perbuatan lampaunya untuk terus memperjuangkan nasib rakyat di Hulu Selangor.

Tidak sampai 48 jam lagi, rakyat Hulu Selangor sendiri akan membuat pilihan. Meskipun beberapa ratus orang dari mereka telah `diusir' dari menunaikan kewajipan untuk memilih calon mereka angkara dari SPR, namun kita masih mengharapkan agar kecerdikan pengundi-pengundi yang ada untuk membuat keputusan.

Kepulangan anak-anak Hulu Selangor dari perantauan mungkin boleh menyelamatkan kaum keluarga dan saudara mereka yang masih diulit oleh tipu daya sekutu APCO ini. Pimpinan serta jentera PR telah berikhtiar dan berusaha untuk menyedarkan mereka dari mengalami nasib yang menimpa pengundi-pengundi di Bagan Pinang sekarang. Di sana mereka ditipu hidup-hidup termasuklah perajurit-perajurit di sekitar kem Bagan Pinang. Sebelum itu, di Manek Urai juga rakyat di tipu hidup-hidup dengan sebuah jambatan jutaan ringgit. Butakah mata kita setelah Tuhan tunjukkan semua tipu muslihat golongan ini? Mengundi mereka bererti kita menggalakkan mereka terus menipu dan menipu seperti di awal-awal pencalonan lagi mereka sudah menipu rakyat di hulu Selangor. TPM berjanji dengan calon tempatan dari MIC, tetapi apa yang terjadi? Calon mereka pula mengikut jejak pemimpin penipu ini dengan sijil yang beliau ada.

Isu APCO diselesaikan di Parlimen sahaja tanpa ada jawapan dari Najib. Jawapan mereka adalah DS Anwar mesti dikenakan tindakan kerana tidak mahu bersekongkol dengan APCO. DS Anwar sebaliknya berani mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka di Hulu Selangor pada malam esok berkaitan APCO dan keselamatan negara. Soalnya, adakah Najib punyai keberanian seperti Obama yang beliau agung-agungkan itu? Amat rugi sekali Najib sewaktu bertemu Obama tidak meminta tips atau petua dari pemimpin sekutu Israel itu bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berani berhujah. Obama terkenal kerana berani berdebat sewaktu pemilihan Presiden Amerika sebelum ini. Mengapa tidak dengan Najib? Mengapa yang baik tidak diikut, tetapi yang buruk begitu cepat diikuti oleh Najib?

Kembalilah wahai anak jati Hulu Selangor di perantauan. Satu undi dari kamu sama seperti sebutir peluru yang kamu halakan ke arah sekutu APCO. Teruskan perjuangan.

NYANYOK MAHATHIR TERSERLAH DI HULU SELANGOR

Friday, April 23, 2010

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA parti pimpinan Najib diserang di setiap penjuru terutamanya berkaitan APCO dan juga isu moral, tergerak pula hati mantan PM Tun Mahathir ingin menyelamatkan maruah Bn di Hulu Selangor. Pada mulanya beliau menyatakan tidak akan berkempen di Hulu Selangor, tetapi cakap-cakap Mahathir semenjak dari dahulu tidak boleh dipercayai. Sifat pembohong sudah sebati bagi pemimpin di dalam Umno terutamanya termasuklah Najib, Muhyiddin serta calon dari parti sekutu mereka iaitu MIC itu sendiri. Bukankah salah satu sifat Yahudi itu adalah pembohong dan putar belit? Dan, bukankah APCO itu penasihat kerajaan sekarang? Jadi tidak pelik jika kesemua mereka itu kaki pembohong dan putar belit.

Mahathir yang suatu ketika pernah digelar `Mahafiraun' dan `Mahazalim' sewaktu di era reformasi kini sudah tua tetapi perangainya tetap sama. Bezanya, jika dahulu sifat pembohong dan putar belitnya sukar dibaca, tetapi oleh kerana telah dimakan usia maka apa sahaja yang beliau perkatakan tidak sedikitpun menampakkan Mahathir itu pemimpin yang cerdik. Mungkin bak kata orang secerdik mana sekali pun tetapi bila sudah nyanyuk terserlahlah kebodohan. Saya ingin mengulas sedikit kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir seperti yang dilaporkan di sini.

Beliau menyebut calon dari PKR Dato' Zaid boleh diumpamakan seperti katak kerana dahulunya dari Umno. Kini Dato' Zaid berjuang di dalam parti PKR dan dijadikan sebagai calon di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor pada 25hb ini nanti. Mahathir mungkin lupa bahawa beliau juga pernah keluar dari Umno sebelum ini. Keluar dari lubuk Umno, masuk kembali ke lubuk yang sama. Ini bermakna Mahathir adalah sejenis katak juga tetapi `katak selubuk'. Mungkin kerana nyanyoknya beliau, maka dia lupa bahawa dia juga adalah spesis katak yang lebih teruk dan dhaif kerana masih ingin memasuki lubuk yang sama yang pernah didiaminya walaupun diketahui bahawa lubuk tersebut teramatlah busuknya. Manakala Dato' Zaid tinggalkan lubuk yang busuk, jijik dan hanyir itu dan mencari tempat lain yang lebih baik, indah dan jauh dari pencemaran. Siapa lebih hina, Mahathir atau Dato' Zaid?

Mahathir merasa pelik kenapa Dato' Zaid mempunyai kuda lumba tetapi tidak berjudi? Ini menunjukkan bahawa Mahathir beranggapan sesiapa yang mempunyai kuda lumba mestilah berjudi. Mungkin juga anak beliau yang terlibat di dalam Litar F1 Sepang perlumbaan kereta lumba itu juga lagi kuat judinya? Saya rasa Tuanku Mirzan juga mempunyai kuda lumba, apakah mahu kita guna pakai tafsiran bodoh Mahathir itu? Jika Mahathir beranggapan bahawa anaknya di Litar Sepang itu terlibat di dalam perjudian secara langsung atau tidak langsung, jangan pula anggap orang lain pun sama dengan anaknya.

Sebelum ini Mahathir juga memberi komen terhadap serangan peribadi terhadap calon. Itu biasa, katanya. Sebab itulah juga Mahathir turut memainkan isu peribadi Dato' Zaid dengan menyindirnya dalam isu mabuk.

Paling melucukan, Mahathir berkata beliau tidak mahu orang tahu bahawa beliau akan berkempen di Hulu Selangor. Sebab itulah kununnya sebelum ini beliau berkata beliau tidak akan turun berkempen. Apakah beliau merasa perasan atau syok sendiri seolah-olah PR takut sangat dengan kehadirannya di Hulu Selangor? Pembangkang bahkan rakyat sudah tidak hairan lagi dengan Mahathir kerana beliaulah punca segala masalah politik di negara ini. Beliau jugalah punca perpecahan orang-orang Melayu bahkan beliau juga adalah punca di mana suatu ketika kedaulatan raja Melayu dipermainkan.

Tiada siapa yang lupa segala dosa-dosa Mahathir. Oleh itu, kehadiran Mahathir sedikit pun tidak memberi kesan kerana cakap orang yang telah nyanyuk hanya layak dijadikan bahan ketawa beramai-ramai./wfauzdin.bogspot.com

DIA NI LEBIH TERUK DARI PEMINUM ARAK TEGAR

Dia Mahafiraun yang hipokrit.

Dia menuduh Zaid sebagai katak. Hanya baru beberapa minggu si Mahafiraun ini bersama-sama sepentas dengan Raja Katak.

Dia menutup mata apabila di dalam UMNO dan BN kini telah penuh sarat dengan katak-katak... daripada dewan undangan negeri ke Dewan Rakyat.

Sibuk dengan "dosa-dosa" orang lain, lupa melihat dosa-dosa diri sendiri dan anak-anaknya.

Hey Mahafiraun, anak siapa yang telah dilantik jadi Pengarah Syarikat Arak terbesar di Philipina, San Miguel Brewery Inc. yang bernama Mirzan itu? Bukankah itu anak kamu?

Dan kamu hipokrit darjah tertinggi, baru kelmarin kamu kata kamu tidak akan turun berkempen, tapi kemudian kamu mengubah pendirian kamu untuk turun ke Hulu Selangor menjilat ludahmu... Dasar lidah tidak bertulang... sikap inilah sikap kamu yang sebenarnya sejak dulu sewaktu kamu menjadi PM 22 tahun lamanya.

Kamu memecat sekalian hakim yang tidak seiring dengan nafsu dan kehendak kamu termasuk memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas, Zaid Ibrahimlah yang kemudiannya mengusahakan pampasan diberikan kepada hakim-hakim yang kamu pecat.

Dasar mahazalim kamu tetap terpahat dalam sejarah negara.

Dan kehadiran kamu tidak membawa kebaikan sedikit pun kepada BN ke Hulu Selangor sepertimana turunnya kamu berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dimana BN kecundang sekalipun kamu gah berkempen untuk calon-calon BN di sana.

Bertaubat dan kembalilah kepada Tuhanmu dengan aman./Greenboc.blogspot

APCO DAN SEKUTUNYA PANAS, TUAN GURU NIK AZIZ GEMPUR MEREKA MALAM INI!!

Nik Aziz gempur Hulu S'gor mulai malam ini
Jimadie Shah Othman



Setelah didakwa 'agak lemah' di permulaan kempen, PAS kini kelihatan mula menggempur habis-habisan BN di Hulu Selangor dengan menurunkan tokoh besar mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi berkempen untuk kemenangan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.

Nik Aziz - mursyidul am parti Islam itu - yang baru pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci dijadual berada dua hari di kawasan parlimen Hulu Selangor mulai hari ini.

Pagi ini, beliau akan memberikan kuliah Maghrib di Masjid Kuala Kubu Bharu dan pada malamnya berceramah di Changkat Asa, Hulu Bernam.

Manakala pada hari Sabtu - sehari sebelum pengundian - menteri besar Kelantan itu akan memberikan kuliah Subuh di Masjid As-Salam Bukit Sentosa dan pada malamnya sekali lagi berceramah di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Kehadiran tokoh popular itu dijangka memberikan kesan yang besar kepada perubahan mood pengundi di Hulu Selangor di hari-hari terakhir sebelum pengundian dijalankan pada Ahad.

Kehadiran ualama PAS itu juga bakal menyaksikan pertembungan antara 'jeneral besar' Pakatan Rakyat dan BN apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dijadual menghabiskan kempennya di Hulu Selangor esok.

Kedatangan Nik Aziz dilihat sebahagian daripada serangan balas PAS bagi pihak Pakatan setelah bertahan, khususnya dalam menangani isu 'moral' Zaid yang dimainkan BN dengan berkesan.

Sejak awal lagi, 'faktor Nik Aziz' dipandang serius oleh kedua-dua pihak bertanding.

Walaupun tanpa kehadiran susuk tubuhnya sebelum ini, papan tanda besar memaparkan ulama PAS itu sedang berdoa bagi kemenangan Zaid dinaikkan di serata tempat.

Manakala BN pula mengambil pendekatan hampir sama melalui papan tanda gergasi memaparkan 'keprihatinan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menziarahi Nik Aziz yang terlantar sakit di hospital sebelum ini.

PAS - parti yang paling berpengalaman dalam Pakatan - sejak kelmarin berikrar membantu PKR sepenuh tenaga dengan meningkatkan jentera dan kepakarannya daripada 20 kepada 60 peratus setelah didakwa 'agak lemah'.

Menyambut janji tersebut, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan sendiri semalam turun berkampung bagi memantau sendiri program Dewannya - jentera utama parti itu - sehinggalah selesai pilihan raya Ahad ini./Malaysiakini

UNDIAN KL POST, 90 PERATUS MEMILIH ZAID

Sumber: KL Post


Jika saya pengundi di Hulu Selangor, saya akan pangkah..

8% P.Kamalanathan (BN)
90% Zaid Ibrahim (PKR)
0% V.S.Chandran (Tarik diri)
1% Johan Mohd Diah (Tarik diri)

DEMO MASUK BARISE, DEN KELUAR BARISAN!!

Pemimpin Umno masuk PAS di N.Sembilan


"JELEBU, 21 APRIL - Dua orang pemimpin Umno bersama-sama 10 orang lagi meninggalkan Umno dan menyertai PAS di sini tengahari tadi. Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Gelang, Mohd Nazri Ismail dan Ketua Wanita Umno dari cawangan yang sama, Rohani Aziz mengetuai penghijrahan bersejarah itu.

Mohd Nazri berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang menyerang peribadi calon PKR di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Dato' Zaid Ibrahim dengan mengaibkan beliau secara terbuka. " Mengaibkan seseorang itu dengan mengungkit kisah lampau bukanlah ajaran Islam sebenar. " Beliau telah pun berubah setelah menyertai Pakatan Rakyat, kenapa harus mengungkit kisah silam beliau dan mengaibkan sedemikan rupa", kesal Mohd Nazri.

Menurut Mohd Nazri Umno sudah menyimpang dari dasar perjuangan yang sebenar apabila hanya mementingkan kuasa dan materialistik tetapi langsung tidak memikirkan masalah rakyat yang semakin hari semakin genting. " Atas sebab itu saya bersama-sama dengan Rohani dan rakan-rakan di dalam Umno mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan menyertai PAS kerana kepimpinan PAS merupakan kepimpinan Ulama. " Manakala di dalam Umno yang kaya semakin kaya, tetapi rakyat yang miskin semakin miskin", kata Mohd Nazri.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani pula menyelar sikap Umno yang melancarkan serangan peribadi ke atas Dato' Zaid dengan cubaan mengaibkan beliau dengan mengungkit kesilapan lampau. " Ternyata Umno tidak mampu menjawab isu Apco dan Asia Soft dan mereka tidak mempunyai isu untuk mengkritik Pakatan Rakyat, maka mereka melakukan taktik murahan dengan menyerang peribadi Dato' Zaid. " Sebagai umat Islam Umno sepatutnya mendoakan agar Dato' Zaid kekal dalam kebaikan bukannya menghina kesilapan masa lampau beliau", ulas Mohd Taufek yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS N.Sembilan.

Mohd Taufek berkata rakyat semakin matang dan tahu Umno cuba mengelak daripada menjawab pelbagai isu penting termasuk salah guna kuasa. Sementara itu Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, mengingatkan bahawa Penasihat DAP Lim Kit Siang mencabar beberapa Menteri Umno untuk mengaku bahawa mereka tidak pernah minum arak sebelum ini, tetapi tiada sesiapa pun yang dimaksudkan oleh Kit Siang bangun dan menafikannya. "

Bagaimana pula dengan isu meluluskan lesen kilang arak dan lesen judi? " Siapa yang meluluskan semua ini jika bukan kerajaan Umno-BN", ujar Mohd Taufek. Justeru itu Mohd Taufek meminta pengundi di Hulu Selangor membuat keputusan bijak dan mengambil iktibar dari insiden ini apabila Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun melanggar Sunnah demi mengukuhkan kuasa mereka.

Mohd Taufek menyeru pengundi Hulu Selangor agar tidak termakan dengan janji manis pilihanraya kecil ini oleh BN, kerana begitu banyak janji mereka di Bagan Pinang pun belum tertunai dan terlaksana lagi.

(Laman Blog YB Hj Taufek , ADUN Paroi , N.Sembilan di http://mohdtaufek.blogspot.com )

Khamis, 22 April 2010

KELUAR PARTI, AKU DAH AGAK MESTI PASAL TAK DAPAT JAWATAN

M Faqih

KOTA BHARU, 22 April: Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir difahamkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad kecewa selepas hasratnya untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai menyebabkan dia kecewa.

“Saya sebenarnya sudah dengar cerita itu sebelum ini. Wan Khairul mengugut mahu keluar parti kalau tidak mendapat jawatan yang diimpikan.

“Bagi saya setiap pejuang perlu berjiwa besar dan tidak boleh mudah merajuk kalau tidak dapat apa yang diimpikan,” katanya.

Abdul Aziz yang juga anggota parlimen Ketereh berkata, beliau difahamkan hasrat Wan Khairul membawa keluar lebih ramai pemuda termasuk AMK Cabang Ketereh gagal.

”Lebih menghairankan juga apabila bekas Setiausaha AMK Kelantan, Muhammad Ezri Zainal Abidin yang telah lama dipecat diumumkan keluar bersama Wan Khairul.

“Sedangkan Ezri tidak lagi memegang jawatan berkenaan, Setiausaha AMK Kelantan sekarang Tarmizi Mohd Yusof dari Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi di parlimen.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Wan Khairul mengumumkan keluar PKR pada satu sidang akhbar tanpa diberitahu tempatnya.

Beliau dilaporkan berkata, tindakannya itu kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Jika ditoleh ke belakang, beberapa hari menjelang pilihan raya umum ke-12 lalu, dua pemimpin parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan membuat pengumuman keluar dari parti itu di sebuah hotel di tepi sungai.

Bekas pemimpin PKR Gua Musang, Nor Azman Mohd Amin dan Abdul Hamid Ahmad mengumumkan keluar parti terbabit. Hadir sama pada pengumuman tersebut pemimpin Umno Kelantan.

Sekarang mereka tiada lagi dalam arus politik, biar pun mungkin mengharap mendapat imbalan kalau-kalau Umno dapat merampas Kelantan pada pilihan raya tersebut.

Hari ini langkah serupa diambil Wan Khairul Ihsan apabila mengumumkan keluar parti berkenaan.

Namun pengumuman itu bukan dibuat di Kelantan sebaliknya di Selangor.

Difahamkan petang semalam, beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa sebelum berlepas ke Kuala Lumpur./Harakahdaily

BERUK DAN FIRAUN BESAR SEBAGAI PENGLIPUR LARA NAJIB DI LUAR NEGARA

Thursday, April 22, 2010

Oleh: WFAUZDIN NS

TERAMATLAH girangnya Najib apabila beliau dikunjungi oleh `seekor berok' bersama Firaun Besar ke dalam bilik tidornya sewaktu beliau berada di luar negara. Sebelum ini Najib dikatakan terpaksa membayar untuk bertemu pemimpin agung dunia iaitu tali barut Israel itu dan media pun heboh menjulang nama Najib. Megah sangat kununnya dapat bertemu tali barut Israel seolah-olah dapat bertemu alim ulamak terkenal. Dan sekarang, Najib bertambah megah bila seekor berok yang dibawa sebagai temannya bersama Firaun besar ke luar negara memasuki bilik tidornya.

Secerdik-cerdik Najib dapat juga di kelentong oleh beruk dan Firaun besar. Sudah diketahui bahawa beruk dan firaun besar itu tidak boleh bercakap di negara sendiri perihal DS Anwar kerana takut terkena batang hidung sendiri. Sebelum ini pun beruk dan firaun besar terlondeh juga dimalukan oleh DS Anwar dan para pemimpin PR apabila mereka mencuba untuk kelentong di Parlimen. Tiada jalan lain untuk tunjuk taat kepada tuannya, maka mereka menceritakan apa jua yang mereka ingin ceritakan pada tuannya itu.

Kita ingin juga dengar Najib menceritakan kembali kepada kita tentang kelentong beruk dan firaun besar itu darihal DS Anwar. Mungkin cerita tentang beruk dan firaun besar juga pernah diliwat oleh DS Anwar. Najib pun berkata beliau kini sudah tahu semuanya tentang DS Anwar sehinggakan kisah seluar dalamnya. Nasib kita lah dapat PM yang otaknya macam budak-budak sekolah. Patutlah pemimpin dunia luar bila berjumpa Najib macam berjumpa dengan budak pejabat saja layanannya. Tetapi oleh kerana dikatakan pertemuan itu bukan percuma, terpaksalah juga melayan pemimpin kita yang pendek akal ini.

Kita lihatlah nanti samada rakyat Hulu Selangor mahu mengaku Najib itu cerdik atau tidak. Seorang PM merasa megah bila dapat bertemu dalam bilik dengan seeokor beruk dan firaun? Tidakkah meluckan? Ini bererti kedua-dua makhluk yang dibuang oleh kita, dikutip dan dipuja oleh Najib. Bahkan diterima segala cakapnya sebagai rujukan atau nas. Hebat !!

Beruk dan firaun besar itu memang cerdik mungkin lebih cerdik dari Ketua Pemuda Umno tentang cara-cara mengampu. Tidak mustahil salah seekor makhluk itu akan jadi menteri lebih awal dari Ketua Pemuda Umno yang amat tidak disenangi oleh seorang peminat kari dan garpu iaitu Parpukari. Patutlah Najib bawa beruk dan firaun besar ini makan angin, mungkin di samping sebagai pengilat kasut atau pembawa beg boleh juga digunakan sebagai pencerita kisah dongeng atau penglipur lara sebelum Najib melelapkan mata. /wfauzdin.blogspot.com

DEBAT MALAM TERAKHIR, BERANIKAH NAJIB?

Oleh Faizal Ezzany

BATANG KALI 22 April - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat di hadapan rakyat Hulu Selangor berhubung penglibatan firma pro Zionis Israel, Apco Worldwide dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
"Saya cabar Najib berdepan dengan rakyat pada malam terakhir sebelum hari pengundian untuk memberi penjelasan tentang penglibatan Apco Worldwide dalam pentadbiran negara, saya ada maklumat lengkap tentang penglibatan ini.

"Kita boleh beri berapa lama masa yang dia perlukan janji dia berani berdepan dengan rakyat untuk memberi penjelasan. Jangan hantar orang suruhan saja," jelasnya pada ceramah di Batang Kali semalam dihadapan ribuan penyokong.

Beliau juga menjelaskan tentang dasar kerajaan negeri Selangor dalam memberi kebajikan kepada rakyat selain meminta rakyat membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian nanti.
"Sebelum ini saya sudah jelaskan dasar kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya di negeri Selangor yang telah terbukti memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

"Saya berharap rakyat akan membuat pemilihan yang terbaik agar seluruh penduduk di Hulu Selangor akan terbela, kita kena pilih calon yang berprinsip seperti Datuk Zaid Ibrahim yang jelas tentang pegangan beliau tanpa memikirkan kepentingan peribadi.

"Sebelum ini saya dah beritahu kepada keluarga Zaid agar bersiap sedia menghadapi serangan kotor dari Umno kerana mereka ini akan menggunakan apa saja tanpa memikirkan akibat selepas itu. Tengok apa yang berlaku sekarang, Umno membuat serangan peribadi.
"Saya harap keluarga Zaid dapat hadapi semua itu dan jangan bimbang kita sentiasa memberi sokongan kepada Zaid," jelasnya lagi.

Anwar juga memberitahu setiap kejahatan yang ingin dilindungi tidak akan bertahan lagi sampai masanya terbongkar juga.

"Berapa lama Najib nak sembunyikan penglibatan rasuah dalam pembelian kapal selam, di Malaysia bolehlah di selindungi tetapi kalau di Paris macam mana nak tutup. Sekarang kes rasuah berkaitan dengan pembelian kapal selam sudah di bongkar di sana dan akan difailkan di mahkamah Paris, Najib kena jawap jangan lepas tangan begitu saja kerana ini melibatkan maruah negara," tegas Anwar lagi.

Beliau menegaskan apa yang berlaku di dalam KEADILAN tentang calon yang lompat adalah satu proses memantapkan parti.

Ini juga telah berlaku kepada PAS sebelum ini yang menyebabkan PAS menjadi parti yang mantap sehingga Barisan Nasional takut hendak menghadapinya.

suara-keadilan


EZAM, TIDAK LAKU DALAM CERAMAH KINI PILIH PARLIMEN PULA

Wednesday, April 21, 2010

Ezam serah bukti kaitkan Anwar dengan Yahudi, esok
Apr 21, 10


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Nor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai dakwaan kaitan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.

Katanya, “dossier” (maklumat) itu akan diserahkan kepada anggota-anggota Parlimen esok.

"Anwar duduk di Foundation for the Future untuk kepentingan Israel dan Yahudi. Saya cabar Datuk Seri Anwar untuk jawab ini,” katanya pada sidang akhbar di Hulu Selangor hari ini.

Ezam berkata, beliau sanggup menjadi saksi di mahkamah atau mana-mana peringkat jawatankuasa parlimen berhubung perkara itu.

- Bernama

Blogger Said:

Raja sesumpah seperti biasa. Ada saja pilihanraya beliau mesti muncul dengan sumpah, cabaran dan bukti-bukti basi yang murahan itu. Apabila semua usaha beliau mendedahkan kununnya salah laku DS Anwar di dalam ceramah-ceramahnya tidak mendapat sambutan dan diperlekehkan, kini raja sesumpah beralih pula ke Parlimen. Mungkin selepas ini beliau akan bawa pula isu basinya itu ke persidangan PBB pula. Asalkan beliau dilihat `hero' dan pengampu serta pencacai Nombor Wahid kepada Najib. Raja sesumpah ini tidak akan puas hati selagi rakyat menyanjung perjuangan DS Anwar kerana hajatnya untuk melihat DS Anwar dan PKR lumpuh setelah beliau keluar dari parti KeADILan tidak tercapai. Dendam kesumat beliau tidak akan tamat selagi hayat dikandung badan. Mana isu rasuah dan perjuangan asas Melayu yang kununnya menjadi sebab utama beliau menyertai Umno? Semuanya itu hilang kerana bak kata beliau sendiri " Siapakah Yang Masuk Umno Itu Ikhlas? "

Rabu, 21 April 2010

VIDEO TERKINI - CERAMAH ANWAR TENTANG ARAK DAN LOMPAT PARTI

Wednesday, April 21, 2010

CALON MIC BERCAKAP SEPERTI TIDAK YAKIN DENGAN BN

'Tanya apa saya boleh buat, bukan apa BN buat'
Kuek Ser Kuang Keng
Apr 21, 10


Apakah calon BN, P Kamalanathan mempunyai ciri-ciri menjadi ahli parlimen yang sesuai bagi Hulu Selangor dan mampu memperjuangkan isu-isu nasional?

Pihak media diberikan peluang untuk mewawancara ketua penerangan MIC itu berhubung pelbagai isu yang merangkumi keperluan sosio ekonomi di Hulu Selangor.

Apa pandangan anda yang paling dikehendaki oleh penduduk Hulu Selangor?

P Kamalanathan: Mereka memerlukan pembangunan, kemudahan asas seperti perumahan yang sesuai, pakaian, makanan yang mencukupi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Ini adalah perkara asas. Mengapa keadaan tetap tidak berubah sejak sekian lama?

Saya hanya boleh menjawab apa yang boleh saya lakukan, apa yang saya akan lakukan.

Saya tidak boleh menjawap soalan mengapa perkara tertentu berlaku sebelum ini ataupun perkara berkenaan tidak berlaku. Saya hanya akan memberitahu apa yang ingin saya buat.

Apa yang mereka perlukan adalah langkah pertama. Langkah kedua, mereka mahu pembangunan.

Anwar Ibrahim pernah berkata bahawa Umno mahukan calon yang lemah, sebab itu, anda dipilih. Apa komen anda?

Sekiranya saya calon yang lemah, Anwar Ibrahim tidak akan berkempen di Hulu Selangor untuk calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. (Jawapan itu mendapat tepukan daripada sebahagian besar pemberita yang hadir)

Ketika anda berkempen untuk diri sendiri, BN juga berkempen untuk anda. Sesetengah kempen BN menyerang peribadi dan moral lawan anda. Adakah anda bersetuju dengan pendekatan sedemikian.

Saya tidak mahu bercakap bagi pihak orang lain. Saya bercakap mengenai strategi saya. Saya bercakap mengenai apa yang ingin saya lakukan...pada masa depan untuk pengundi saya.

Jadi, apa sekalipun pendekatan yang digunakan tidak menjadi masalah?

Saya tidak tahu. Awak beritahu saya. Mereka belum beritahu saya apa-apa mengenainya, jadi saya tidak boleh menegur mereka kerana saya tidak tahu apa yang berlaku.

Tetapi tidakkah anda tahu apa isu-isu yang digunakan atau dibincangkan sepanjang beberapa hari lalu?

Saya tidak mahu risau mengenai perkara itu. Saya mesti berjumpa 60,000 orang dalam tempoh tujuh hari. Ini tugas utama dan paling penting bagi saya. Ia bukan mudah dan saya ingin beri tumpuan kepadanya.

Biarkan parti menentukan apa yang perlu dibuat. Apa yang dilakukan oleh mereka ialah untuk menentukan kemenangan Barisan Nasional. Tumpuan saya ialah 60,000 pengundi, itu sahaja. Soalan lain, saudara, saudari?

Banyak yang diperkatakan berhubung isu-isu tempatan, tetapi jika dipilih, anda akan menjadi ahli parlimen. Anda akan berdebat dan meluluskan undang-undang. Adakah anda bersedia menangani isu-isu nasional dan undang-undang?

Saya terpaksa belajar. Saya cuma belajar sebanyak ini (sambil menunjukkan gengamannya). Apa yang saya pelajari adalah sebanyak ini? Dan saya akan berkongsi pengetahuan. Saya akan belajar daripada rakan-rakan untuk menjadikannya lebih baik.

Apabila sidang media itu berakhir, Malaysiakini bertanyakan sama ada dia bersetuju diwawancara untuk meninjau pandangannya berhubung isu semasa dan juga nasional.

“Kemudian. Biar saya jadi MP dahulu,” katanya sambil tersenyum./Malaysiakini

PRK HULU SGOR - FOTO CERAMAH PR DI DATARAN BUKIT SENTOSA


CERAMAH ANWAR HAMBAR, DIHADIRI 30 ORANG SAHAJA SELEPAS RAMAI KELUAR PARTI

Tuesday, April 20, 2010




JANGAN TERPEDAYA!! Ini gambar semua tipu . Sebenarnya ada 30 orang sahaja hadir mendengar pidato DS Anwar di Kuala Kubu Bharu, Selangor baru-baru ini. Kalau tidak percaya tanya Utusan Meloya atau TV3 Suku dan juga Blogger pro Apco tu. Anwar kini tiada penyokong lagi sebab semua sudah keluar parti seperti kata raja sesumpah./wfauzdin.blogspot

Selasa, 20 April 2010

ISU ARAK - KITA SERAH KAT DAP JE LAH CABAR UMNO

Tuesday, April 20, 2010

DAP cabar Umno buat pengakuan tak minum arak
Apr 20, 10


Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi./Malaysiakini

`HANG JEBAT' GHAIB SAMA SEPERTI TAMING SARI ?

Johan Mohd Diah 'ghaib'

20 Apr 2010

Selepas mengumumkan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor atas tiket Bebas, Johan Mohd Diah terus 'ghaib'.

Laman blog talianjohanrakyat.blogspot.com yang baru dilancarkan semalam, iaitu kira-kira tiga jam sebelum mengumumkan pendiriannya, ternyata tiada sebarang entri terkini daripada pengendali laman berkenaan.

Johan yang menggelarkan dirinya 'Hang Jebat' mengumumkan menarik diri kira-kira pukul 9 malam semalam dan perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad WanOmar.

Usaha mStar Online menjejaki Johan gagal apabila telefon bimbitnya dimatikan sejak semalam.

Bagaimanapun terdapat dua komen terkini dalam blognya di bawah entri bertajuk 'Pemuda Shah Alam Memberi Sokongan Padu' bertarikh 19 April yang meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan Johan itu.

"Nak jadi Jebat tang (dekat) mana ni bang (abang)? Belum stim lagi dah tarik diri dari PRK (pilihan raya kecil) Siapa saya nak sokong ni... PR (Pakatan Rakyat) tak nak, BN (Barisan Nasional) lagi la," kata salah seorang pelawat blog berkenaan yang tidak memperkenalkan diri.

Selain itu, terdapat juga komen yang dipercayai rakan baiknya sendirimenyatakan akan memberi undi kepada Johan jika bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Shah Alam itu terus bertanding.

"Pengundi ramai untuk kau Johan... silent votes ramai, kenapa kau tarik diri? Ramai kawan-kawan sekolah tak nak balik mengundi pasal kau tarik diri.

"Apa la bikin panas tarik diri pulak... lantak pi la PRK kali ni," katanya yang dipetik dari blog berkenaan.

'Kehilangan' Johan menimbulkan tanda tanya hingga ada yang mengatakan beliau 'dibeli' oleh pihak-pihak tertentu kerana kehadirannya sebagai calon Bebas akan mengganggu undi kepada BN dan Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Selain Johan, V.S Chandran yang sebelum ini turut bertanding atas tiket Bebas juga menarik diri pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April ini.

Pilihan raya berkenaan akan menyaksikan saingan satu lawan satu antara BN yang diwakili Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan PKR mempertaruhkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim./KLPost

CERAMAH PKR CUBA DIGANGGU

Aziz Muda

HULU SELANGOR, 20 April: Umno-BN didakwa telah mengambil langkah songsang dalam siri kempen mereka menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dengan melakukan tindakan yang jelas melanggar peraturan pilihanraya, malam semalam.

Kesalahan tersebut dapat dikesan dilakukan di kawasan Bukit Sentosa, apabila pihak Umno-BN mengadakan ceramah di tempat yang amat dekat iaitu sekitar 50 meter sahaja dengan kawasan ceramah Pakatan Rakyat yang telah mengatur siri ceramahnya terlebih dahulu dari pihak BN di kawasan itu.

Ceramah yang diadakan oleh pihak Pakatan Rakyat itu sememangnya telah menepati peraturan yang ditetapkan. Lebih jauh dari itu, ceramah itu pula diadakan di kawasan premis mereka sendiri iaitu di persekitaran Pejabat PAS Bukit Sentosa 2.

Menyedari Pakatan Rakyat akan mengadakan ceramah di tempat itu malam semalam, Umno terus mengambil langkah drastik dengan turut mengadakan ceramah di tempat yang sama dan didakwa bagi mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.

Namun, langkah Umno-BN itu ternyata mengundang aib kepada mereka sendiri apabila ceramah mereka hanya didengari kurang 10 orang, berbanding ceramah yang diadakan Pakatan Rakyat yang berjaya menarik perhatian ratusan penduduk di kawasan itu.

Ceramah yang diadakan pihak Pakatan Rakyat itu melibatkan beberapa penceramah termasuk Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

Manakala ceramah dari pihak BN pula melibatkan penceramah dari Melaka. Di samping berceramah, mereka turut menyediakan makanan yang diyakini menggunakan wang rakyat, tetapi tetap juga gagal menarik perhatian penduduk tempatan atau pengundi di kawasan itu.

Sebelum itu, pihak polis telah mengingatkan parti-parti yang bertanding serta mereka yang terbabit dengan penganjuran ceramah serta kempen agar tidak mengadakan ceramah di tempat yang berdekatan antara satu sama lain, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Malah, ingatan itu juga turut disuarakan oleh pihak SPR. Ia juga dinyatakan turut digariskan dalam peraturan kempen pilihanraya, sejajar dengan amalan demokrasi.

Namun, segala peraturan dan ingatan itu tidak juga dihiraukan oleh pihak Umno-BN. Mereka didakwa hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja tanpa memikirkan peraturan dan perasaan orang lain./Harakahdaily

Terdapat ralat dalam alat ini