AKU pun melayari blog-blog pro UmAPCO untuk mengetahu apa reaksi blogger yang menjunjung Israel Yahudi itu terhadap pengumuman Dato' Zaid sebagai calon PR di dalam PRK Hulu Selangor. Mula-mula aku layari blog mamak tongkang yang suka makan kari dengan garpu (parpukari), aku ingatkan adalah ulasan atau hujah dia yang boleh dijadikan modal untuk mempertikaikan pemilihan Dato' Zaid. Ternyata seperti biasa, mamak mabuk kari ini hanya siarkan lukisan kartun. Blogger berwatak kartun yang kununnya ingin meniru cara Sdr Zunar.
Beralih pula aku pada blog-blog lain, tiada yang menarik sekadar cerita dongeng Pak Pandir belaka. Maklumlah, puak-puak tu masih terkejut dengan kisah APCO kerana mereka sendiri merasa tertipu dengan bos mereka. Sebelum ini blogger-blogger berkenaan hentam DS Anwar kununnya sengaja mengada-adakan kisah APCO. Tiba-tiba di Parlimen siang tadi Nazri Aziz mengaku akhirnya, siap dengan diumumkan berapa juta duit rakyat telah dihabiskan oleh APCO. Terkedu puak-puak ini, tetapi jika otak sudah di `brain wash' dengan otak lembu nak buat macam mana. APCO pun APCO lah, janji nama pun lebih kurang je dengan Umno.
Ada satu kisah lawak bodoh yang aku terbaca di dalam blog puak tu. Aku malas nak sebut nama blog tersebut kerana aku tak mahu memalukan blogger berkenaan. Nanti dia akan ditertawakan pula oleh rakan-rakan blogger dia yang lain di atas lawak bodoh dia tu. Blogger kureng itu menyatakan pada malam tadi sebaik sahaja nama Dato' Zaid diumumkan, dewan kecoh kerana ramai yang tidak setuju dengan pencalonan Dato' Zaid sehinggakan lebih kurang 1,500 orang keluar dewan semasa Dato' Zaid mula berucap. Blogger ini sangka dia seorang sahaja Blogger yang hadir pada majlis tersebut atau dia ingat semua orang bodoh seperti dia.
Sebenarnya yang hadir malam tadi semuanya telah maklum siapa calon yang sebenarnya kerana telah dihebahkan melalui media termasuk media alternatif. Jika mereka tidak suka masakan mereka akan hadir pada majlis berkenaan. Bahkan, sebelum nama Dato' Zaid dicanangkan sebagai calon, banner-banner Dato' Zaid telah mula dinaikkan sehingga Website pro Umno Agenda Daily turut ternampak banner Dato' Zaid di Hulu Selangor. Memang ramai juga inginkan calon pilihan mereka terpilih seperti Us Badrul Amin, Sdr Shamsul Iskandar atau Dr Halili, tetapi penyokong PR bukan seperti penyokong UmAPCO. Kita akan bersatu apabila pimpinan telah buat keputusan. Kisah dongeng Blogger tersebut cukup sekadar untuk menipu rakan-rakan Blogger beliau yang lain kerana otak mereka semuanya sama.
Dato' Zaid memberitahu setelah namanya terpilih, beliau telah memaklumkan kepada Tuan Guru Nik Aziz di Tanah Suci untuk memohon restu. Mursyidul Am PAS tersebut telah merestuinya dan mahukan PR bekerja kuat menentang sekutu APCO di Hulu Selangor di dalam PRK ini nanti. Mulai detik sekarang, kita sedang menanti berita-berita dari media pencacai UmAPCO tentang kisah beribu-ribu ahli PKR, DAP atau PAS akan keluar parti. Biasalah, kisah seperti itu adalah salah satu rukun musim pilihanraya di dalam parti UmAPCO semenjak dulu lagi./wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan