JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 10 April 2010

GILIRAN BLOGGER INI PULA MELUTUT PADA MIC

Saturday, April 10, 2010

Oleh: WFAUZDIN NS

BEBERAPA hari kebelakangan ini kita melihat suasana seperti menyambut hari raya. Drama maaf bermaafan menjadikan seperti berada di dalam suasana hari raya. Kisah YB Zul Kulim mohon maaf pada Najib dan Rosmah, kisah Ezam sesumpah bersumpah lagi sambil mohon maaf pada penyokong-penyokongnya yang `budus' itu kerana Ezam dahulu katanya amat percaya pada DS Anwar, kemudiannya kisah Noh Omar `melutut' mohon maaf pada MCA dan Gerakan kerana terlepas cakap tentang sejarah lama yang menghiris hati rakan sebantal partinya sendiri. Semua itu kisah atau drama yang sadis tetapi meloyakan.

Beberapa hari lalu, kita mulanya mahu angkat tabik kepada sebuah blog yang kununnya dulu Pro PKR tetapi kini menjadi Gerakan Anti PKR atau dikenali sebagai GAP. Jika kita membaca tulisannya di sini, kelihatan blog ini amat berani demi Melayu dan Islam. Blog tersebut memberi amaran bahawa jika pimpinan tidak memilih Umno sebagai calon di Hulu Selangor, beliau sendiri akan menjadi calon Bebas. Begitu berani dan lantang Penulis tersebut, tetapi bak kata orang `jika kail panjang sejengkal, usah diuji laut yang dalam'. Jadi, jangan perasan sangat wahai GAP.

Akhirnya benar tekaan saya seperti yang pernah saya ulas sebelum ini. Di dalam tulisan terbaru blog yang kununnya ingin mengugut pimpinan Bn sebelum ini, beliau akhirnya tunduk layu. Meskipun pimpinan Bn masih mengekalkan calon dari MIC sebagai calon Bn di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor nanti, tiba-tiba blog GAP ini bersorak menyatakan misinya berjaya. Tulisan terbaru blog berkenaan boleh dibaca di sini. Semasa tulisan ini disiarkan, pimpinan Bn masih kekal dengan keputusan untuk meletakkan calon dari MIC dan bukannya Umno, sedangkan blog GAP pernah berkata jika tidak diletakkan calon Umno beliau akan tampil sebagai calon Bebas sebagai tanda protes. Akhirnya apa yang berlaku? Blog ini akhirnya tunduk melutut jua pada MIC.

Saya pun setuju dengan tindakan blogger tersebut untuk menarik semula ancamannya bertanding sebagai calon Bebas walaupun MIC masih kekal sebagai calon. Sejarah sejak kebelakangan ini banyak menunjukkan Calon Bebas hilang deposit. Mungkin sebab itulah beliau terpaksa menarik balik kata-katanya dan terpaksa menjual maruahnya sendiri. Blogger tersebut memberi alasan bahawa calon yang mungkin dipilih bagi mewakili MIC adalah V.Mugilan. V.Mugilan ini sudah tentulah ahli MIC, tetapi blogger itu menyebut V.Mugilan adalah proksi Umno. Kenapa tidak Blogger itu sahaja menjadi proksi Umno ? Bukankah jika atas nama Umno apatah lagi beliau seorang Melayu akan lebih mudah untung menang?

Sebenarnya `proksi Umno' itu adalah alasan buat Blogger yang penikus itu. Bak kata perpatah, `kerana mulut badan binasa'. Beliau tanpa rasa segan dan malu mengaku telah berjaya dengan ugutannya sebelum ini. Apa yang berjayanya? Kerana V. Mugilan dari MIC itu buat beliau berasa berjaya? Semenjak bila Umno ada proksi dari MIC? Mungkin tidak hairan juga jika ada yang beranggapan APCO itu pun proksi Umno juga. Kalau ada calon dari APCO, mesti Umno boleh berjaya di dalam PRK Hulu Selangor nanti.

Kesimpulannya, jelas pada kita dari pimpinan Umno hingga lah kepada Blogger pro Umno semuanya tidak tetap pendirian apabila berdepan dengan parti komponen Bn. Hidup Melayu, Hidup Islam, Ketuanan Melayu dan berbagai lagi cogan kata mereka semuanya akan menjadi hampas sekelip mata sahaja./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan