HULU SELANGOR 19 APR: Angkatan Muda Keadilan hari ini membuat laporan polis berikutan perbuatan liar penyokong Umno Barisan Nasional yang membaling botol dan batu serta objek lain hingga menyebabkan cermin kerata pecah dan badan kenderaan itu kemek.
Kejadian pada 17 April lalu itu berlaku terhadap kereta yang dinaiki oleh Ketua AMK Sabak Bernam, Muhammad Abdul Razak bersama tiga rakannya ketika dalam perjalanan ke satu majlis penerangan.
Tindakan itu jelas berlawanan dengan semangat demokrasi sebaliknya menunjukkan sikap berat sebelah pihak berkuasa tertentu apabila melibatkan pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat.
"Masa pemilihan calon jam 11 pagi, kami melalui jalan masuk Kuala Kubu Bahru, jalan tutup. Polis mengarahkan kami melalui jalan penyokong BN. Setibanya di hadapan penyokong BN, kami terperangkap dan terus diserang.
"Ketika itu, polis ada di kiri kanan kami tapi mereka seolah-olah membiarkan penyokong BN menyerang kami, semata-mata kami ada lambang. Kami berasa tidak selamat walaupun ada pihak berkuasa," kata Muhammad.
Menceritakan kejadian itu di markas PKR Kuala Kubu Bharu, Muhammad kesal kerana kejadian itu berlaku ketika ada lebih 4,000 anggota polis di Hulu Selangor, kononnya bagi menjamin keselamatan rakyat.
Beliau sebaliknya terkilan kerana polis tidak bertindak terhadap samseng-samseng upahan ini dan mendesak pimpinan Umno BN supaya bertanggungjawab berikutan kejadian berkenaan.
"Kami mahu pihak BN bertanggungjawab. Kejadian itu seolah-olah ada satu kumpulan yang sengaja mencari mangsa. Kali ini, kami yang kena," katanya lagi./TVSelangor

Tiada ulasan:
Catat Ulasan