JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 23 April 2010

APCO DAN SEKUTUNYA PANAS, TUAN GURU NIK AZIZ GEMPUR MEREKA MALAM INI!!

Nik Aziz gempur Hulu S'gor mulai malam ini
Jimadie Shah Othman



Setelah didakwa 'agak lemah' di permulaan kempen, PAS kini kelihatan mula menggempur habis-habisan BN di Hulu Selangor dengan menurunkan tokoh besar mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi berkempen untuk kemenangan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.

Nik Aziz - mursyidul am parti Islam itu - yang baru pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci dijadual berada dua hari di kawasan parlimen Hulu Selangor mulai hari ini.

Pagi ini, beliau akan memberikan kuliah Maghrib di Masjid Kuala Kubu Bharu dan pada malamnya berceramah di Changkat Asa, Hulu Bernam.

Manakala pada hari Sabtu - sehari sebelum pengundian - menteri besar Kelantan itu akan memberikan kuliah Subuh di Masjid As-Salam Bukit Sentosa dan pada malamnya sekali lagi berceramah di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Kehadiran tokoh popular itu dijangka memberikan kesan yang besar kepada perubahan mood pengundi di Hulu Selangor di hari-hari terakhir sebelum pengundian dijalankan pada Ahad.

Kehadiran ualama PAS itu juga bakal menyaksikan pertembungan antara 'jeneral besar' Pakatan Rakyat dan BN apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dijadual menghabiskan kempennya di Hulu Selangor esok.

Kedatangan Nik Aziz dilihat sebahagian daripada serangan balas PAS bagi pihak Pakatan setelah bertahan, khususnya dalam menangani isu 'moral' Zaid yang dimainkan BN dengan berkesan.

Sejak awal lagi, 'faktor Nik Aziz' dipandang serius oleh kedua-dua pihak bertanding.

Walaupun tanpa kehadiran susuk tubuhnya sebelum ini, papan tanda besar memaparkan ulama PAS itu sedang berdoa bagi kemenangan Zaid dinaikkan di serata tempat.

Manakala BN pula mengambil pendekatan hampir sama melalui papan tanda gergasi memaparkan 'keprihatinan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menziarahi Nik Aziz yang terlantar sakit di hospital sebelum ini.

PAS - parti yang paling berpengalaman dalam Pakatan - sejak kelmarin berikrar membantu PKR sepenuh tenaga dengan meningkatkan jentera dan kepakarannya daripada 20 kepada 60 peratus setelah didakwa 'agak lemah'.

Menyambut janji tersebut, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan sendiri semalam turun berkampung bagi memantau sendiri program Dewannya - jentera utama parti itu - sehinggalah selesai pilihan raya Ahad ini./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan