Bila kita dengar ceramah Ezam sesumpah serta beberapa pencacai yang lain, kita akan dengar perkataan, "Dengarlah...., percayalah.....yakinlah....dan saya bersumpah...bahawa Anwar itu jahat, pengkhianat, peliwat, rendah moral dan bermacam-macam lagi tuduhan mereka ke atas Anwar. Kempen atau ceramah Umno tidak lagi mensasarkan dasar parti PR, tetapi ceramah mereka tertumpu kepada batang tubuh DS Anwar. Kerana apa? Ini adalah kerana mereka akui selagi ada DS Anwar dan selagi rakyat menyokongnya, selagi itulah Umno akan terus menjadi reput.
Dakwaan puak-puak pencacai yang tidak ada kedudukan dalam kerajaan ini turut mendapat bantuan dari media pencacai seperti Utusan Meloya dan TV 3 suku. Tetapi mana ada bukti pada setiap dakwaan tersebut? Sekadar bercakap `percayalah tuan-puan....dan saya sesungguhnya bersumpah....." Itukah standard kempen Umno? Jauh beza dengan isi ceramah oleh pemimpin PR terutamanya DS Anwar. Ceramah beliau dipenuhi fakta serta hujah sehinggakan apabila DS Anwar membuka mulut di Parlimen, hiruk pikuk dan gelabah pemimpin Umno dibuatnya. Mula-mula tidak mengaku apabila isu APCO disebut oleh DS Anwar, tiba-tiba memberitahu sebuah syarikat yang ada kaitan dengan Israel ini ditamatkan kontraknya. Apa ertinya ini?
Saya suka menurunkan ulasan yang disiarkan oleh sebuah laman web Umno-reform2 seperti di bawah ini;

Berita-berita mendesak ahli-ahli PKR untuk tidak keterlaluan mempertahankan Anwar tersiar di dada Utusan Malaysia sejak kebelakangan ini. Ezam baru-baru ini memohon maaf kerana mempertahankan Anwar dalam isu liwat 1 – seolah-olah hari ini percaya dengan tuduhan liwat ke atas Anwar dan hari ini pula Bekas Naib Presiden PKR Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak mengatakan bahawa beliau dan teman-teman lebih tahu cerita Anwar, Wan Azizah dan Azmin Ali.
Apa pun mungkin zaman ini adalah zaman pendedahan dokumen dan justifikasi. Maka untuk rakyat dan penyokong Anwar tidak mempercayai Anwar dan PKR lagi maka pendedahan konklusif perlu. Ia perlu disertai dengan gambaran realistik serta berita yang lebih nampak boleh di percayai. Setakat mengatakan percayalah, dengarlah, aku tahu dan sebagainya tidak akan mengubah persepsi dan tidak akan mendapat sokongan. Mungkin itu di fikirkan sebelum keluar kenyataan. (Petikan Umno-reform2)

hehehe
BalasPadam