JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 15 April 2010

P. KAMALANATHAN CALON MIC - SIAPA LEBIH BIJAK, MUHYIDDIN ATAU SAMMY ?

Ingat Bn, Ingat Penyapu

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI melaporkan, MIC tetap tidak menerima V. Mugilan dipilih sebagai calon Bn di Hulu Selangor dan Muhyiddin juga tidak boleh menerima Palanivel. Akhirnya yang beruntung adalah P. Kamalanathan Ketua Penerangan MIC. Palanivel tetap tidak rugi kerana Muhyiddin sanggup beri jawatan senator kepadanya. Hasil `jual beli' kuasa yang dilakukan oleh Muhyiddin, maka Bn dianggap dapat menyelesaikan masalah mereka.

Muhyiddin akhirnya terpaksa mengalah dan yang lebih memalukan lagi terpaksa beri jawatan Senator tidak pasal-pasal kepada MIC. Begitulah cerdiknya Sammy Vellu jika dibandingkan dengan pemimpin Umno. Sedikit pun MIC tidak rugi malahan mendapat jawatan yang tidak pernah mereka impikan itu. Harapan Sammy V.Mugilan yang amat disokong oleh Umno Selangor itu akhirnya tidak terpilih. MIC dapat pula kerusi Senator secara `percuma' sahaja.

Yang malu siapa? Umno Selangor sudahlah tidak mendapat kerusi yang mahu dituntutnya itu, tokoh yang ingin diangkatnya dari MIC pun lesap. Kini, di mana Umno ingin meletakkan muka apabila MIC terutamanya Sammy Vellu berjaya di dalam `belitan'nya.

Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor baru-baru ini menyindir Dato' Zaid Ibrahim yang dipilih oleh PKR sebagai calon PR sebagai bukan anak tempatan. Sekarang, Noh Omar mahu bercakap apa lagi kerana P. Kamalanathan juga bukan anak tempatan. Inilah dia wajah-wajah Umno yang semakin keliru arah perjuangan mereka yang langsung tidak konsisten. Maka, wajarlah wakil dari Bn ini ditolak kerana wakil ini dipertaruhkan hasil dari `gadaian' kuasa dan jawatan Senator. Duit rakyat digunakan untuk membayar gaji dan elaun Senator yang tiba-tiba wujud ini demi mengelakkan maruah Umno tercemar.

Rakyat di Hulu Selangor mesti memikirkan kembali apa yang diperkatakan oleh Ketua AMK Pusat Sdr Shamsul Iskandar bahawa Hulu Selangor mesti menyapu bersih kembali wakil dari Bn dengan menggunakan penyapu yang dianugerahkan kepada Hulu Selangor oleh bekas MB Selangor dahulu iaitu Khir Toyo. Allahyarham Dato' Zainal MP Hulu Selangor sebelum ini berjaya mematahkan penyapu tersebut dan semangat ini mesti diteruskan oleh semua pengundi di Hulu Selangor. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan