JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 9 April 2010

PUTERI UMNO HULU SELANGOR SUDAH TEMPAH SARI ?

Friday, April 9, 2010

Oleh: WFAUZDIN NS

PRK Parlimen Hulu Selangor bakal menyaksikan semangat 1 Malaysia direalisasikan oleh mereka-mereka yang bermazhab Umno terutamanya. PR awal-awal lagi telah memasang niat kali ini mereka bukan berdepan dengan 1 Malaysia sahaja tetapi turut berdepan dengan pencinta APCO. Umno sudah gigit jari yang semakin hampir putus itu, manakala MIC kini sudah mula memenuhi gereja atau kuil mereka untuk melakukan sembahyang kesyukuran.

Penceramah-penceramah Umno seperti Ezam atau Lokman Adam dan yang sepencacai dengannya terpaksa menukar skrip atau jalan cerita ceramah mereka. Mereka sedang pening sekarang apakah buah butirnya yang hendak mereka `goreng' kepada rakyat di Hulu Selangor. Hendak cerita ketuanan Melayu? Nanti disumpah pula oleh Kitab 1 Malaysia atau dijerkah oleh MCA atau MIC. Terpaksa pula nanti mohon maaf dan melutut lagi macam Noh Omar baru-baru ini. Hendak cerita moral pula? Nanti tidak pasal-pasal kena `tempeleng' oleh penyokong-penyokong Chua Soi Lek `hero seksis' itu.

Habis apa yang mahu diceritakan oleh penceramah mereka? Takkan mereka mahu cerita pasal rumah mantan MB Selangor yang buruk dan hendak roboh itu? Hendak cerita pasal YBK tidak bayar cukai tanah? Atau cerita Pengerusi YBK menghabiskan duit? Oleh kerana tiada modal, mereka cuma datang ke Hulu Selangor sebagai `dermawan' dengan membawa jutaan malahan bilion `harta karun'. Puteri-puteri Umno dengar ceritanya ada yang bercadang untuk memakai sari sambil berkempen rumah ke rumah. Ini bagi merealisasikan 1 Malaysia serta mengambil hati kaum calon Bn di sana. Kaum lelaki pula, mungkin sekarang ini sedang sibuk belajar bagaimana untuk menandakan `garisan putih' pada dahi dan memakai sarung umpama Mahatma Gandhi. Bagi yang ingin belajar, mungkin foto di atas ada ditunjukkan cara-cara memakainya.

Gerombolan ini akan berebut-rebut masuk kampung, felda mahu pun estate untuk mencari `kerja kosong'. Warga tua yang selama ini anak atau cucu yang menyuapnya makan, tidak lagi perlu risau kerana akan hadir `manusia berjiwa malaikat' ini hadir untuk tolong suapkan. Tidak percaya? Bukti foto di atas berlaku di Bagan Pinang. Sekarang cuba tanya mak cik tu, ada atau tidak tukang suap tu lagi? Bagi anak-anak muda di Hulu Selangor, anda boleh minta apa sahaja sekarang ini. Padang Futsal? kemudahan WIFI? Kolam Renang? Mesti `beyeh' punya. Tidak percaya? Cuba tanya askar-askar di Bagan Pinang sekarang. Tiap-tiap hari mereka mandi di kolam renang dan bermain Futsal. Lepas itu, boleh layari internet kerana ada kemudahan WIFI sekarang. Semua itu kawan saya seorang tentera di Bagan Pinang cerita tentang kisah mimpi beliau.

Tidak teringin ke kerajaan pusat hendak bina Universiti 1 Malaysia atau apa sahaja namanya samada Universiti APCO ke di Hulu Selangor? Bukankah MB Selangor sudah berjanji akan memberikan sebidang tanah dengan harga yang murah jika kerajaan pusat ingin membina Universiti di Hulu Selangor? Fikir-fikirkan lah..../wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan