JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 20 April 2010

`HANG JEBAT' GHAIB SAMA SEPERTI TAMING SARI ?

Johan Mohd Diah 'ghaib'

20 Apr 2010

Selepas mengumumkan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor atas tiket Bebas, Johan Mohd Diah terus 'ghaib'.

Laman blog talianjohanrakyat.blogspot.com yang baru dilancarkan semalam, iaitu kira-kira tiga jam sebelum mengumumkan pendiriannya, ternyata tiada sebarang entri terkini daripada pengendali laman berkenaan.

Johan yang menggelarkan dirinya 'Hang Jebat' mengumumkan menarik diri kira-kira pukul 9 malam semalam dan perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad WanOmar.

Usaha mStar Online menjejaki Johan gagal apabila telefon bimbitnya dimatikan sejak semalam.

Bagaimanapun terdapat dua komen terkini dalam blognya di bawah entri bertajuk 'Pemuda Shah Alam Memberi Sokongan Padu' bertarikh 19 April yang meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan Johan itu.

"Nak jadi Jebat tang (dekat) mana ni bang (abang)? Belum stim lagi dah tarik diri dari PRK (pilihan raya kecil) Siapa saya nak sokong ni... PR (Pakatan Rakyat) tak nak, BN (Barisan Nasional) lagi la," kata salah seorang pelawat blog berkenaan yang tidak memperkenalkan diri.

Selain itu, terdapat juga komen yang dipercayai rakan baiknya sendirimenyatakan akan memberi undi kepada Johan jika bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Shah Alam itu terus bertanding.

"Pengundi ramai untuk kau Johan... silent votes ramai, kenapa kau tarik diri? Ramai kawan-kawan sekolah tak nak balik mengundi pasal kau tarik diri.

"Apa la bikin panas tarik diri pulak... lantak pi la PRK kali ni," katanya yang dipetik dari blog berkenaan.

'Kehilangan' Johan menimbulkan tanda tanya hingga ada yang mengatakan beliau 'dibeli' oleh pihak-pihak tertentu kerana kehadirannya sebagai calon Bebas akan mengganggu undi kepada BN dan Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Selain Johan, V.S Chandran yang sebelum ini turut bertanding atas tiket Bebas juga menarik diri pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April ini.

Pilihan raya berkenaan akan menyaksikan saingan satu lawan satu antara BN yang diwakili Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan PKR mempertaruhkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim./KLPost

Tiada ulasan:

Catat Ulasan