HULU SELANGOR 11 APR: Pakatan Rakyat mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bertindak lebih telus dan ikhlas dalam menangani pendedahan betapa Bukit Aman terdedah kepada penyusupan ejen Israel-Zionis.
Bercakap kepada TV Selangor, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, Musa sewajarnya mengarahkan siasatan ke atas laporan risikan Cawangan Khas yang dibuat dua tahun lalu.
"Tidak perlu mencabar ketua pembangkang sebaliknya menyiasat setelah terima laporan polis yang dibuat dua tahun lalu. Laporan itu dibuat pegawai polis yang sedia maklum dan bimbang. Dia mungkin ada maklumat, kenapa tak disiasat?
"Apabila pembangkang bawa perkara ini, polis pula seolah-olah lebih berminat hendak tangkap ketua pembangkang untuk menutup mulutnya," kata Ahli Parlimen Gombak itu.
Pengumuman empat agensi kerajaan menyiasat kes penyeludupan ejen Israel Zionis di Bukit Aman menunjukkan betapa lemahnya kerajaan hari ini menjaga keselamatan negara.
Kementerian Dalam Negeri, akhirnya mengakui bahawa wujudnya masalah dengan firma komputer yang mengendalikan perisiannya di Bukit Aman dan telah mengarahkan perkhidmatan berkenaan ditamatkan.
Mohamed Azmin juga menegaskan betapa pendedahan Pakatan Rakyat mengenai penyusupan ejen Israel-Zionis itu dibuat atas dasar kepentingan, keselamatan dan kedaulatan negara.
Jika Anwar ditahan, beliau memberi amaran kepada Umno-BN yang mereka tidak akan mampu menghalang kebangkitan rakyat yang teguh bersama pemimpin reformasi dan menolak elemen Zionis di negara ini.
"Mereka boleh tahan Anwar Ibrahim. Tetapi roh dan semangat perjuangannya akan bertebaran di seluruh negara. Bunuh karier politik seorang Anwar tetapi Umno-BN tidak mampu menahan rakyat satu negara," katanya./TVSelangor

Tiada ulasan:
Catat Ulasan