Hulu s'gor: Proses penamaan calon jadi tumpuan | ||
|
10-11pagi: Waktu bantahan
11-12 tengahari: SPR buat pengumuman rasmi calon
10.20pagi: Polis meletakkan trak antara penyokong BN dan Pakatan selepas mereka semakin menghampiri satu sama lain. Mereka berada 20 meter antara sama lain. Mereka saling melaungkan antaranya 'Altantuya', 'Chua Soi Lek', 'kaki botol' dan 'liwat' serta 'Umno-Apco, Umno-Apco'.
10.04pagi: Di luar, penyokong BN melaungkan 'liwat' dan 'kaki botol'. Manakala penyokong Pakatan pula melaungkan 'Altantuya'.
10pagi: Proses penamaan calon ditutup.
Calon-calon mempunyai masa satu jam untuk memfailkan bantahan.
Mereka yang memfailkan borang pencalonan ialah P Kamalanathan (BN), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas VS Chandran dan Johan Mohd Diah.
Seorang lagi, J Anuradha, gagal memfailkan borang pencalonan sebagai calon bebas.
9.57pagi: Salah seorang calon bebas yang memfailkan borang pencalonan pagi ini ialah bekas pemimpin MIC Hulu Selangor VS Chandran.
9.50pagi: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menganggarkan penyokong BN dan Pakatan masing-masing 10,000 orang.
9.46pagi: Pemimpin BN dan Pakatan bersalaman dan berbual di kemah.
9.43pagi: Seorang lagi pemimpin MIC S Ganesan turut cedera ketika cuba masuk ke dalam kawasan pagar duri polis. Ganesan luka di tangan dan dibalut oleh kakitangan sebuah ambulans yang ditempatkan di luar pusat penamaan calon.
9.40pagi: Kira-kira 50 anggota unit amal PAS membuat rantai manusia untuk mengelak tolak menolak.9.31pagi: Kamalanathan masuk pusat penamaan calon bersama pencadang dan penyokong. Sedang memfailkan borang pencalonannya.
9.28pagi: Dalam keadaan tolak menolak, Presiden MIC Datuk Seri S Samy tercedera di kakinya terkena duri kawat dan dirawat di situ.
Turut kelihatan ialah timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, yang tidak dicalonkan semula mewakil BN di Hulu Selangor.
9.22am: Perakan BN tiba di pintu pagar pusat penamaan calon di KKB. Ribuan penyokong BN dan Pakatan dipisahkan bagi mengelak mereka menjerit antara satu sama lain.
Yang lainnya termasuk Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan naib presiden, Datuk Ng Yen Yen.
9.02pagi: Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memfailkan borang pencalonan. Beliau bersama pencadang dan penyokongnya. Zaid memakai baju Melayu dan kain pelikat.
Di luar dewan, penyokong BN menyanyikan 'Inilah Barisan Kita' serta lagu Umno.
9pagi: Pemimpin DAP Lim Kit Siang, exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Teresa Kok memasuk 'zon larangan'. Polis kata: "Bagi pass kita, senang buat kerja."
8.55pagi: MB Tan Sri Khalid Ibrahim, calon Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam pusat penamaan calon bersama pemimpin Pakatan yang lain.
8.50pagi: Di 'zon larangan', ahli parlimen PJ Utara, Tony Pua mengedarkan pas kepada pemimpin, ahli parlimen dan ADUN Pakatan untuk memasuki pusat penamaan calon/Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan