JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 4 April 2010

Hulu Selangor: Khir Toyo kata susah menang kalau calon UMNO

02 Apr 2010
Peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sukar sekiranya meletakkan calon dari UMNO. Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, walaupun majoriti kawasan tersebut diwakili pengundi Melayu tetapi ia dilihat bukan faktor untuk meletakkan calon UMNO.
“Jika kita letak calon UMNO, kita (BN) tidak boleh menang kerana kita semua sedia maklum kawasan tersebut adalah kawasan ‘tradisi MIC’. “Jadi, kena ikut tradisi berkenaan dan parti komponen BN perlu memberi sokongan penuh dan kerjasama pada MIC,” katanya semalam.
Mohamad Khir berkata, MIC mempunyai kaedah tersendiri untuk meletakkan calon yang sesuai bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya berkenaan.
“Yang penting calon itu mestilah mempunyai rekod yang baik dan berupaya memberikan perkhidmatan terbaik bukan sahaja kepada pengundi India tetapi juga pengundi Melayu dan Cina. “Kita percaya peluang untuk menang tu 50-50,” katanya.
Ditanya siapa calon MIC yang layak, Mohamad Khir yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.
“Letak sesiapapun...yang penting calon itu perlu kerja kuat untuk memastikan kemenangan BN,” katanya./KLPost

1 ulasan:

  1. kahkahkahkah....anak toyol nak sabotage mat tyson...takut mike tyson esok jadi pengerusi perhub umno slangor kahkahkahkah

    BalasPadam