Ramai yang tidak terkejut dengan berita seorang lagi Adun dari PKR di Kedah telah keluar parti dan menjadi wakil Bebas di Kedah. Sebelum ini Adun Lunas, Mohamad Radzi telah pun menjadi benih pertama bagi `spesis katak' di Kedah. Beliau memilih untuk menjadi wakil Bebas atas alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti. Hasil pembenihan ulung itu, kini spesis itu semakin membiak dengan meletusnya seekor lagi `katak' iaitu Adun Bakar Arang iaitu Tan Wei Shu yang telah mengumumkan keluar dari PKR semalam.
Keluarnya Adun Bakar Arang dari gabungan PR di Kedah membawa kelegaan sedikit buat Bn Kedah terutamanya Umno yang begitu berhajat untuk berkuasa di negeri jelapang padi tersebut. Peluang mereka untuk kembali berkuasa tidak mustahil kerana kerusi PR di Kedah kini hanya tinggal 20 kerusi, manakala Bn mempunyai 14 dan Bebas pula ada 2 kerusi. Bn yang sudah tentunya menarik nafas lega kerana mereka kini hanya memerlukan sekurang-kurangnya 3 kerusi lagi dari `spesis katak' bagi membolehkan kerajaan PR di Kedah tumbang. Sekira ini berlaku, tidak mustahil apa yang berlaku di Perak mungkin terjadi di Kedah.
Di sinilah kebijaksanaan serta strategi politik penting buat MB Kedah Ustaz Azizan Razak. Beliau tidak lagi boleh memandang remeh perkara ini atau alpa dengan perancangan pihak lawan. Kesilapan di dalam membuat keputusan, kurang kebijaksanaan atau strategi politik bakal menjadikan kerajaan PR di Kedah tumbang. Sekiranya PR dapat ditumbangkan dengan cara kotor sedemikian, maka harapan untuk kembali berkuasa amat malap. Tidak dapat dinafikan pentadbiran Negeri Kedah di bawah Ustaz Azizan lebih baik dari pentadbiran di bawah Bn dan ini dapat dibuktikan dari laporan Audit Negara sendiri yang memberi pujian kepada kerajaan PR sekarang. Tetapi kita jangan lupa, audit tidak menilai strategi politik kerajaan PR atau atur susun pemerintahan negeri tersebut. Adakah strategi politik negeri Kedah sekarang tepat, bijak dan berhikmah?
Kita semua faham dan yakin bahawa sebab utama Adun Bakar Arang tersebut keluar dari PKR adalah kerana beliau tidak dikekalkan sebagai Exco Kerajaan Negeri. Meskipun beliau menafikannya tetapi gerak tarinya mudah dibaca. Adakah selepas ini akan ada lagi Exco yang digugurkan? Dan yang lebih penting lagi adakah ada lagi Adun yang bakal melompat kerana tidak lagi dipercayai oleh kepimpinan negeri? Itu semua terletak di bawah kebijaksanaan MB Kedah sendiri. Biarlah sesiapa jua yang ingin menjadikan diri mereka `katak' asalkan jangan kita menyebabkan `katak' ini wujud.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan