Telah banyak masa kita berlalu menyaksikan perbalahan blogger sesama kita. Mereka ini ingin menyuarakan kebenaran masing-masing dan menjunjung kebebasan bersuara. Blog yang paling ketara dilihat banyak menghabiskan masa mereka `berperang' adalah blog Fire Stone (Batu-Api2) dengan blog Malaysia Waves (Tulang Besi/TB). Kita tentu dapat melihat tulisan-tulisan mereka di dalam blog masing-masing dengan hujah bermacam-macam. Tidak cukup dengan blog sendiri, perbalahan mereka didedahkan pula melalui website seperti Tranungkite. Setiap hari tulisan Blogger Fire Stone (Batu-Api2) disiarkan di dalam website Tranungkite, manakala blogger TB berperang di halamannya sendiri.
Saya tidak menyokong mana-mana pihak, tetapi sering membaca tulisan mereka. Biar lah akal kita menilai hujah mereka masing-masing. Setiap perbalahan tentu ada sebab musababnya kerana kedua-dua Blogger berkenaan adalah orang yang lebih berpengalaman dalam sepak terajang politik. Ada ketikanya kita melihat seolah-olah `peperangan' ini seakan berakhir, tetapi tidak lama ianya tercetus semula.
Saya sebagai Blogger agak mentah ini mohon dapatlah kiranya `peperangan' tersebut dihentikan buat seketika sebagai menghormati pimpinan kita untuk berdepan dengan `peperangan' yang lebih besar iaitu menentang puak-puak yang menyokong Apco di Hulu Selangor tidak berapa lama lagi. Pendek kata, apalah kiranya diadakan `gencatan senjata' buat seketika dan janganlah sesiapa yang memulakannya lagi. Saya juga sedar, terdapat juga Bloggers lain yang sesekali `menyampuk' perbalahan di antara keduanya. Adakah ianya sihat untuk perjuangan kita bersama di saat kita telah berikrar untuk menjahanamkan sekutu APCO di Hulu Selangor?
Sekali saya merayu agar TB dan Batu-Api2 berjanji untuk melaksanakan `gencatan senjata' ini sebagai kita menghormati langkah perwira-perwira kita yang akan ke medan perjuangan yang pasti lebih hebat di Hulu Selangor nanti. Marilah kita menggerakkan jari jemari kita di atas keyboard komputer kita dengan niat hanya satu iaitu menghancurkan puak sekutu APCO di Hulu Selangor. Sekiranya dirasakan perlu dan penting untuk `berperang' kembali, silalah lakukan selepas kita memenangi peperangan sebenar di Hulu Selangor.
Maafkan saya kerana cuba memberi sedikit pandangan yang tentunya tidak layak disebut sebagai nasihat kepada TB dan Batu-Api2 yang juga saya anggap teman seperjuangan. Alangkah susahnya menjadi Blogger kebudakan seperti saya yang tidak lagi mengerti mana satu kah yang benar di antara yang benar. Maaf dipinta. Selamat Berjuang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan