Hubungan Dengan Kerajaan Selangor Perlu Untuk Bela Rakyat Hulu Selangor
HULU SELANGOR 17 APR: Calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim yakin pengalamannya sebagai Ahli Parlimen, menteri kabinet dan hubungan akrabnya dengan kepimpinan kerajaan Selangor mampu memajukan hulu selangor.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula menyifatkan Zaid adalah pemimpin idaman yang secocok dengan keperluan rakyat Hulu Selangor.
Keyakinan Zaid itu bersandarkan keupayaannya dari segi pengalaman, kebolehan dan kesungguhan untuk membela rakyat Hulu Selangor, apatah lagi banyak masalah di hulu selangor boleh diselesaikan di peringkat kerajaan negeri.
Malah, Khalid sendiri mengakui Zaid adalah insan yang diharapkan kerajaan negeri untuk membantu membawa suara rakyat, seterusnya mengembalikan sumber rakyat kepada rakyat.
Menteri Besar itu menaruh keyakinan penuh betapa Zaid adalah calon yang mampu mengisi kekosongan pemimpin berkaliber di Hulu Selangor.
"Rakyat Hulu Selangor dahagakan kepimpinan berwibawa," katanya dengan tegas.
Zaid pula meminta pengundi Hulu Selangor meletakkan kepentingan dan keutamaan mereka dengan memilih pemimpin yang mampu memacu pembangunan dan merungkai segala masalah yang dihadapi sekian lama.
"Dengan pengalaman sebagai ahli parlimen kota bahru, pernah jadi menteri dan kemudahan berurusan dengan pimpinan kerajaan negeri, saya yakin dengan kemampuan saya untuk membantu pengundi Hulu Selangor," katanya.
Dalam soal pembangunan rakyat, Zaid percaya Hulu Selangor memerlukan pelaburan yang lebih bagi membangunkan kawasan Parlimen ini dan menegaskan peningkatan pelaburan memerlukan hubungan baik dengan kerajaan negeri.
"Kalau mahu banyakkan pelaburan, kena ada pemimpin yang ada idea, cekap dan amanah. Selain itu, ia berkait rapat dengan kerajaan negeri. Jadi, perlu hubungan rapat dengan kerajaan negeri.
"Saya dapati penduduk Hulu Selangor perlukan banyak pelaburan dan saya yakin saya orang yang tepat untuk membantu," katanya.
Beliau berharap pengundi Hulu Selangor memberi peluang kepadanya untuk mengubah corak ekonomi rakyat kawasan ini selepas Barisan Nasional gagal melakukan perubahan dalam tempoh 18 tahun.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan