JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 5 April 2010

`MELAYU' PERKOSA NAK BERTINDAK ATAS PEMIMPIN PARTI CINA INI

PERKASA umum tindakan terhadap MCA, Gerakan esok
Jimadie Shah Othman
Apr 5, 10


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan mengumumkan tindakan lanjut terhadap dua pemimpin MCA dan Gerakan serta dua lagi akhbar berbahasa Cina kerana gagal memohon maaf secara terbuka kepada NGO itu.

"Kita akan buat sidang media esok bagi mengumumkan perkara ini. Kita akan panggil semua pihak media, termasuk televisyen dan penulis blog," kata ketua Wiranya Arman Azha Abu Hanifah (bawah).

Jumaat lalu, PERKASA memberikan tempoh 48 jam kepada Timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press kerana didakwa melabelkan mereka sebagai "perkauman".

Sehari lepas itu, Teng dan Low dilaporkan enggan tunduk kepada desakan NGO Melayu tersebut dan tetap mempertahankan kenyataan mereka bahawa perjuangan PERKASA bertentangan dengan gagasan 1Malaysia.

Manakala kedua-dua akhbar Sin Chew dan China Press - dua akhbar berbahasa Cina berpengaruh - pula setakat ini tidak memberikan sebarang respons berhubung tuntutan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Arman bagaimanapun enggan menyatakan lagi bentuk tindakan yang akan diambil mereka.

"Sabarlah, tidak berapa jam lagi (kita akan umumkan)," katanya Arman Azha yang kini tidak berada di ibu negara.

Menurut beliau, tindakan lanjut NGO itu akan diumumkan di ibu pejabatnya di ibu negara pada jam 3 petang esok./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Pemimpin PAS,PKR dan DAP perlu berwaspada dengan tindakan ini.....PERKOSA seolah-olah diredhai oleh pihak tertentu untuk melakukan tindakkan mereka terhadap MCA ,GERAKAN dan AKHBAR BERBAHASA CINA.
    Ingat OPERASI LALANG......

    Persoalannya...SIAPA PERKOSA SEHINGGA BEGITU ANGKUH DAN BIADAP terhadap MCA dan GERAKAN serta AKHBAR BERBAHASA CINA.

    Kita kena faham dan ingat bahawa KETUA PERKOSA ADALAH PAKAR PROVOKASI......ingat semasa bagaimana dia memnangi Ketua Umno Bahagian Pasir Mas dengan mengalahkan timbalannya seorang guru.
    Apa yang katak itu lakukan?.....ingat...jangan lupa.

    BalasPadam